i k l a n

Friday, March 6, 2015

Jangan hina mereka walaupun mereka bukan warganegara kita

Suatu hari ketika dalam mood raya korban, saya melayari mukabuku. Saya tertarik dengan satu gambar yang menunjukkan sebaris warganegara Bangladesh sedang menyaksikan upacara korban lembu. Saya membaca caption gambar tersebut tentang betapa teruknya mereka yang berkorban lembu di situ yang langsung tidak memberikan walau secebis daging kepada warganegara asing yang hadir di situ. 

Rungut saya dalam hati,

"Apa masalah kita sebenarnya? Tak faham atau tiada kefahaman. Mereka itu saudara seagama dengan kita. Lagipun setiap bahagian korban kita itu perlu dibahagi kepada tiga bahagian dan perlu diagih-agihkan. Siapa lagi yang terlebih layak untuk kita agihkan daging tersebut kalau bukan kepada mereka. Apakah daging itu hanya untuk orang terpilih saja. Wallahualam"

Itu satu kejadian yang berlaku dalam masyarakat kita yang melibatkan warganegara asing. Secara umumnya warganegara asing yang berkulit agak gelap akan dipandang rendah oleh orang kita. Terlebih dipandang rendah bila mereka ini bekerja sebagai kuli. Biasanya warganegara Indonesia dan Bangladesh. Kita biasa panggil mereka "INDON" dan "BANGLA".

Saya kadang-kadang rasa terganggu dengan sikap sebegini. Ya...diakui saya juga pernah berfikiran dan beranggapan sedemikian juga sebelum ini. Tapi bila saya belajar tentang konsep umat islam itu saudara seakidah yang harus dibantu, cara berfikir saya telah mula berubah. Dan perubahan itu lebih ketara bila saya berkelana di luar negara dan hidup di negara asing. 

Saya kongsikan beberapa peristiwa sepanjang saya tinggal di Brisbane, Australia. 

Peristiwa 1:
Berada di negara yang agak asing dan bangsa kita yang hanya beberapa orang ini menyebabkan ikatan dan perhubungan kita agak erat dan rapat. Untuk memastikan survival hidup berkeluarga di sana, ada beberapa orang kita yang bekerja sebagai cleaner untuk mencari duit tambahan, Cuba bayangkan bagaimana keadaannya jika orang-orang Oz ni pandang rendah pada cleaner-cleaner warganegara kita? Cuma ada bezanya, cleaner di sini dibayar dengan harga yang agak tinggi sebab penggunaan tenaga yang banyak. Kebanyakkan mereka memilih untuk menjadi cleaner di waktu malam hari. Kalaulah disebabkan pekerjaan seseorang itu kita memandang tinggi atau rendah pada mereka. Jadi bagaimana pula dengan situasi yang saya ceritakan ini. Sedangkan ada diantara mereka ini sebenarnya adalah penjawat awam yang dipandang tinggi di Malaysia. 

Peristiwa 2:
Suatu hari masjid yang berhampiran tempat tinggal kami telah mengadakan gotong royong sempena menyambut ramadhan tiba, Disebabkan saya tiada apa-apa pekerjaan pada hari tersebut. Saya turut sama terlibat dalam gotong royong tersebut. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan bahagian-bahagian khusus di masjid tersebut. Satu kumpulan dengan saya adalah seorang dari Indonesia dan seorang lagi dari Bangladash. Yang menariknya mereka semua boleh bercakap bahasa melayu. Saya fokuskan kepada Bangladash. Dia dapat berbahasa melayu sebab pernah bekerja di Malaysia. Beberapa tahun bekerja di sebuah kilang di Penang. Setelah tamat kontrak di sana, mereka pulang ke Bangladash. Sebelum pulang, mereka pergi bercuti sebulan di Bali. Setelah enjoy sakan duit dari gaji di Malaysia. Mereka datang pula ke Australia untuk mencari pekerjaan baru di sini. Bila berada di Australia ini, saya rasa mereka juga sama tarafnya dengan kita. Tidak lagi kita gelarkan mereka dengan "BANGLA". Begitu juga dengan saudara dari Indonesia. Dia di Australia sebab ada tugas sebagai specialist untuk perlombongan arang batu. Dibayar gaji dengan harga yang tinggi. Di antara kami bertiga, mamat yang kita biasa panggil "INDON" inilah yang patut dipandang tinggi jika dilihat dari perspektif pekerjaan. 

Peristiwa 3: 
Di Australia biasanya saya dan isteri menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak. Suatu ketika kami ke Asean market yang terletak agak jauh dari bandar yang kami duduki. Disebabkan itu adalah asean market, maka banyaklah barang-barang yang kami beli untuk dijadikan stok di rumah. Jadi untuk mengangkut menaiki bas agak memenatkan. Sebabnya kami perlu menukar beberapa bas sebelum sampai ke daerah kami dan perlu pula membimbit untuk sampai ke rumah. Secara ringkasnya kami bersetuju untuk menggunakan teksi. Pemandu teksi adalah warganegara africa. Saya tidak ingat dari negara mana secara tepat. Sempat juga dia bertanya beberapa perkara sementelah dia melihat isteri saya bertudung dan dia juga seorang islam. Dia sangat gembira berjumpa kami. Saya lihat dia telah memberhentikan meter teksinya lebih awal sebelum tiba di hadapan rumah kami. Dia juga telah membantu saya mengeluarkan segala barang yang dibeli dari bonet teksinya. Sebagai penghargaan, saya mengucapkan "JAZAKALLAH". Dia terkejut. Dia bertanya adakah saya boleh berbahasa arab? Sudah tentu saya tidak dapat berbahasa arab cuma saya tahu beberapa perkataan arab. Dia kata, dia sebenarnya seorang guru bahasa arab di negaranya. Dia beredar dengan satu senyuman dan ucapan salam. kami membalas senyuman dan menjawab salamnya. Sungguh bahagia rasanya saat itu dapat menjalin ukhwah sesama saudara seakidah di negara yang majoritinya tidak beragama islam. 

Cukuplah tiga peristiwa itu menjadi hujah saya untuk kita tidak lagi memandang warna kulit dan bangsa sebagai kayu ukur untuk kita hormati. Hormatilah sesiapa saja mereka itu sebab mereka semua adalah manusia. Dan telebih harus kita saling hormati dan saling bantu membantu bilamana mereka adalah manusia yang satu akidah dengan kita. Yang sama-sama bersyahadah dengan kalimah

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH"

Panggilan tersebut telah membunuh ketenangan saya pada hari itu

Berbunyi saja handphone, saya akan cuba untuk terus menjawab. Tidak kiralah terpapar nombor phone pejabat atau nombor yang tidak dikenali sekalipun. Saya cuba untuk menjawab. Kata seorang kenalan saya yang merupakan seorang pensyarah universiti dalam bidang perakaunan. Ia adalah satu etika yang baik dan terhormat untuk kita menjawab panggilan. Jika kita tidak dapat menjawab panggilan tersebut, kita kena pastikan yang kita akan membuat panggilan semula kepada nombor tersebut bila sudah berkelapangan. 

Kadang-kadang yang menelefon saya adalah dari syarikat marketing mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Tidak terkecuali terkena panggilan yang mencurigakan sehingga pernah hilang beberapa ringgit kredit akibat menjawab panggilan tersebut. Pelikkan..!! Walaupun ramai yang tidak suka melayan kerenah pemanggil yang mempromosikan produk dan perkhidmatan. Tapi bagi saya, saya harus bagi mereka peluang. Itu cara mereka mencari rezeki. Saya memahami keadaan mereka sebab saya juga pernah terlibat dalam kerjaya seperti mereka. Cuma saya memang ada fobia dalam membuat panggilan telefon. Jadi memang saya tidak pernah menggunakan cara tersebut untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan saya. 

Namun baru-baru ini, setelah berpindah ke Terengganu. Suatu petang setelah sampai rumah dari mengambil isteri dari tempat kerja. Saya telah mendapat satu panggilan dari seorang wanita. Suaranya agak berusia. Pelik juga sebab dia tahu nama saya. Rupanya dia merupakan bekas penyewa rumah yang kami sewa sekarang ini. Tapi bagaimana dia dapat tahu nombor telefon saya sedangkan saya sendiri tidak pernah berurusan dengannya apatah lagi bertemu muka. 

Dipendekkan cerita, tujuan dia telefon adalah untuk berbincang isu tunggakan bil elektrik sejumlah RM700++ yang belum dilunaskan. Yang menjadi masalah adalah bilamana dia mohon untuk saya datang ke rumah mereka seberapa segera untuk isu tersebut. Katanya dia ingin mohon kerjasama dari saya. Saya agak keberatan sebenarnya untuk pergi ke rumah mereka kerana petang itu badan pun agak kepenatan. Dan itu bukan urusan yang perlu saya selesaikan pun. Urusan saya adalah bersama Tuan Rumah sahaja. Mula-mula wanita tersebut cakapnya baik-baik saja, tapi bila saya sudah keberatan untuk pergi ke rumah mereka, nada suaranya telah mula berubah. Dari memujuk telah berubah menjadi ugutan..!! 

Dia mengugut kononnya kalau saya tak datang nanti elektrik di rumah saya akan dipotong. Saya jawab dengan baik saja. 

Saya kata, 

"kenapa pulak nak potong elektrik rumah saya. Siapa yang tak bayar bil sebenarnya nih".

Dia jawab lagi, 

"habis tu en muhsync tak mahu bagi kerjasama".

Masalahnya apa kerjasama yang saya boleh bagi untuk isu tersebut? Kerjasama tolong bayarkan tunggakan elektrik yang dia dah guna selama ini ker? hampeh...

Akhirnya dia cakap, 

"terpulanglah pada encik muhsync, kalau nak datang sila datang, kalau tak nak ...." (panggilan dimatikan atau terputus)...

Saya termenung panjang dengan panggilan tersebut. Saya baru saja duduk di sini, tiba-tiba sudah ada orang mahu buat musuh. Saya tak boleh biarkan ia berterusan. Terus saya telefon Tuan Rumah untuk menceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Rupanya tahulah saya, Tuan Rumah yang bagi nombor telefon saya setelah dipujuk rayu oleh wanita tersebut. Saya cakap dengan jelas kepada Tuan Rumah, urusan saya adalah dengan Tuan Rumah bukan dengan perempuan tersebut. Tuan Rumah pula bagi jaminan, apa-apa terjadi dia akan tanggung. 

Hati saya masih tak tenang. Tiba-tiba dapat sms dari perempuan tersebut. 

"Maaf En.Muhsync, tadi panggilan terputus sebab habis kredit. En.Muhsync boleh datang ke tidak kat rumah akak?"

Saya tak reply apa-apa. Saya jelas dengan prinsip yang saya pegang. Urusan saya adalah dengan Tuan Rumah sahaja. Dan memang saya tak reply sampai hari ini. 

Hari itu fikiran dan hati memang tidak tenang. Macam-macam benda buruk terbayang kat kepala. Maklumlah saya tidak kenal dia. Takut juga kalau dia mengapa-apakan kami secara nyata atau ghaib. Namun untuk tenangkan hati, saya berdoa agar Allah melindungi kami sekeluarga. 

Setelah beberapa hari dan minggu. Suatu hari, rumah saya dikunjungi oleh dua orang pekerja sub kontaktor TNB. Dengan menunjukkan surat arahan pemotongan bekalan elektrik. Mereka kata mereka perlu potong hari ini juga. Cuak jugalah masa tu. 

Saya minta mereka untuk dengar penjelasan saya. Dan saya terus telefon Tuan Rumah, dan Tuan Rumah telah bercakap sendiri dengan pekerja terbabit. Alhamdulillah Tuan Rumah mahu menjelaskan segala tunggakan bil elektrik hari itu juga. 

Setelah beberapa bulan berlalu, suatu hari saya ke masjid dan kebetulan malam itu ada tazkirah di antara waktu maghrib dan isyak. Saya baru perasan ada salah seorang lelaki yang duduk di barisan depan di hadapan saya adalah bekas penyewa lama (saya pernah bertemu dengan lelaki tersebut masa mula-mula datang tengok rumah). Ya...dia adalah suami kepada wanita yang menelefon saya. Malam itu, ustaz yang bagi tazkirah ada menyebut perihal kena bayar hutang. Saya harap dia dengar dan dapat disampaikan kepada ahli keluarganya. Saya tak berkata apa-apa tentang hal tersebut. Saya buat tak tahu saja sebab prinsip saya dan urusan saya tidak berkaitan dengan dia. Masalah hutang dia sekarang ini adalah dengan Tuan rumah. 

Andai saya bertemu mereka di mana-mana sekalipun, saya akan bertegur dengan baik-baik saja. Saya tidak mahu menyindir atau berkata tentang isu tersebut. Saya tak mahu buat musuh. Saya mahu ramai kawan. 

Kadang-kadang, 
sebuah pelayaran tidak akan seronok jika anginnya asyik tenang saja. Sesekali angin kuat memukul, barulah terasa cabaran untuk kemudi layarnya. Cuma kita kena ada ilmulah bagaimana nak kemudi layar agar tidak terbalik dilambung ombak. 


Peristiwa singkat dan sekejap di Klinik Desa itu membuatkan saya berfikir

Satu hari, saya dan isteri bawa "cahaya keikhlasan" ke klinik desa untuk pemeriksaan rutin. Itu adalah pertama kali ke klinik tersebut setelah mula menetap di Terengganu.

Dipendekkan cerita, semasa di dalam klinik. Isteri dihampiri oleh seorang perempuan bersama anak kecil. Dari perbualan singkat itu, diketahui bahawa dia merupakan warganegara luar. Asal Indonesia dan suaminya pula Myammar. Bercakap bahasa melayu juga agak pelat.

Dia banyak bertanya isteri tentang penjagaan anak. Maksud saya, dia tanya siapa yang jaga anak kami. siapa yang urus kemas-kemas rumah. Kebetulan memang waktu itu sayalah yang jaga anak dan uruskan rumah. Jadi dia tidak bertanya lanjut. Cuma dia nyatakan bahawa dia mahu cari kerja dan dia boleh tolong.

Tiba-tiba kami dihidangkan dengan tayangan drama pendek dari perempuan ini. Anaknya yang seusia anak kami (satu tahun lebih) kencing. Isu kencing ini terjadi sebab anaknya tidak memakai apa-apa lampin apatah lagi lampin pakai buang. Jadi kecohlah jururawat di klinik tersebut menyuruh perempuan tadi bersihkan anaknya dan tempat yang terkena air kencing. Selesai satu episod.

Episod kedua bersambung, selesai membersihkan anaknya dan tetap memakai pakaian yang sama. Dia menghampiri kami lagi dan cuba untuk berbual-bual lagi dengan isteri. Dan tiba-tiba sekali lagi anaknya kencing. Lantas ibu-ibu lain yang ada di dalam klinik desa tersebut mula merungut tentang cara dia membersihkan anaknya dan kesan air kencing tersebut. Mungkin disebabkan tertekan dengan keadaan tersebut, dia juga turut naik suara dan membebel tentang kesusahan dia. Sudahlah naik suara, dipukul pula anaknya itu. Ditarik dan diangkat dengan keadaan sebelah tangan sahaja. Saya tak mampu nak lihat apa yang dia lakukan seterusnya.

Episod ke tiga pula muncul bila jururawat pula meninggikan suara kepada perempuan tersebut. Alhamdulillah, tiba-tiba ada seorang ibu lain yang memberikan lampin pakai buang untuk digunakan oleh perempuan tersebut. Sebelum dia pulang, ada lagi seorang ibu lain yang prihatin menghulurkan duit.

Saya secara jujurnya sangat terkesan dengan peristiwa tersebut. Beberapa perkara yang muncul dalam kepala saya.

1) Sifat kemanusiaan dan perihal kebersihan
Sungguh saya sangat kasihankan perempuan tersebut. Walaupun dia warganegara luar, tapi dia juga merupakan manusia yang perlu dilayan selayaknya sebagai manusia. Sebagaimana kita mahu dilayan, sebegitu jugalah kita HARUS melayan orang lain. Peristiwa ini berlaku di Malaysia dan kita adalah warganegara ini, bagaimana pula bila kita berada di negara luar. Sukakah kita dilayan sebagai kelas bawahan. Sudah tentu tidak. Perihal kebersihan juga bukanlah isu besar. Memang ia najis TAPI kotoran itu boleh dibasuh. Yang masalah adalah kotoran yang ada di hati kita. Bagaimana mahu dibersihkan?

2) Sikap prihatin dan tolong menolong
Sungguh peristiwa ini memberi pengajaran terhadap saya. Saya terpaku seketika bilamana ada seorang ibu yang memberikan lampin pakai buang untuk perempuan tersebut. Sedangkan kami juga mempunyai beberapa set lampin tersebut bersama kami. Kenapa kami tidak beri di awal episod lagi. Sungguh kami telah terlepas peluang untuk membuat amal jariah itu. Sungguh mulia hati ibu itu yang terus memberi tanpa sepatah kata dan tanpa membuat muka prejudies. Sungguh mulia juga hati ibu seorang lagi yang mendidik anaknya untuk bersedekah dan membantu orang susah. Dihulurkan beberapa keping duit ringgit kepada anaknya untuk disampaikan kepada perempuan tersebut. Kami sekali lagi terpaku tanpa sempat bertindak walaupun telah ada niat di hati. Sekali lagi kami terlepas peluang untuk membuat amal jariah buat sekian kalinya.

3) Pengajaran dari peristiwa
Sungguh semasa peristiwa ini berlaku, kami dalam pertimbangan untuk mencari penjaga buat "cahaya keikhlasan". Saya juga sering berdoa pada Allah agar dapat jumpakan kami dengan insan yang dapat menjaga ":cahaya keikhlasan" seperti mana kami menjaganya. Tapi Allah telah menjawab doa saya dengan peristiwa ini. Maka tahulah saya bahawa tidak ada orang yang dapat menjaga "cahaya keikhlasan" seperti kami lakukan. Bayangkan, anaknya itu normal dan kesalahan adalah sebab kencing. Akibat tekanan dari sekeliling, dipukulnya anak itu. Bagaimana agaknya jika dia mahu menjaga "cahaya keikhlasan" kami yang mempunyai sedikit masalah gross motor ini.

Kesimpulannya
Peristiwa sekejap dan singkat itu cukup memberi kesan kepada pemikiran saya. Siapapun dia, dia adalah manusia. Lebih penting dari itu adalah dia beragama islam. Soal praktik atau tidak itu urusan dia dengan Allah. Selalulah bertindak cepat untuk membuat amal. Anak adalah amanah dari Allah untuk kita bukan untuk diswastakan kepada orang lain.

Peristiwa berlaku 2 bulan lalu dari tarikh entri ini ditulis.

Tuesday, February 10, 2015

Dipermudahkan dapat rumah sewa

Saya sekarang ini telah pun menetap di negeri Terengganu.

Bagi yang tak tahu, saya memang berasal dari Kota Bharu, kemudiannya sambung belajar dan bekerja di Batu Pahat, Johor selama lebih kurang 8 tahun. Setelah nikah saya merantau ke Queensland, Australia menemani isteri menghabiskan sisa pengajiannya. Kemudian balik semula ke Kota Bharu dan sekarang inshaAllah menetap di Kuala Terengganu.

Mencari rumah sewa memang merupakan suatu yang mencabar apatah lagi tempat yang kita cari itu merupakan tempat yang baru untuk kita. Lagi susah bila kita tidak mengenali sesiapa di situ. Bertambah-tambah susah bila kita tak tahu secara spesifik kat mana yang patut kita tinggal.

Itulah antara perkara yang saya dan isteri hadapi ketika mencari rumah sewa di Terengganu. Rumah sewa banyak tapi isu harga sewa, kawasan yang pernah terkena banjir, kesesuaian dan keselesaan untuk anak kami dan keselamatan juga antara perkara yang kami ambilkira sebelum menyewa.

2 minggu tempoh yang kami ambil untuk mendapatkan rumah sewa. Seminggu pertama kami pulang hampa. Isunya kami tersilap kawasan. Ada beberapa rumah yang dah dilihat tetapi ada isu pernah kena banjir dan keadaan rumah yang teruk. Ada rumah yang selesa tapi harga pula mahal. Minggu kedua, kami tukar ke kawasan yang lebih spesifik, Hari pertama terus dapat rumah. Alhamdulillah kami dapat rumah selesa, agak baru dan harga sewa pun boleh dikategori murah di kawasan ini.

Apa rahsianya?
Sebenarnya dalam perjalanan ke Terengganu untuk minggu kedua, kami berdoa:

"Ya Allah mudahkanlah pencarian rumah sewa kami. Moga-moga kami dapat rumah yang baik untuk kami, agama kami, kehidupan dunia kami serta akhirat kami. amin"

Alhamdulillah, rumah yang kami perolehi ini sangat dekat dengan masjid. Sangat dekat juga dengan tempat kerja isteri dan adik ipar saya (adik ipar seorang doktor pelatih di hospital SNZ).

Kami pun tak jangka dapat rumah ini. Tuan rumah juga tak kenal orang yang bagi no telefon tuan rumah. Orang tu pun kami jumpa sebab nak sewa homestay dia. Yang lagi tragik, homestay tersebut adalah homestay yang dibuat sementara waktu sahaja sementara rumah tersebut diambil semula oleh tuan rumah. Peningkan baca cerita ini.

Tak payah nak pening-pening sangat. Ini semua pertolongan Allah swt. Allah dah rezekikan kami untuk dapat rumah tersebut. Syukur Ya Allah.

Terus terngiang ayat ini "Nikmat tuhan yang manakah yang engkau dustai"

Sekian.

Minta saja pada Allah, bukan pada manusia ;)

Monday, February 9, 2015

Tips temuduga atau bertemu orang besar

Tips ini ditulis sempena Dr isteri menghadiri temuduga.

Bagi individu yang tak biasa berjumpa dengan orang besar (orang berpangkat), mereka akan rasa TAKUT sebelum perjumpaan tersebut. Ada orang kata NERVOUS lah..!!

Mengapa TAKUT/GEMENTAR/NERVOUS ini terjadi?

Semua reaksi ini terjadi bila kita asyik memikirkan keadaan perjumpaan tersebut.
Dalam kepala masing-masing sibuk memikirkan "Apa soalan yang nak ditanya nanti", "Apa jawapan terbaik yang harus aku jawab?", "Berapa ramai panel yang akan ada?", "Semua panel orang hebat-hebat, nanti mesti tanya soalan yang aku tak dapat jawab" dan macam-macam lagi soalan yang sendiri buat bagi menggambarkan betapa NGERI perjumpaan tersebut.

Apa yang telah berlaku?

Pemikiran kita yang asyik memikirkan tentang keadaan tersebut sebenarnya telah meransang segala enzim dalam badan untuk kita rasa TAKUT/NERVOUS/GEMENTAR. Tetapi sedarkah kita bahawa keadaan itu belum lagi terjadi dan belum tentu terjadi seperti yang kita gambarkan dalam minda kita.

Jadi bagaimana nak mengatasi perkara tersebut?

satu: Guna mentera ini:
"Mereka (panel/orang besar) juga merupakan manusia yang sama macam kita.  Cuma dia ada pangkat. Yang lebih besar adalah Allah swt. Segala ketetapan telah pun ditetapkan oleh Allah. Aku hanya buat yang terbaek yang boleh aku buat"

dua: Jawab apa tahu saja.
Jadilah orang yang jujur dan yakin dengan diri. Bukannya menjadi orang yang luar biasa dari diri kita yang sebenar semata-mata untuk mendapat jawatan, pekerjaan atau peluang yang cuba kita perolehi tersebut. Jika ditanya perkara yang diluar pengetahuan kita, maka jawablah dengan jujur yang perkara itu diluar pengetahuan kita (i.e: "Maaf, perkara tersebut diluar pengetahuan saya ketika ini, jika perlu bagi saya masa untuk saya dapatkan maklumat lanjut tentang perkara tersebut dan saya akan maklum kembali kepada Tuan/Puan"). Kita tidak perlu menjadi orang yang serba tahu kerana yang lebih mengetahui adalah Allah swt.

tiga: Usah digambar keadaan pertemuan dan fokuskan kepada perkara utama pertemuan
Usahlah kita cuba menggambarkan keadaan pertemuan tersebut sebaliknya fokuskan diri kita kepada perkara yang lebih utama iaitu tujuan pertemuan. Jika pertemuan tersebut berkenaan dengan tender, maka yang harus difokuskan adalah segala maklumat tender dan dokumen. Kalau temuduga, pakai pakaian terbaik dan fokuskan kepada mencari maklumat aktiviti pengeluaran syarikat/agensi. Bukan menghafal misi dan visi tetapi lebihkan kepada halatuju syarikat/agensi tersebut. Mana-mana industri sekalipun lebih berminat mendengar tentang halatuju untuk maju bukan sekadar perkara sediaada.

empat: Hadir awal
Hadir awal supaya kita boleh bertenang dengan suasana sekitar. Hadir awal juga akan memberi kesempatan kepada kita untuk berzikir dan berdoa supaya Allah lembutkan dan lancarkan lidah kita untuk berkata-kata.

lima: Mohonlah pada Allah
Mohonlah pada Allah jika pertemuan itu akan menghasilkan perkara yang baik untuk kita, agama kita, kehidupan kita dan akhirat kita maka mudahkanlah. Jika ia tidak baik maka mohon supaya Allah jauhkan.

Sekian tips untuk kali ini.

Dr isteri sebenarnya bukan menghadiri temuduga TAPI temubual

Saturday, February 7, 2015

Saya di awal tahun 2015

Assalamualaikum wbt

Ini entri pertama dalam tahun 2015 setelah lama tidak menulis di blog. Kali ini saya mahu berkongsi kisah hidup saya satu ketika dulu dan sekarang.

Zaman persekolahan dulu saya adalah pelajar yang sederhana. Tidak cemerlang dan tidak pula terlalu bodoh. Sekolah rendah ke sekolah menengah saya sentiasa berada di kelas pertengahan. Dalam kelas pertengahan pun saya dapat kedudukan tengah-tengah. Namun rezeki saya agak baik, Allah kurniakan kesempatan untuk saya layak masuk ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya untuk sijil matrikulasi. Di sana masih lagi tengah-tengah, sebab saya masih lagi dalam keadaan selesa. Saya ada rakan-rakan satu sekolah yang dikenali untuk saya rujuk.

Keadaan berubah bilamana saya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di tempat baru. Di sana saya tiada kenalan rapat. Saya bersendiri. Tiada lagi kawan-kawan untuk saya rujuk jika saya tak tahu. Di situ saya mula mencari semangat dalaman untuk memajukan diri dalam pelajaran. Disebabkan tiada orang yang boleh dirujuk, maka saya yang harus jadi orang yang dirujuk. Alhamdulillah semester pertama cemerlang. Semester seterusnya saya hanyut balik sebab alpa dengan dunia sendiri.

Setelah tamat ijazah pertama dengan tambahan satu semester, saya sekali lagi diberi rezeki untuk sambung ijazah kedua. Sekali lagi saya keseorangan. Program pengajian untuk lepasan siswazah agak baru di situ. Tiada siapa yang dapat saya rujuk kecuali penyelia saya sendiri. Disebabkan tiada siapa yang dapat saya rujuk, maka saya harus jadi orang yang dirujuk. Dan ia berhasil, kebanyakkan pelajar baru yang mendaftar untuk pengajian master akan merujuk saya tentang beberapa hal di fakulti.

Disamping menyambung belajar, saya juga mula menambah pengalaman hidup dengan menjadi seorang perunding pelaburan berlesen di syarikat merah (bukan nama sebenar). Dalam bidang ini, pengalaman yang saya timba agak berbeza. Ia bukan lagi soal kat mana mahu dirujuk tapi soal siapa yang bertindak. Dalam bidang ini saya menjadi seorang perunding yang agak slow and steady. Di sini saya berjumpa ramai orang yang pelbagai ragam. Ada satu isu yang saya belajar dalam industri ini.

Suatu ketika dulu, industri ini dan syarikat merah ini bukanlah suatu yang dikenali ramai terutamanya bangsa M. Jadi kebanyakkan perunding membuat alasan yang ramai orang tak tahu berkenaan industri ini, ramai yang tak kenal syarikat ini. Jadi mereka tak dapat mencari pelanggan yang mahukan perkhidmatan mereka. Namun setelah beberapa ketika, industri dan nama syarikat merah ini telah mula dikenali ramai. Bilangan perunding di syarikat merah juga bertambah. Pada masa ini, kebanyakkan perunding membuat alasan semua orang dah tahu dan telah pun menceburi industri tersebut. Jadi mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk menawarkan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan.

Berniaga memang minat saya walaupun saya tak pernah secara rasmi berniaga. Saya pernah membuka beberapa syarikat sendiri dengan cara mendaftarkan nama perniagaan enterprise di pejabat SSM. Kebanyakkan perniagaan masa itu adalah berkenaan perunding latihan dan motivasi. Saya tidak pernah berniaga produk secara serius, walaupun pernah terjebak dengan MLM secara tidak disengajakan. Tak sempat dapat untung pun saya terus berhenti bilamana saya sedar yang niat saya ketika itu adalah sebab mahu pakai kereta besar. Owh...saya pernah jadi pembantu jurujual di kedai runcit kepunyaan sepupu. Tapi itu aktiviti cari duit tambahan masa cuti semester. Pernah juga saya belajar untuk masuk tender. Tetap tak pernah dapat sebab tiada pengalaman dan tak pernah nak berguru.

Dari cerita dan pengalaman saya di atas,

Kalaulah saya guna alasan yang sekarang ini dah terlalu ramai orang berniaga maka saya pun tak boleh berniaga dah. Kalaulah saya guna alasan yang saya tiada orang untuk dirujuk, maka sekarang ini saya sepatutnya berusaha untuk jadi orang yang dirujuk. Jadi di mana saya ketika ini?

Saya sedang cuba berniaga. Belum mula lagi tapi akan bermula.

Bila mula?

Jawapan yang paling terbaek:  Dah lama mula
Jawapan yang baik: Sekarang bermula
Jawapan yang hampeh: Nanti

Jawapan saya: Saya tengah istikharah


Friday, May 2, 2014

susah senang miskin kaya

Bagaimana hidup kita hari ini? rasa susah atau senang? rasa miskin atau kaya?

Tak kisahlah kita rasa bagaimana sekalipun, yang penting kita memahami makna disebalik rasa tersebut.

Hakikat yang harus kita fahami tentang kehidupan ini adalah UJIAN.

Kehidupan ini sebuah UJIAN samada kita di fasa susah atau di fasa senang.

Jika kita di fasa susah, maknanya kita diuji untuk kita kuatkan semangat, cekalkan hati, tabah dan redha. Yang lebih penting untuk kita berusaha dan bangkit mengubah rasa susah itu. Usaha dan kebangkitan itulah yang akan menatijahkan kita untuk berubah ke fasa senang.

Jika kita di fasa senang, maka itu ujian juga untuk kita menguruskan saat-saat senang itu dengan sebaik mungkin. Mengurus kesenangan ini penting supaya kita dapat terus konsisten dalam kesenangan. Jika gagal dalam ujian ini, mungkin kita akan berpindah ke fasa susah.

Jika kita di fasa miskin. Itu ujian untuk kita hidup berdikit-dikit. Mengurus sumber yang ada sebaik mungkin. Ada duit sikit, kita tabungkan. Ada lebihan lauk kita simpan dan panaskan untuk di makan esok hari. Peralatan elektrik yang tidak digunakan dimatikan suisnya. Bila mendapat peluang untuk maju, kita rebut dan jayakan. Natijahnya bagi si miskin akan berubah menjadi si kaya tidak lama lagi.

Jika kita di fasa kaya. Itu ujian untuk mengurus kekayaan. Bagaimana harta kekayaan yang kita ada ini kita dapat manfaatkan. Adakah kita jadi pemboros, tamak dan haloba. Maka mungkin selepas ini berubahlah kita menjadi si miskin.

Di fasa mana sekalipun kita, kita kena sentiasa ingatkan diri dengan ujian ini. Cuba fahami dan realitikan betapa setiap fasa yang kita lalui setiap saat itu adalah ujian untuk kita.

Kata kunci dari semua itu adalah SYUKUR dengan apa yang ada. USAHA untuk penambahbaikkan. SABAR bila diuji. SOLAT untuk mengadu pada ALLAH swt.

Thursday, November 21, 2013

Tutup Aurat

Al kisah seorang bapa dengan anaknya. Suatu hari si bapa memanggil si anak perempuannya yang cantik dan sedang meningkat remaja. Sejurus bertentang mata, si bapa bertanya "Wahai anak abah yang cantik, kamu tahu tak kenapa Allah menyuruh kamu yakni perempuan yang telah baligh wajib menutup aurat?". "Tidak tahu abah, yang saya tahu ia adalah arahan Allah", jawab si anak.

Bapa: Begini, cuba kamu bayangkan kamu ke kedai coklat dan kamu dapati ada coklat yang dibungkus dan ada yang tak dibungkus. Agaknya kamu nak beli coklat yang mana?

Anak: Tentulah yang dibungkus abah

Bapa: Kenapa?

Anak: Sebab yang tak dibungkus itu mungkin telah terdedah kepada bakteria atau kotoran kerana ia terdedah kepada udara

Bapa: Kalau yang dibungkus itu pula ada jenis yang bungkus separuh dan ada yang bungkus penuh. Kamu pilih yang mana?

Anak: Mestilah pilih yang bungkus penuh, yang bungkus separuh itu mungkin dah terdedah dengan kotoran juga abah. 

Jawab si anak secara spontan

Anak: Tapi abah, apa kaitannya soalan abah ni dengan aurat?

Bapa: Sebelum abah jawab, abah nak tanya lagi

Anak: Ada lagi soalan..!! Banyaknya soalan abah

Ngomel si anak yang tak berpuas hati diasak dengan soalan yang banyak

Bapa: Baik, agak-agak kamu coklat yang tak dibungkus dan dibungkus separuh ini ada orang beli tak?

Anak: Macam takde orang beli je abah

Bapa: Katakanlah kedai yang jual coklat tu berjaya jual semua coklatnya termasuk yang tak dibungkus dan dibungkus separuh itu. Agak-agak kamu, orang yang bagaimana yang membeli coklat yang tak berbungkus dan yang berbungkus separuh itu?

Anak: Hurrmmm...rasanya orang yang tak prihatin pasal kebersihan lah yang sanggup beli coklat begitu. Jenis yang tak kisah sangat pasal kebersihan...

Si bapa tersenyum mendengar jawapan dari si anaknya. Dari jawapan itu, tahulah dia anaknya itu bagaimana orangnya. 

Bapa: Anak, abah sebenarnya bertuah mempunyai anak seperti kamu yang mengikut perintah Allah menutup aurat. Ini bererti kamu adalah seorang yang beriman kepada Allah swt. Ia adalah anugerah yang hebat untuk abah bila mempunyai anak seperti kamu. Tapi abah tidak mahu juga kamu berbuat sesuatu perkara atas dasar keterpaksaan. Lagi tak mahu bila kamu buat atas dasar abah yang suruh. Seperti mana soalan awal abah tadi, abah mahu tahu sejauh mana kefahaman kamu tentang menutup aurat. Dengan memahami hikmah sesuatu perkara itu akan menjadikan kamu lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu suruhan. 

Begini anak, sesungguhnya coklat dan menutup aurat itu memang tiada kaitan langsung. Cuma kita boleh ambil perumpamaan antara coklat yang berbalut elok dengan manusia yang menutup aurat. Kita umpamakan coklat yang berbalut elok itu dengan orang yang menutup aurat dengan sempurna. Ya...setiap jenis coklat yang dijual semuanya akan dibeli, cuma siapa pula pembelinya. Orang yang menitikberatkan pasal kebersihan akan membeli coklat yang berbalut penuh, bagi orang yang tak kisah sangat pasal kebersihan, dia boleh beli saja coklat yang tak berbalut pun sebab dia tidak kisah sangat intipati yang ada pada coklat tersebut. 

Sebegitu juga manusia terutamanya perempuan seperti anak abah ini, suatu hari kamu akan disunting orang. Dan orang itu akan menjadi pengganti abah untuk menjaga kamu. Yang lebih penting dari itu, dia yang akan menanggung dosa dan pahala kamu. Jika baik orangnya, dia akan bawa kamu ke syurga tapi sebaliknya akan bawa kamu ke neraka. Nauzubillah. Seboleh mungkin abah nak orang itu adalah orang yang terbaek dari segi ugamanya. Sebab jika ugamanya baik, inshaAllah kehidupannya juga akan baik. Pada masa sama ia bergantung juga sejauh mana baiknya anak abah ini. Jika anak abah ni seperti coklat yang berbalut separuh, agak-agaknya lelaki bagaimana yang akan menyunting diri kamu? Moga Allah jauhkannya. 

Jadi, abah harap kamu lebih faham hikmah disebalik suruhan Allah untuk menutup aurat dengan sempurna. Ia mungkin bukan kesukaan kamu untuk hari ini, tapi ia adalah untuk masa depan kamu menuju kepada kehidupan yang kekal.

Anak ku, pada hari kelahiran kamu ke dunia ini, kamu adalah salah satu nikmat yang Allah telah beri kepada abah. Tapi bilamana kamu menjadi anak yang solehah itu adalah rahmat yang Allah telah berikan kepada abah.

Anak: Terima kasih abah, sekarang saya faham hikmah menutup aurat dengan sempurna. Sebelum ini saya hanya menutup aurat sebab abah yang suruh. Kadang-kadang rasa terpaksa juga. Tapi hari ini saya telah faham dari cerita abah tadi. Terima kasih Allah kerana telah kurniakan saya abah yang sangat baik.

Si anak meluah rasa sambil menahan sebak atas ketulusan hati bapanya memberi pengajaran hidup kepadanya. 


Inspirasi buat anakku - Nur Mukhlisah

Thursday, July 11, 2013

Pemasaran fb di bulan ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Sudah lama tidak menjengok blog ni. Banyak kisah dan peristiwa ingin dikongsikan. Namun batasan masa dan sedikit kekangan mengganggu idea menulis di blog ini. Sesungguhnya entri ini ditulis pada hari kedua di bulan Ramadhan 1434H. Tidak kelewatan untuk mengucapkan selamat memasuki ke madrasah ramadhan untuk tahun ini. Bagi sesiapa yang sentiasa berdoa selepas solat dari bulan rejab doa ini 

"Ya Allah, Berkahilah kami di bulan rejab dan sya'ban, dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan"

ini tandanya Allah telah mengabulkan doa kita. Alhamdulillah

Sempena ramadhan yang mulia ini, ingin dikongsikan tentang isu paling mudah yakni tentang konsep PEMASARAN.

Ketika ini pusat pemasaran yang terhebat di Malaysia berlaku dalam facebook (fb). Ramai kawan, rakan dan sahabat kita yang tak pernah berniaga pun turut berniaga di dalam fb. Ini merupakan suatu peluang yang ada untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, pendapatan tambahan dan tidak kurang juga sebagai kedai di alam maya. 

Konsep pemasaran di fb sangat hebat, setiap kali ada orang LIKE, COMMENT, SHARE sesuatu status iklan, ia akan dapat dilihat oleh friends individu yang like, comment dan share tersebut. Makin ramai orang tahu, maka semakin cepat majulah perniagaan tersebut. Sebegitu mudah untuk berniaga di fb. Tidak perlu ada kedai, modal besar dan berpenampilan menarik. Kalian hanya perlu membuat ayat gempak, memaparkan gambar yang menarik perhatian dan strategi pemasaran untuk pastikan orang akan LIKE, COMMENT dan SHARE.

Namun ramai diantara kita yang tidak menyedari tentang fungsi button LIKE, COMMENT, SHARE tersebut. Dari segi perniagaan memang ia akan memberi kemudahan dan keuntungan kepada peniaga. Tetapi bagi yang tidak berniaga bagaimana pula? Jawapan saya adalah antara DOSA dan PAHALA. 

Hal ini saya bawakan dengan jelas apa yang berlaku beberapa hari sebelum masuk ke bulan ramadhan. Tersebarnya video budak perempuan yang baru couple seminggu. Saya tidak menyokong perbuatan budak perempuan tersebut TAPI saya juga tak boleh terima perbuatan mengutuk, menghina dan menyebarkan sambil mempersenda. 

Kita kena ingat tentang hakikat kelemahan manusia. Kita semua lemah, kita pernah buat salah dan mungkin akan buat salah lagi selepas ini. Tapi ingat Allah itu Maha Pengampun. Kejadian itu berlaku mungkin akibat kebodohan dia yang lama. Jadi tidak perlulah untuk kita mengutuk bagai orang lain. Jadi apa yang kita nak buat? nak puji? 

Saya tidak bermaksudlah untuk backup budak perempuan tersebut, cuma saya takut kita telah menambah tabungan DOSA kita yang sedia ada tanpa bertambahnya tabungan PAHALA. Sebagaimana saya terangkan konsep pemasaran fb, begitulah juga kerisauan saya jika tersilap atau secara tidak sengaja memasarkan DOSA. Berlipat ganda jugak yang kita dapat. Janganlah kita mendekatkan diri kita kepada kebinasaan. 

Pesanan untuk diri saya khasnya 

"Sila ambil tahu apa yang kita LIKE, COMMENT dan SHARE adalah yang memberi manfaat dan pahala bukan sebaliknya"

Lipatgandakan pahala di bulan yang mulia ini

Thursday, May 16, 2013

hilangkan rasa boring

Teringat zaman bujang. Tinggal di sebuah pekan di sebuah daerah di negeri johor. Tinggal di rumah teres berkongsi dengan beberapa bujang lain. Taman perumahan tersebut merupakan antara taman perumahan lama. Kita dapat tahu ia kawasan perumahan lama atau baru melalui rekabentuk rumah tersebut. Lagi pun rumah yang kami tinggal itu banyak peralatan asas yang perlu baik pulih. Selain itu, kebanyakkan yang tinggal disekitar taman tersebut adalah dikalangan bangsa selain melayu.

Pengalaman menarik tinggal disitu adalah perjalanan waktu malam. Ini bukan israk mikraj versi aku. Seperti kebiasaan aku suka berjalan dan memerhati. Melihat sesuatu perkara dan memikirkan tentang diri dan kebesaran Allah swt. Perjalanan waktu malam sebenarnya berlaku ketika ke surau yang berhampiran dengan taman perumahan tersebut. Memang lebih selesa berjalan kaki ke surau, faktor jarak yang terlalu dekat menyebabkan aku memilih berjalan kaki walaupun mempunyai motorsikal. Biasanya ke surau tersebut waktu malam sahaja sebab siang hari biasanya masa habis di kampus dan di luar kawasan.

Perjalanan melalui deretan rumah di kiri dan kanan jalan. Kita akan melihat perbezaan antara rumah orang islam dan bukan islam. Biasanya rumah orang islam akan tertutup rapat bermula maghrib. Jadi kita tidak dapat melihat aktiviti yang berlaku dalam rumah. Berlainan dengan rumah orang yang bukan islam, pintu rumah mereka masih terbuka. Jadi kadang-kadang aku dapat melihat aktiviti mereka yang sedang makan dan menonton tv. Biasanya itu sahajalah aktiviti yang kita nampak sekilas pandang di ruang tamu rumah mereka. Bukan niat untuk melihat aktiviti mereka, menundukkan pandangan sekalipun tetap terpandang juga sekali sekala.

Tiada apa yang menarik sebenarnya dari pengalaman perjalanan malam tersebut jika kita tidak berfikir dan mengaitkan dengan kebesaran Allah swt. Ketika sedang berjalan tu, aku terfikir betapa agungnya suruhan Allah untuk kita menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Mengaitkan balik kawasan perumahan lama, kebanyakkan pemilik rumah tersebut adalah orang-orang lama. Dalam kata lain adalah orang tua. Begitu juga dengan penghuni rumah yang lain-lain, kebanyakkannya ada orang tua namun tidak terkecuali wujud juga golongan muda, remaja dan anak kecil.

Biasanya orang-orang tua ni merupakan golongan yang dah pencen, tak bekerja, ada yang sedikit uzur dan tak sihat. Bagi orang yang sudah biasa bekerja, hidup tanpa melakukan sebarang kerja adalah sesuatu yang kaku, beku dan meresahkan. Kadang-kadang boleh menjadikan pemikiran pun pening. Badan pun akan jadi tidak sihat. Tapi bagi golongan yang dah pencen dan tua, apalah kudrat kerja yang boleh dilakukan. Paling-paling tidak mengemas rumah, cabut rumput di halaman rumah, tengok tv, baca surat khabar, makan dan tido. Pengalaman aku sendiri dengan aktiviti begitu sepanjang hari, minggu dan bulan amatlah membosankan dan tidak produktif.

Itulah hikmahnya suruhan melaksanakan solat. Ada kawan aku yang lebih alim katanya suruhan solat ini dinyatakan sebagai mendirikan solat. Untuk berdiri memerlukan kudrat dan kemahuan. Bukan saja-saja mahu berdiri apatah lagi kalau wujudnya kerusi disekeliling kita. Jadi suruhan solat ini sebenarnya secara tidak langsung telah mewujudkan suatu aktiviti yang sangat sihat dan produktif. Dalam solat adanya aktiviti membaca dan pergerakan anggota badan. Bagi individu yang lebih faham, aktiviti solat ini ditambahkan dengan pemahaman makna bacaan, mewujudkan satu interaksi tanpa wayar dengan Allah, secara tidak langsung terapi ketenangan jiwa juga hadir.

Pelaksanaan solat yang terdiri dari 5 waktu dalam sehari telah menjadikan satu aktiviti yang sihat kepada tubuh badan. Secara tak langsung kita pun tidak akan rasa boring tanpa aktiviti dalam hidup. Hatta dalam keadaan sakit sekalipun diwajibkan untuk kita solat. Mungkin bila sakit terlantar kita tidak dapat berdiri, tapi solat tetap dapat dilaksanakan dengan cara yang semampu mungkin oleh setiap orang mengikut keadaan yang dibolehkan. Antaranya solat sambil duduk, berbaring bahkan melalui isyarat. Sedikit sebanyak aktiviti solat ni telah membantu kita untuk tidak boring lagi terutamanya bagi orang tua dan orang sakit. Ini belum lagi dilaksanakan secara berjemaah. Lagi lah besar dan banyak hikmahnya.

Aku sangat terkesan dengan aktiviti solat ni, bilamana aku sendiri pernah duduk dalam situasi membuat aktiviti rutin je sepanjang hari. Air wuduk yang diambil telah memberi kesegaran pada wajah dan pemikiran. Pergerakan solat telah melonggarkan sendi-sendi dan menggerakkan otot. Walaupun solat dilakukan berkali-kali dan berulang-ulang dari kecik sampai ke tua, ia tetap tidak membosankan seperti mana aktiviti lain dalam hidup. Rasailah menunaikan dengan penuh penghayatan dan penyerahan diri kepada Allah itu sangat mendamaikan dan mententeramkan jiwa.

kadang-kadang duduk di australia ni sebagai househusband memang memboringkan, apatah lagi kerjanya asyik makan-makan dan makan. Kekadang saya bertanya kepada isteri "kita ni asyik makan je, boleh tak kalo kita tak makan..?" sambil tergelak-gelak.

boring makan tu sebab nak kena masak, nak kena masak nak kena pikir menu, dah pikir menu nak kena sedia bahan, dah sedia bahan nak kena masak, bila dah masak dan sedap-makan sampai habiss, bila habis nak kena masak lain pulak untuk makan seterusnya. Memang dasar bekas bujang makan kat kedai :P

Sekadar coretan untuk menggerakkan balik neuron dalam otak setelah membeku lama di Australia ;)
Wallahualam

pizza dan nandos halal - menjamu selera di Bribie Island 

Wednesday, May 1, 2013

Kembara ke bumi Rusia

Jika ditanya aku ke mana?

aku sesungguhnya baru pulang dari pengembaraan ke sebuah negara asing.
negara bekas jajahan takluk komunis.
Rusia.

Aku telah tinggal di ibu kotanya, Moscow.

Pengembaraan yang singkat telah memperkenalkan aku dengan dengan watak orang-orang di sana yang hidupnya cukup bebas. Bebas di sini bukan sahaja merdeka tapi kebebasan dari segala segi termasuklah kebebasan seks. Aku telah berkenalan dengan seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas. Seorang mahasiswa yang sedang melanjutkan kajian tentang sejarah islam ketika bumi Rusia di bawah si kukubesi Stalin. Tampak seperti pemuda biasa tapi iman dan takwanya cukup tinggi. Dilihat dari satu sudut, Ayyas ini mempunyai ciri pemuda yang sangat ideal. Dari dia, aku yang sudah sedia tahu apa itu atheis malah diperkenalkan dengan jenis-jenis atheis yang lain yang semuanya adalah kesesatan yang nyata. Dari dia juga aku kenal siapa itu Karl Mark, Stalin dan Lenin juga lebih penting sejarah Rusia disebalik nama-nama yang disebut tadi.. Owh..pengembaraan kali ini sangat hebat bilamana aku sempat dengan kejadian pengeboman di salah sebuah hotel di negara itu. Aku juga dapat mengetahui kisah disebalik pengeboman dinegara itu yang didalangi oleh agen risikan dari Mo5sad. Kemuncaknya aku ketahui agen risikan yang terlibat dengan kejadian pengeboman itu mati ditembak oleh agen mereka sendiri untuk menghapuskan bukti setelah agen tersebuh telah berpaling tadah. Semua ini aku lalui setelah mengenali Muhammad Ayyas. dan sesungguhnya Muhammad Ayyas itu sendiri diperkenalkan oleh Habiburrahman El Shirazy melalui novelnya yang bertajuk Bumi Cinta. Buku novel dari indonesia yang aku pinjam dari isteriku. 546 muka surat yang cukup membuat aku seperti berada di sana ;)




Thursday, April 25, 2013

Musibah


Tiada siapa yang minta untuk ditimpa musibah dan tiada juga orang di dunia ini yang terlepas dari sebarang musibah. 
Namun, 
Islam sebagai agama yang sempurna telah memberikan pedoman yang lengkap bagi manusia dalam menghadapi pelbagai peristiwa, baik suka mahu pun duka.
Sabda Nabi SAW:

"Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR Muslim).
Apabila mendapat musibah, bacalah doa ini

Sesungguhnya, dalam setiap perkara (musibah) yang berlaku ada 3 perkara yang Allah bagi:

i) Ia adalah PROSES kehidupan (tidak dapat tidak memang akan ada masalah)
ii) Ia adalah proses TARBIAH (latihan) untuk masa depan (Allah lebih tahu apa yang ada dibelakang dan dihadapan kita – lihat maksud ayat qursi)
iii) Ia adalah KAFARAH (pengampunan dosa) yang lalu (pengampunan dosa di dunia sangat penting untuk memastikan kita selamat di alam kekal yakni alam akhirat)

Adapun sebahagian ulama berpendapat ada yang keempat yakni sebagai kaedah Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik selepas musibah melanda sebagaimana dalil dari firman Allah swt dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud :

"Sesungguhnya setiap kesusahan itu akan ada kesenangan" (ayat ini diulang 2 kali)

Ambillah suatu pembelajaran dalam situasi musibah ini untuk kita jadikan sebuah pengajaran dalam perjalanan kehidupan kita di dunia ini menjadi insan yang lebih baik.

Sesungguhnya ujian dan musibah ini tidak lain tidak bukan hanya kerana kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih. Cuba hayati firman Allah dalam surah AlBaqarah ayat 286 yang bermaksud

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Cuma bila berhadapan dalam sesuatu musibah ini, bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang telah berlaku. Tindak balas kita samada ia menjadi sumber pahala untuk kita ataupun ia akan menjadi sumber seksa kita diakhirat kelak. Jadi amatlah penting untuk kita memerhatikan dan memikirkan segala tindak balas kita ini biarlah seiring dengan jalan yang dianjurkan dalam agama islam (islam – way of life)

Sebagai penutup kalam untuk kali ini, hayati firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 156

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali"

"Innalillahi wainna ilaihi raji'un"
Bacalah lafaz ini  "Innalillahi wainna ilaihi raji'un" dalam kehidupan kita seharian dikala teringat akan masalah dan musibah.
Allah didahulukan, rasulullah diikuti, cara hidup islam diutamakan
Janji Allah itu PASTI

Thursday, April 4, 2013

sampah

 Australia disenaraikan antara 10 negara yang paling bersih. 
Aku nak share bagaimana sampah dikutip dari rumah

Mula-mula kena kumpulkan sampah yang ada dalam rumah. Ia bermula dengan tindakan dari kita untuk menjaga kebersihan. Dan adalah menjadi suatu amalan tegas untuk PENYEWA rumah seperti kami untuk menjaga kebersihan rumah terbaek mungkin kerana agen sewaan rumah akan datang untuk memantau sebagus mana kita menjaga kebersihan rumah tersebut. Kalau lah kita ni tahap yang tidak memuaskan, duit bon yang dibayar sebelum ini tidak akan dikembalikan lagi. 


Setelah sampah dikumpulkan. Kita akan masukkan sampah ke dalam tong sampah seperti gambar di bawah.  Setiap rumah akan dibekalkan dengan 2 jenis tong sampah. Satu yang berpenutup warna hijau bagi sampah untuk dilupuskan manakala satu lagi berpenutup warna kuning bagi sampah yang boleh dikitar semula. Sampah akan dipungut pada setiap hari khamis (berlainan hari bagi suburb lain). Jadi kena pastikan setiap hari khamis tong sampah telah dikeluarkan dan diletakkan seperti gambar di bawah. Gambar tu hanya menunjukkan tong yang berpenutup warna hijau sebab untuk sampah yang boleh dikitar akan dipungut di awal pagi manakala untuk sampah luput akan lewat sedikit. 

Kenapa ada 3 tong?
3 tong mewakili 3 unit rumah. Pada setiap tong ada tulis no unit rumah masing-masing. Yang bagusnya kat sini, bila sampai hari nak keluarkan sampah ni, kita akan tolong mengeluarkan sekali tong sampah jiran. kekadang tu jiran kami yang tolong masukkan balik tong sampah ini ditempah simpanan. 

ps: kereta jiran kami. seorang kontraktor. kereta ni tak pernah dialih semenjak kami pindah sini

Lori sampah
Kat bawah ni aku sempat snap gambar lori sampah memungut sampah. Memang terbaek dari ladang. Baru lah dikatakan negara maju. pungut sampah pakai tangan robot :)



 Benarlah kata orang alim yang bermusafir ke pelbagai negara, 
katanya:

"Aku nampak islam di negara bukan islam, Aku nampak kekafiran di negara islam"

sama-sama kita jaga kebersihan
perubahan bermula dengan perubahan diri kita.


Tuesday, April 2, 2013

kongsi keindahan

Minggu lepas kami telah mendapat tetamu dari Melbourne. Antara tempat yang kami sempat bawa adalah ke Bribie Island dibahagian sunshine coast, queensland. Masih belum sempat nak cerita panjang. Nikmati dulu gambar nan indah ini...

memburu sunset


indahnya ciptaan Allah

Thursday, March 21, 2013

rumah sewa

Bismillah

adoii...dah janji nak update blog itu hari tapi dugaan mendatang juga nak buat macamana kan. Ada je perkara yang menghambat untuk aku update entry blog ni. Anyway...seperti yang dijanjikan minggu lepas berkenaan dengan RUMAH SEWA Australia. 

Rumah sewa kat sini diuruskan oleh agen yang khas (diorang memang ada persatuan agen rumah sewa). Jadi setiap urusan akan diuruskan oleh agen dengan penyewa. Kita memang tak tahu siapa tuan rumah dan tak pernah bertemu. Sebelum layak menyewa sesebuah rumah, kita dikehendaki hadir dalam sesi inspection dan jika berminat, bolehlah diisi borang yang disediakan beserta dengan dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan. Segala maklumat dan lampiran yang dikemukakan akan diberi markah. Sebagai contoh passport = 40 marks, lesen memandu = 40 marks, statement akaun bank pun ada markah, bil-bil yang pernah kita bayar dan lain lain. Dan minimum markah untuk layak menyewa adalah sebanyak 100 markah.

Jika layak menyewa, kita dikehendaki membayar BOND sebanyak nilai sewaan selama 4 minggu. Sewa rumah pula dibayar dua minggu sekali. Harga sewaan pula dikira setiap minggu. 


Inilah rumah yang kami sewa. macam besar tapi tak besar pun sebab rumah ini dibahagi kepada 3 unit. Aku duduk di unit 1 iaitu yang bahagian paling depan. Paling mudah tengok je gambar plan rumah yang aku buat (malas nak lukis betol-betol). Setiap unit rumah akan dibahagi kepada 3 ruang. Ruang depan (bersama dengan kitchen), ruang bilik dan ruang bilik air. Korang teka lah dari rajah kat bawah ni apa yang aku bagitau tadi. kekadang rasa macam rumah flat pun ya jugak.
Rumah kayu? memang rumah kat Queensland ni kebanyakkannya rumah kayu. Diorang panggil Queenslander house. Walaupun rumah kayu, kami bayar sewa rumah ni AUD240 seminggu. Plz jangan convert kepada RM. Kalau nak duduk yang best sikit leh duduk apartment. paling minimum ada 2 bilik dan rumah batu. sebab tu namanya apartment. Tapi sewanya lagi tinggilah dari harga yang kami duduk ni. 

Mari kita tengok di dalam. Aku cuba cerita kan perbezaan jelah. Maksudnya perkara yang berbeza antara Malaya ngan Australia

mula-mula kita bukak pintu rumah dulu. Kalo tak buka camne nak masuk kan
ni kunci rumah dari dalam. grill takde. kalo aku fikir camni pintu kat malaya mesti confirm rumah tak selamat

aku tunjukkan dari sudut yang berlainan. Korang rasa?

Ini pula pintu bilik. Macam biasa tgk kat malaya tapi bezanya takde kunci. Pintu bilik kat sini takde kunci. Jadi awasi perlakuan anda di dalam bilik!!

Tingkap lak camne..!!
Kita tengok tingkap pulak. Tingkap ni macam jugak kat malaya tapi bezanya?

Inilah bezanya. Tingkap ini hanya diselak (kunci) begini sahaja. Grill memang takde. Korang rasa selamat tak?

masuk rumah kena bukak lampu, kalo tak nanti gelap pulak kan. Meh kita buka lampu
Ini suis lampu. Klasik gitu. ada lagi?

Yang ni versi moden sikit. untuk bukak lampu bilik air

Yang ni untuk plug. Aku tunjukkan pelbagai versi 

Yang ni versi plug peti ais
 
 ni versi plug biasa-biasa

ni plug extension

kepala plug

hah...yang ni cuba korang teka plug apa? plug ni sebenarnya tak complete. Dia ada satu adapter untuk guna. Hint: Aku merana sebulan tak leh pakai internet sebab plug ni..!!

nilah adapter yang perlu untuk melengkapkan plug tersebut. Ini plug telefon okey

oh hooo...lupa pulak, walaupun rumah ni rumah kayu, tapi dalam dia ini macam. kawasan depan dilengkapi tile (jubin) manakala bahagian bilik dilengkapi karpet. macam kat hotel lah jugak.

tetiba rasa lapar
Ini dapur yang memang disediakan. dan ini merupakan dapur gas. tapi tong gas takde sebab kat sini gas pakai meter macam meter air. So dapur ini dilengkapi dengan set untuk grill dan Oven. 

Ini macam tombolnya

Air pulak?
Ini paip kat sinki. sebelah dengan dapur tadi. Boleh pilih nak air sejuk ke panas atau nak suam. 

Ini paip kat sinki dalam bilik air. satu panas n satu sejuk

Yang ni untuk shower. pilih nak panas or sejuk or suam

jap...tengok atas (shilling)
Ada pengesan asap. Ada kat dua-dua bahagian depan dan bilik. Awasi asap bila memasak

Ini penyapu n penyodok. Kalo sesapa tak tahu lah

Jom shopping...
Shopping trolley ini amat penting untuk kami sebab kami takde kereta. Paling banyak barang pernah bawak dengan troli ni seguni beras 5 kg, 1tin minyak masak, 5 kg ayam, barang-barang keperluan rumah. Memang mantap ini trolley. Lagi pun orang kat sini memang suka berjalan kaki n bawa trolley untuk shopping.

Sebelum keluar shopping a k a nak keluar rumah, gaya ini macam amat perlu
Ini bukan sekadar gaya, tapi untuk keselamatan dan kesihatan. Sila pakai cap n cermin mata hitam. Cahaya matahari kat sini sangat terik. Memang memedihkan mata, Cap untuk melindungi kepala. Sebab kat sini tetiba boleh berlaku hujan. Cermin mata juga penting untuk pastikan debu tidak masuk mata. Agaknya dah dua kali aku kena bab debu masuk mata ni sebab angin kat sini sangat kuat. Jadi pakai payung untuk panas or hujan memang tak leh guna sangat sebab mungkin payung anda akan rosak dan patah. 

ok sekian, huih...tak larat menaip panjang

Lupa pulak, soal keselamatan di sini inshaAllah terjamin. Tindakan dari polis sangat cepat. Jadi bila berlaku isu-isu berkenaan keselamatan, diorang akan terus paparkan di website untuk perhatian dan langkah berjaga-jaga.

Sesungguhnya jaminan keselamatan yang terbaek adalah dari Allah swt

Moga semua dalam redha Allah
Doakan kami di sini. 

sekarang kami sudah berTIGA

:)









Sunday, March 10, 2013

penyedap mata

it's beautiful not because it's a flower BUT because of the sincerity of the sender

ini bunga rumput kat depan rumah. aku cabut dan letak dalam gelas. sekali tengok cantik pulak. snap satu gambar. 

sungguh cantik sebab ia datang dari Yang Maha Memberi

Have a nice day

lapor diri

sesungguhnya hari ini aku bertekad nak update blog ni
hari ni lepas subuh aku dah tak tido walaupun tilam dan selimut tebal memanggil manggil
persekitaran yang sejuk dan damai juga seperti tak merelakan aku untuk menghadap komputer

ini semua dugaan

Ya..aku bertekad nak update blog ni sebab aku dah janji dengan beberapa orang nak share gambar dan pengalaman aku kat negara kangaroo. Banyak sebenarnya yang aku nak share tapi tapi tapi MASA dan SUASANA baru ni memang sangat menduga jatidiri aku untuk bertindak lebih efektif

Ya..aku terpaksa tidur lagi seusai subuh walaupun aku tahu ia tidak bagus untuk rezeki. Bak kata pepatah, kalo tidur lagi selepas subuh, rezeki mu hilang dipatuk ayam. Oh hoiiiii...malu aku dengan ayam. Tapi apa nak buat kalo dah subuh masuk jam 3 pagi dan subuh habis jam 5 pagi. itu semua waktu aku mula-mula sampai. sekarang agak okey sikit lah sebab waktu subuh dah agak lewat, selewat jam 4.30 pagi dan habis selewat jam 5.45pagi.

Ya selimut memanggil manggil tat kala aku cuba untuk tidak tidur selepas subuh. Pernah aku cuba untuk membaca beberapa surah seusai subuh, namun seusai membaca surah, aku terpaksa juga menarik selimut. Walaupun bukan lagi musim winter tapi sekarang ini musim peralihan dari summer kepada autumn (ohhh..teringat cerita autumn in my heart) tapi penangan ribut cyclone yang tak habis habis membaham bumi kangaroo ini, lebih lebih lagi dibahagian tanah permaisuri (queensland). Aku alah pada sejuk apatah lagi bila angin dan sejuk bergabung maka selimutlah yang jadi pengganti lemak badanku.

RUMAH

rumahku adalah sebuah rumah kayu, namun beralas simen dan karpet macam kat hotel. tapi disebabkan kitorang masih belum beli heater (sebab belum masuk winter lagi) maka tanggunglah kami dengan segala kesejukan setiap hari.

cuma hari ini aku dapat lawan lebih sikit, mungkin berkat azimat yang aku baca malam tadi seusai isyak dan sebelum tutup mata untuk aku buat segala urusan di awal pagi. Aku baca berulang ulang kali mohon dari kuasa yang kekal dan tidak mati. Nah pagi ini, seusai subuh dan baca surah surah, aku telah diizinkanNya untuk duduk menghadap komputer dan melaporkan diri aku yang telah berada di bumi kangaroo ini yang telah masuk SEBULAN lebih.

sekian untuk kali ini, esok hari aku cuba lagi untuk membaca mentera yang lagi dahsyat supaya entri esok akan lebih korang nantikan

laporan dibuat dari duke street, annerley, qld, aus 4103


Thursday, February 28, 2013

tips mencari orang hilang

dah lama tak buat kerja zaman student dulu. copy n paste

lewat ini banyak kejadian orang hilang, kena culik dan bagai lagi yang bermotif DUIT.
Jadi hari ni nak share tips yang dibuat oleh rakan fb saya Sdr Ghazali Haji Abu untuk mencari orang yang hilang. Moga bermanfaat...


Setiap kali saya menerima email berkenaan orang hilang, saya selalu cuba membantu dan dalam beberapa kes bantuan itu dapat menjejaki orang yang hilang (OH) tersebut atau memberikan clue untuk proses pencarian seterusnya, biasanya utk kes lari dari rumah. Oleh kerana ada sedikit pengalaman mencari orang hilang ini, saya ingin berkongsi beberapa tips pencarian di sini. Mungkin bermanfaat untuk orang lain.

Tips
1. Dapatkan no kad pengenalan orang yang hilang dan orang-orang yg disyaki melarikan/lari bersama/menculik orang yang hilang.
2. Buat laporan Polis. (Ini bukan tips tapi langah ini penting untuk memudahkan urusan seterusnya kerana kita boleh mendapat kerjasama yang lebih baik dari pelbagai pihak bila menunjukkan salinan laporan polis tersebut, pastikan ada no telefon pegawai penyiasat (IO) utk dirujuk bila diperlukan)
3. Cari kawan2 atau saudara mara yang ada kawan ynag bekerja di syarikat atau institusi berikut(sy akan berithau mengapa nanti);
  a. semua bank utama (Maybank, CIMB. BSN dll) lebih baik lagi jika tahu secara tepat orang hilang menggunakan bank mana.
  b. Syarikat telekomunikasi (telekom. Maxis, Digi, Celcom)
  c. Perkeso(socso), KWSP, Imigresen.
  d. JPJ dan Polis Trafik

 4. Utk bank;
Dapatkan maklumat transaksi terbaru OH. Bank mempunyai keupayaan mengesan tarikh masa & dimana transaksi tersebut dibuat. Cthnya pengeluaran dari ATM CIMB KLCC walaupun akaun OH bukan dgn CIMB. Biasanya semua ATM mempunyai CCTV berdekatan mereka jadi boleh berhubung dgn bank tersebut utk mendapatkan maklumat lanjut. Jika bank tidak memberikan kerjasama selepas ditunjukkan salinan laporan polis hubungi IO utk meyakinkan bank atau minta IO untuk medapatkan maklumat tersebut.
Masukkan sedikit duit secara berkala cthnya RM50 seminggu agar OH akan sentiasa membuat transaksi di ATM atau bank dan lokasinya dapat dikesan dengan lebih mudah. ini juga mengelakkan OH berada dalam keadaan terdesak dari segi kewangan dan terlibat dlm aktiviti tidak sihat.
Rekod kad kredit juga boleh digunakan untuk kaedah yang sama.
Satu cara yg tidak digalakkan utk dilakukan tapi boleh dilakukan, jika perlu ialah mengarahkan bank utk block kad ATM OH. Ini akan menyebabkan OH terpaksa pergi ke cawangan berdekatan untuk mendapatkan penjelasan atau Kad Baru. Dengan cara itu imej OH akan dirakam di CCTV bank. Bank juga boleh diminta bekerjasama utk menghubungi POLIS jika OH hadir ke kaunter(ini sy tak pernah buat).
Bank adalah jalan paling berkesan mengesan lokasi OH secara tepat. Jika pengeluaran dilakukan oleh orang lain menggunakan kad ATM OH Polis akan mendapat jln utk meneruskan siasatan.

5. Sykt Telekomunikasi
Dpd kad pengenalan OH dan suspek terdekat sykt telekomunikasi boleh mengesan rekod panggilan, rekod penghantaran sms dan dari pencawang mana panggilan itu dibuat cthnya paggilan dibuat dari pencawang Sg Wang, KL. jadi kita tahu secara umum OH berada dikawasan tersebut. No telefon yg dihubungi OH dan SMS juga dirakam oleh Sykt komunikasi jadi ia boleh menjadi bahan utk membantu POLIS meneruskan siasatan.

6. Perkeso/Socso/ KWSP
Orang Hilang (OH) dari Sabah dan Sarawak kadang2 melarikan diri ke Semananjung untuk mencari pekerjaan. Oleh itu rekod pekerjaan mereka akan dirakam oleh Perkeso dan KWSP apabila mereka membuat caruman. Oleh itu, Polis boleh dapat mengesan secara terus di mana mereka sebenarnya bekerja.

7. JPJ dan Polis Trafik
Boleh cuba mendapatkan kerjasama dari JPJ atau polis trafik utk block roadtax renewal bagi kenderaan OH atau orang yg disyaki sedang melarikan/bersama OH. Ini akan menyebabkan mereka terpaksa berhubung secara telefon atau datang sendiri ke pejabat JPJ berdekatan untuk mendapatkan penjelasan dan menyelesaikan masalah mereka. dengan cara ini Polis dapat mengesan samada Oh sendiri hadir atau org yg disyaki bersamanya membawa OH bersama untuk menyelesaikan maslaah tersebut dan CCTV akan merakam imej mereka. 
 Semua tips di atas berhubung kait dan saling melengkapi, jadi jangan bergantung pada satu kaedah shj.

Di samping usaha2 fizikal ini, usaha dalam bentuk spiritual iaitu berdoa dan melakukan solat hajat hendaklah sentiasa diteruskan. Antara kaedah yg dicadangkan (bukan satu-satunya kaedah) ialah solat hajat ditengah malam dan menghadiahkan Al-Fatihah kepada Roh Orang Hilang tersebut.


Semoga ada manfaatnya. Siapa nak share silakan.

Wassalam,
Related Posts with Thumbnails