sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Sunday, February 27, 2011
puasa TV
NIAT PUASA TV:
Sesungguhnya aku berpuasa TV 24/7 dengan menjauhi perkara-perkara yang dilarang kerana Allah swt
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG:
1. melihat rancangan-rancangan tv berbentuk hiburan semata-mata tanpa ada motif untuk kebaikan
2. melihat berita-berita yang berbentuk menyebelahi sebelah pihak dan menonjolkan keburukan pihak lagi satu
3. melihat rancangan tv yang kononnya berilmiah tetapi pada masa yang sama menonjolkan bentuk tubuh badan pengacara wanita yang kononnya berimej islamik
4. melihat iklan-iklan pelangsingan badan yang diselitkan dicelah-celah rancangan ilmiah
5. melihat cerita kartun yang kononnya untuk anak-anak tapi telah diselitkan dengan watak-watak kartun yang berpakaian tidak sopan dan bakal mempengaruhi minda dan jiwa anak-anak
6. melihat drama bertema kemasyarakatan yang kononnya untuk tujuan pengajaran namun hakikat sebenar jauh tersesat mengheret masyarakat untuk turut membuat perkara yang sama
7. melihat rancangan yang memaparkan kejatuhan akhlak artis-artis iaitu suatu golongan yang majoritinya berbangsa melayu dan pada kad pengenalannya beragama islam itu kononnya bekerja mencari rezeki yang halal, mahu mempamerkan bakat seni masing-masing dan memberi hiburan berkesan kepada penonton sedangkan pada masa yang sama kita yang menonton ini tidak pernah menegur tentang kesilapan mereka itu malah boleh dikatakan kita telah terbabit sama menyokong mereka secara tidak langsung.
PERKARA-PERKARA YANG DIHARUSKAN:
Melihat rancangan ilmiah seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Usrah, Al-Kuliyyah, Forum Perdana Ehwal Islam, Halaqah, Al-quran dan Adik-adik, Akademi Al-Quran (eh semuanya kat tv9 jek..tv alhijrah tak dapat channel lg)
**tengok rancangan yang disebut di atas dah cukup bagus tapi pada masa terselit juga iklan-iklan yang mempamerkan bentuk tubuh model-model iklan (apa nak buat, model tu mahu bekerja untuk cari rezeki yang halal)
HIKMAH PUASA TV:
1. Tiada kerugian sedikit pun untuk setiap orang malah memberi manfaat kerana jiwa dan pemikiran kita tidak dipengaruhi langsung oleh dakyah hasutan syaitan
2. Memenuhi syariat untuk kita mendengar perkara yang betul dan benar sahaja, melihat perkara yang baik-baik dan menundukkan pandangan bila terpandang perkara yang mungkar
3. Info tentang dunia tidak akan tertinggal sebabnya kita mempunyai alternatif lain seperti surat khabar dan internet (kita boleh memilih melihat apa yang kita nak sahaja dan kita boleh menolak apa yang kita tak nak)
4. TV merupakan suatu alat hipnosis yang paling hebat dan merupakan suatu alat propaganda bagi suatu pihak berkepentingan, dengan membuat keputusan untuk membuat pilihan sendiri kita dapat menghindarkan diri dari terjerumus dalam dakyah propaganda pihak tertentu dan yang paling mustahak jiwa dan pimikiran kita tidak akan lagi “dipukau”
5. Dapat menjaga iman dan islam untuk diri dan keturunan sebab iman dan islam itu merupakan anugerah atau hadiah yang cukup berharga dari Allah buat diri yang bergelar hamba Allah
6. Menjimatkan bil elektrik
7. Memberi masa yang lebih untuk kita melaksanakan perkara yang lebih bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan di akhirat
8. Tak payah nak gaduh lagi untuk berebut channel kegemaran masing-masing :P
PLAN OF ACTION
Mesti korang yang selalu berdampingan dengan tv merasakan ia suatu perkara yang mustahil. Suatu ketika aku pun begitu juga, tapi setakat hari ini (hari aku menulis) telah 2 minggu aku berpuasa tv. Alhamdulillah rasanya aku tidak ketinggalan apa-apa informasi malah merasakan diri lebih tenang dan bebas. Aku hanya melihat perkara-perkara yang harus sahaja (seperti yang disebutkan di atas). Bila kita meninggalkan sesuatu tabiat maka kita harus menggantikan dengan habit yang lain bagi mengelakkan kita terbuat kembali habit yang lama itu. Bagi aku, lebih banyak menghabiskan masa yang ada itu dengan membaca buku-buku yang cukup banyak tersusun di rak buku yang rasanya ada 2,3 buah yang belum sempat ku habiskan bacaan.
Bagi yang ada anak pula, janganlah dijadikan sebagai alasan untuk meninggalkan anak bersama dengan tv. Adakah kita mahu jiwa dan pemikiran anak kita rosak dan jauh dari akidah islam? Bila jiwa dan pemikiran rosak maka akan mengakibatkan lahiriah dan juga perlakuan anak itu turut rosak. Walaupun kartun itu kononnya untuk kanak-kanak, tapi lihatlah kembali siapa yang membuat kartun-kartun tersebut? Adakah ia dari budaya, adat dan agama kita? Sudah tentu majoritinya ia bersumber dari luar negara yang langsung tidak sama dari segi budaya, adat dan agama kita. Jadi tidak hairanlah kalo ada anak gadis belasan tahun masih lagi berpakaian seperti barbie..!!! ingatlah juga, anak-anak itu seperti kain putih. Kalo kita mencoraknya dengan imej-imej kartun di tv maka kesudahannya juga akan begitu. Maka sudahkah kita bersedia untuk menanggungnya di akhirat kelak?? Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita diamanahkan.
Bagi yang masih single mingle dan muda remaja seperti aku, inilah masanya untuk kita mula mencorak nasab keturunan kita. Ia bukanlah terlalu awal untuk kita mula memikirkannya malah agak terlewat untuk yang masih belum memikirkan tentang keturunan masing-masing. Mengambil iktibar dari kisah kejayaan sultan muhammad al-fateh (dialah sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera). Kisah usaha kejayaan beliau bukannya bermula dari saat kelahiran tapi bermula dari zaman datuknya lagi kemudian diteruskan oleh ayahandanya dan beliaulah hasil terbaik yang dapat melaksanakan misi yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah saw 800 tahun (kalo tidak silap) sebelum kejayaan sebenar sultan muhammad al-fateh menawan kota konstantinopel.
p/s: bebaskan kehidupan dari segala kokongan. seSape yang cakap semua perkara di atas ni tak betul / tak dapat nak tinggal tv maka itu sudah cukup untuk membuktikan diri orang tersebut telah terkena hipnosis tv (pukau) yang mana frontel lobe dalam kepalanya telah rosak secara tidak sedar :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alasan yang paling utama untuk ini adalah memanaskan mengungkapkan dari ra sensitif , bumi , terjadinya juga dapat digunakan front atmosfer dan banyak lagi .
Post a Comment