sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Friday, December 10, 2010
aKu diRisik ..erk
tajuk yang agak geli untuk pagi ni. mana tak nyer, aku ni lelaki bukannyer perempuan. pe kes lak lelaki yang kena risik. tak masuk akal neh. meh dengar citer sebenar..
al-kisah sebenar berlaku setelah 2,3 ari aku lapor diri di kampung halaman. alhamdulillah duduk di kampung ni agak tenang ditambah lagi dengan keadaan air turun dari langit tidak henti-henti 2,3 ari. aktiviti aku d rumah adalah mengadap buah ati tersayang (lenovo s10-3). lagi-lagi bila kat umah ni ada internet connection tanpa sebarang gangguan. so keje aku memang online le.
pada suatu malam, tetiba aku dapat panggilan dari seorang kawan lama. aku pn dengan selamba bergayut lah ngan kawan aku ni selama mungkin. lagi pun dia yang call aku. alaa dia wat call tu pun free jek sebabnya dia keje ngan telekom malaysia. mantop seyhh kawan aku nih. bertambah mantap bila dia ni pun ngah sambung master secara part time gak. dia ni kawan baek aku masa belajar dulu. dia ni rakan aku masa aku aktif dalam persatuan di universiti dlu. kami sama-sama berjuang untuk menaikkan kelab yang dah nak karam itu...
dipendekkan citer, tetiba dia tanya aku pasal kisah lama. terus aku kaku tak terkata apa2. dia tanya aku pasal aku ngan si dia yang dah tinggalkan aku laa. tapi dia memang dah tau pun. maklumlah kawan rapat kan. lepas tu dia tanya lagi dah ada pengganti ker? aku ingatkan soklan bese2 jek dari seorang kawan. rupanya dia nak MERISIK aku untuk adik dia. wah..hahahaha. lagi sekali aku terkedu tak terkata apa-apa. apakah..!! aku tak tahu nak describe camne keadaan aku ketika itu. adeh.. sungguh-sungguh lak dia nak aku kawan ngan adik dia ni. dia suh aku kawan dulu ngan adik dia (seorang doktor Mata hospital kerajaan) setahun or beberapa lama utk saling kenal. pastu kalo ok terus laa masuk minang. hurmm...
isunyer sekarang ni bukannya aku ni memilih pun tapi ... aku tak sudi lagi nak share ngan korang reasonnya..hehe :P
isu ni aku KIV dulu sebabnya aku ngah fokus giler-giler kat kerjaya aku sebagai UTC. dikesempatan ini kalo ada sesapa nak tahu pasal unit trust, bagaimana unit trust leh bantu masa depan korang, atau korang ada masalah ngan unit trust sebelum ni leh laa contact aku. InsyaAllah aku akan cuba bantu sedaya mungkin berdasarkan pengetahuan dan pengalaman aku sebagai UTC. okeyhh..sekian untuk kali ini
ini ada pesanan dari pakcik Napolean Hill
"If you can't do great things, do small things in a great way. Don't wait for great opportunities. Seize common, everyday ones and make them great."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selagi benda nie x jatuh fitnah or benda baik bagi aku "OK" jea..Biarkn masa menentukan....lain la kalau kau mmg x minat...Kes kau nie pernah terjadi jugak la kt aku beberapa kali melalui saluran mak, ayah n aku sendiri....Ayah n mak aku kasi wrning kt aku pastikan kewangan n kerjaya stabil baru bleh proceed [fullstop].....Stakat nie aku follow jea ckap mak n ayah aku...I love you mum dad....
Sein, kalau ko rasa2 tak nak.. aku boley offer diri aku untuk dirisik.. kwang3x..
p/s: x pernah kena risik.. teringin gak nak kena risik...
;)
Post a Comment