i k l a n

Sunday, September 11, 2011

alam kampus

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

dikampus sekarang ni dok sibuk dengan Minggu Haluan Siswa (MHS). Aku masih kat kampung lagi...woaahhhoooooo..

esok mahasiswa/i kanan pulak akan memulakan sesi kuliah untuk semester yang baru. Sepatutnya untuk semester ni aku kena mengajar makmal. subjek termo I dan II. tapi aku tak dapat apa-apa confirmation lagi. itu yang sedap dok berehat kat kampung halaman ni. itu cerita aku zaman sekarang. hari ni aku nak share tentang alam kampus yang pernah aku lalui suatu ketika dulu. rasanya macam baru semalam melepasi saat itu..miss that moment..!!

masa di alam kampus dulu aku ni seorang aktivis pelajar. bukan pro mahasiswa (pro-M) dan bukan juga pro aspirasi (pro-A). gelaran aktivis pelajar tu diberikan oleh salah seorang pensyarah yang merupakan bekas pelajar di situ yang agak rapat dengan kami serta mengikuti pelbagai aktiviti bersama kami. sebelum gelaran tersebut aku di cop sebagai MPP. come on lah..!! "penamaan calon pun saya tak pernah hadir, macamana saya nak jadi MPP" balas aku bila orang tanya aku ni bekas MPP atau MPP pada masa tu. see..!! MPP dengan yang bukan MPP pun orang boleh tertukar.

pembabitan aktif aku dikampus bermula seawal tahun 1 iaitu sebagai exco dalam jawatankuasa kolej kediaman. disitulah pergaulan aku dengan senior-senior yang telah mengubah persepsi aku sedikit sebanyak. dari situlah juga aku menimba pengalaman yang bermacam ragam. disebabkan aku malas nak cerita detail tentang kisah sejarah aku ni, maka ringkaskan beberapa kejadian yang aku terlibat secara langsung:

pernah suatu ketika kami barisan jawatankuasa tertinggi kepimpinan kolej pada masa tu seramai 15 orang telah memboikot pengetua sebagai bantahan keras dan perang psikologi yang telah dimulakan oleh pengetua itu sendiri. maklumlah pengetua kami pada masa tersebut merupakan orang yang pakar dalam bidang psikologi. memang pada mulanya psikologi yang dia lakukan tidak dapat dikesan tapi terlalu banyak psikologi dilakukan maka kami dah mula meluat dan tidak lagi termakan dengan psikologi yang dilakukan selepas itu. kesan dari peristiwa itu, pengetua telah mengumumkan yang beliau umpama janeral (betul ke ejaan ni) tentera yang ketiadaan panglima dan askar. mana taknya sebab semua felo asrama yang lain turut berpaling tadah dan bersama dengan pihak kami. kesan yang lagi besar adalah semester berikutnya jawatankuasa kolej terdiri dari adik-adik baru yang tak berpengalaman dan menyebabkan masalah pulak kepada pejabat asrama. ish..ish..ish...

dari menjadi jawatankuasa kolej aku beralih kepada jawatankuasa kelab. aku memilih satu kelab yang paling mantap pada masa tu. tapi rupanya zaman aku tu adalah zaman kejatuhan semua kelab-kelab di kampus. ini disebabkan ketiadaan kredibiliti kepemimpinan dari jawatankuasa tertinggi kelab-kelab tersebut. itu dah satu hal yang perlu aku setelkan sedangkan pada masa tu jawatan aku hanyalah bendahari kelab sahaja. aku pernah bergaduh dengan penasihat kelab merangkap salah seorang pegawai di pejabat hal ehwal pelajar. dalam kejadian itu aku kena sound. sound yang dikeluarkan menyebabkan semua orang dalam office tersebut termasuk yang berada di luar dapat mendengar apa yang berlaku. hasilnya aku tak bertegur sapa hampir 2 tahun dengan pegawai tersebut sebelum kami dapat bekerjasama kembali desawarsa ini. dan selepas kejadian itu penasihat kelab telah ditukar kepada pegawai baru. aku terlibat secara langsung telah melobi pegawai baru tersebut walaupun pada masa tu hanyalah ura-ura sahaja pertukaran penasihat. hasilnya penasihat kelab yang baru lebih mengenali aku dari pengerusi kelab. dan kami umpama kawan baek dari dulu sampai sekarang.

disebabkan keadaan kelab masih belum pulih sepenuhnya sedangkan tempoh aku sebagai jawatankuasa kelab telah tamat dan aku pula tidak masuk bertanding untuk tahun seterusnya kerana aku telah berada di tahun-tahun akhir, aku terpaksa campur tangan juga dalam urusan pengurusan kelab atas permintaan pengerusi pada masa tersebut merangkap kawan baik aku. tapi langkah yang aku ambil telah disalahanggap sekumpulan pihak lain yang menganggap aku ni sebagai abang besar yang membuat segala keputusan sedangkan aku hanyalah sebagai penasihat tidak rasmi untuk kelab dan pengerusi. come on lah..!! aku tak gila kuasa sebegitu sekali. aku hanya sekadar berkongsi buah fikiran dan segala keputusan dibuat oleh jawatankuasa tertinggi kelab. mungkin ada yang jeles kot..!!

ketidakterlibatan aku dengan kelab telah membawa aku ke satu dimensi yang baru yang lebih luas. aku lebih banyak terlibat sebagai salah seorang pembuat modul aktiviti untuk beberapa program anjuran universiti dan kelab. aku pernah dilantik sebagai pengarah karnival kerjaya peringkat universiti. aku terlibat sebagai pembantu khas kepada pengurus pasukan lumba kereta universiti. tidak lupa juga disebabkan kemahiran berkomunikasi aku yang sedikit ini, aku berjaya membawa projek tahun akhir aku ke pertandingan peringkat kebangsaan sedangkan projek aku tidaklah sempurna sangat. disebabkan projek ini juga menyebabkan aku terlepas peluang untuk terlibat dengan projek khas universiti ke aceh kerana tarikh berlangsung yang sama.

itu antara sebahagian kehidupan aku di alam kampus..!! kerana itulah juga file sijil aku penuh dan ada sijil yang tidak dapat dimasukkan memberi ruang kepada sijil yang lebih tinggi creditnya. bagaimana aku boleh jadi begitu dinamik sekali ketika dikampus. ini semua bermula dengan pemBACAan. aku suka membaca buku. antara buku yang aku baca adalah berkenaan motivasi, kepemimpinan, perjuangan, pembentukan pemikiran, karisma dan lain-lain. aku juga bertuah pada masa di awal tahun 1 lagi aku bergaul dengan kalangan senior. dan ada seorang senior ni suka mengajak aku berbincang dan kadangkala berdebat. biasanya senior aku ni cuba mengutarakan sesuatu perkara hasil pembacaannya lantas meminta buah fikiran aku tentang pembacaannya. kemudian kami debatkan kembali antara buah fikiran aku dan dia serta tulisan buku tersebut. kami cuba membawa sesuatu perkara yang dibincangkan ke alam realiti bukan hanya atas kertas sahaja. semua itu berlaku antara aku dan senior tersebut dalam bilik sahaja. kami akan kongsikan hasil pembacaan buku masing-masing.

sungguh waktu itu sesuatu yang ideal itu suatu yang praktikal. seboleh mungkin nak direalisasikan sedangkan hakikatnya itu hanya sebuah idealism dan praktik nya harus disesuaikan dengan realiti semasa ketika itu. tapi itulah zaman belajar. menganggap diri sudah serba tahu. pantang dicabar dan suka mencabar. kesempurnaan menjadi matlamat. kekurangan memang mengundang bencana. tua atau muda semua disanggah. kekadang terhilang adab dan sopan budaya ketimuran.

bagaimana pula aktiviti aku yang lain di alam kampus? pergaulan aku yang pelbagai dengan pelbagai jenis gander, budaya dan kaum serta agama. kekadang isu hati turut mengundang mengisi. tidak terlepas dengan beberapa gosip, salah anggap atas kebaikan dan turut pernah bercinta...wowwwww. aku bercinta pun masa tu di tahun akhir pengajian. masa tu betul-betul ditahun akhir dan semester akhir. tapi jodoh tiada dan si dia telah berkahwin dengan orang lain.

bagaimana dengan pengalaman belajar?
aku tak nak kongsi di sini sebab aku pernah kongsikan di entry lain sebelum ini. sila klik link ini

masih ingat lagi...aku selalu bertanya kepada junior-junior yang baru masuk kampus. apa tujuan kamu masuk U? jawapan biasa adalah untuk BELAJAR. dan apa yang terjadi kamu akan datang ke sini untuk belajar semata-mata. pagi ke petang kuliah, tutorial, makmal, assignment dan projek. adakah itu sahaja yang ada di sebuah kampus. ini adalah gedung ilmu yang terbesar. ambillah peluang untuk menuntut pelbagai ilmu di sini. tukarlah niat dari datang untuk belajar kepada MENUNTUT ILMU. menuntut ilmu itu pelbagai caranya. melalui kelas dan diluar kelas. kita ke sini untuk jadi manusia yang berakal super tinggi. bukan manusia pak turut sahaja.

intelligent..!!

"dalam kehidupan ini, bijak belajar sahaja tidak cukup yang lebih kita perlukan adalah bijak untuk hidup. jika kita hanya bijak belajar sahaja maka jadilah kita seperti ramai graduan yang masih lagi menganggur menunggu pekerjaan mencari mereka. jika dilihat ramai mereka yang tidak masuk kampus dapat hidup lebih senang dari mereka yang graduan..!!!" nasihatku kepada salah seorang junior yang meluahkan masalah kecelaruan emosi

itu zaman kemuncak kegemilangan dalam hidupku..aku juga pernah jatuh. citer bab jatuh ni lain kali lah. cukup kat sini je.

ps: fahami istilah "masuk U" = masuk ke dalam diri sendiri = memahami diri sendiri

4 comments:

Alun said...

merindui juga zaman dan teman di UTHM. berpesatuan juga melatih menjadi pemimpin yg baik kalaupun bukan utk memimpin org lain cukup berharga andai kita dapat memimpin diri sendiri ke arah yg lebih positif

muhsync said...

bila tgk komen ko ni..aku ingat pasal JDS, Usher program engifest, nemesis m150, Kuittho AutoDev, BTM and etc.

dan yang paling best..ingat gelagat giler2 bdk kelas dulu tapi skg ni diorang kebanyakkannya dah jadi engineer :D

Alun said...

tu la kan. satu lg ko kena perasan. Ramai geng kita dah beranak pinak. Mungkinkah anak2 dia org mewarisi kenakalan mak pak dia sama2 nantikan

muhsync said...

hahaha...nak tunggu jugak lah. tunggu tu tunggu jugak. tak kan nak tunggu tengok anak orang jek alun oii..!! hihi

Related Posts with Thumbnails