i k l a n

Wednesday, May 2, 2012

PTPTN, AUKU, ISA, BERSIH, lynas


Dah lama nak tulis entri pasal benda alah nih. Tapi asyik tersangkut dek halangan perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu. isu ini cukup lama jadi bahan perdebatan hinggalah ia menjadi bahan untuk kepentingan parti politik pulak.

Tapi semua benda ni tak akan jadi perhatian pihak bertanggungjawab pun jika tidak dimainkan oleh golongan parti pembangkang. Kalo setakat rakyat marhaen bercakap umpama cerita kedai kopi jek. Kembali kepada 3 perkara di atas tu... ketiga-tiga isu itu adalah melibatkan sistem yang boleh sahaja diubah mengikut keperluan semasa bersama dasar penambahbaikkan. Cukup mudah bukan. Tapi kenyataan nya hari ini isu ini telah menjadi isu yang memeningkan kepala. Umpama susah sangat perkara yang diminta oleh rakyat.

Bila difikirkan kembali, memang ada nampak isu melindungi kepentingan oleh segolongan mereka yang merasa tergugat. Jadi mulalah segala fakta diputarbelitkan. Tapi rakyat tidaklah bodoh dan rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi. Jika dilihat sekali lagi ketiga-tiga isu adalah sistem yang boleh diubah. Tapi kenapa susah sangat untuk diubah. Tapi kenapa isu hukum hudud seumpamanya telah dipermainkan oleh mereka sedangkan hukum hudud itu adalah hukum yang tidak boleh diubah apatah lagi diperendahkan pelaksanaannya..!!

PTPTN: hapuskanlah caj perkhidmatan. Jadikanlah sistem pinjaman berlandaskan islam. Selaras dengan logo ptptn yang bertulisan jawi. Jadikanlah pinjaman yang membantu anak bangsa untuk mendapat ilmu yang diberkati bukannya disertai dengan riba lagi.

AUKU: undang-undang itu perlu, tapi haruslah selari dengan tuntutan semasa. Namun janganlah pula kamu yang menidakkan undang-undang yang kononnya kamu dokong. Mahasiswa tak boleh berpolitik tapi kamu juga yang bawa golongan politik masuk ke kampus..!! apakah ini dikatakan suatu yang adil untuk semua. Bagilah ruang untuk mahasiswa mencuba, itulah golongan muda yang sentiasa mahu mencuba dan beridealogi. Jika tidak jangan dinamakan orang muda lagi. Lebih baek semuanya jadi situa bangka.

ISA: aku nampak ada ruang toleransi bilamana ia dimansuhkan dan dikaji semula. Tapi rupanya ia sandiwara semata. Rupanya penjenamaan baru untuk mengalih isu supaya nama ISA itu sendiri tidak boleh dijadikan isu lagi selepas ini.

BERSIH: aku secara jujurnya tak sokong demonstrasi di jalanan tapi aku menyokong segala tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH. Kita mahukan suatu akses dan penyampaian maklumat yang adil untuk rakyat. Bukannya monopoli oleh satu pihak seperti yang berlaku skrg ini. Bagi aku mudah saja, umpama kita makan tiap-tiap hari lauk yang sama. Lama-lama muak jugak kan. Lagipun permintaan bersih itu bukanlah perkara yang susah sangat untuk dilaksanakan. Semuanya melibatkan sistem yang kita sendiri buat. Namun hari ini kita sendiri yang rumitkan.

Lynas: isu yang antara auta atau fakta. Satu ia survival masyarakat dan alam sekitar. Satu lagi ia jadi bahan kepentingan parti politik. Namun bagi aku mudah sahaja. Mencegah itu lebih baek dari merawat. Umpama teknologi nuklear. Teknologi itu memang hebat dan boleh memberi manfaat. Tapi akibat yang terpaksa ditanggung jika berlaku kejadian yang tidak diingini itu bukanlah sedikit. Jadi kenapa perlu untuk kita yang sememangnya terhindar dari bahaya gempa bumi dan gunung berapi tapi gatal tangan mencari musibah lain. Lynas itu sendiri ditolak oleh rakyat negara asal mereka. Kita pulak boleh jadi umpama “kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”

Sekali lagi aku bukanlah penyokong mana-mana parti politik. Segala pandangan aku hasil pembacaan maklumat dari kedua-dua belah pihak. Bagi aku keadilan itu terletak pada kebenaran. Dan cahaya kebenaran itu tak akan pernah padam jika ditimbus 6 hasta ke dalam tanah sekalipun. kalo benda buruk sekalipun ia memang tak dapat disembunyikan jugak. Bak bangkai, disembunyi dan ditimbus macamana sekali pun tetap akan ada baunya.

“..berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan KESABARAN”

1 comment:

ikanbesh said...

Salam Lana xbaca blog ilmiah ko ni (#tangankedadamatakeatas)
Aku setuju dgn apa yg ko tulis ni. Tu je
Tapi pikir kan balik kan kat mana saluran rakyat utk menyuarakan isi hati n pendapat. Bila kita bersuara dikatakan pembangkang. Entahla...
Masing2 ade kesilapan. Manusia kan...

Related Posts with Thumbnails