i k l a n

Monday, April 12, 2010

kisah sedekah: tunggu kaya atau sekarang [update]



Suatu hari, seorang pemuda singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat. Selepas menunaikan solat, beliau ternampak seorang pakcik tua yang sedang duduk disebatang tiang di dalam masjid tersebut. Beliau pergi merapati pakcik tua itu sambil menghulur tangan mengucap salam. Pakcik tua itu menyambutnya dengan begitu ramah sekali.

Pemuda itu memang dilatih oleh ibubapanya untuk meminta nasihat yang baik-baik bila berjumpa dengan orang yang berusia. Maka dimintanya nasihat dari pakcik tersebut. "Pakcik, ada tak apa-apa nasihat yang boleh pakcik kongsikan kepada saya". Pakcik itu senyum dan bertanya kembali, "nak..apakah cita-cita mu di kemudian hari nanti?". Pemuda itu pun menjawab yang beliau ingin sekali menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. kata pemuda itu lagi sambil memberi contoh "Jika saya ada gaji RM10000, saya akan sedekahkan RM6000 kepada yang memerlukan. Cukuplah RM4000 itu untuk kegunaan saya".

Pakcik tua itu tersenyum mendengar kata-kata yang penuh semangat dari anak muda itu. "Nak, kamu ada berapa ringgit di dalam poket kamu sekarang?" tanya pakcik itu. Pemuda itu mula membelek beg duitnya. "Lebih kurang RM100 pakcik" balas pemuda itu. "Boleh tak kamu sedekahkan RM60 ke dalam mana-mana tabung masjid ini sekarang?" tanya pakcik itu.

Pemuda itu terdiam. "hurm...sekarang ini tak boleh lah pakcik sebab saya hanya ada RM100 ini je utk minggu ini. Tapi saya akan bagi RM10 untuk sekarang" balas pemuda itu.

Pakcik tua mencelah "tak perlulah wahai anak muda, jika kamu mahu melakukan kebaikan lakukanlah sekarang jangan bertangguh. Tidak perlu juga utk kamu menunggu suatu ketika yang belum pasti tapi laksanakan dengan apa yang sudah pasti. Adakah mungkin kamu akan bergaji RM10000 suatu hari nanti. Itu belum pasti lagi. Duit RM100 sekarang pun belum mampu engkau sedekahkan RM60, bagaimana mungkin kau akan sedekahkan RM6000. Fikirkan lah semula wahai anak muda" kata pakcik tua itu lantas bangun meninggalkan pemuda itu yang masih terkebil-kebil memikirkan kata-kata pakcik tua itu.

p/s:
nak bersedekah pun tak perlu tunggu hari jumaat (nak pahala lebih konon). bersedekahlah dengan niat kerana Allah swt. tentang ganjaran itu biarlah Allah sahaja yang tentukan selayak manakah ganjaran untuk diri ini.

satu lagi tabiat kebiasaan adalah bila kita nak bersedekah, kita akan mencari nilai wang yang paling kecil dalam wallet/purse masing-masing. cuba kita ubah tabiat ini dengan bersedekah dengan wang yang nilainya paling besar yang ada dalam beg duit kita.

jadi bagaimana sekarang? Didiklah diri untuk membuat perubahan (hijrah) dan jihad (melawan nafsu dan kebiasaan diri/tabiat) ke arah yang lebih baek. Kalau bukan sekarang bila lagi. kalau bukan kita, siapa lagi...

artikal asal dari notes dalam facebook atau klik di sini


.:muhsync berinspirasi:.

5 comments:

ikanbesh said...

hurmm.. citer pasal sedekah ni
kan banyak anak-anak yatim minta derma
untuk rumah kebajikan mereka
jual ubat, balm, calender
selalu aku terfikir betul kah?
diorang cakap datang dari kedah
tapi pernah aku ke kedah sekali. tapi xde pun
budak2 macam ni?
aku terfikir.. duit kita sumbangkan itu betul ke
disalurkan pada saluran yang betul?
tapi selalunye aku memang mudah tersentuh tengok budak2 macam ni

muhsync said...

wahai ikanbesh..pada pengamatan aku soal nak bg atau tak tu terpulang pada kehendak hati kita. sebab aku penah dengar satu tazkirah yang mengatakan bahawa kita tidak wajib tahu ke mana sedekah kita tu akan pergi. andai kata diorang ni menipu atau kaki sendikit, ia tidak mengapa kerana ia persoalan hubungan diorang dengan Allah. Kita pula apa yang kita berikan itu, Allah akan tentukan ganjarannya. yang penting dari dalam hati itu wujud suatu keikhlasan =)

ikanbesh said...

urm post kamu ni membuatkan aku baca 2-3kali...
sebab, aku rase ada kebenarannya.. dan penuh berhikmah
sebab nak tunggu kita kaya baru nak bagi sedekah
memang tak sampai ke mana.. sebab makin besar periuk,
makin banyak keraknya...

muhsync said...

mudah mudahan dapat memberi beribu pengertian kepada yang membacanya..amin =)

adinsararizah said...

salam..muhsien
aku pun suka post ni..
menyedarkan aku betapa kita sgt xperlu utk mengharap sesuatu yg xpasti.kalau kita nak berubah,berubah skrg,kalau nak buat kebaikan,buatlah sekarang....sbb masa akan dtg kita xtahu lg mcm mana kita.Buat perkara peringkat demi peringkat...lbh baik rasanya dari berangan utk yg xpasti.

Related Posts with Thumbnails