i k l a n

Tuesday, October 26, 2010

aku dapat hadiah


lama sudah tak membebel dalam blog ni. sejak kepala "hang up" and perlu defragmenter dulu. memang takde idea langsung nak tulis tesis. data banyak tapi tak blur nak transfer ke dalam bentuk ayat. bak kata supervisor aka sifu aku petang tadi, "awak ni humble sangat laa tulis tesis". dia cakap banyak yang aku perlu ulaskan lagi tapi aku langsung tak sentuh perkara tu.

alhamdulillah hari tu aku dapat hadiri interview jawatan pegawai latihan vokasional (j41) under MARA kat IKM Pekan, Pahang. interview tak nak citer laa kat sini. semua ok jek. ada rezki terpilih laa nnt. namun hikmahnyer selepas balik interview aku dapat rasa something yang lain. rasa bersemangat untuk wat tesis. mungkin sebelum ni aku tak pegi mana-mana. hanya sekadar dok di rumah, kuar makan, tido and paling jauh pegi lab. itu yang menyebabkan minda aku pun turut tepu dek persekitaran yang sama.

kebetulan lak 24hb oct ada bengkel mari menulis anjuran salah satu jawatankuasa kolej. sebenarnya aku pun terlibat sama dalam usaha utk membawa penulis tu ke UTHM. maklumlah kawan-kawan gak semuanya. aku dh mula malas nak menulis balik. jadi aku pendekkan cerita. aku join bengkel mari menulis tu bersama ngan housemate aku, eddy haikal. aku rasa aku ngan eddy merupakan peserta tertua kot dalam tu. tp jiwa muda n penampilan pn muda sebab ada orang panggil aku adik. hahahaha

pendekkan lagi cerita, dalam bengkel tu kami belajar asas wat cerpen dan novel. bagaimana nak dapat idea, kumpul idea dan transfer idea utk wat cerpen dan novel. memang sangat2 berguna dan memberi input untuk aku. dipendek-pendek-pendekkan lagi. diakhir sesi bengkel tu, kami semua peserta perlu menulis kisah pengalaman manis atau paling teruk sepanjang di UTHM sepanjang 1 muka surat A4 paper. aku pun tulis laa. mula-mula tu susah gak sebab tak ingat pe benda kenangan yg best and tak best. last2 aku tulis citer awal2 aku masuk UTHM dlu.

haaa..tulisan kitorang tu kena hantar kat penceramah iaitu ummuhani (penulis novel, cerpen dan skrip drama). dia akan nilai dari segi judul terbaek dan penceritaan atau gaya penulisan cerita. aku pun tulis laa kisah aku tu tapi tetap takde idea banyak. jadi aku tulis tak sampai satu muka pun. separuh ada laa. judul aku letak kat situ "menjilat ludah". haa..amacam ganas tak..!!

kemudian ummuhani ni membaca laa semua hasil tulisan kitorang secara sepintas lalu. kemudian beliau memilih satu tulisan bertajuk "18 Watt" sebagai tulisan terbaek. hah..aku dah agak dah sape punyer tulisan tu. budak yang dok sebelah aku. sape lagi kalo bukan housemate aku, eddy. memang mantap. kemudian ummuhani pilih lagi satu tulisan yang kira boleh dipuji. kemudian dia mengangkat tulisan yang bertajuk "menjilat ludah". hahahaha..aku punya laa tu. pergh..tak sangka lak aku ngan eddy diiktiraf sebagai orang yang berbakat. kami pun diberi hadiah oleh ummuhani berbentuk sebuah buku novel tulisan beliau yang bertajuk "ladang hati mustika".

fullstop
.

Friday, October 15, 2010

Jatuh Cinta Lagi

adeii..lama betul tak upadate blog ni kan. Tanah dah naik lalang daa pn. ini semua gara-gara aku telah jatuh cinta. Aku pun pelik gak camne aku leh jatuh cinta sekali lagi. sedangkan sebelum ni aku cukup tak ingin terhadapnya. kalau aku jumpa dengannya aku wat layan tak layan jek. xde yang special. hanya sekadar sapaan biasa. macam jumpa dengan yang lain juga. kekadang tu layanan aku terhadapnya lagi teruk dari kebanyakkan. kesiankan. mungkin juga sebab akhir-akhir ni aku terpaksa berdepan dengannya. nak tak nak memang aku perlu jumpa dengannya. ada perkara yang perlu kami settlekan. dari pagi sampai malam. biasanya malam aku jumpa dia lama skit sebab siang hari mood aku kureng..!!! huh..dan aku tak sangka malam tadi setelah lama mengadapnya, aku terjumpa suatu kelainan yang ada pada dirinya. kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak semua tu..!! malam tadi juga aku telah melihat keistimewaannya. tapi aku telah terlewat jatuh cinta dengannya. sebabnya tak lama lagi dia akan meninggalkan aku. aku pun tidak tahu samada dia akan datang dan berjumpa lagi dengan aku. aku tak tahu kenapa di saat-saat terakhir ini baru rasa cinta itu berputik untuknya. alangkah bagusnya kalau cinta itu berputik dari awal (aahhh...itu bisikan syaitan. perkara itu sudah berlalu..!!). apa-apa pun, saki baki masa yang ada ini akan aku lakukan yang terbaik untuk mu. aku akan cuba memahami mu semampuku. aku cuba yang terbaek untuk dirimu. sekarang ini hanya kau dalam hatiku...

----,<@ >>my master thesis<<

sekian,

dari pencintamu,
muhsync

Friday, October 1, 2010

Karnival: barang ori ke tak..!!!


hallooo..halloooooo...
berita panas di pagi hari. hari ini aku bersemangat waja untuk datang bekerja. mungkin sebab dapat tidur yang berkualiti malam tadi. Pagi ini datang office sekejap terus keluar ke studio pendidikan untuk melihat salah seorang sahabat dari Mesir yang membentangkan projek masternya. Anyway pembentangan berjalan lancar sebab takde sebarang soalan dari audience. dari panel lak tak tahulah cmner sebab sesi tu akan ditutup. itu kisah pagi ni laa.

ni nak kembali ke tajuk asal. semalam kat pekan aku tumpang ni ada satu karnival yang mengkecohkan orang ramai. Mana taknya karnival telefon bimbit yang menjual bermacam jenis telefon bimbit pelbagai jenama terkenal pada harga yang gilak murah. aku tengok harganya dalam range rm200 - rm500. semuanya touch screen. aku pun naik minyak gak nak beli masa tu. cuma satu jek aku terfikir. camner harga leh murah cenggitu. mesti ada something.

so aku pergilaa dengan kawan-kawan ke karnival tersebut untuk turut sama memeriahkan majlis. hehehe. kiotang pun survey la pe yang ada kat sana. Dan banyak laa perkara yang terjawab. memang betul, kalau kita tanya samada ori or tak. Confirm dan penuh yakin diorang akan cakap ori maaaa. tapi camner kita sebagai orang yang tak tahu sangat pasal henpon ni nak bezakan antara ori or tak.

anyway..sepanjang kitorang dok survey tu ada laa kitorg tanya2 beberapa soalan yang dapat merungkai persoalan ori ke tak. pertama kita perlu tanya tentang function yang sepatutnya ada bagi model-model yang dipaparkan. antaranya tanya laa pasal bluetooth function ke tak, 3G and video call bleh tak, nak advance lagi tanya GPS(untuk model2 tertentu sahaja)ada tak . Dari survey kitorang semalam, bila ditanya soalan2 tu semua memang diorang akan geleng kepala perlahan-lahan (paham-paham laa nape diorang geleng perlahan2).

Biasanya barang tiruan ni memang tak dapat function yang hebat-hebat gitu. sebab ke"mahal"an sesebuah henpon adalah bergantung kepada teknologi yang ada. lagi hebat sesebuah henpon lagi laa mahal harganya. lagi satu laa...kalo korang nak beli gak henpon tu, pe kata kalo korang cuba test dlu. kalo leh cuba laa dlu korang wat call, hantar sms, wat transfer file guna bluetooth, try tangkap gambar, cuba surfing internet dan semua function yang ada. Mana laa tau kan walaupun tak ori tapi leh function semua tu (tu pun kalo korang cukup bertuah laa).

anyway...aku try gak search pasal karnival telefon bimbit kat internet. so aku dapat link nih. so korang pun leh agak pe yang berlaku kan. satu lagi aku rasa bertanggungjawab gak laa sebagai orang yang tau serba sedikit benda2 gini. tak kan laa nak tengok saja. so bila berlaku event2 gini kat tempat korang. korang cuba laa tanya2 kat encik2 pegawai kat Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah masing2. sebab nak wat karnival cenggitu gempak, peniaga kena gak minta kat diorang (kalo salah tolong betulkan).

Aku tak beli pe2 kat sana walaupun hp aku sekarang ni dah rosak. kawan aku beli GPS navigator berharga rm300. ok laa benda tu. takat nak guna kejap2. tapi aku rasa cam tak leh laa nak beli barang2 gitu. bukan laa aku ni kaya sangat pun. tapi dalam sehari dua yang lepas aku ada tengok satu rancangan tv kat tv9 berkenaan beg tangan wanita. diorang bincang berkenaan beg tangan ori laa. so ada sorang tetamu diorang ni cakap yang dia tak akan beli barang tak ori sebab dia tak nak support industri ini sebabnya yang lebih kukuh adalah kerana barang2 yang tak ori ni sebenarnya dibuat oleh buruh kanak-kanak yang telah dicacatkan anggota tubuh badannya. Fuuhhh...cenggitu sekali..!! so aku pun berazam tak nak terlibat dalam perkara2 gitu sebabnya aku dah tau punca asal pembuatan sesuatu barang yang tak ori. Masa tak tau dlu tu harap diampunkan dosaku. Lagi satu tetamu tu cakap lak yang sesuatu barang tu adalah hasil seni sesorang. so kita perlu hargai hasil seni sesorang. Aku pun orang2 seni gak...aku fikir perlu gak aku support kenyataan tu.

so korang pun fikirlah sendiri...hidup nak berkualiti kena laa jaga kualitinya. namun begitu takat ni aku pun guna banyak lagi barang2 pirate. contoh terdekat sekali adalah software dalam laptop ni. hurm...
Related Posts with Thumbnails