Aku ada pengalaman 4 tahun dalam bidang
sale (ayat macam riak siot)
Aku nak citer pasal ada sorang mamat ni
sibuk-sibuk dok sms aku pasal nak suruh beli polisi takaful dari dia. Kononnya
polisi syarikat dia lagi bagus dari polisi yang aku dah amik sekarang ni. Yang
aku tak leh blah dia suruh aku tunjukkan polisi yang aku dah amik. Pastu nanti
dia nak bandingkan dengan polisi syarikat dia pulak. Bagi aku, ini suatu yang
tak wajar. Kenapa ko nak banding-bandingkan dengan produk orang pulak. Tak
boleh ke ko tunjukkan kehebatan dan kebagusan produk ko tu jek tanpa perlu
dibandingkan. Yang berhak bandingkan adalah aku sebagai costumer. Lagi pun aku
ni bukannya costumer yang bodoh sangat sampai perlukan ko untuk tolong
bandingkan. Huh...marah nampak...hehe.
Fuhhh..rilek jap. Tarik nafas
panjang-panjang-panjang...
Aku tahu masing-masing nak cari makan,
tapi boleh tak ko jaga etika dan kesaksamaan untuk orang lain jugak cari makan.
Jangan pikir nak kacau periuk nasi orang jek. Biar orang lain tebarai asal
perut ko kenyang sampai boroi. (eh...marah lagi)
Inilah cerita yang berlaku dikeliling
kita, bukan aku nak banned orang yang buat sale sebab aku pun keje buat sale
jugak. Cuma perlu dijaga bab etika supaya kita semua dapat sama-sama berjaya.
Maaf cakaplah, ramai yang dapat sale yang banyak tapi costumer yang beli produk
dengan terpaksa. Adakah mungkin business kita dapat bertahan lama?
Citer pasal ni memang tak habis, belum aku
citer pasal penjual emas yang jual emas macam buat sale MLM. Mungkin background
dia sebelum ni MLM kot. Skg ni jual emas pulak. Adoii...tolonglah masuk kursus
buat sale dan dilatih oleh orang yang terlatih dan diiktiraf antarabangsa.
Sekarang ni orang dah tak jual takaful cara gitu lagi dah. Orang jual polisi
takaful guna cara baru. eh...apa cara baru tuh? Haaa...kalo nak tahu kena r
masuk kursus ngan aku dulu.
p/s: aku tak jual takaful pun..tapi aku
boleh ajar cara buat sale cara baru. nak tahu sila contact aku
p/s: biasa tak, dapat panggilan atau sms
dari kawan lama tetiba cakap suh masuk MLM or suh beli produk dia...tension kan
p/s: dok cari cara rasulullah saw berniaga
dulu bagaimana.
No comments:
Post a Comment