Semua orang nak kaya
Aku pun nak kaya jugak
Aku sebenarnya malas nak tulis entri pasal
kaya raya bagai ni. Sometimes perkataan kaya itu telah membuatkan sesetengah
orang jelik dan tak mahu baca entri aku nih. Sebab tu aku tukar tajuk entri jadi
pembaris. Kenapa aku guna tajuk pembaris tu nanti aku citer kat bawah.
Aku rasa sebelum ni pun aku pernah tulis
beberapa entri pasal kekayaan. Tapi kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang
pemahaman istilah kaya yang sebenar. Kebiasaannya memang tidak boleh tidak bila
kita cakap orang tu kaya kita akan ukur kekayaan tu dengan cara melihat betapa
besar rumah yang dia duduk, kereta ada berapa bijik, kereta jenama apa dia
pakai, pakai baju yang jenama branded john master, bonia, durban (eh...ni
jenama common sangat la..!!).
Tengok...itulah cara kita mengukur
kekayaan orang tertentu. Sebabtu aku guna tajuk kali ini pembaris. Pembaris tu
kan alat untuk mengukur. Tapi kali ini aku nak share ngan korang tentang cara
lain untuk mengukur kekayaan seseorang.
Baru-baru ni aku naik kete dan kebetulan dengar
satu perkongsian dari somebody dalam radio. Aku pun tak tahu sapa yang cakap
masa tu. Dia share tentang bagaimana nak tengok orang tu betul-betul kaya atau
buat-buat kaya. Dia cakap orang boleh menipu mata orang dengan memakai pakaian
berjenama, boleh juga buat loan untuk beli kereta mewah tapi orang tak boleh
menipu dengan apa yang di makan. Bagi orang yang buat-buat kaya ni biasanya dia
lebih rela mengikat perut untuk memastikan matlamatnya berjaya. Berbanding orang
betul-betul kaya, makannya adalah berkualiti, berkhasiat dan tidak kemuk
(kedekut). Tapi aku tak sempat dengar habis huraian lanjut sebab ada urusan
yang perlu diselesaikan.
Pada masa yang lain pula, aku sempat
tengok satu rancangan di tv. Kebetulan berbicara tentang kewangan. Pakar tu
cakap kita sepatutnya melihat orangnya yang kaya bukan kereta, baju or rumahnya
yang kaya. Korang faham tak? Maksud pakar tu, kita jangan melihat kereta orang
tu yang kaya tapi kita lihat tuan punya kereta yang kaya. Tapi bagaimana nak
tengok orang tu kaya tanpa melihat kereta or pakaian orang tu?
Cara lain melihat kekayaan sebenar selain
dari cara makannya, kita boleh lihat dari segi gaya hidupnya. Orang kaya tidak
semestinya mengamalkan gaya hidup mewah tapi gaya hidupnya lebih segar, sihat
dan yang lebih penting berkualiti. Selain itu, orang kaya ni adalah orang yang
suka memberi. Memberi ni dalam banyak aspek tidak semestinya bersedekah
semata-mata. Sebab dia kaya jugak lah dia boleh memberi sebanyak-banyaknya.
Biasanya juga orang yang betul-betul kaya ni akan membeli sesuatu barang atau
perkara dengan kaedah bayaran secara CASH / TUNAI.
Pengalaman aku sendiri bila salah sorang housemate
aku yang gajinya berganda-ganda dari aku, keretanya confirm lebih besar dari
aku dan jawatannya engineer tapi tiap-tiap hujung bulan terpaksa makan meggi..!!
betol weh. Ini citer benar dan aku tak tipu dibulan syaaban ni. Sometimes bila
kitorg nak keluar makan santai-santai dia tak nak ikut. Terpaksa kitorang pujuk
untuk belanja dia makan. Tapi kalo korang nak gunakan pembaris kekayaan biasa
memang nampak aku lagi miskin lah dari mamat tu. Tapi...
Teringat balik kisah zaman nabi saw. ramai
mempunyai persoalan nabi saw kaya atau tak? Bila aku baca sirah tentang nabi
saw, aku dapati bahawa nabi saw ni sebenarnya kaya. Cuma cara hidup nabi saw
mengamalkan cara hidup yang sangat sederhana. Antara perkara yang menyebabkan
aku cakap nabi saw kaya adalah melalui kisah peperangan. Nabi keluar berperang
mempunyai pedang dan baju besi. Pada zaman tersebut, orang yang miskin nak
pergi berperang pun tak dapat sebab tak dapat nak sediakan pedang dan baju
besi. Ada satu kisah tu, seorang penduduk madinah yang nak sangat pergi
berperang mempertahankan madinah hanya menggunakan sehelai kain baju yang
dipinjam dari isterinya dan menggunakan pelepah tamar sebagai pedangnya. Itulah
bezanya orang kaya dan orang miskin pada zaman rasulullah.
Begitulah juga yang berlaku terhadap
sahabat-sahabat nabi seperti abu bakar as siddiq, uthman bin affan, abdul
rahman bin auf dan beberapa orang lagi yang dikenali sebagai orang yang kaya.
Kehidupan mereka adalah sederhana tetapi mereka sebenarnya sangat kaya.
Mengikut satu kisah bagaimana abdul rahman bin auf ni bila tutup kedai, beliau
membawa uncang yang terisi duit dinar dan dirham telah pergi menemui
peniaga-peniaga yahudi dan membayarkan hutang-hutang orang islam. Subhanallah
begitu kaya kekayaan sahabat nabi. Sehinggakan mereka-mereka ni semua sanggup
menyerahkan segala harta bila ada seruan jihad (perang) ketika itu. iman pun kaya giler...
Jadi...kita nak kaya yang bagaimana?
Betul-betul kaya atau buat-buat kaya
Tak perlu ukur dengan pembaris sejauh mana
kekayaan (kejayaan) kita. Tapi marilah kita mentauhidkan agama allah insyaAllah
kekayaan (kejayaan) akan datang kepada kita. amin
Wallahua’lam
1 comment:
jom jadi kaya tuan!:D
Post a Comment