i k l a n

Thursday, August 16, 2012

tubuh UNIT

dalam dok sibuk menyiapkan misi seorang sekampit beras daerah batu pahat, 
sempat ke pontian untuk melihat sambutan ihya' ramadhan d sana. 
walaupun tak meriah seperti di batu pahat, namun pesertanya lebih bersemangat.
serentak dengan program itu dan pelancaran kempen sekampit beras di pontian, 
aku ambil kesempatan untuk melancarkan juga skuad UNIT.
UNIT untuk singkatan U & I - Team
atau cara sebutannya Unity (kesatuan)

di bawah UNIT ini, mereka akan dibina gembleng potensi diri masing-masing menggunakan teknologi terkini tanpa meninggalkan agama sebagai teras keupayaan tertinggi.


kursus di mersing

ini gambar kenangan semasa kursus di Endau Beach Resort, Mersing.
gambar ni ada signifikasi tersendiri sebabnya empat (4) orang hero dalam gambar ni adalah kepemimpinan ABIM negeri yang masih belum kawen lagi atau dalam kata lain masih lagi bujang :D


kenangan best kat sini sebab berkursus semasa puasa. geng bujang telah di latih menjadi imam terawih 2 rakaat sorang. memang terbukti geng bujang memang mantap...hahaha

liputan akhbar sinar harian

tahniah kepada semua penyumbang, liputan ni sekadar rekod dan info untuk kalian


Thursday, August 9, 2012

laporan terkini


inilah sebab kenapa aku dah lama tak update blog ni. alhamdulillah selesai juga program ni. seterusnya misi memberi sumbangan sumbangan sekampit beras dan barang keperluan dapur untuk orang miskin sekitar ayer hitam dan batu pahat. nantikan laporan seterusnya...

LAPORAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1433H

Ihya’ Ramadhan 1433H peringkat Batu Pahat telah diadakan pada 4 dan 5 ogos 2012 bersamaan 15 dan 16 ramadhan 1433H bertempat di surau Taman Sri Banang, Minyak Beku, Batu Pahat. Pengisian utama program ini adalah kursus asas solat, bengkel khasiat solat dari perspektif sains sukan, sumbangan seorang satu quran tafsir, iftar bersama anak yatim dan asnaf, penyampaian sumbangan beras dan barang dapur serta majlis pelancaran kempen seorang sekampit beras untuk daerah Batu Pahat. Tema program ini “Belia solat, Belia penyelamat Ummat”. Peserta program pula terdiri dari remaja lelaki berumur 13 hingga 17 tahun yang berstatus anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Program ini bermula jam 11 pagi dengan sesi pengenalan program oleh Sdr. Mohd Muhsein Taib selaku pengarah program. Kemudian kursus asas solat telah diisi oleh fasilitator dari Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) yang diketuai oleh Sdr. Farhan bin Ashari. Kursus ini memerlukan semua peserta untuk melakukan amali solat dan dibaiki kaedah pergerakan dan bacaan dalam solat. Selepas solat zuhur berjemaah, setiap peserta telah diberikan senaskah al-quran dan penyampaian dibuat oleh Sdr. Azamudin Ahmat Miskam selaku Timbalan Yang Di-Pertua ABIM cawangan Batu Pahat untuk digunakan dalam sesi tadarus al-quran sepanjang program berlangsung. Dalam sesi tadarus, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Peserta didedahkan dengan amalan tadarus yang sangat digalakkan dalam bulan ramadhan dan kaedah dalam memahami isi kandungan al-quran melalui membaca terjemahan ayat yang telah dibaca.

praktis solat

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan sesi bengkel “khasiat solat dari perspektif sains sukan” oleh Sdr. Azamudin Ahmat Miskam yang merupakan pelajar jurusan sains sukan UiTM. Sesi ini telah mendedahkan peserta kepada kehebatan solat yang telah merangkumi semua aspek yang terkandung dalam aspek bersukan. Selain itu hasil kajian beberapa pensyarah dari universiti tempatan juga turut didedahkan tentang khasiat dalam setiap pergerakan solat kepada kesihatan tubuh badan. Penerapan tentang aspek khasiat solat ini merupakan suatu hikmah dan motivasi  yang diharapkan dapat meningkatkan semangat para peserta untuk menjaga solat masing-masing.

bengkel khasiat solat dari pandangan sains sukan oleh Sdr. Azamudin Ahmat Miskam

Sesi iftar bersama anak yatim dan asnaf pula turut melibatkan wakil Taman Sri Banang*, anak-anak penduduk taman, beberapa orang penyumbang, wartawan akhbar Sinar Harian dan penggerak program. Pada sebelah malam, solat sunat terawih dan tadarus al-quran menjadi pengisian utama. Sebelum tidur peserta telah diberikan penerangan tentang adab tidur. Peserta dibiarkan tidur awal untuk membolehkan mereka bangun awal bagi aktiviti qiamulail dan bersahur. Peserta dikejutkan seawal jam 4 pagi untuk qiamulail, bersahur, solat subuh dan tadarus. Sesi seterusnya dikendalikan oleh pengarah program yang memberi pengisian secara santai berkenaan perspektif yang perlu ditukar oleh para peserta dari minda menerima kepada minda penderma. Sesi ini telah menerapkan peserta kepada elemen mahu kaya, berjaya dan bahagia. Seterusnya sesi diteruskan dengan senaman pagi dan gotong royong membersihkan surau dan persekitaran serta solat sunat dhuha yang diketuai oleh Sdr Zaidi.

*Taman Sri Banang merupakan penempatan baru untuk orang asal Kg. Segenting Batu Pahat. Pekerjaan utama penduduk taman ini adalah sebagai nelayan
persiapan berbuka puasa
tadarus al-quran

Pengisian seterusnya diteruskan dengan slot Remaja Unggul yang disampaikan oleh Ustaz Ab Razak Aripin. Slot ini mengandungi pengisian membetulkan kaedah pemikiran dan memberi kesedaran tentang tujuan utama kehidupan di dunia ini. Slot ini menjadi lebih menarik kerana ia merangkumi aspek mental dan fizikal dalam matlamat menjadi remaja unggul. Kemuncak slot ini diisi dengan memasukkan elemen positif ke dalam minda bawah sedar para peserta. Secara tidak langsung slot ini menjadi slot rumusan untuk keseluruhan program Ihya’ Ramadhan untuk kali ini.

slot remaja unggul oleh Ustaz Ab Razak Aripin
peserta sdg khusyuk menghayati isi ceramah

Program diteruskan dengan majlis penutupan program Ihya’ Ramadhan 1433H dan majlis pelancaran kempen seorang sekampit beras peringkat Batu Pahat oleh Ustaz Haji Ab Razak Aripin selaku Yang Di-Pertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri Johor. Simbolik pelancaran dengan penyampaian sekampit beras dan barang dapur kepada wakil peserta program. Program berakhir dengan selawat pada jam 11.30 pagi.

simbolik pelancaran kempen seorang sekampit beras peringkat batu pahat

Untuk rekod, penyampaian sumbangan beras dan barang dapur telah bermula pada 2 ogos dengan penyampaian kepada Pn.Azizah Jalil (Guru Besar Tadika Iltizam Gemilang) sebagai wakil yang akan menyampaikan sumbangan tersebut kepada peserta bagi kawasan Air Hitam. Kemudian pada 3 ogos penyampaian sumbangan kepada Uztaz Nur Azam (Pengetua SMA AtTarbiyah Al Islamiah) untuk disampai kepada peserta sekolah tersebut yang terlibat dalam program ini. Manakala untuk peserta bagi kawasan kampung sekitar bandar Batu Pahat disampaikan diakhir program.

penyampaian kepada pengetua SMA At Tarbiah Al Islamiah, Batu Pahat

Sumbangan beras dan barang dapur adalah melalui tabung kempen sekampit beras ABIM negeri Johor
Sumbangan iftar dan seorang satu quran tafsir melibatkan sumbangan dari individu perseorangan melalui kempen untuk program ini berlangsung.
Data peserta program kali ini dikumpul untuk dipanggil dalam program kami seterusnya.

barang sumbangan yang dah siap pack dan yang belum siap

Program ini dianjurkan oleh ABIM cawangan Batu Pahat dan telah melibatkan kerjasama penuh dari ABIM negeri Johor, Persatuan Wanita Insani Batu Pahat (BP CARE), Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dan JKKK Taman Sri Banang.


JazakAllahu khairan kathira kepada semua penyumbang dan pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan program IHYA’ RAMADHAN 1433H peringkat Batu Pahat.  


Disediakan oleh,
Mohd Muhsein Taib
Pengarah Program
Ihya’ Ramadhan 1433H

sang pengarah

p/s: laporan ni copy paste dari notes kat fb

Wednesday, August 1, 2012

ragam

detik-detik menuju program ihya' ramadhan 1433H di batu pahat merangkap ragam-ragam sepanjang menjalankan usaha memberi sedikit sinar harapan buat insan-insan yang terpilih ini.

1) seorang ibu kepada salah seorang anak yatim menangis terharu bila anaknya mendapat jemputan menyertai program. beliau terharu bukan kerana sumbangan yang bakal diperolehi dalam program ini tapi dia menangis sebab anaknya dapat menyertai kursus penghayatan solat. sebenarnya dalam 2,3 hari sebelum tu dia baru terfikir untuk anaknya menyertai program seumpama ini. dan alhamdulillah doanya telah termakbul di dalam bulan ramadhan yang mulia ini..!!

2) penyertaan anak-anak yatim ini adalah melalui beberapa orang individu yang dilantik untuk mencari anak-anak yatim disekeliling kampung masing-masing. antara yang terlibat sama adalah persatuan wanita insani batu pahat

3) dalam keghairahan kami menjayakan program ini, ada anak-anak yatim yang terpilih tidak mahu menyertai program ini. target kami tetap mahukan 40 orang anak yatim. jadi kami usahakan juga pelbagai cara menggunakan semua contact yang kami ada untuk memastikan 40 orang anak yatim ada dalam program ini.

4) ada orang cakap anak-anak yatim musim ni memang kaya. ramai yang bagi sumbangan. tapi kami cakap balik, itu mungkin yang ada kat rumah kebajikan atau rumah persatuan. tapi kami ambil anak-anak yatim dari kampung yang tinggal dengan keluarga.

5) ada orang tanya juga, apa yang korang dapat dengan buat program ini semua? secara material memang kami tak dapat apa-apa. malah kami keluarkan kos kami juga. setakat ni kami dapat kegembiraan yang tak terungkap dengan kata-kata dan tak tertulis dengan ayat-ayat cinta.

6) disebabkan program ini merupakan program yang baik dan dilaksanakan di bulan yang mulia, maka kami buka juga peluang ini kepada sahabat-sahabat yang tak berkesempatan untuk melakukan seperti kami untuk turut sama menambah saham dana akhirat dan mengembirakan hati insan-insan terpilih ini.
Related Posts with Thumbnails