Kehidupan orang bujang memang susah bab
makan
Semalam aku ada chat ngan sorang kawan ni.
Masing-masing sama-sama buat master tapi berlainan fakulti. So dia citer lah
life dia dok di fakulti tu tentang kegembiraan bersama sekumpulan pelajar post
grad yang lain. Mereka diletakkan dalam bilik yang berdekatan dan sentiasa
berbincang dan tolong menolong antara satu sama lain. Sampaikan waktu makan pun
diorang akan ajak ramai-ramai makan bersama.
So aku yang mendengar ni pun melahirkan
rasa jeles yang serius. Yelah..aku ni dok sorang-sorang kat bilik research tu.
Takde ahli group, takde pun student research lain yang berdekatan, takde jugak
sesape yang boleh aku buat kawan bincang pasal research aku. Dah tu confirmlah
makan pun sorang-sorang.
Bab makan sorang-sorang ni memang lah satu
mimpi ngeri untuk sesetengah orang. Lagi-lagi perempuan. Tapi aku pernah jugak
jumpa lelaki yang mengaku memang tak leh blah makan sorang-sorang. Dan dia akan
merasa cam kagum giler kalo tengok ada orang makan sorang-sorang tanpa seorang
pun teman.
Aku pun pada awalnya agak janggal jugak
bila kena makan sorang-sorang ni. Tapi aku nak ajak sape? Nak tak nak kena
makan jugak. Kalo tak, ada jugak aku kebulur sorang diri..huh..!! tapi
lama-lama rasa janggal tu hilang. Makan sorang-sorang tu dah jadi rutin. Tak
heranlah kalo orang tak nak teman. Lagi selesa makan sorang. Tak perlu tunggu
orang bersiap. Nak makan mana pun sendiri decide. Dah habis makan terus blah,
bukan dok borak dulu or terpaksa tunggu kawan habis makan or terpaksa makan
cepat-cepat sebab kawan-kawan lain semua dah habis makan. Semua tu aku tak
perlu hadapi. Merdeka gitu..!!
Bagi yang makan beramai-ramai ni pulak
akan pening nak decide mana nak makan. Nanti cakap “ikut ko lah nak makan mana”
pastu yang ni balas balik “aku ikut ko je nak makan mana”. Pastu sampai sudah
tak makan..!! sebelum tu tengok bilangan dulu cukup korum ke tak. Kalo tak
cukup tak leh nak gerak, nanti ada yang merajuk pulak. Banyak pulak hati nak
kena jaga. Dah sampai kedai, pening nak kena belanja or orang nak belanja or
nak bayar sendiri-sendiri nih. bayar sendiri-sendiri nanti tak best pulak sebab
tadi naik kete dia. Nak belanja semua tak cukup duit pulak. Nak belanja sorang
nanti yang lain pulak jeles. Last sekali makan hati sendiri. Hehe
Anyway...dua-dua ada pro dan kontra.
Asalkan kita ni bijak memilih dan sesuaikan diri mengikut keadaan. Jangan
sampai kita ni jadi pak turut jek. Ikut jek orang buat cam lembu kena tarik.
Kita ni dilahirkan bebas dan merdeka. Jangan jadikan diri kita ni hamba secara
indirect.
Makan mana ter?
Mulut ter
Tetiba aku teringat satu pesan nih. Tapi
aku tak ingat lak sape orang yang bagi pesanan tu. Itu tak penting. Yang
penting pesanan yang diberi:
Kita hidup untuk makan atau makan untuk
hidup [makanlah kerana Allah swt]
Makanlah makanan yang berkhasiat banyak-banyak,
walaupun berkhasiat tapi janganlah makan terlalu banyak hingga badan tak larat
nak tanggung [makanlah makanan berkhasiat sekadarnya]
Makan tu makan jugak, jangan sampai mati
sebab makan
p/s: lepas sakit ari tu aku rasa aku makan
banyak giler. Aku rasa cam badan aku dah gemok kot. Tapi aku timbang tetap
jugak 45kg. Adeh..maintain dari zaman sekolah menegah dulu lagi.
(perghhh...berat badan 45kg..!! bior betoii..!!) fakta okey..!!
2 comments:
45 kurus ok.. 2x ganda berat aku..
tu kalo bmi pon underweight.. suka baca ko dah semakin sihat.. take care tau... jmpa nanti konvo.. ahehehe
kurus ker gemok ker itu semua tak penting. yang penting SIHAT. leh wat amal ibadat ngan sesempurna mungkin. eh...ko dah tak datang sini lagi ker..?
Post a Comment