i k l a n

Thursday, August 13, 2009

kenangan d perak


assalamualaikum wbt...

lama betul tidak menulis namun tak bererti saya tidak menjengok blog rakan-rakan yang lain. cuma kesempatan dan mood yang belum cukup untuk menulis. alhamdulillah hari ni Allah telah bagi saya kekuatan dan idea untuk mencoret sedikit pengkhabaran buat semua sahabat.

kisah kali ini berkenaan kenangan berada di perak. bila masa saya ke perak? sebelum saya menghilang lama, sebenarnya saya telah terlibat dalam satu projek di universiti sebagai salah seorang penyelia teknikal projek pembuatan kereta lumba kapasiti kecil. projek yang sungguh mencabar walaupun sebagai penyelia tetapi disebabkan sumber tenaga dan kepakaran yang terhad terpaksa menggunakan segala benda yang ada secara optimum mungkin. kereta lumba ini akan dibawa ke pertandingan yang dinamakan EIMARace anjuran UTM dan berlangsung di litar dato' sagor, pasir salak, perak.

pasukan yang diberi nama UTHM AutoDev. dianggotai oleh 12 orang pelajar mekanikal dan seorang pelajar civil dan disokong oleh beberapa staff universiti. pada mulanya bergerak tanpa sebarang jaminan sumber kewangan. memang diakui kami bukanlah kumpulan yang hebat. kereta lumba kami pun juga tidak hebat sangat. banyak cemuhan, sindiran dan komen sinis dari segelintir pihak yang hanya tahu bersuara tanpa tindakan. umpama anjing yang menyalak bukit. memang bunyinya agak kasar tp itulah hakikat yang berlaku. namun tidak semua begitu, ada lagi pihak yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kumpulan ini untuk menyertai pertandingan tersebut. berbekalkan semangat dan sokongan yang ada pasukan ini terus bergerak semampu mungkin berbekalkan falsafah buat yang terbaik.

pertandingan berlangsung pada 25 julai. saya ke perak pada 23 ogos dengan kereta faizul (pengurus pasukan) lebih kurang pukul 10 malam. perjalanan yang agak memenatkan, sepanjang perjalanan saya hanya mampu tidur..hehe dan sampai di teluk intan (kawasan hotel kami menginap) pada pukul 5 pagi. kami tempah hotel jam 6 pagi. jadi kami lepak dulu di McD dan bersahur (walaupun tak puasa pun). suasana pagi subuh cukup indah dengan hujan yang turun renyai-renyai. hari tersebut (24 ogos) kami perlu ke litar untuk sesi ujian bebas. namun kami perlu pergi ke tempat penginapan pelajar dahulu, menjengok diorang di sana. penginapan pelajar terletak di Parit, Perak. orang negeri perak mesti tahu betapa jauhnya perjalanan kami hari itu dari teluk intan ke parit.

kami sampai di Parit lebih kurang pukul 12tengah hari. wow pekan parit ini sungguh menarik sekali. sebuah pekan kecil yang agak unik sebab terdapatnya rumah tumpangan dan agak menenangkan kerana di tepi pekan ini terdapat sungai yang lebar. pemandangan yang sungguh mengujakan hatiku. air ajen ketenangan. sepanjang di sana aku sempat mengambil beberapa gambar kenangan menggunakan kamera PDA sebab kamera digital tak bawa. jadi PDA pun boleh lah. kebetulan hari tersebut cuaca cerah dan langit kebiruan. aku dapat menggambarkan betapa cantiknya gambar yang diperolehi jika ada kamera SLR..huhuhu.

selepas solat jumaat, bertolak ke pasir salak untuk sesi ujian bebas. sampai di sana pelajar dari pasukan kami agak "moral down" sikit. masa sampai tu, dah banyak pasukan lain sampai dan telah menunjukkan prestasi jentera masing-masing. melihatkan prestasi pasukan lain yang begitu hebat secara tak langsung peserta UTHM AutoDev telah terpsiko. namun begitu perjuangan tetap diteruskan walau apa jua rintangan sekali pun. beberapa strategi telah diatur bagi memastikan kami juga mendapat tempat dalam saingan esok pagi.

hari yang dinantikan telah tiba..pertandingan tersebut terdiri daripada beberapa peringkat. peringkat pertama adalah acara statik iaitu sesi pembentangan dan pemeriksaan spesifikasi kenderaan. peringkat kedua adalah ujian pecutan. peringkat ketiga ujian sistem brek dan yang terakhir adalah sesi ujian masa untuk penentuan kedudukan untuk sesi perlumbaan dan ketahanan kereta. sesi kemuncak adalah endurance race yang sungguh dinantikan oleh semua yang hadir. setiap kereta dikehendaki menghabiskan 30 pusingan sepantas mungkin di man satu pusingan berjarak 1.1km. kumpulan kami bermula dipetak terakhir iaitu kedudukan ke 12 disebabkan kesilapan kawalan pemandu yang terbabas masa ujian masa.

bermula dipetak terakhir tidak menjadi masalah malah langsung tidak menjatuhkan semangat kami. kami punyai strategi. itu kekuatan kami. dah nama pun "endurance race", ketahanan kereta adalah kunci utama selain dari kelajuan. kami melihat banyak pasukan lain yang hanya menitikberatkan dari segi kelajuan semata-mata berbanding ketahanan terutamanya enjin. jika ketahanan dan kelajuan dapat dicapai maka tidak mustahil untuk bergelar juara seperti pasukan dari Unisel. pasukan kami pula tamat di tempat ke4. cuba bayangkan berada ditempat paling akhir tapi dapat tamatkan pada tempat ke4 adalah suatu yang diluar jangkaan. alhamdulillah kami bersorak riang sekali umpama menjadi juara. ye kenangan yang terindah untuk pasukan.

kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah buat semua ahli pasukan yang bertungkus lumus siang dan malam. ucapan tahniah khas untuk pengurus projek iaitu sedara hafiz zuhdi (junior kami) yang tidak patah semangat untuk meneruskan projek ini. dengan semnagat mu, orang lain juga menumpang bangga dan mendapat kenangan terindah bersama kamu. dari peojek ini juga telah membuka mata banyak pihak di universiti untuk meneruskan projek tersebut di masa hadapan. semoga kamu mendapat ganjaran selayaknya disisi Allah.

info: UTHM AutoDev merupakan pasukan yang berasal dari KUiTTHO AutoDev (KAD) di mana saya dan faizul merupakan sebahagian dari KAD. kereta yang di bawa dalam perlumbaan Eimarace ini merupakan kereta berasal dari KAD dan telah diubahsuai sesuai dengan spesifikasi dan peraturan perlumbaan bagi menampung kekurangan bajet.

3 comments:

fadhlun said...

syabas dan tahniah buat semua yang terlibat. Dari salah seorang peserta kini dah jadi penyelia utk UTHM AutoDev @ KUiTTHO AutoDev.Bravooo

muhsync said...

owh..cik fadhlun ni gak merupakan antara anggota pengurusan KUiTTHO AutoDev gak...thanx for ur comment

faizulamin said...

tahniah atas pertiduran yang berjaya sepanjang perjalanan! cet!

woi, nanti entri aku tu, sebijik akan kuar majalah intek edisi akan datang! ahaks2!!

Related Posts with Thumbnails