i k l a n

Tuesday, March 6, 2012

Motivasi tahap tinggi


Motivasi tahap tinggi

Entri yang didedikasikan khas untuk seorang bro,



Dia seorang kawan. Berumur 30 tahun. Menamatkan ijazah dalam tempoh 7 tahun (kebiasaannya tamat dalam tempoh 4-5 tahun sahaja). Memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat master sebanyak 3 kali dan gagal. Bekerja sebagai engineer di syarikat konsultan mekanikal dan elektrikal. Berstatus sebagai site engineer untuk projek construction. Telah berkahwin dan mempunyai seorang puteri yang comel.

Aku sangat respect dengan semangat dia untuk sambung belajar ke peringkat master. Yang lagi respect dia nak sambung master by research..!! hanya orang yang pernah sambung master by research saja yang tahu bagaimana mencabarnya kursus ini (aku lah tu..!!). Sanggup berulang alik dari KL ke Batu Pahat kemudian sekarang ni dari Johor Bahru ke Batu Pahat di hujung minggu untuk menguruskan usaha menyambung pelajaran ke peringkat master.

29 feb 2012. Tarikh yang hanya hadir setiap 4 tahun sekali. Tarikh tersebut merupakan tarikh dia mendaftarkan diri sebagai pelajar master by research secara separuh masa di UTHM.

Tahniah bro..aku respect giler. Segala usaha bro sebelum ni telah membuahkan hasil. Akhirnya bro berjaya jugak menjadi pelajar master by research. So selepas ni bro kena fokus untuk habiskan research tersebut dengan jayanya. Walaupun sebelum ni bro pernah di hina, pernah diperlekehkan dan tak kurang yang tak yakin dengan usaha bro tapi bro telah buktikan sesuatu.

Memang bro ada motivasi tahap tertinggi..!!

Yang respect, suspect dan merepek,
Muhsync 

No comments:

Related Posts with Thumbnails