i k l a n

Sunday, January 6, 2013

persediaan awal

hari ini aku nak bagi post pendek je. Aku terjumpa satu diagram menarik untuk membesarkan anak sedari awal kelahiran hinggalah dia membesar. Aku jumpa kat fb ustaz Dr Zahazan. saja nak share dengan kalian. Aku pun perlu jugak benda ni. Semoga dapat manfaat

Klik pada imej untuk lebih besar dan jelas

Saturday, January 5, 2013

perempuan tak leh baca peta & lelaki minat bola sepak

Adoiii...sejak nikah ni asyik post pasal nikah kawen je. okey kali ini ubah topik santai sikit. Kali ini entri yang aku ubah suai dari satu artikel dari majalah Anis bil.180. Namun begitu artikel ini ada kaitan jugaklah dengan alam perkahwinan. Moga ia jadi panduan buat semua.


Aku sebenarnya sangat tertarik dengan tajuk artikel dalam majalah tu masa membeleknya di rumah akak. Terus aku baca. Apa yang menarik minat aku untuk membaca tentang artikel ini adalah sebab aku pernah mengalami kejadian berkenaan tengok peta ni dengan isteri. Masa tu kami gunakan peta yang ada dalam navigasi telefon kami. Namun agak kesian dengan isteri yang agak stress melihat peta yang dipaparkan dan menjadi pemandu arah untuk aku yang jadi driver. Sehinggalah aku terjumpa artikel ni barulah aku sedar tentang hakikat sebenar keupayaan seorang wanita.

Kebanyakkan wanita memang tidak dapat membaca peta dengan sempurna kerana mereka tidak dibekalkan  keupayaan mengagak (spatial ability) oleh Allah di dalam otak mereka. Ini adalah hakikat ataupun realiti utama yang perlu kita faham dan terima terutamanya untuk seorang lelaki bagi memahami jiwa isteri atau wanita.

Kajian oleh Prof. Camilia Benbow daripada Lowa State University (1983) terhadap lebih sejuta anak-anak lelaki dan perempuan mendapati bahawa anak perempuan pada umur empat tahun boleh melihat rajah 2 dimensi tetapi anak lelaki lebih mampu melihat rajah 3 dimensi. Ini bermakna jika anak lelaki di bawa ke satu tempat dan ditinggalkan sendirian, dia masih boleh kembali ke tempat asal, sebaliknya untuk anak perempuan akan tersesat.

Ia juga jelas bila kita lihat dari sudut minat wanita itu sendiri yang kurang berminat  melakukan aktiviti yang melibatkan jarak, kelajuan dan lokasi tertentu. Bagi lelaki ia sangat penting. Itulah hikmahnya Rasulullah SAW sendiri menyuruh untuk anak lelaki dilatih memanah. Ia bagi memantapkan skill mengagak selain meningkatkan daya tumpuan mereka. Satu kesilapan yang harus dielakkan untuk anak lelaki dibiarkan menghabiskan masa di depan komputer bermain game kerana ia permainan yang hanya melibatkan pergerakan jari dan tangan sahaja.

Selain itu, orang lelaki juga amat teruja dan puas dengan melihat lelaki lain melakukan keupayaan mengagak dengan tepat pada sasaran dan masanya. Tidak hairanlah memang ramai lelaki yang minat melihat permainan bola sepak walaupun hakikatnya mereka pun tidak bermain bola sepak. Aktiviti dalam sukan bola sepak seperti mengelecek, mengumpan, strategi menghantar bola dan menyumbat gol dengan gaya dan kelincahan adalah sangat mengujakan untuk lelaki lain. Kepuasannya itulah yang menyebabkan hormon testosteron meningkat dan secara tidak langsung menghilangkan stress harian yang dihadapi. Tapi awas jika tewas atau permainan yang kurang memberangsangkan boleh menyebabkan sebaliknya.

Sedikit tips untuk seorang lelaki yang gantleman:
1) isteri memang sukar untuk buat "side parking". Seboleh mungkin andalah yang tolong parkingkan kereta untuk mereka.
2) jika perlu guna peta, bacalah dan fahamilah peta tersebut sebelum memulakan perjalanan dan jangan sesekali mengharapkan bantuan isteri untuk menjadi penunjuk arah kita dalam perjalanan. Jika perlu hanya minta isteri untuk sahkan landmark atau papan tanda yang ada sahaja
3) kalau isteri perlukan peta, cubalah carikan peta 3 diemensi yang lebih jelas kelihatan bentuk muka buminya dari udara.
4) jika isteri perlu bersendirian ke sesuatu tempat yang baru, galakkan untuk mereka menggunakan teksi atau ada orang lain yang boleh menjadi pemandunya atau boleh juga isteri memandu kereta sendiri tapi dengan mengekori kereta lain yang telah biasa di kawasan itu.
5) jika ada panggilan telefon meminta isteri atau mana-mana wanita untuk menunjukkan jalan, eloklah tawarkan diri membantu orang itu daripada membiarkan isteri terseksa menerangkan arah tuju. kemungkinan besar boleh menyebabkan orang itu bertambah sesat.

Tips penting untuk para isteri:
1) jika suami memandu dan tersesat jalan, jangan sibuk-sibuk nak minta bantuan orang lain (melaikan diminta oleh suami). Apa yang isteri boleh lakukan adalah diam atau katakan padanya "susahkan nak cari rumahnya"
2) jika suami mahu menonton bola, biarkan dia dengan aktiviti tersebut. bagilah peluang untuk dia mendapat kepuasan dan melepaskan stressnya. seboleh mungkin jangan menghalang suami dengan aktiviti anda yang lain. Isteri kenalah bersedia untuk mewujudkan aktiviti lain untuk dirinya semasa suami menonton bola.

Tips untuk suami dan isteri:
Hanya kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing  sahajalah yang dapat mengekalkan kebahagiaan suami dan isteri.

hakikat dari sebaris lafaz

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang


Agak sudah lama tidak menulis. Entri untuk kronologi pernikahan tu pun agak lama ambil masa untuk disiapkan lantaran beberapa urusan segera yang perlu dilangsaikan. Hari ini aku cuba rungkaikan beberapa persoalan dari rakan-rakan tentang hakikat sebenar yang kami perlu tempuhi dalam membina sebuah ikatan yang sah.

"Waahhhh mudahnya"
inilah reaksi rakan, kenalan dan sahabat handai bila mendengar bagaimana kami bernikah. Sekali dengar memanglah mudah, realiti yang kami lalui tidaklah semudah kami bercerita. Maklumlah bila bercerita ni biasanya tidak semua bahagian dimasukkan. Bak kata isteri semasa dalam proses seminggu mengurus pernikahan kami "memang kita nak permudahkan, tapi yang mudah tu tidaklah semudah seperti sangkaan kita". Namun kami sangat bersyukur, segalanya tetap mudah sebenarnya atas rahmat dan kasih sayang Allah.

Bila dibuat fact finding balik,
Kami berkenalan dengan memohon restu dan petunjuk dari Allah. Yakni melalui istikharah. 
Kemudian kami juga meminta restu dan pendapat kaum keluarga terutamanya IBU dan AYAH. 
Setelah mendapat restu keluarga, barulah kami berhubung. Itu pun atas dasar untuk berbincang tentang perancangan dan membuat penetapan bersama. (Boleh rujuk semula entri Kronologi perkahwinan)

Alhamdulillah, dengan restu dan petunjuk Allah serta restu dan pendapat Keluarga segala urusan kami menjadi lebih mudah. 

Sebenarnya entri ini ditulis bilamana kami (Aku dan Isteri) kerap kali menjadi bahan rujuk dari adik-adik yang memohon pendapat tentang masalah masing-masing tentang nikah kawen. Terutamanya masalah keluarga tak restu.

Persoalan yang biasa aku ungkit kembali adalah, adakah kalian mendapat restu Allah sebelum membuat keputusan untuk menjalin hubungan? Kalian membuat keputusan sendiri untuk menjalin hubungan tanpa meminta restu (petunjuk) Allah dan tanpa juga restu Ibu Ayah dan kalian nak menyalahkan Ibu Ayah yang tidak memberi restu setelah hubungan itu berlarutan lama?

Aku melihat kepada kesilapan kita dalam memilih konsep hidup adalah punca utama. Ramai orang tahu tentang halal haram hukum agama tapi tak ramai yang rasa peri penting untuk diikut dan dipatuhi. Aku teringat kata-kata tegas Naqib usrah kami kepada salah seorang ahli usrah kami yang terlibat dalam cinta sebelum nikah, katanya "Syeikh, enta balik lepas ni enta bincang dengan girlfriend enta bila nak nikah secepat mungkin. Kalo lambat lagi enta kena putuskan dulu hubungan cinta enta. Ana sebenarnya takut enta kena kafarah dosa cinta enta tu kemudian hari. Kalaupun enta memang bernikah dengan dia lepas ni, ana risau enta akan terima kafarah yang mungkin menyebabkan rumahtangga enta nanti bergolak sampai nak bercerai berai, nauzubillah"

Kata-kata itu sungguh menusuk hati aku sebenarnya ketika itu. Ye lah siapa yang tak pernah buat silap. Langkah terbaek tinggalkan dosa tersebut dan mulakan langkah yang baru ke arah mencari redha Allah. Bila difikir balik dan dilihat orang sekeliling aku sendiri, telah berapa ramai rakan-rakan sebaya aku yang dah jadi janda dan duda muda. Ada yang ada anak 2,3 orang pun boleh bercerai dalam usia muda. Sangat menggerunkan. Apatah lagi usia rumahtangga aku sendiri yang baru menginjak bulan. Nauzubillah dari segala hal tersebut. 

apa pun, aku nak katakan...sila pastikan hakikat dari sebaris lafaz ijab dan qabul itu penuh terisi dengan rasa kesediaan bertanggungjawab beserta restu Allah dan IbuAyah demi mencapai Redha Ilahi.

Hakikat dari sebaris lafaz itu, terkandung sejuta hikmah, berserta berjuta lagi kebaikan dan ibadat yang tidak ada bagi yang belum bernikah. 

ohhh...penulisan aku hari ini agak tegas pulak rasanya

hakikat adalah realiti

Friday, January 4, 2013

kronologi perkahwinan



7-8 Jun 2012
Menghadiri retreat untuk NGO daerah. Hari terakhir (8 jun) sebelum majlis bersurai, kami punya YDP tiba-tiba dapat request dari rakannya yang berada di Australia untuk mencarikan seorang lelaki soleh yang boleh dijadikan suami dan berasal dari Kelantan. Takdir Allah masa tu aku betul-betul berada sebelah YDP. Terus perkara tersebut dipanjangkan kat aku. Aku tak tahu banyak perkara pun hari tu tentang calon tersebut selain dinyatakan calon isteri sedang menyambung pengajian peringkat PHD dan dalam jurusan farmasi. YDP kami minta untuk kami sama-sama istikharah selama 2 minggu untuk mendapatkan petunjuk samada mahu meneruskan perkenalan tersebut. selain itu dijelaskan juga tentang prosedur yang diambil dalam proses tersebut dan YDP akan jadi orang tengah.

14 Jun 2012
Aku kena serangan virus

18 Jun 2012
Mula rawatan intensif yang mengambil masa berbulan-bulan

22 Jun 2012
YDP bertanya khabar. Sambil menuntut jawapan selepas istikharah 2 minggu. Walaupun waktu tu kesihatan tidaklah seratus peratus baik, tapi alhamdulillah dapat meneruskan urusan hidup. Walaupun sakit dan badan agak lemah, tetap diteruskan juga istikharah namun tidaklah sepenuhnya selama 2 minggu. Sebab ada hari yang memang tak dapat nak bangun. Istikharah tidaklah mendatangkan mimpi bertemu dia, tidak juga menunjukkan tanda-tanda. Jawapan yang aku bagi kepada YDP “InshaAllah ana tiada apa-apa halangan untuk meneruskan proses seterusnya”

YDP pun menerangkan kembali proses yang akan dilakukan yakni beliau akan memberikan gambar dan sedikit info tentang aku kepada wakil pihak perempuan untuk disampaikan. Pihak perempuan akan menetapkan tempoh untuk istikharah dan berbincang dengan pihak keluarga. Jika pihak perempuan bersetuju, maka pihak perempuan akan memberikan gambar dan info dirinya kepada pihak lelaki, dan pihak lelaki pula akan istikharah setelah melihat gambar dan infonya. Jika pihak lelaki pun bersetuju, barulah proses seterusnya dilaksanakan.

Masa ni, aku tak tahulah gambar mana yang YDP ambil kat FB untuk diberi kepada pihak perempuan dan apa info sebenar yang dia bagi. Berserah diri

8 Julai 2012
Takdir Allah pagi ahad itu kami ada mesyuarat dan YDP tidak dapat hadir. Dia minta untuk aku menggantikan tempatnya untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Arahan untuk mesyuarat tu ada dalam email. Jadi aku pun bukalah email dulu. Rupanya dalam email tu ada jawapan balas dari pihak perempuan. Dihantarkan bersama gambar calon isteri dan sedikit info tentang dirinya. Tidak tertinggal sedikit pesanan di bawah info isteri “doakan moga proses ini terpelihara dari hal-hal yang tak syarie dari awal sampai akhirnya”



Masa ni aku terpaksa menggunakan kecanggihan teknologi. Mula-mula aku perlu foward gambar di atas melalui email kepada akak aku yang kat kelantan untuk ditunjukkan kepada mak dan ayah serta ahli keluarga yang lain. Dalam beberapa hari beristikharah dan memberi ruang untuk keluarga berbincang. Aku pun menelefon mak untuk menerima pendapat dan restu darinya. Alhamdulillah mak cakap “NO KOMEN”. Aku blurr jap. Mak terangkan yang maksudnya tak ada apa-apa halangan. Sebijik macam jawapan aku sebelum ini.

Disebabkan istikharah aku tidak menunjukkan sebarang tanda halangan dan mak pun dah OK, maka dalam masa seminggu terus saja aku menyampaikan jawapan kepada YDP yang pihak kami alhamdulillah bersetuju untuk meneruskan kepada proses seterusnya. Persoalannya, apakah proses yang seterusnya itu?

Proses seterusnya adalah pilihan yang dicadangkan YDP. Samada nak bawa famili jumpa famili, aku sendiri yang jumpa famili (kalau berani lah) atau melantik satu pihak lain untuk jadi orang tengah ataupun menggunakan khidmat orang tengah yang sedia ada (YDP akulah tu).

Jadi setelah berfikir panjang, aku pun berhasrat untuk aku sendiri yang jumpa famili dia dulu. Biarlah famili dia yang menyaksikan aku secara live “aku yang tak seberapa nak hensem ni”. 

18 Julai 2012
Dapat alamat rumah famili dia

19 Julai 2012
Dapat no phone mak dan ayah dia

Dalam proses ni aku memang tak ada apa-apa perancangan. Selain dari merancang untuk melawat famili dia pada hari raya aidilfitri. 

20 Ogos 2012
Bersamaan dengan 2 syawal 1433H (hari raya kedua) aku bertekad untuk pergi melawat keluarganya. Disebabkan tidak dirancang, maka tindakan nekad jelah untuk aku call ibubapa dia bagi menyatakan hasrat untuk melawat. Untuk menghilangkan rasa janggal, aku bawalah sepupu aku bersama untuk menemani aku. Lagi-lagi jalan daerah tu aku kurang biasa.

Alhamdulillah aku tiba kat rumah tu dan dilayan dengan terbaik sekali. Tiada sebarang perbincangan dibuat melainkan perbualan biasa. Aku juga menyatakan hasrat untuk membawa famili ke situ bila si dia dah balik ke Malaysia. Takdir Allah masa tu diketahui si dia akan balik Malaysia selama 3 minggu.

1 September 2012
Si dia balik Malaysia selama 3 minggu

4 september 2012
Mendapat mesej pertama dari si dia untuk memudahkan perbincangan. Perbincangan menjurus kepada halatuju dan perancangan masing-masing sebelum masuk kepada urusan penyatuan kami. Tarikh 9 Julai 2012 dicapai untuk famili aku melawat si dia. Setelah 5 hari perbincangan melalui sms, keputusan dicapai untuk kami terus bernikah. Cuma masa tu agak ragu-ragu dengan pandangan famili masing-masing. Cuma kami nekadkan untuk keputusan tersebut demi mencari redha Allah.

9 September 2012
Kedua-dua famili bersemuka. Inilah pertama kali kami bertemu muka. Alhamdulillah perbincangan antara famili berjalan lancar dan urusan dipermudahkan dengan persetujuan bersama untuk majlis akad nikah pada 16 September 2012. Yakni seminggu dari tarikh tersebut. satu jangka masa yang kurang relevan tapi tiada apa yang mustahil dengan ketentuan Allah.

Bermula saat inilah baru kami berhubung terus melalui call, sebab banyak perkara perlu dibincangkan. Lagipun kami takde orang tengah. Jadi kami kena uruskan sendiri. Memang sangat mencabar. Keputusan yang dicapai adalah nak buat majlis yang wajib sahaja dan mempermudahkan urusan semua orang.

Dalam tempoh seminggu tu jugak aku terpaksa balik ke Batu Pahat kerana urusan kuliah student diploma yang belum habis lagi dan terpaksa bergegas balik semula ke kampung. Masa tu memang berserah saja kepada pihak keluarga yang sangat-sangat membantu memudahkan urusan. Sungguh jasa mereka tidak dapat kami balas dengan sebarang penghargaan apa pun.

Sungguh waktu itu antara percaya dengan tidak dengan keputusan yang dibuat. Kekadang terasa jugak takut sebab sebarang kebarangkalian boleh berlaku dalam tempoh tersebut. sehinggakan nak bagitau rakan-rakan pun tidak berani. Namun diberanikan juga dikhabarkan kepada YDP yang mengatur urusan kami sebelum ni. Dan dengan bantuan YDP, perkahwinan kami dihebahkan.

Sebenarnya, di saat diputuskan tarikh pernikahan kami. Ketika itu terasa yang aku akan memikul satu tanggungjawab baru yang tak kurang beratnya.

malam 16 September 2012 bersamaan 1 Zulkaedah 1433H
Aku selamat melafazkan akad ijab dan qabul dan sahlah kami di saat itu sebagai suami isteri. Saat itu juga aku berjaya membaca lafaz taklik versi jawi. Sementelah dah lama kot tak baca tulisan jawi. Memang imam nak pekena aku malam tu..hehe. Bermula malam itulah kami mulai saat percintaan kami berdua secara halal

Alhamdulillah saat ini perkahwinan kami menjangkau 3 bulan lebih. Sungguh indah percintaan selepas nikah. Minta kalian untuk doakan kebahagian rumah tangga kami hingga ke syurga. Amin

Pantun yang kami sama-sama buat setelah bernikah
  
demi mencari redha Allah,
kami bertemu dalam istikharah,
bersatu dalam ikatan cinta yang sah,
insyaAllah terbentuklah rumahtangga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah 
Related Posts with Thumbnails