sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Tuesday, March 22, 2011
dunia Training
memasuki dunia training dah lama, sejak zaman belajar degree. masa tu terlibat aktif dengan persatuan yang memang kerja wat kursus motivasi. sampai satu tahap daripada wat kursus motivasi dah bertukar kepada wat kursus induksi dan organisasi seterusnya bertukar lagi kepada melatih orang lain untuk menjadi trainer dan sekarang ini aku melatih orang membuat perancangan tentang kehidupan masa depan. wow..bunyinyer cam hebat je. tapi hakikat sebenar Allah sahaja yang tahu.
persoalannya siapa yang iktiraf aku sebagai trainer? jawapannya tiada siapa-siapa. apa yang aku buat adalah hasil pembelajaran aku melalui buku, kursus dan pengalaman sendiri yang mengajar banyak perkara tentang sesuatu. sebenarnya aku boleh masuk bidang ni sebab kelebihan aku yang dapat menjangka dan merencana sesuatu dari awal. bagi aku itu suatu anugerah yang aku ucapkan ALHAMDULILLAH. selain itu apa yang aku buat adalah berteraskan MINAT. ye..aku memang minat dalam bidang pengucapan awam, aku memang suka share apa yang aku ada, aku suka dan minat kerja-kerja kemasyarakatan. jadi semua tu memang terangkum dalam bidang yang aku ceburi ni iaitu dunia trainer.
tapi aku ada jumpa orang yang langsung tak percaya kepada pakar motivasi. Aku cakap kat dia, memang lah tiada siapa yang hebat dan bagus sangat untuk mengubah orang lain. tapi kita kena ingat, perubahan yang berlaku pada orang lain itu adalah suatu hidayah dari Allah. lagi pun apa guna Allah suruh kita melakukan kebaikan jika kita tidak boleh memberi sedikit kebaikan untuk orang lain. so perkara tu ter"hang" kat situ jek. takpelah..orang tu hanya percaya pada tok-tok guru dan para ustaz yang memang alim ulama.
ada lagi satu cerita tentang dunia trainer ni, suatu ketika tu aku ngan partner company aku menghadiri suatu program yang dijalankan oleh sekumpulan pertubuhan. pertubuhan itu merupakan belia dan mereka-mereka yang menjalankan aktiviti itu merupakan mereka yang bertaraf adik-adik kami. nak dijadikan cerita, kawan aku ni menegur ketua fasi program tersebut tentang beberapa perkara. tetiba si budak tu cerita yang dia ni merupakan trainer untuk jabatan bla..bla..bla... (maksudnya nak bagitau yang dia ni seorang yang dah cukup hebat sebabnya banyak jabatan kerajaan yang jemput dia jadi trainer). kami tergelak lah bila dengar reaksi budak tu. xpelah budak-budak. biarkan jek. bagi kami kalo ko dah cukup hebat sangat ko bukan setakat dijemput tapi ko sendiri yang handle kursus ataupun ko tukang buat kursus tu. baru la ko tu hebat. adoiiii....
satu benda yang aku belajar dalam dunia trainer ni. pembelajaran yang berterusan (mungkin sampai mati selagi berada dalam dunia ini) dan kena sanggup belajar dengan orang yang mungkin lagi muda dari kita. keduanya janganlah berlagak nak tunjuk hebat sebab kita tak tahu orang yang kita hadapi tu mungkin lagi hebat dari kita dan mungkin ada yang sedang mengutuk kita. ketiga, kalo nak jadi hebat sangat maka dekatkan lah diri tu dengan YANG MAHA HEBAT
p/s: aku batuk sekarang ni, so takleh nak bg talk yang hebat-hebat...kih3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment