i k l a n

Wednesday, July 4, 2012

dah cuba baru tahu

belum cuba belum tahu (never try, never know)

bab ni lah yang paling kritikal untuk aku. dan kebanyakkan aku tengok orang kita ada masalah benda ni. TAKUT UNTUK MENCUBA

biasanya kita akan dengar alasan pertama adalah tak mahu buat atau terlibat dengan sesuatu sebab dia tak tahu apa-apa, tak pernah belajar, tak pernah diajar dan takde pengalaman tentang benda tu. jika alasan ini yang digunakan maka kita memang tak akan tahu langsung perkara tersebut sampai bila-bila. persoalannya adakah Thomas Alva Edison akan dapat mencipta mentol lampu elektrik menggunakan alasan ini?

menyeroti pengalaman hidup aku, aku memang ada sedikit fobia bila disuruh melakukan perkara yang tak pernah dibuat. sebagai contoh mudah. aku tak pernah ke cameron highland. untuk pertama kali ke cameron highland sendirian merupakan perkara yang paling susah dan agak menggerunkan. aku pun tak tahulah nape leh ada masalah fobia sebegitu. mungkin kalo aku ditemani sekalipun ia tetap sesuatu yang menggerunkan jugak. biasanya aku lawan balik sehinggalah aku dapat mengalahkan fobia tersebut.

namun begitu pernah jugak aku membuat perkara yang tak pernah aku pelajari, tak pernah di ajar dan tak pernah ada pengalaman pun. yakni aku disuruh mengajar satu kursus yang aku sendiri tak pernah belajar sebelum ni, apatah lagi ada orang yang nak ajar aku dan aku memang tak ada pengalaman dalam bidang tersebut. tapi dengan selamber nyer aku buka buku sendiri dan cuba merujuk kepada 2,3 orang yang pakar untuk memastikan aku dapat mengajar dengan jayanya. dan kursus telah selesai aku ajar pada sesi-sesi yang lepas.

kekadang aku terfikir kenapa aku asyik terkena perkara yang aku tak berapa minat dan perkara yang mungkin aku tak berapa tahu sangat. sebagai contoh semasa memohon pengajian untuk ijazah, aku seboleh mungkin memohon untuk ijazah dalam bidang elektrikal tetapi aku dapat bidang mekanikal yang mana ketika itu aku memang tak tahu langsung apa itu bidang mekanikal (fakta okey..!!). namun setelah melanjutkan pengajian timbul pula minat dalam bidang ini. begitu juga berlaku bila aku sambung belajar di peringkat master. daripada bidang mekanikal pembuatan dan pengeluaran, aku beralih ke bidang baru iaitu pencemaran automotif. kedua-duanya adalah benda baru untuk aku. dan selepas ini untuk sambung PhD, aku kemungkinan akan pergi ke bidang yang lagi baru untuk aku iaitu mendalami enjin kenderaan. mimpi ngeri untuk aku yang kurang pengalaman dalam bab enjin. (beb...kalo ko salah setting enjin, kereta tak leh jalan..!!)

namun begitu, aku terfikir yang inilah sesuatu yang unik yang Allah kurniakan kepada kita. buat apa kita belajar kalo benda tu kita dah tahu. kita sepatutnya belajar benda yang kita masih belum tahu. bila kita belajar perkara yang masih belum tahu maka kita akan belajar dengan membuat banyak kesilapan. kesilapan itulah pengajaran terbaek untuk kita. tapi ramai dikalangan kita ni TAKUT UNTUK GAGAL / MEMBUAT KESILAPAN.

suatu fakta yang perlu kita tahu, tahap keberanian mencuba akan semakin menurun dengan peningkatan umur. maksudnya semakin umur kita meningkat, semakin kurang tahap keberanian kita untuk mencuba sesuatu yang baru. sebabnya bila kita dah semakin berumur, kita telah mempunyai banyak pengalaman menyebabkan semakin banyak faktor yang kita akan pertimbangkan sebelum mencuba sesuatu yang baru. berbanding dengan seorang kanak-kanak, mereka mencuba sesuatu tanpa berfikir panjang dan mendalam. jadi apa yang ada dalam mindanya gambaran sesuatu perkara dan mencubanya..!! kita bagaimana?

dah cuba baru tahu

wallahua'lam

No comments:

Related Posts with Thumbnails