Adoiii...sejak nikah ni asyik post pasal nikah kawen je. okey kali ini ubah topik santai sikit. Kali ini entri yang aku ubah suai dari satu artikel dari majalah Anis bil.180. Namun begitu artikel ini ada kaitan jugaklah dengan alam perkahwinan. Moga ia jadi panduan buat semua.
Aku sebenarnya sangat tertarik dengan tajuk artikel dalam majalah tu masa membeleknya di rumah akak. Terus aku baca. Apa yang menarik minat aku untuk membaca tentang artikel ini adalah sebab aku pernah mengalami kejadian berkenaan tengok peta ni dengan isteri. Masa tu kami gunakan peta yang ada dalam navigasi telefon kami. Namun agak kesian dengan isteri yang agak stress melihat peta yang dipaparkan dan menjadi pemandu arah untuk aku yang jadi driver. Sehinggalah aku terjumpa artikel ni barulah aku sedar tentang hakikat sebenar keupayaan seorang wanita.
Kebanyakkan wanita memang tidak dapat membaca peta dengan sempurna kerana mereka tidak dibekalkan keupayaan mengagak (spatial ability) oleh Allah di dalam otak mereka. Ini adalah hakikat ataupun realiti utama yang perlu kita faham dan terima terutamanya untuk seorang lelaki bagi memahami jiwa isteri atau wanita.
Kajian oleh Prof. Camilia Benbow daripada Lowa State University (1983) terhadap lebih sejuta anak-anak lelaki dan perempuan mendapati bahawa anak perempuan pada umur empat tahun boleh melihat rajah 2 dimensi tetapi anak lelaki lebih mampu melihat rajah 3 dimensi. Ini bermakna jika anak lelaki di bawa ke satu tempat dan ditinggalkan sendirian, dia masih boleh kembali ke tempat asal, sebaliknya untuk anak perempuan akan tersesat.
Ia juga jelas bila kita lihat dari sudut minat wanita itu sendiri yang kurang berminat melakukan aktiviti yang melibatkan jarak, kelajuan dan lokasi tertentu. Bagi lelaki ia sangat penting. Itulah hikmahnya Rasulullah SAW sendiri menyuruh untuk anak lelaki dilatih memanah. Ia bagi memantapkan skill mengagak selain meningkatkan daya tumpuan mereka. Satu kesilapan yang harus dielakkan untuk anak lelaki dibiarkan menghabiskan masa di depan komputer bermain game kerana ia permainan yang hanya melibatkan pergerakan jari dan tangan sahaja.
Selain itu, orang lelaki juga amat teruja dan puas dengan melihat lelaki lain melakukan keupayaan mengagak dengan tepat pada sasaran dan masanya. Tidak hairanlah memang ramai lelaki yang minat melihat permainan bola sepak walaupun hakikatnya mereka pun tidak bermain bola sepak. Aktiviti dalam sukan bola sepak seperti mengelecek, mengumpan, strategi menghantar bola dan menyumbat gol dengan gaya dan kelincahan adalah sangat mengujakan untuk lelaki lain. Kepuasannya itulah yang menyebabkan hormon testosteron meningkat dan secara tidak langsung menghilangkan stress harian yang dihadapi. Tapi awas jika tewas atau permainan yang kurang memberangsangkan boleh menyebabkan sebaliknya.
Sedikit tips untuk seorang lelaki yang gantleman:
1) isteri memang sukar untuk buat "side parking". Seboleh mungkin andalah yang tolong parkingkan kereta untuk mereka.
2) jika perlu guna peta, bacalah dan fahamilah peta tersebut sebelum memulakan perjalanan dan jangan sesekali mengharapkan bantuan isteri untuk menjadi penunjuk arah kita dalam perjalanan. Jika perlu hanya minta isteri untuk sahkan landmark atau papan tanda yang ada sahaja
3) kalau isteri perlukan peta, cubalah carikan peta 3 diemensi yang lebih jelas kelihatan bentuk muka buminya dari udara.
4) jika isteri perlu bersendirian ke sesuatu tempat yang baru, galakkan untuk mereka menggunakan teksi atau ada orang lain yang boleh menjadi pemandunya atau boleh juga isteri memandu kereta sendiri tapi dengan mengekori kereta lain yang telah biasa di kawasan itu.
5) jika ada panggilan telefon meminta isteri atau mana-mana wanita untuk menunjukkan jalan, eloklah tawarkan diri membantu orang itu daripada membiarkan isteri terseksa menerangkan arah tuju. kemungkinan besar boleh menyebabkan orang itu bertambah sesat.
Tips penting untuk para isteri:
1) jika suami memandu dan tersesat jalan, jangan sibuk-sibuk nak minta bantuan orang lain (melaikan diminta oleh suami). Apa yang isteri boleh lakukan adalah diam atau katakan padanya "susahkan nak cari rumahnya"
2) jika suami mahu menonton bola, biarkan dia dengan aktiviti tersebut. bagilah peluang untuk dia mendapat kepuasan dan melepaskan stressnya. seboleh mungkin jangan menghalang suami dengan aktiviti anda yang lain. Isteri kenalah bersedia untuk mewujudkan aktiviti lain untuk dirinya semasa suami menonton bola.
Tips untuk suami dan isteri:
Hanya kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing sahajalah yang dapat mengekalkan kebahagiaan suami dan isteri.
No comments:
Post a Comment