dengan ini aku mengumumkan berita tergempar yang kononnya aku nak bagitahu kalian berkurun dulu adalah tentang pernikahan aku dan tentulah dengan isteri aku :P
pastinya korang menunggu apakah berita yang kononnya tergempar tu kan..!! tapi ramai juga silent reader blog ini merangkap kawan-kawan kat fb yang memang dah sedia tahu tentang berita ni. dan sungguh berita ini adalah berita tergempar bukan sahaja kepada kawan-kawan malah kepada kaum kerabat aku dan isteri dan tidak ketinggalan terkezut adalah pengantin yang terpampang dalam gambar di bawah.
mana tak terkezutnya, 9hb september kononnya datang merisik, seminggu kemudian yakni tanggal 16hb september kami nikah. persediaan yang ala kadar dan tanpa majlis besar, sekadar majlis doa selamat yang mengiringi kami. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
16 september 2012 = 1 zulkaedah 1433H
kami setelah sah menjadi suami dan isteri
kenapa cepat sangat..?!
1) kami memilih untuk jalan yang paling halal dan selamat dan tentulah jawapannya NIKAH
2) isteri sedang belajar di luar negara dan masih berbaki satu tahun untuk menghabiskan pengajiannya. kalo kami bertunang sekalipun, maka ia adalah satu tempoh yang panjang dan tempoh bertunang adalah tempoh menghadapi dugaan yang besar dan mencabar (berdasarkan pengalaman kawan-kawan). jadi sekali lagi kami pilih NIKAH
3) kalo kami tak bertunang sekalipun atau dalam kata lain kami memilih untuk berkawan dulu (kononnya nak kenal-kenal dan saling memahami) maka ia lagi mengundang perkara yang paling disukai oleh makhluk yang dilaknat oleh Allah atau nama spesifiknya sebagai syaitan. disebabkan oleh kerana syaitan ini musuh kami dan kami mahu syaitan menangis maka sekali lagi kami pilih NIKAH
4) walaupun kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum pertemuan pertama kami pada 9 september tu, kami berpegang pada pandangan kawan-kawan yang dah kawen mengatakan bahawa proses taaruf atau saling kenal mengenali ni tak akan pernah habis walaupun dah lama kawen. jadi mengapa perlu susah payah nak kenal sebelum kawen. sekali lagi kami pilih NIKAH
5) inilah jawapan yang paling tepat disebalik cepatnya majlis nikah kami adalah kerana waktu tersebut isteri balik bercuti di Malaysia selama 3 minggu. jadi kalau tidak dilangsungkan segera maka lambat lagi lah kami nak NIKAH sebab tak tahu bila pulak isteri nak balik Malaysia lagi.
maka ia sebenarnya tak lah terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat tapi ia datang tepat pada waktunya dan inilah yang dinamakan jodoh ketentuan Allah
siapa isteri?
nama penuh: siti yusrina nadihah (namanya agak panjang dan agak semput aku nak sebut masa lafaz ijab kabul)
umur: muda setahun dari umur aku (umur aku korang dah sedia tahu kan)
asal: sudah pastilah satu negeri dengan aku dan yang paling best daerah kami berjiran (kalo drive ssambil buat drift boleh amik masa kurang dari 30 minit perjalanan antara rumah aku dengan rumah dia)
bidang: yang ni aku pun confius sikit. memula aku ingat dia bidang farmasi tapi salah rupanya. yang sebetulnya dia belajar bawah fakulti farmasi, tapi bidang spesifiknya adalah macam ala-ala biomedic camtu. aku pun tak reti nak describe camne.
tahap pengajian: Permanent Head Damage (PHD) eh silap Philosophy Doctorate (PhD). yang ni aku kalah sebab aku baru selesai master tp dia pulak dah nak habis buat PhD dah. agak-agak nanti aku kena panggil dia Dr Isteri tak...hehe
universiti: university of queensland..nama U dia cam ada kaitan dengan tempat aku tinggal skg ni (parit raja), nama tempat pun dah ala-ala pasangan gitu. sorang dok kat tanah permaisuri dan sorang lagi dok parit raja. nice..!!
p/s : ada hikmahnya juga lama tak update blog, baru ku tahu blog ni mempunyai ramai silent reader. terima kasih semua yang sudi datang bertandang ke blog ini
p/s: sesungguhnya saat ini aku memaksakan diri untuk cuba juga mencoret sesuatu di blog ini agar blog ini tidak dihuni oleh makhluk lain
p/s: insyaAllah next entri tentang bagaimana aku boleh bertemu jodoh dengan isteri berserta dengan kronologi pernikahan kami
No comments:
Post a Comment