sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Friday, October 1, 2010
Karnival: barang ori ke tak..!!!
hallooo..halloooooo...
berita panas di pagi hari. hari ini aku bersemangat waja untuk datang bekerja. mungkin sebab dapat tidur yang berkualiti malam tadi. Pagi ini datang office sekejap terus keluar ke studio pendidikan untuk melihat salah seorang sahabat dari Mesir yang membentangkan projek masternya. Anyway pembentangan berjalan lancar sebab takde sebarang soalan dari audience. dari panel lak tak tahulah cmner sebab sesi tu akan ditutup. itu kisah pagi ni laa.
ni nak kembali ke tajuk asal. semalam kat pekan aku tumpang ni ada satu karnival yang mengkecohkan orang ramai. Mana taknya karnival telefon bimbit yang menjual bermacam jenis telefon bimbit pelbagai jenama terkenal pada harga yang gilak murah. aku tengok harganya dalam range rm200 - rm500. semuanya touch screen. aku pun naik minyak gak nak beli masa tu. cuma satu jek aku terfikir. camner harga leh murah cenggitu. mesti ada something.
so aku pergilaa dengan kawan-kawan ke karnival tersebut untuk turut sama memeriahkan majlis. hehehe. kiotang pun survey la pe yang ada kat sana. Dan banyak laa perkara yang terjawab. memang betul, kalau kita tanya samada ori or tak. Confirm dan penuh yakin diorang akan cakap ori maaaa. tapi camner kita sebagai orang yang tak tahu sangat pasal henpon ni nak bezakan antara ori or tak.
anyway..sepanjang kitorang dok survey tu ada laa kitorg tanya2 beberapa soalan yang dapat merungkai persoalan ori ke tak. pertama kita perlu tanya tentang function yang sepatutnya ada bagi model-model yang dipaparkan. antaranya tanya laa pasal bluetooth function ke tak, 3G and video call bleh tak, nak advance lagi tanya GPS(untuk model2 tertentu sahaja)ada tak . Dari survey kitorang semalam, bila ditanya soalan2 tu semua memang diorang akan geleng kepala perlahan-lahan (paham-paham laa nape diorang geleng perlahan2).
Biasanya barang tiruan ni memang tak dapat function yang hebat-hebat gitu. sebab ke"mahal"an sesebuah henpon adalah bergantung kepada teknologi yang ada. lagi hebat sesebuah henpon lagi laa mahal harganya. lagi satu laa...kalo korang nak beli gak henpon tu, pe kata kalo korang cuba test dlu. kalo leh cuba laa dlu korang wat call, hantar sms, wat transfer file guna bluetooth, try tangkap gambar, cuba surfing internet dan semua function yang ada. Mana laa tau kan walaupun tak ori tapi leh function semua tu (tu pun kalo korang cukup bertuah laa).
anyway...aku try gak search pasal karnival telefon bimbit kat internet. so aku dapat link nih. so korang pun leh agak pe yang berlaku kan. satu lagi aku rasa bertanggungjawab gak laa sebagai orang yang tau serba sedikit benda2 gini. tak kan laa nak tengok saja. so bila berlaku event2 gini kat tempat korang. korang cuba laa tanya2 kat encik2 pegawai kat Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah masing2. sebab nak wat karnival cenggitu gempak, peniaga kena gak minta kat diorang (kalo salah tolong betulkan).
Aku tak beli pe2 kat sana walaupun hp aku sekarang ni dah rosak. kawan aku beli GPS navigator berharga rm300. ok laa benda tu. takat nak guna kejap2. tapi aku rasa cam tak leh laa nak beli barang2 gitu. bukan laa aku ni kaya sangat pun. tapi dalam sehari dua yang lepas aku ada tengok satu rancangan tv kat tv9 berkenaan beg tangan wanita. diorang bincang berkenaan beg tangan ori laa. so ada sorang tetamu diorang ni cakap yang dia tak akan beli barang tak ori sebab dia tak nak support industri ini sebabnya yang lebih kukuh adalah kerana barang2 yang tak ori ni sebenarnya dibuat oleh buruh kanak-kanak yang telah dicacatkan anggota tubuh badannya. Fuuhhh...cenggitu sekali..!! so aku pun berazam tak nak terlibat dalam perkara2 gitu sebabnya aku dah tau punca asal pembuatan sesuatu barang yang tak ori. Masa tak tau dlu tu harap diampunkan dosaku. Lagi satu tetamu tu cakap lak yang sesuatu barang tu adalah hasil seni sesorang. so kita perlu hargai hasil seni sesorang. Aku pun orang2 seni gak...aku fikir perlu gak aku support kenyataan tu.
so korang pun fikirlah sendiri...hidup nak berkualiti kena laa jaga kualitinya. namun begitu takat ni aku pun guna banyak lagi barang2 pirate. contoh terdekat sekali adalah software dalam laptop ni. hurm...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wa dah promote cite ni..
kita sebarkan..
haha
Hmm.. jauh gak dah sampai Johor ekk Karnival henpon nih.. Hari tu kat Shah Alam, 3 bulan lepas kat gombak..
Hari tu saje, singgah-singgah jap nengok Nokia touch screen.. tangkap leleh air liyor sein..
Sekali aku perati hurup tu betul-betul.. lorrr.. Nokla rupanya. ingat Nokia.. adeehhh..
Nak beli pun sen aku tak cukup.. hehehehhe..
menabung demi gerbang perkahwinan kelak..
Auuwwww... tak kuasseee.. hehehhehehe..
~MuzzamMiL~
Ada member aku siap wat laporan pada KDN, still xde apa2...
p/s: Sapa member kau yang beli GPS tu? Hangin jea aku dengar..
Post a Comment