i k l a n

Wednesday, April 25, 2012

Peraduan gores dan menang


HAHAHAHHAHAHHAHAHAHA 99x gelak sampai guling-guling

Aku mulakan entri kali ni dengan gelak panjang serta kata-kata membijakkan diri

Bak kata kawan aku “duit ini asalnya di tangan kita, tapi kita yang bagi kat orang lain”
Kata aku pulak “nothings for free dan aku tak percaya dengan PERCUMA”

Kalo ada benda percuma pun memang kita tetap kena bayar sebab takde benda percuma yang diberi dengan percuma

Ini hari aku cukup murah hati nak kongsi KISAH BENAR yang aku baru je alami. Betol beb, aku tak tipu. Ini kisah memang masih panas dan rangup lagi. Al kisahnya bermula petang semalam, sorang kawan ni dia call minta tolong temankan dia ke bandar. Kononnya dia telah menang satu peraduan dan hadiahnya sebuah kereta toyota camtulah kot. Dan kalo tak dapat kereta pun, dia tetap akan pulang dengan wang tunai RM15k. Fuuyyyooooooo..!! masyuk betol hadiahnya

Pastu aku pun teruja lah dengar lantas tanpa rasa segan dan silu bertanya peraduan apa yang ngko masuk nih?? Tetiba nada dia berubah sikit, dia cakap “macam” peraduan gores dan menang jugak lah dan perlu bayar sedikit duit untuk menyertai peraduan tersebut. Aiikkkk...aku dah mula syak something..!! dan kat situ mulalah aku membangkang dan aku terus cakap dengan tegas dan sekali lagi tanpa segan silu “AKU TIDAK PERCAYA”. Tapi mamat ni tetap jugak memujuk aku untuk menemaninya esok. Dia cakap, xpe kalo aku tak percaya. Tugas aku hanya menemaninya. Dia cakap lagi..kalo memang betol benda tu tak betol esok, ko gelaklah kat aku. Aku ni jenis lembut hati gak, okeylah pendek kata aku pun bersetuju untuk temankan dia ke bandar untuk ambil hadiah.

Dan tiba di waktu yang dijanjikan, kedatangan kami disambut mesra dan penuh terhormat sekali oleh dua orang remaja lelaki dari bangsa yang kononnya pandai berniaga (bukan sebangsa dengan aku). Tempatnya disebelah atas blok rumah kedai. Tiba je kat atas bangunan tu, aku dah mula fikir lagi negatif. erk...teruk sangat kot tempatnya. Macam rumah pelacuran yang aku tengok kat tv tu pun ada gak rupanya. Sebab kat situ banyak bilik kecik-kecik. Dan kami di bawa ke dalam sebuah bilik kecik tersebut. memang hampeh, dengan kerusi plastik murah, meja buruk dll. Kemudian datang lah si boss yang berpakaian kasual dan bercakap lebih formal untuk menerangkan syarat penyertaan.

Aku dari awal lagi dah set dalam minda aku untuk menolak apa-apa yang berlaku dalam bilik tersebut. aku tak akan bersetuju apa-apa. Aku memang blok diri aku dari menerima apa-apa. Sampaikan budak cina dua orang tu pun dah takut nak bercakap dengan aku. So aku kat situ umpama tunggul yang mamang tak terlibat langsung. Tapi yang bestnya setiap helaian duit yang nak dibayar kat diorang perlu dicatat semua no siri kat satu borang. Disebabkan terlalu banyak helaian duit kawan aku nih. Dia minta tolong untuk aku sama-sama isikan borang dan no siri duit. Aku dengan tetiba jadi bodoh matematik pulak masa tu. Aku tak kira jumlah sebenar duit yang mamat tu bawa. Sedangkan aku yang tulis jumlah helaian duit RM50 = 28 keping dan RM100 = 60 keping. Korang yang bijak matematik sila congak jumlah sebenar duit yang member aku tu akan bayar kat mereka..!! aku memula tu ingatkan member aku tu bayar seribu jek tapi rupanya berganda-ganda. Perghhhh (ini kalo melabur under aku pun masyuk beb)

Okey..aku pendekkan citer sebab aku letih nak taip dan menyusun ayat. Aku penat gelak lebih-lebih ni. Member aku tu pun mulalah buka kad gores yang dia dapat. Dan hadiah yang dia dapat adalah sebijik dapur elektrik nano yang diorang cakap berharga RM15K. What the heck dapur letrik camtu sampai RM15K. Seingat aku, harga promosi paksa yang aku kena dulu pun baru bernilai RM2k. Aku dah mula tarik muka. Kawan aku dah bersuara dengan nada kesal. Dia cakap yang dia tak guna pun dapur letrik camtu. Dia hanya guna dapur gas jek. So si mamat penipu tu pun cakaplah yang dapur tu dia boleh jual jika tak nak. Dan mereka boleh jualkan. Tapi syaratnya adalah kena bawak balik dapur tu dulu kemudian tunggu 15 hari dan mereka akan bayar RM15K tunai. Siap cakap selepas 15 hari tu dia akan bayar duit tu di bank untuk pastikan duit tu adalah tulen. Member aku ni dah mula mempersoalkan harga sebenar produk tersebut. jenama memang tak pernah dengar apatah lagi dilihat. Dan keadaan menjadi bertambah gawat bila mana berlakunya pertikaman lidah. Tapi sebenarnya scene nih aku tak leh nak citer dengan benar sebab aku dah keluar. Kebetulan ada meeting. So citer pertengkaran ni kawan aku citer balik selepas aku selesai meeting. Yang paling best, kawan aku ni telah diugut akan disaman di mahkamah. So kawan aku agak kaku sekejap. Pastu dia cakap dia akan bayar duit tu, tapi dia nak tahu siapa penganjur sebenar? Apa nama syarikat? Tapi biasalah bilamana emosi menguasai diri, cina tu dah tak leh jawab dengan waras lagi selain kata yang syarikatnya ada di KL. Kalo takat cakap kat KL, aku pun bleh cakap syarikat aku kat america syarikat kat jalan wall street. Hahahhaha...aku nak gelak lagi nih. Bilamana dah dapat jawapan macamtu, member aku terus cabut. Tapi sebelum tu dia cuba ugut dengan kekerasan jugak dengan membawa sorang member diorang yang bertubuh besar. Tapi alhamdulillah kawan aku ni dapat balik dengan selamat.

Soooooooooooooooooooooooo...pengajarannya korang buatlah sendiri. Kawan aku tu tak leh nak salah kan aku kalo aku gelak besar pun sebab dia sendiri yang cakap kelmarin. Tapi aku takde lah gelak depan dia, gua tahan beb demi tak nak melukakan hati kawan. Dan gua tak citer kat orang pun kisah lu. Aku citer kat blog ni untuk pengajaran dan teladan orang ramai. Aku tak tulis nama lu beb...hehehehe.

Hidup ni tidak lari daripada diuji. Samada kita diuji dengan dugaan hidup atau diuji dengan kenikmatan hidup. Kedua-duanya adalah ujian. Jadi samada kita mendapat dugaan atau kenikmatan maka ingatlah akan Allah banyak-banyak supaya kita tidak leka hingga terjerumus dalam lembah hina di sisi Allah.

Aku tak salahkan kawan aku tu pun. Maklumlah kekadang manusia akan jadi buta kebenaran bilamana dibayangi oleh wang dan cinta. Kalo wang kita mula akan jadi tamak, kalo cinta kita mula jadi buta cinta. So tak heranlah orang boleh tertipu dengan wang dan cinta. Sebab wang dan cinta telah menguasai melebihi kebenaran.

Sebelum menamatkan entri ini, gua nak share sekali lagi kata-kata hikmah di atas

 “duit ini asalnya di tangan kita, tapi kita yang bagi kat orang lain”
 “nothings for free dan aku tak percaya dengan PERCUMA”

Kalo ada benda percuma pun memang kita tetap kena bayar sebab takde benda percuma yang diberi dengan percuma

p/s: masuk peraduan camtu aku rasa cam main tikam nombor pun ada. So main tikam nombor tu macam berjudi lah jugak. Kalo berjudi tu maksudnya...haram ke riba ek? Sape tau tolong jawab...

No comments:

Related Posts with Thumbnails