i k l a n

Wednesday, May 16, 2012

Nikmat sementara


satu hari tu aku ke masjid. Selepas solat fardhu ada satu tazkirah di sampaikan oleh tuan imam yang mengimamkan solat tadi. Tazkirah tu pasal nikmat yang sementara. Aku pun duduk lah sekejap dengor apa yang dimaksudkan dengan nikmat yang sementara itu.

Imam itu memulakan tazkirahnya dengan cukup menarik sekali. Dia mula bicara pasal kehidupan. Rupanya kehidupan kita ini bukannya bermula bila kita dilahirkan. Tapi hakikat sebenarnya kita bermula di alam ruh. Di situ bermula perjanjian kita dengan Allah. Kemudian kita masuk ke alam rahim. Tempoh 9 bulan 10 hari kemudian bermulalah satu lagi episod kehidupan kita. Tapi ini bukan episod terakhir lagi. Sebenarnya kita sekadar singgap sekejap sahaja di dunia ini. Kemudian kita akan ke alam kubur. Selepas alam kubur kita akan dibangkitkan sekali lagi untuk dihitung amalan dan diberi pembalasan setimpal mengikut amalan kita. Selepas tu kita akan hidup di alam kekal samada kita akan berada di syurga atau di neraka (nauzubillah). (huh...banyak pula selepas-selepas-selepas-...)

Kalo dikira-kira balik ada lebih kurang enam alam yang perlu kita lalui sepanjang perjalanan hidup kita untuk menuju ke alam kekal. Bagi sesetengah orang yang alim-alim gitu menyatakan alam kekal itu dengan lebih spesifik gitu iaitu menuju mardhatillah (keredhaan Allah). Boleh dikira sebagai matlamat utama diorang lah. Berbalik semula kepada enam alam yang kita lalui itu, hanya satu alam sahaja yang di ambil kira yakni alam dunia. Ya...hanya di alam dunia yang di ambil kira segala perbuatan dan amalan kita untuk menentukan kita samada berada di neraka atau syurga (insyaAllah syurga hendaknya).



Bercakap pasal dunia pula. Paling lama kita akan duduk dan bantah di dunia ni paling-paling lama pun 100 – 150 tahun. Itupun dah cukup lama dah. Tapi di alam kekal kehidupan kita dinisbahkan sehari di alam kekal bersamaan seribu tahun di bumi. Tengok betapa sebenarnya kita hidup sekejap sahaja di dunia ni jika dibandingkan dengan alam kekal nanti. Tapi aku yang hidup dah 28 tahun ni pun rasa lama dah. Solat 5 minit pun rasa sangat lama jugak. Itulah kelemahan manusia. Berbalik pada tajuk semula, apa yang digambarkan dengan nisbah hari di dunia dan di hari akhirat kelak jelas menunjukkan kita hidup di dunia ini adalah sementara saja. Begitulah juga dengan segala apa yang ada di dunia ini juga bersifat sementara.

Penjelasan imam itu lebih menarik dengan mengambil contoh segala aktiviti yang kita buat di dunia. Sebagai contoh kita makan nasi, paling lama pun kita akan rasa kenyang sekadar 2,3 jam dan selepas itu kita akan rasa lapar balik. Begitu juga dengan nikmat-nikmat yang lain. Contoh lain yang di beri nikmat sementara yang dikejar oleh pengejar nikmat dunia adalah tentang seks. Untuk orang yang buat seks (baca: hubungan kelamin) juga menikmati nikmat tersebut juga sekejap (erm...ni nak kena tanya orang yang dah kawen). Orang yang dapat nikmat kaya juga begitu. Nikmat kekayaan yang diperolehi tak akan berhenti disitu, diorang mesti akan cuba tambah lagi kekayaan. Maksudnya nikmat kekayaan itu juga tidak kekal sebab perlu ditambah-tambah lagi.

Aku cam terpegun dengan tazkirah dari imam tu. Aku terangguk-angguk bersetuju dengan kata-kata penuh hikmah itu. Tazkirah itu ditangguh dengan kesimpulan dari imam tersebut untuk sama-sama kita mengejar nikmat akhirat. insyaAllah bila kita kejar akhirat, dunia pula yang akan mengejar kita. Tapi kalo kita hanya kejar dunia, kita hanya akan berhenti dan mendapat nikmat dunia semata-mata. Aku senyum puas hari tu. Rohani aku dapat makanan yang sangat best. Lazat dan penuh berkrim. sungguh banyak rezeki yang aku perolehi.  Pertamanya aku dapat rezeki solat berjemaah dan kemudian dapat masuk dalam halaqah ilmu pula. Aku balik dengan perasaan indah dan tenang...



Subhanallah
rezeki solat berjemaah yakni 27 kali ganda ganjaran berbanding solat sendirian
rezeki majlis ilmu yakni ketenangan hati yang tiada ternilai dengan wang dunia (RM or USD or euro)

No comments:

Related Posts with Thumbnails