.: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk :.
:: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang ::
>>Hari ini aku tidak lagi berada di kampung..(huk..huk..huk..sad mood..)
Perjalanan dari kota bharu ke batu pahat
mengambil masa lebih kurang 12 jam. Sakit pinggang seyyhh. Badan pun agak penat
sebenarnya. Tapi demi sebuah perjuangan yang belum lagi selesai dan juga demi
mencari rezeki untuk menyuap nasi di mulut sendiri terpaksa jua ku langkah kan
kaki ini meninggalkan segala kesenangan yang ada di kampung.
Perjalanan aku menggunakan kemudahan awam
yakni sebuah bas transnasional. Tak tahulah kenapa bas laluan aku ni memang
agak usang berbanding bas-bas express laluan lain. Tapi kita kena belajar
konsep bersyukur. Yang lagi aku syukur sebabnya dengan menaiki bas ini, aku
dapat turun terus di depan taman perumahan. Jadi tak perlulah aku ambil
kenderaan awam lain lagi. Alhamdulillah hari ini aku sampai agak awal iaitu
lebih kurang jam 6.30pagi.
>>Cerita dalam perjalanan
Naik di kota bharu jam 7 malam. Waktu tu
masih belum masuk waktu maghrib. Dah sah-sah lah aku akan menggunakan kelebihan
sebagai orang yang bermusafir. Aku perlu jamak ta’khir sebabnya bas berhenti
rehat agak lama sikit di suatu kawasan rehat bas lebih kurang jam 2 pagi. Di
situ aku dapat tengoklah penumpang yang turun untuk solat dan makan.
Alhamdulillah driver bas yang kami naik tu pun solat jugak. Cuma yang harunyer
ada satu keluarga ni (mak, ayah, abg besar, kakak besar, adik-adik kecik)
semuanya pergi makan. Yup pergi makan saja. Diorang ni naik bas sama-sama
dengan aku di Kota Bharu. Anggapan baek aku diorang ni solat atas bas kot
(walaupun ada keraguan untuk aku di situ)
Perjalanan bas tu alhamdulillah agak
selamat walaupun kekadang terasa bas terhoyong hayang sebab dipandu terlalu
laju. Aku antara tido, terlelap, terjaga, mamai, mengigau sepanjang perjalanan
tu. Akhirnya tibalah waktu 6 pagi. Dah hampir sampai ke destinasi aku. Bas
berhenti disebuah masjid dipertengahan jalan untuk SOLAT SUBUH. Penumpang dah
tak ramai sebab sebahagiannya telah turun dipertengahan perjalanan. Tapi yang
sedihnya yang turun solat hanya 4 orang (aku, dua orang anak muda dan driver
bas). Sebenarnya ramai jugak kaum lelaki atas bas tu. Uzurkah diorang ni. Aku
andaikan kaum hawa yang tinggal tu semuanya dalam keadaan uzur syarie. Untuk
kaum lelaki yang tak pergi solat subuh tu, kalo diorang tertido ataupun tak
sedar bas berhenti untuk solat boleh lah diterima lagi TAPI diorang siap bangun
dan turun bas untuk menghisap ROKOK di tepi masjid..!!!
Sudah tiada perasaan malu lagi..!! alasan
apa lagi untuk diorang tak pergi solat sedangkan waktu itu sudah ada kemudahan
untuk diorang bersolat. Dengan Allah diorang tak malu dengan manusia pun tak
malu juga. Apa yang pasti yang tak turun solat ni bukan student uthm. Anak muda
yang turun solat bersama aku tu student uthm. Agak-agak apa kesimpulan korang.
Lagi satu berkenaan driver bas pun susah juga nak jumpa driver yang menjaga
solatnyer. Ada sesetengahnya berhenti solat sebab ada penumpang yang minta
untuk berhenti solat. Alhamdulillah driver bas aku malam tadi yang jenis jaga
solat. Thank pakcik driver sebab bawa aku sampai ke destinasi dengan selamat
(selamat dunia dan akhirat). Aku doakan moga pakcik driver tadi diperkayakan
dengan rezeki yang halal dan dipermudahkan mendapat rezeki yang halal,
anak-anak serta keturunan yang soleh dan solehah, moga pakcik driver mendapat kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat. Amin
>>Perjalanan kita selepas ini masih
lagi panjang
1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia
Bersusah-susah di dunia, bersenang lenang
di akhirat sana
No comments:
Post a Comment