i k l a n

Thursday, February 17, 2011

Substratekan hal agama dan dunia



Semalaman aku berfikir tentang apa yang aku nak tulis dalam next entri. Aku kena melatih diri untuk sentiasa menulis sebabnya aku nak otak aku sentiasa kreatif berfikir dan membuahkan hasil-hasil yang memberansangkan dalam mengkritik, menyumbang dan menjadi suatu yang bermanfaat buat semua yang membaca. Satu kelemahan yang ketara adalah dari segi penggunaan bahasa yang kreatif dalam menerangkan sesuatu perkara. Maklumlah orang bahagian kejuruteraan yang dilatih menggunakan dan menyampaikan fakta dengan tepat tanpa perlu menggunakan bahasa kiasan. Aku sebenarnya cukup tertarik sekali dengan gaya bahasa melayu indonesia yang cukup indah dan mulus terutamanya bila aku melihat video atau movie yang melibatkan perjuangan bangsa mereka dan pemuitis-pemuitis yang cuba menyampaikan sesuatu maksud secara tersirat. Serius aku jatuh cinta dengan bahasa mereka namun tidaklah bermaksud aku tidak mencintai bahasa melayu malaysia ini sendiri. Seringkali aku terfikir bagaimana aku ingin menjadikan bahasa melayu malaysia ini pun cukup indah dilontarkan sehingga dapat menempel di hati insan yang mendengarnya. Adakah mungkin bahasa melayu indonesia itu intonasinya lebih lembut berbanding bahasa kita yang agak tegas dengan ejaan dan sebutannya. Contoh yang aku ingat perkataan “berbeZa” dan mereka menyebut “berbeDa”. Bunyinya agak lembut berbanding sebutan bahasa kita. Namun yang aku tidak hairan semua itu sebab kita ini satu rumpun satu ketika dahulu yang cuma sekarang ini dibedakan oleh garisan sempadan yang tak pernah nampak dek mata kasar yang melihatnya.

Tinggalkan dahulu soal bahasa yang semakin hari semakin rosak dek pencemaran pemakainya dan salah faham penggunaan bahasa sebagai medium mengejar arus kemodenan. Bahasa itukan salah satu cara medium komunikasi sahaja. Yang penting adalah bagaimana setiap orang dapat memahami apa yang ingin disampaikan. Jangan korang tak tahu, matematik (angka) juga merupakan suatu bahasa untuk orang-orang kejuruteraan selain dari lukisan-lukisan ringkas yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara.

Kembali kepada tajuk aku hari ini yang ingin sekali mengkritik bagaimana orang-orang kita hari ini mudah tertipu dengan fatamorgana dunia. Fatamorgana suatu ilusi yang sebenarnya tak wujud tapi nampak macam wujud (pelikkan..?). Tapi itulah dunia. Kita sering dipersembahkan dengan keindahan kehidupan di dunia ini sehinggakan kita sering terlupa tujuan kehidupan kita di dunia ini. Perkara ini telah diparahkan lagi dengan datangnya suatu idealogi hal dunia dan akhirat itu berbeda dan tak boleh disatukan. Sedangkan bagi ISLAM itu sendiri merangkupi seluruh hal-hal kehidupan dunia yang natijahnya untuk tujuan akhirat semata-mata. Usahlah kita eksklusifkan kehidupan dunia ini semata-mata. Seharusnya kita substrate kan kehidupan itu dengan hal-hal agama. Jika ini berjaya kita cantumkan maka damailah hidup kita ini tanpa perlu mengejar dunia lagi.

Rata-rata kehidupan hari ini begitu menghimpit dan menekan sekali. Setiap orang berlumba-lumba untuk menjadi kaya. Pendapatan seorang suami sudah tidak mencukupi lagi dan perlu bantuan si isteri untuk turut sama menyumbang tenaga bekerja di luar bagi tujuan kehidupan. Keadaan yang lagi kritikal hari ini bilamana walaupun suami dan isteri bekerja tapi masih belum mencukupi dan perlu membuat kerja tambahan lain (side income) pada masa yang sama. Kenapa ia berlaku? Kita boleh bertanya hal ini kepada kawan-kawan kita yang diluar sana.

Pandangan aku dalam hal ini berkaitan dengan bagaimana sesorang itu melihat tujuan kehidupan mereka di dunia ini. Kebanyakkan kalangan kita hari ini (temasuk aku) melihat kepada pencapaian dunia semata-mata. Antaranya yang selalu bermain di minda adalah bagaimana orang lain melihat kita, ingin mencapai seperti orang lain capai, nakkan pencapaian yang lagi hebat dari orang lain dan secara keseluruhannya kita membuat sesuatu itu kerana kita nak orang lihat kita. Kenapa kita tidak melihat dari sudut pandangan kita sendiri sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang khalifah di atas muka bumi yang penuh dengan tanggungjawab dan yang paling penting dan wajib kita pertimbangkan adalah bagaimanakah pandangan di sisi Allah swt. Pendapatan yang tinggi, jawatan dan juga kekayaan itukan suatu anugerah dari Allah swt. Tapi nanti ada pula yang salah sangka, “kalau begitu kita berusaha biasa-biasa sudahlah, nasib kita ditentukan oleh Allah, kita Cuma perlu tunggu sahaja” kata orang yang salah sangka. Tidak begitu tuan, Allah menyuruh kita berusaha dan hasilnya Allah akan berikan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mengubahnya. Maksud mengubah disitu adalah usaha. Bagi mendapat suatu keberhasilan perlulah kita berusaha. Kalau ikut istilah kejuruteraan sesuatu itu akan berubah jika ada kerja dikenakan atau dilakukan.

penulisan ini belum abis..tp dek kerana kekangan masa dan urusan lain terpaksa post yg ini terlebih dahulu.

p/s: kalau dibandingkan bumi ngan matahari maka bumi ini mungkin sekecil bola. kalolah bumi sudah sekecil bola bagaimana pula saiz kita sebagai manusia yang hidup di dalam bumi. apakah mungkin sebesar semut? jadi apakah kita masih nak berlagak sombong hidup di atas bumi Allah yang Maha Besar ini

No comments:

Related Posts with Thumbnails