i k l a n

Thursday, February 17, 2011

dalam susah ada senang (Kisah hidupku)


Tak tahulah nak cerita bagaimana..satu hari sedang aku bersiap-siap nak balik ke kampung halaman tetiba dapat call dari kawan.

"Sein ko kat mana? sila datang segera ke pejabat Hj.Masnin di bangunan Pusat Pengajian Diploma".

Lantas aku menjawab "Okey".

Terus je aku keluar rumah dan menaiki motor comelku itu merentasi kesibukan jalan raya pekan Parit Raja. Setibanya aku di bilik Hj.Masnin, di dalam tu ada sekali Suzairin dan Mahmod yang telah menelefon aku sebentar tadi. Baru jek duduk di kerusi, Hj Masnin bersuara

"Ko boleh mengajar kursus mekanik pepejal tak?"
"ermm.."
aku bernada kurang pasti tapi terus dipotong oleh Suzairin
"boleh jek"
sambil Suzairin memberi isyarat supaya aku untuk bersetuju sahaja. Aku pun macam dipukau menganggukkan kepala dan bersetuju.

itulah sedikit sebanyak bagaimana kisah aku boleh menjadi pensyarah sambilan. sebenarnya beberapa hari sebelum itu aku telah beristikharah tentang bagaimana dan di mana harus aku teruskan hidupku ini dan jawapan yang ku perolehi adalah "HIJRAH". Pergh..blur jap. nak hijrah ke mana? hijrah balik ke kampung halaman atau hijrah ke tempat lain atau hijrah yang dimaksudkan adalah aku perlu menetap luar dari kampung aku. sebabnya sebelum ini aku ada plan untuk balik ke kampung dan mencari pekerjaan di sana. Alhamdulillah dalam masa beberapa jam sahaja sebelum aku bertolak balik ke kampung aku telah diberi suatu alasan lain untuk tidak pulang ke kampung lagi.

Dipendekkan cerita, aku pun membatalkan hajatku untuk balik kampung dan terus membuat perancangan lain tentang kehidupan ku di sini. Bunyi title "pensyarah sambilan" itu mungkin agak klise tapi cukup mencabar sebabnya kursus yang diberikan kat aku adalah kursus yang agak baru dan mencabar juga. Kursus mekanik pepejal telah diberikan kepada orang lain manakala aku kena mengajar kursus aircond design and vehicle air conditioning. student aku adalah pelajar tahun akhir diploma kejuruteraan mekanikal.

kehidupan aku kemudiannya tidak semudah seperti yang disangka, aku telah mendapat kembali masalah yang cuba aku larikan diri sebelum ini iaitu berkenaan dengan thesis master. Disebabkan kuliah dijalankan di dalam bilik kuliah di makmal automotif menyebabkan aku selalu terserempak dengan penyelia master aku. bayangkan lah setiap kali jumpa dia akan tanya pasal thesis. Tekanan makin memuncak bila pada masa sama aku perlu menyediakan modul pengajaran untuk 2 kursus tersebut beserta dengan bahan-bahan untuk lecture. Aku bernasib baek kerana adanya Mahmod bersama menjadi pensyarah untuk kursus tersebut. Dia banyak backup aku bilamana aku bertungkus lumus menyiapkan thesis master tersebut.

Diam tak diam sampailah dihujung bulan Januari 2011, iaitu 3 minggu selepas aku dilantik dan pada masa inilah aku kena menghantar borang untuk claim bayaran sebagai pensyarah (bayarannya taklah semewah pensyarah tetap). Sekali lagi aku ditimpa masalah bilamana tarikh sepatutnya bayaran dibuat tetapi aku tak dapat duitnya. Pelik..!! claim dah hantar awal tapi duitnya tak masuk. aku semak kembali dengan pihak berkenaan dan mendapati ada masalah yang dilakukan samada sengaja atau tidak sengaja. borang claim aku tidak dihantar oleh pihak tertentu. Masa tu ada gak rasa nak marah, geram dll. tapi masa tu aku cuba juga bersabar dan cuba memaafkan individu tersebut. Sebenarnya dalam planning aku, bila duit claim masuk aku akan blk kampung untuk menjengah orang tua ku sambil berjumpa dengan kawan-kawan termasuk downline business dan dihujung minggunya boleh menghadiri bengkel gerak kerja NGO. Tapi semua tu terpaksalah aku lupakan dek duit claim tak dapat.

Jadi aku pun meneruskan lah rutin harian ku di sini dan tiba-tiba aku terserempak dengan penyelia master aku. Dia bertanya adakah aku berani dan yakin untuk masuk viva. so aku dengan confident jawab "sy berani..!! asalkan sy dapat masuk viva dah cukup bagus". seterusnya penyelia aku tu pun secara lisannya telah memberi green light untuk aku masuk viva secepat mungkin. Esoknya aku terus bersemuka dengan penyelia aku tu untuk sama-sama membuat correction pada thesis aku. ada la dekat 2 jam aku bersamanya. alhamdulillah dah tak banyak yang kena repair. Esoknya pula aku dapat berita yang tiket untuk aku bengkel gerak kerja NGO akan di sponsor. Alhamdulillah dapat gak aku balik kampung.

secara kesimpulannya kisah aku kongsikan di sini adalah ingin memaparkan tentang bagaimana setiap yang susah itu akan ada kesenangan.

pada awalnya aku berniat untuk tidak menghabiskan master aku yang telah menjengah tahun ketiga (had limit untuk pelajar fulltime) dek beberapa masalah yang muncul tetapi hikmah yang datang itu tidak disangka-sangka dan ia datang di saat-saat akhir.

bermula dengan kisah tak jadi balik kampung sebab dpt tawaran jadi pensyarah sambilan, kemudian terpaksa siapkan thesis sebab asyik bertembung dengan sv dan akhir sekali claim tak dapat dan tak dapat balik kampung tetapi dapat berita yang begitu lama aku tunggu iaitu thesis ku bakal di"viva" kan.

semuanya itu aku sambut dengan ucapan "ALHAMDULILLAH"

1 comment:

Anonymous said...

AlhamdulilLah..

Pelan-pelan kayuh.. dalam kesulitan ada kesenangan..

MiL

Related Posts with Thumbnails