ada sekali tu member aku sms. dia tanya patut ke tak patut dia pegi ke satu business talk kat luar negeri. lagi pun dia dah tak berapa aktif lagi dah dalam business. kira macam buat part time jelah business tu. aku mulanya pening jugak nak jawab sms member tu. apa yang patut aku jawab?
sebelum tu biar aku terangkan situasi member aku tu. apa yang terjadi sebenarnya member aku ni tengah cuba buat keputusan samada nak pergi atau tidak business talk tersebut. kebetulan ada member lain yang ajak dia pergi. untuk pergi ke sana confirmlah melibatkan kos yang tak kurang banyaknya. berbaloi atau tidak untuk dia hadir. kalo hadir ke business talk mungkin dia boleh dapat kenalan baru untuk memperluaskan jaringan businessnya. tapi setakat jaringan meluas yang tanpa sale adalah sesuatu yang sia-sia juga. itulah yang dia pening. jadi dipendekkan cerita dia sms aku untuk bantu dia kongsi pendapat bagi memutuskan yang terbaek. apa yang patut aku jawab?
jawapan aku:
aku pun tak tahu ko patut pegi ke tak ke sana. situasi diri aku dengan diri ko berbeza. mungkin aku boleh cuba memahami keadaan diri ko tapi tetap tidak menyamai kondisi sebenar diri ko sendiri. jadi bagi membantu ko buat keputusan yang terbaek, aku cadangkan untuk ko tanya Yang Maha Terbaek dengan cara SOLAT SUNAT ISTIKHARAH. mintalah bantuan dari Yang Maha Berkuasa. sekurang-kurangnya dia boleh bagi panduan dalam hati ko untuk membuat keputusan. aku harap cadangan aku ni dapat membantu ko yep :D
itulah lebih kurang situasi yang aku lalui bersama member-member. aku tak kisah nak tanya soalan apa pun. dan aku seboleh mungkin bagi jawapan yang terbaek. merujuk pengalaman aku di atas tadi, bagi aku itulah jawapan yang terbaek untuk aku berikan. sebab aku memang tak tahu patut ke tak patut dia pergi. dan aku YAKIN dan PASTI, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. jadi kenapa tidak kita bertanya Dia.
situasi hari ini yang selalu menyengat kita untuk sentiasa membuat keputusan pantas. lantas mana mungkin kita sempat nak beristikharah dulu. sudah pasti istikharah itu juga butuhkan waktunya (aik...keluar indon lak). jadi apa yang terbaek adalah kita hendaklah sentiasa melakukan solat sunat istikharah ini setiap hari. ada sorang member aku ni ingat istikharah hanya untuk orang yang nak kawen saja. dia terkejut bangat bila aku suruh dia buat istikharah bila nak buat keputusan yang tak melibatkan persoalan kawen dan jodoh. apa nak buat, dah memang tradisi orang kita yang hanya sebut istikharah ni bila bercakap pasal jodoh.
suatu hari yang lain pulak, aku dalam perjalanan menuju ke bandar. sambil drive dengar radio ikim. tapi masa tu slot tentang promosi kursus jahitan langsir
okey..aku dah malas nak melalut dan mengarut sangat, buat kurang pahala jek nanti.
apa yang aku dapat rumuskan (macam ayat buat report amali lah pulak) adalah kita perlu menyatukan kehidupan kita dengan amalan agama. islam telah menyediakan panduan lengkap (pakej lengkap tanpa caj terselindung) untuk umatnya menjalani kehidupan seharian. sangat rugi jika kita tidak menggunakannya. dan tersangat rugi jika kita tahu tapi tak melaksanakannya.
bak kata maher zain, islam bukan agama tapi way of life (panduan hidup)
kata aku
kalo nak tahu korang patut terus membaca blog aku atau tak patut, solat sunat istikharah la dulu weh..!!
No comments:
Post a Comment