i k l a n

Thursday, April 4, 2013

sampah

 Australia disenaraikan antara 10 negara yang paling bersih. 
Aku nak share bagaimana sampah dikutip dari rumah

Mula-mula kena kumpulkan sampah yang ada dalam rumah. Ia bermula dengan tindakan dari kita untuk menjaga kebersihan. Dan adalah menjadi suatu amalan tegas untuk PENYEWA rumah seperti kami untuk menjaga kebersihan rumah terbaek mungkin kerana agen sewaan rumah akan datang untuk memantau sebagus mana kita menjaga kebersihan rumah tersebut. Kalau lah kita ni tahap yang tidak memuaskan, duit bon yang dibayar sebelum ini tidak akan dikembalikan lagi. 


Setelah sampah dikumpulkan. Kita akan masukkan sampah ke dalam tong sampah seperti gambar di bawah.  Setiap rumah akan dibekalkan dengan 2 jenis tong sampah. Satu yang berpenutup warna hijau bagi sampah untuk dilupuskan manakala satu lagi berpenutup warna kuning bagi sampah yang boleh dikitar semula. Sampah akan dipungut pada setiap hari khamis (berlainan hari bagi suburb lain). Jadi kena pastikan setiap hari khamis tong sampah telah dikeluarkan dan diletakkan seperti gambar di bawah. Gambar tu hanya menunjukkan tong yang berpenutup warna hijau sebab untuk sampah yang boleh dikitar akan dipungut di awal pagi manakala untuk sampah luput akan lewat sedikit. 

Kenapa ada 3 tong?
3 tong mewakili 3 unit rumah. Pada setiap tong ada tulis no unit rumah masing-masing. Yang bagusnya kat sini, bila sampai hari nak keluarkan sampah ni, kita akan tolong mengeluarkan sekali tong sampah jiran. kekadang tu jiran kami yang tolong masukkan balik tong sampah ini ditempah simpanan. 

ps: kereta jiran kami. seorang kontraktor. kereta ni tak pernah dialih semenjak kami pindah sini

Lori sampah
Kat bawah ni aku sempat snap gambar lori sampah memungut sampah. Memang terbaek dari ladang. Baru lah dikatakan negara maju. pungut sampah pakai tangan robot :)



 Benarlah kata orang alim yang bermusafir ke pelbagai negara, 
katanya:

"Aku nampak islam di negara bukan islam, Aku nampak kekafiran di negara islam"

sama-sama kita jaga kebersihan
perubahan bermula dengan perubahan diri kita.


1 comment:

Irsa said...

agreed masa bulan 4 lepas saya pi perth dan tinggal kat apartment seminggu. setiap pagi saya kena buang sampah kat bawah, dan kena pastikan lantai toilet dry sbb akan ada inspection everyday. kalau tak jaga kebersihan akan kena compound masa nak check out. kebersihan is a super foremost important kat sana. satu hari kat tepijalan ada org terjatuhkan kertas kecik je atas jalan dn x sampai satu minit, org belakang KUTIP! homaigod. pekerja yg kutip sampah pun super clean and way smart looking dr pekerja SWM kat johor. bukan nk mengata negara sendiri kotor, tapi indeed why must deny an absolute truth kan.
btw, sedikit cerita saya pi perth haritu. hope owner don't mind me sharing them here. :)
http://akumastermind.blogspot.com/search/label/Jelajah%20Australia

Related Posts with Thumbnails