Huh...tajuk sambung belajar ni memang tak
habis-habis lagi. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini aku banyak dok melepak
dengan bekas-bekas lecturer aku. Banyak lah benda yang diborakkan. Antaranya
adalah tentang sambung belajar. Diorang ni walaupun statusnya bekas lecturer
aku, tapi diorang ni hanya lulusan setakat master jek. Kiranya dalam perasan
berlagaknya aku ni setaraf ler dengan diorang. Tapi...tapi...aku tetap respect
diorang as my ex lecturer. Walaupun diorang ni bercakap aku n ko jek ngan aku,
tapi aku tetap panggil diorang “inchik”. Aku perlu hormat guru aku beb.
Eh...dah melalut topik lain ni. Erm..aku nak citer pasal sambung belajar ni.
Actually diorang pun tengah plan nak sambung belajar gak. Sama cam aku jugak
la. Tapi diorang hadapi banyak masalah berbanding aku. Yup..walaupun kami
sama-sama nak sambung PhD tapi aku sangat kesian kat diorang. Aku pulak sudah
pasti kena sujud syukur sebab dapat peluang sambung di umur semuda aku
(elehhh...perasan muda sangat ler tu). Ini aku senaraikan masalah diorang:
1) umur diorang sudah tentu bukan setaraf
ngan umur aku, malah makam diorang confirm lebih tinggi dari aku. Dengan umur
yang dah cecah 30-40an adalah sangat mencabar untuk diorang. Bila taraf umur
cam diorang tu kita leh panggil tua. So bila panggil tua kita akan tahu diorang
cepat penat. Diorang selalu ngadu yang diorang cepat penat dengan kerja-kerja
harian dan tidak tahan untuk mengadap paper lama-lama.
2) bila dah kategori tua, confirmlah yang
boleh dikaitkan adalah penyakit. Ada sekali tu aku tengah borak ngan sorang
lecturer ni, tetiba datang sorang lagi lecturer yang seangkatan dengannya
mengambil ubat. Rupanya dia menghadapi masalah kestabilan. Masalah tersebut
menyebabkan proposal untuk sambung PhD tak siap-siap sampai sekarang. Yang lagi
kesian, ada yang dah buat medical check up kat hospital dan disahkan normal
tapi dia sebenarnya sakit..erk..camne ek aku nak explain. Last dia terpaksa
cari rawatan alternatif.
3) diorang ni boleh berlagak dengan aku
sebab diorang dah kawen dan ada anak. Cuma masalahnya bila sambung belajar
nanti diorang tengah pening camne nak uruskan anak terutamanya yang sambung
belajar di tempat yang jauh. Satu lagi bila dah ada anak, diorang cepat hilang
fokus terutamanya bila kat rumah. Anak-anak ada yang datang kaco bapaknya yang
tengah study. Habis tu tak kan bapaknya nak hangin kot...
4) ini kira alasan lain-lain lah. Diorang
ada yang dah kehilangan tahap fokus dan ketajaman fikiran tu juga berkurangan.
Tahap kreativiti juga ada sedikit menurun. Jadi ia merupakan halangan yang agak
besar untuk memastikan hasil yang terbaek. Halangan lain adalah bila penyelia
lebih muda dan sebaya. Ini mungkin akan timbul dari segi masalah komunikasi dan
pengalaman. Tapi besenya diorang akan cuba cari penyelia yang lebih berumur
dari diorang. Tapi satu lagi diorang ni terpaksa berkawan dengan rakan pelajar
PhD yang jauh lebih muda cam aku nih...kih3
Ini jek yang aku leh kongsi setakat ni.
Ini adalah hasil pengalaman dan pemerhatian aku bergaul dengan diorang. Sometimes diorang sendiri yang citer
masalah yang diorang hadapi. So aku rasa memang kena sujud syukur setiap kali
selesai solat fardhu. Segala masalah yang diorang hadapi tu takde pada diri
aku. Walaupun umur aku ni takdelah muda sangat tapi tetap kategori muda (mood
insaf dan sedar diri) tapi aku masih lagi single, fikiran pun alhamdulillah
masih lagi tajam, badan pun sihat walaupun kurang berisi. Jadi inilah masa
untuk aku, tak perlu ditangguh lagi.
Bagi korang yang masih muda dan ada
peluang untuk sambung, jangan persiakan peluang ini sebelum korang turut sama
menghadapi masalah seperti X-lecture aku tu. Duit gaji yang dikejar tu tak ke
mana. Percayalah dengan Allah yang menentukan rezeki kita. Kalo dah rezeki
kita, ia tak akan ke mana. Susah belajar ni tak sesusah bekerja. Rempuhlah
sedikit susah belajar untuk nikmati kerja yang lebih mudah :D
*p/s: kalo dah jodoh tu tak ke mana, ia
tetap akan jadi isteri kita...eh..ini pesanan untuk sape???
No comments:
Post a Comment