Minggu lepas aku sempat mendengar ceramah
dari Haji Ayub yakni bekas paderi di sebuah gereja besar di german. Aku tak nak
citer panjang kisah pasal haji ayub sebab kisahnya cukup panjang. Korang boleh
search je nama haji ayub ni kat google. Confirm akan keluar citer pasal kisah
hidup dia. Namun akhir-akhir ini, kalo korang perasan ramai yang dapat hidayah
untuk kembali kepada islam tanpa melalui kaedah dakwah dari orang islam.
Kebanyakkan citer yang tersebar menceritakan mereka kembali kepada islam bila
tertarik dengan kebenaran islam itu sendiri. Di sini kita sebagai orang islam
keturunan sepatutnya kena insaf dan sedar bahawa islam (baca: agama Allah) tak
perlukan kita pun untuk jadi kuat dan ramai pengikut malah kita boleh lihat
sendiri dari pengakuan mereka tentang bagaimana mereka menerima hidayah. Maka
amat rugilah kita sebab hilang peluang untuk membuat kerja dakwah yakni kerja
yang dibuat oleh rasulullah saw atau dalam kata lain berjuang di jalan Allah. Tapi
aku rasa sedey sangat. Serius beb, aku rasa nak menitis air mata bila ada umat
islam keturunan ni sendiri yang menjatuhkan islam, direndah-rendahkan, malah
ada yang menghalang kerja dakwah dijalankan. Sudahlah kita tak buat kerja
dakwah pastu menghalang pula kerja dakwah orang lain. Kalo dalam kristian
diorang ada soldier of jesus yang membantu kerja-kerja paderi. Kita tak kan tak
nak jadi soldier of Allah. Nak jadi soldier of Allah ni mudah jek. Tak perlu
untuk daftarkan diri or terpilih dari mana-mana jabatan. Yang penting adalah
kita menjaga tanggungjawab kita sebagai muslim dan menunjukkan akhlak muslim
sebenar. Mana tahu akhlak yang kita tabiatkan dalam diri itu akan menarik ramai
untuk kembali kepada islam. Bila kita dengan ikhlas membantu agama Allah, Allah
pasti akan memberi ganjaran setimpal dengan usaha kita itu. Paling-paling tidak
pun segala urusan kita akan dipermudahkan termasuklah dipermudahkan saat
kematian. Letakkan lah diri kita sebagai salah seorang yang membantu agama.
No comments:
Post a Comment