Sejak akhir-akhir ni aku suka pegi makan
kat kedai arab
Di kampus aku ni ada satu kedai arab.
Namanya tak silap hadralmawt uthm. Jual makanan arab. Tapi yang bestnya makanan
n minuman kat situ murah dari harga standard kat luar. Contoh cam nasi arab
hanya berharga rm5. Minuman jus buah hanya rm1. Kalo roti arab pulak rm1
sekeping. Lauk pencicah lak leh pilih nak rm3 or rm5. Aku biasa suka makan roti
ngan chicken aqdah. Best siot. Makan pagi kenyang sampai ke petang. Dan yang
lebih penting diorang memang asal dari negara arab.
roti arab n chicken aqdah (besar giler rotinyer)
Apa yang membuatkan aku nak tulis entri
pasal kedai tu adalah pasal survival kedai tersebut. kawasan tersebut mempunyai
2 lagi kedai lain. Satu kedai mamak dan lagi satu kedai orang melayu. Antara 3
kedai ni, kedai arab ni lah yang paling maju aku tengok. Dibuka setiap hari
sampai ke malam. Sedangkan kedai lain tutup seawal jam 4 petang. Lagi-lagi
waktu sekarang ni pelajar ijazah dah cuti. Bilangan pelajar diploma pulak
sikit. So kedai yang dua lagi tu kekadang terus tak buka.
sekarang ni aku tiap hari kena ke kampus
(pusat kesihatan universiti) untuk makan ubat termasuklah hari hujung minggu
(sabtu n ahad). Untuk memastikan keberkesanan ubat tersebut, aku kena makan
sebelum aku sarapan (perut kosong). Jadi lepas makan ubat (hujung minggu) aku
terus cari kedai untuk sarapan dan harapan aku hanya tinggal kedai arab ni lah.
Tu yang aku terjebak ngan roti arab n chicken aqdah. Memang tu jelah kedai yang
buka dalam kampus. Ada lagi kedai yang buka tapi kat dalam kolej kediaman la
pulak.
Aku solute giler sebab diorang bleh
survive di negara orang. Kalo hari minggu biasa, aku boleh tengok berpuluh ekor
ayam dipanggang dan tak berhenti sampai ke petang. Pelajar-pelajar foreigner
yang ramai lepak kat kedai ni. Maklumlah pelajar foreigner kat sini ramai dari
negara timur tengah. Namun begitu sambutan dari staf n pelajar tempatan tak
kurang gak hebatnya. Aku rasa mungkin kerana kelainan menu yang ditawarkan dan
harga yang sangat berpatutan. Maklumlah aku pun dah boring kot makan makanan tempatan
yang sama. Sesekali elok gak gilir-gilir ngan menu arab pulak.
Kisah survival kedai ni mengingatkan aku
dengan kisah di awal penghijrahan umat islam ke madinah. Bagaimana ketika itu
masyarakat yahudi menguasai perniagaan di sana. Tapi dengan kebijaksanaan
sahabat nabi saw seperti abdul rahman bin auf telah berjaya membuka perniagaan
di kawasan perniagaan kaum yahudi itu. Sudahlah dapat membuka perniagaan di
situ, perniagaannya pula sangat mendapat sambutan yang hebat. Dan suatu ketika
kaum yahudi telah memonopoli semua telaga air di madinah dan tidak mahu menjual
air kepada penduduk islam. Atas kebijaksanaan abdul rahman bin auf ni jugaklah
dia berjaya membeli satu dari telaga tersebut dengan harga yang mahal. Dan
memberi secara percuma kepada semua penduduk islam ketika itu. Dipendekkan
kisah akhirnya semua telaga yang lain juga dapat dikuasai semula oleh orang
islam.
Apa nilai yang ada pada perniagaan orang
islam? Perniagaan orang islam ni begitu jujur sekali. Tidak menindas dan tidak
mengamalkan RIBA berbanding perniagaan orang yahudi ketika itu yang banyak
menindas dan mengamalkan riba. Disebabkan itu jugaklah perniagaan orang islam
mendapat sambutan sehingga peniaga yahudi sangat tidak selesa dengan mereka.
Bagaimana dengan perniagaan orang kita sekarang ini? Adakah ia mengambil
nilai-nilai yang sepatutnya sebagai peniaga islam?
Kawasan aku ni kebanyakkan penduduk asal
adalah dari keturunan jawa. Sepanjang 8 tahun duduk kat sini banyak kisah-kisah
magis ilmu hitam yang aku dengar. Banyak kedai kena tutup dek penangan benda
tu. Yelah sepanjang aku dok sini, aku dapat tengok banyak kedai yang bukak
sekejap tak sampai setahun n then tutup n lepas tu kedai lain pulak bukak pastu
tutup balik dan bergilir-gilir. Ada kedai besar yang maju giler n tetiba tutup
n terus bungkus. Kebanyakkan kedai yang kena adalah kedai makan, restoren dan
kedai runcit / kedai jual barang segar. Tak kurang jugak cakap-cakap kedai yang
terlalu maju tu ada magis ilmu hitam jugak untuk menarik pelanggan. Aku pun tak
tahu betol atau tidak. Hanya Allah yang lebih mengetahui hal ni.
Tapi yang aku tahu, kedai arab ni dah
berapa tahun beroperasi tak tutup-tutup lagi n makin maju pulak tu. Dah ler
jual dengan harga yang sangat berpatutan. Tapi yang dalam kampus jelah. Kedai
arab Yang kat luar kampus tu dah tutup jugak aku dengar...wallahualam
1 comment:
saya kenal dgn owner ni..dia org dr arab yemen..skrg handle business makan kat skudai..org arab ni mmg tabah berniaga..cuma org melayu ni suka jatuhkan org bila nampak org melayu buka bisness cikit...dah tue siap pki bomoh2
Post a Comment