7-8 Jun 2012
Menghadiri retreat untuk NGO daerah. Hari
terakhir (8 jun) sebelum majlis bersurai, kami punya YDP tiba-tiba dapat
request dari rakannya yang berada di Australia untuk mencarikan seorang lelaki
soleh yang boleh dijadikan suami dan berasal dari Kelantan. Takdir Allah masa
tu aku betul-betul berada sebelah YDP. Terus perkara tersebut dipanjangkan kat
aku. Aku tak tahu banyak perkara pun hari tu tentang calon tersebut selain
dinyatakan calon isteri sedang menyambung pengajian peringkat PHD dan dalam
jurusan farmasi. YDP kami minta untuk kami sama-sama istikharah selama 2 minggu
untuk mendapatkan petunjuk samada mahu meneruskan perkenalan tersebut. selain
itu dijelaskan juga tentang prosedur yang diambil dalam proses tersebut dan YDP
akan jadi orang tengah.
14 Jun 2012
Aku kena serangan virus
18 Jun 2012
Mula rawatan intensif yang mengambil masa
berbulan-bulan
22 Jun 2012
YDP bertanya khabar. Sambil menuntut
jawapan selepas istikharah 2 minggu. Walaupun waktu tu kesihatan tidaklah seratus
peratus baik, tapi alhamdulillah dapat meneruskan urusan hidup. Walaupun sakit
dan badan agak lemah, tetap diteruskan juga istikharah namun tidaklah
sepenuhnya selama 2 minggu. Sebab ada hari yang memang tak dapat nak bangun.
Istikharah tidaklah mendatangkan mimpi bertemu dia, tidak juga menunjukkan
tanda-tanda. Jawapan yang aku bagi kepada YDP “InshaAllah ana tiada apa-apa
halangan untuk meneruskan proses seterusnya”
YDP pun menerangkan kembali proses yang
akan dilakukan yakni beliau akan memberikan gambar dan sedikit info tentang aku
kepada wakil pihak perempuan untuk disampaikan. Pihak perempuan akan menetapkan
tempoh untuk istikharah dan berbincang dengan pihak keluarga. Jika pihak
perempuan bersetuju, maka pihak perempuan akan memberikan gambar dan info
dirinya kepada pihak lelaki, dan pihak lelaki pula akan istikharah setelah
melihat gambar dan infonya. Jika pihak lelaki pun bersetuju, barulah proses
seterusnya dilaksanakan.
Masa ni, aku tak tahulah gambar mana yang
YDP ambil kat FB untuk diberi kepada pihak perempuan dan apa info sebenar yang
dia bagi. Berserah diri
8 Julai 2012
Takdir Allah pagi ahad itu kami ada
mesyuarat dan YDP tidak dapat hadir. Dia minta untuk aku menggantikan tempatnya
untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Arahan untuk mesyuarat tu ada dalam
email. Jadi aku pun bukalah email dulu. Rupanya dalam email tu ada jawapan
balas dari pihak perempuan. Dihantarkan bersama gambar calon isteri dan sedikit
info tentang dirinya. Tidak tertinggal sedikit pesanan di bawah info isteri “doakan
moga proses ini terpelihara dari hal-hal yang tak syarie dari awal sampai
akhirnya”
Masa ni aku terpaksa menggunakan
kecanggihan teknologi. Mula-mula aku perlu foward gambar di atas melalui email
kepada akak aku yang kat kelantan untuk ditunjukkan kepada mak dan ayah serta
ahli keluarga yang lain. Dalam beberapa hari beristikharah dan memberi ruang
untuk keluarga berbincang. Aku pun menelefon mak untuk menerima pendapat dan
restu darinya. Alhamdulillah mak cakap “NO KOMEN”. Aku blurr jap. Mak terangkan
yang maksudnya tak ada apa-apa halangan. Sebijik macam jawapan aku sebelum ini.
Disebabkan istikharah aku tidak
menunjukkan sebarang tanda halangan dan mak pun dah OK, maka dalam masa
seminggu terus saja aku menyampaikan jawapan kepada YDP yang pihak kami alhamdulillah
bersetuju untuk meneruskan kepada proses seterusnya. Persoalannya, apakah
proses yang seterusnya itu?
Proses seterusnya adalah pilihan yang
dicadangkan YDP. Samada nak bawa famili jumpa famili, aku sendiri yang jumpa
famili (kalau berani lah) atau melantik satu pihak lain untuk jadi orang tengah
ataupun menggunakan khidmat orang tengah yang sedia ada (YDP akulah tu).
Jadi setelah berfikir panjang, aku pun
berhasrat untuk aku sendiri yang jumpa famili dia dulu. Biarlah famili dia yang
menyaksikan aku secara live “aku yang tak seberapa nak hensem ni”.
18 Julai 2012
Dapat alamat rumah famili dia
19 Julai 2012
Dapat no phone mak dan ayah dia
Dalam proses ni aku memang tak ada apa-apa
perancangan. Selain dari merancang untuk melawat famili dia pada hari raya
aidilfitri.
20 Ogos 2012
Bersamaan dengan 2 syawal 1433H (hari raya
kedua) aku bertekad untuk pergi melawat keluarganya. Disebabkan tidak
dirancang, maka tindakan nekad jelah untuk aku call ibubapa dia bagi menyatakan
hasrat untuk melawat. Untuk menghilangkan rasa janggal, aku bawalah sepupu aku
bersama untuk menemani aku. Lagi-lagi jalan daerah tu aku kurang biasa.
Alhamdulillah aku tiba kat rumah tu dan
dilayan dengan terbaik sekali. Tiada sebarang perbincangan dibuat melainkan
perbualan biasa. Aku juga menyatakan hasrat untuk membawa famili ke situ bila
si dia dah balik ke Malaysia. Takdir Allah masa tu diketahui si dia akan balik
Malaysia selama 3 minggu.
1 September 2012
Si dia balik Malaysia selama 3 minggu
4 september 2012
Mendapat mesej pertama dari si dia untuk
memudahkan perbincangan. Perbincangan menjurus kepada halatuju dan perancangan
masing-masing sebelum masuk kepada urusan penyatuan kami. Tarikh 9 Julai 2012
dicapai untuk famili aku melawat si dia. Setelah 5 hari perbincangan melalui
sms, keputusan dicapai untuk kami terus bernikah. Cuma masa tu agak ragu-ragu
dengan pandangan famili masing-masing. Cuma kami nekadkan untuk keputusan
tersebut demi mencari redha Allah.
9 September 2012
Kedua-dua famili bersemuka. Inilah pertama
kali kami bertemu muka. Alhamdulillah perbincangan antara famili berjalan
lancar dan urusan dipermudahkan dengan persetujuan bersama untuk majlis akad
nikah pada 16 September 2012. Yakni seminggu dari tarikh tersebut. satu jangka
masa yang kurang relevan tapi tiada apa yang mustahil dengan ketentuan Allah.
Bermula saat inilah baru kami berhubung
terus melalui call, sebab banyak perkara perlu dibincangkan. Lagipun kami takde
orang tengah. Jadi kami kena uruskan sendiri. Memang sangat mencabar. Keputusan
yang dicapai adalah nak buat majlis yang wajib sahaja dan mempermudahkan urusan
semua orang.
Dalam tempoh seminggu tu jugak aku
terpaksa balik ke Batu Pahat kerana urusan kuliah student diploma yang belum
habis lagi dan terpaksa bergegas balik semula ke kampung. Masa tu memang
berserah saja kepada pihak keluarga yang sangat-sangat membantu memudahkan
urusan. Sungguh jasa mereka tidak dapat kami balas dengan sebarang penghargaan
apa pun.
Sungguh waktu itu antara percaya dengan
tidak dengan keputusan yang dibuat. Kekadang terasa jugak takut sebab sebarang
kebarangkalian boleh berlaku dalam tempoh tersebut. sehinggakan nak bagitau
rakan-rakan pun tidak berani. Namun diberanikan juga dikhabarkan kepada YDP
yang mengatur urusan kami sebelum ni. Dan dengan bantuan YDP, perkahwinan kami
dihebahkan.
Sebenarnya, di saat diputuskan tarikh
pernikahan kami. Ketika itu terasa yang aku akan memikul satu tanggungjawab
baru yang tak kurang beratnya.
malam 16 September 2012 bersamaan 1 Zulkaedah
1433H
Aku selamat melafazkan akad ijab dan qabul
dan sahlah kami di saat itu sebagai suami isteri. Saat itu juga aku berjaya
membaca lafaz taklik versi jawi. Sementelah dah lama kot tak baca tulisan jawi.
Memang imam nak pekena aku malam tu..hehe. Bermula malam itulah kami mulai saat
percintaan kami berdua secara halal
Alhamdulillah saat ini perkahwinan kami
menjangkau 3 bulan lebih. Sungguh indah percintaan selepas nikah. Minta kalian
untuk doakan kebahagian rumah tangga kami hingga ke syurga. Amin
Pantun yang kami sama-sama buat setelah
bernikah
demi mencari redha Allah,
kami bertemu dalam istikharah,
bersatu dalam ikatan cinta yang sah,
insyaAllah terbentuklah rumahtangga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah
No comments:
Post a Comment