Dalam kehidupan ini memang jenuh dengan
jutaan alasan. Sebab itu adanya pepatah “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Bagi yang rasa dirinya nak berubah dan nak
majukan diri ke depan lebih dari sekarang, maka adalah dinasihatkan untuk kita
mula berubah. Antara perkara yang perlu diubah sekarang ini adalah cuba
mengurangkan alasan terhadap diri.
Cuba sekarang ini kita sama-sama fikir
apakah alasan-alasan yang sentiasa kita berikan bilamana kita nak bertindak
untuk majukan diri. Cuba fikirkan dalam keadaan tenang. Senaraikan semua alasan
tersebut sebanyak mungkin tanpa prejudis dan beralasan lagi. Jujurlah dengan
diri kita untuk memajukan diri ke satu tahap yang lebih dari sekarang ini.
Setelah siap disenaraikan, cubalah baca
setiap alasan tersebut dan mulai saat itu letakkan satu azam dan tekad di dalam
diri untuk tidak lagi menggunakan alasan-alasan tersebut. tindakan selanjutnya
adalah kira alasan yang disenaraikan. Berdasarkan alasan tersebut, ambil
seketul batu yang bersaiz sederhana mewakili satu alasan. Jika ada sepuluh
alasan maka anda perlu ada sepuluh batu.
Batu-batu tersebut hendaklah dibawa ke
mana saja anda pergi. Segala aktiviti dari pagi sampai malam dan sehingga tidur
pun perlu dibawa bersama. Ya..!! ia memang menyusahkan dan menyerabutkan. Tapi
bagaimana kita masih boleh bertahan dengan alasan-alasan yang pelbagai itu
sedangkan ia sangat menyusahkan dan menyerabutkan sama seperti anda perlu
membawa batu-batu itu ke sana ke mari.
Jadi adakah kita suka menyimpan segala
alasan tersebut atau mahu membuangnya? Saya yakin dan percaya kita semua mahu
berubah dan mahu membuang alasan-alasan yang tidak sihat itu. Apa yang perlu
dilakukan adalah tulis semula alasan-alasan tadi di atas sebuah papan lapis
yang nipis. Setelah itu dengan tekad untuk berubah dan tidak mahu lagi
batu-batu alasan itu menghantui diri kita, maka satu tekad yang kuat dan
semangat baru, karate papan lapis tersebut sehingga patah.
Tahniah...kita telah mulakan suatu langkah
baru dalam hidup. Gantikan alasan-alasan yang menyusahkan dan menyerabutkan
tadi dengan alasan yang lebih sihat. Sebagai contoh boleh rujuk di bawah:
Tak minat -> aku harus cari minat baru.
aku akan jadi kaya dengan buat kerja yang aku minat
Tak pandai -> aku harus belajar dan aku
akan jadi pandai dan boleh mengajar orang lain pula
Banyak kerja -> aku kerja kerana aku
pilih untuk kerja bukan sebab aku harus untuk bekerja
Takde duit -> aku harus jadi kaya kerana
aku boleh menambah nilai untuk orang lain juga
Jadi alasan mana yang kita set dalam minda
kita, begitulah yang kita lafazkan kemudian begitulah juga kita akan bertindak.
coretan ini hasil dari pengalaman menjalani kursus berkaitan hukum law of attraction
No comments:
Post a Comment