“Aku memang tak suka politik”
Tapi ada orang cakap kat aku
“ko tak boleh cakap macamtu sebabnya nabi pun berpolitik jugak”
Aku jawab balik
“ok aku ubah sikit kenyataan aku, aku tak suka politik kepartian zaman ini..!!”
Itulah pandangan aku bila orang tanya pasal politik. Aku tak kisah orang nak cakap aku ni macamana sekalipun. Yang aku tahu politik kepartian yang berlangsung di negara ini sudah di tahap kritikal sehinggakan susah benar nak cari yang mana permata dan kaca.
Suatu malam aku terpaksa ke kampus sebab ada kuliah ganti untuk student aku. Aku ternampak suatu pemandangan yang agak menarik iaitu poster hitam putih bergantungan di sana sini. Di bawah cahaya lampu susur gajah tu menambahkan keserian poster-poster tersebut walaupun ia hanya sekeping kertas putih sahaja (pilihan raya kampus sedang berlangsung). Tiba-tiba terdetik beberapa perkara dalam kepala aku:
“Pilihan raya kampus (PRK) dipenuhi dengan poster hitam dan putih. Pilihan raya umum/kecil (PRU) dipenuhi dengan poster yang lebih berwarna-warni. Itulah bezanya politik orang yang lebih berusia dengan orang yang lebih muda. Tapi politik orang muda ini lebih senang sebabnya mereka hanya perlu memilih antara hitam dan putih sahaja.”
“Rata-rata poster ataupun banting manifesto mahasiswa bertanding adalah berlatarkan warna putih. Warna putih itu sendiri simbolik kepada kesucian. Begitulah politik orang muda yang masih lagi suci Cuma tercoret sedikit titik-titik hitam menggambarkan bagaimana empunya diri.”
Cuba bayangkan jika politik orang muda ini dicampuri dengan politik orang berusia. Agak-agaknya bagaimana rupa corak poster dan banner mereka yang bertanding?
Sebelum tu aku sempat berchatting dengan salah seorang calon yang bertanding. Dia ada tanya pelajar postgrade pergi mengundi atau tak. Kemudian dia terus berkempen untuk aku mengundinya esok. Pengalaman aku yang lepas, pelajar postgrade memang tak mengundi. Tahun ni pulak tak ada sebarang notis untuk kami pergi mengundi. Tapi itu bukan persoalannya. Persoalan yang bermain dalam kepala aku adalah;
•calon yang bertanding tidak tahu sasaran dia yang sebenar
•sepatutnya sebagai bakal wakil kepemimpinan pelajar seharusnya ambil tahu tentang pelajar postgrade ini layak atau tidak untuk mengundi mereka. Jika mereka tidak tahu, masa inilah untuk mereka ambil tahu
so inilah politik orang muda yang seharusnya tidak dicampuri urusannya oleh orang-orang yang lebih berusia
p/s: kertas-kertas A4 telah abis di pasaran sekitar kampus. Khabar angin mengatakan tidak kurang 5 rim digunakan oleh setiap calon (bukan leh caya pun). Sudahkah disiapkan segala assignment, tutorial, project, lab report dll ??
3 comments:
Hmm, kat taman perumahan aku ni tahun lepas ada pilihanraya surau (puak biru & puak hijau..) aku pun berserabut.. tak pernah2 ada pilihanraya surau..
Ni gara-gara orang berusia berebut pengaruh..
Masalahnya politik bercampur golongan berusia dengan golongan muda..
Moral of the story;
Orang berusia bila bergaduh bawak ke mati..
Orang muda bila bergaduh politik masih boleh ajak minum teh..
Selamat Mengundi..
miL
itulah..nak berpolitik itu tak kisah sangat. tapi jangan pihak yang kalah tu tak datang berjemaah pulak lepas ni :D
Memang tak datang pun bro puak kalah!
Haiii... donia oh donia..
MiL
Post a Comment