fuhh..lama sungguh tak datang ke pusat komuniti bekas penagih ni. borak-borak ngan diorang rupanya dah 4 minggu tak ada pengisian. aku ingatkan ada sahabat lain gantikan aku. rupanya memang takde. jadi bila aku sampai je sana diorang cam terkejut. pastu macam-macamlah celoteh diorang ni. ada yang kata "eh bukan ke program lepas isyak". terus jek aku sound "bila masa pulak program dengan ABIM buat lepas isyak". memang diorang ni pandai pusing fakta. pastu kebetulan aku nampak notis kat whiteboard situ tulis mula jam 6 petang "eh..ni notis tulis mula jam 6 petang" sambil aku tunjuk kat brother tu. terus dia senyum-senyum malu dan menghilangkan diri ke dalam bilik. hakikatnya program mula dengan solat maghrib berjemaah.
namun tak semua penghuni situ yang jenis nak larikan diri. mungkin sebab dah lama takde pengisian dan rasa liat sikit nak mula balik rutin tersebut. ada kalangan yang lain menyambut dengan begitu mesra sekali dan bertanya khabar akibat lama tak datang jengok diorang. ada yang perasan pipi aku dah mula cembung (dulu cengkung - eh betul ker ayat aku nih). itulah akibat selera makan aku yang mendadak sejak akhir-akhir ni (eh...ini dah salah topik). yang paling aku terharu bila ada kalangan diorang yang bekerja pulang awal semata-mata sebab tahu kitorang nak datang. dan lagi-lagi terharu bilamana ada kalangan bekas penghuni (maksudnya dia dah tak perlu duduk di rumah komuniti tu lagi) sanggup datang situ untuk beraktiviti bersama kami. lepas aktiviti selesai yakni seusai solat isyak berjemaah, dia pun akan pulang ke rumahnya semula. respek n
walaupun aktiviti kami lakukan ni hanya sekadar mengajak mereka solat berjemaah, berzikir dan belajar iqra' dan muqaddam. namun ia sedikit sebanyak memberi satu kelainan kepada diorang yang duduk di rumah tersebut. maklumlah duduk dirumah tersebut dengan rutin yang sama cukup membosankan. diorang pun seronok belajar iqra' semula. ada yang dah berusia, mengaku tak reti mengeja. tapi bila belajar balik diorang rasa seronok. tak malu nak belajar balik sebab belajar dikalangan orang yang dewasa. lepas tu kalo ada sebut salah, maka sama-sama kena gelak ngan kawan-kawan lain. memang nampak tak serius tapi begitulah keadaannya. diorang pun tak tertekan. lagi pun memang diorang suka bergurau dikalangan diorang sendiri. dan itulah juga masa untuk diorang rapat sesama mereka.
bila tengok balik kalendar, tinggal satu minggu lagi untuk menuju ke bulan penuh rahmat dan berkat yakni ramadhan al mubarak. dan ini bermakna ada lagi peluang 1 kali untuk aku berjumpa diorang. kemudian akan bercuti sebulan sempena ramadhan ni. aku tak tahulah lepas raya nanti, nak mula balik mungkin agak liat sekali lagi untuk diorang ni. kekadang kelakar tengok diorang ni walaupun dah tua tapi perangai memang macam budak-budak. gelak jelah. situasi itulah juga yang membuat hormon endorfin dan beberapa hormon gembira yang lain meningkat. so aku rasa lebih bahagia dengan hidup ini.
sujud syukurku kepada Allah yang menghadiahkan aku kebahagiaan :D
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment