hari ini merupakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 53. biasanya hari beginikan semua orang cuti. kalo bekerja kena bayar gaji berganda. tapi sekarang ni aku kat office. buat kerja apa yang patut. kejar due date yang semakin tiba. lagi pun kalo aku tak gerak pantas sekarang nanti banyak lagi keje lain muncul. lagi pun lepas raya aku akan banyak kepada kerja-kerja analisis data.
berbalik kepada topik MERDEKA. pagi tadi seawal jam 2.45pg aku keluar pergi cari makanan dengan housemate. kira untuk sahur sekali la. tengok banyak lak mat-mat rempit berpelisiran kat tengah jalan. pastu malam tadi memang bising giler dengan bunyi ekzos motor. apa benda yang diorang buat ni. adakah ini cara diorang sambut merdeka..!!!
kalo zaman sebelum merdeka dulu, orang berjaga malam untuk memastikan keselamatan kampung. ada yang tak dapat tidur malam sebab risaukan keselamatan keluarga dari ancaman komunis dan lain-lain. sepatutnya bila dah merdeka ni, kita dah dapat tidur malam dengan nyenyak. dah tak perlu untuk berjaga malam lagi. tapi mat-mat motor tadi watpe?? diorang tak dapat tidor malam sebab jadi sentri kampung ke..??
hurm..aku kat office ni pun bukan sebab tak merdeka tapi sebab nak merdekakan diri dari belajar. means nak tamat belajar cepat2 laa. penat seh wat master ni. lagi-lagi melibatkan bidang research. ni dah kali ke berapa aku hantar draf tesis. asyik-asyik kena repair jek. bukanlah nak kata penyelia aku tu yang cerewet tapi dah sebab aku yang kurang ilmu. so aku terimalah segala kesalahan aku tu dengan hati yang redha.
malam tadi aku pun tak tido gak kan. sebabnya aku tido awal. so bangun awal. semuanya gara-gara tesis master aku ni. aku harap bulan oktober ni aku dapat hantar yang complete. sebelum tu aku harap aku dapat repair segala kesalahan dari segi grammer (malam tadi terpaksa study grammer), penambahan literature baru dan penambahbaikkan susunan dan ayat. banyak tu yang salah..
untuk memastikan semua ni terjadi dengan sempurna. aku pun membuat hukum tarikan. "yup..aku boleh siapkan tesis ni sebelum bulan oktober" "muhsein boleh..!!!"
[m]uh[s]ync sedang berfikir..bila dia akan merdeka..!!
sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
dugaan
hari ni ingat nak update blog. semua info yang nak diupdate dah siap taip kat word. masa tulis tu kat rumah. kat rumah sekarang ni dah xde connection internet sebab semua orang tak bayar bil..kih3x. so taip laa semua idea tu kat word dulu. pagi tadi sebelum datang office dah transfer file tu kat pendrive sebab tak nak bawa lenovo s10-3 yang cute. yang hampehnyer..bila tiba kat office dan nak copy paste pe yang aku tulis tu, baru aku tau yang aku transfer file word 2007. sedangkan kat office aku ni ada word 2003 jek. xke bengang dengan kelalaian diri sendiri. dah bape lama daa entri baru aku tu dah siap. tunggu nak upload jek. hampeh kan...
lagi hampeh, di bulan ramadhan yang mulia ni aku nyer pemikiran telah songsang sikit. mana taknye..patutnya di bulan ramadhan ni kan syaitan dah xde. so pemikiran pun xdelah pikir yang bukan2. tp pe yang berlaku kat aku, ttiba aku teringat balik orang2 yang pernah wat salah kat aku. ttiba aku rasa sangat marah dan berdendam. ishh..sebelum ni aku dah maafkan diorang dah. tapi kenapa dalam tempoh skg ni aku nk rasa semua tu..istighfar banyak2 ye muhsync
[m]uh[s]ync diduga dibulan yang mulia ini
lagi hampeh, di bulan ramadhan yang mulia ni aku nyer pemikiran telah songsang sikit. mana taknye..patutnya di bulan ramadhan ni kan syaitan dah xde. so pemikiran pun xdelah pikir yang bukan2. tp pe yang berlaku kat aku, ttiba aku teringat balik orang2 yang pernah wat salah kat aku. ttiba aku rasa sangat marah dan berdendam. ishh..sebelum ni aku dah maafkan diorang dah. tapi kenapa dalam tempoh skg ni aku nk rasa semua tu..istighfar banyak2 ye muhsync
[m]uh[s]ync diduga dibulan yang mulia ini
Thursday, August 19, 2010
Lapar ke...!!
Bulan ramadhan al Mubarak merupakan bulan yang mulia. Dibulan ini kita digalakkan untuk menambah amal ibadah sebanyak mungkin. Ia mungkin kesempatan kita yang terakhir kali ini. Jadi kita melakukan yang terbaek kerana kita sudah tidak akan berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan.
Bercakap pasal puasa ni, kekadang tu banyak juga kisah kelakar. Ada sorang kawan ni dia beriya benar bagitahu yang waktu berbuka nanti dia nak makan banyak-banyak sebab dia lapar sangat. Siap diulang-ulang lagi beberapa kali. Kitorang pun tunggu laa, berapa banyak yang dia nak makan tu. Hurm..sekali bila dah masuk waktu berbuka, sikit je pun yang dia makan. Apa lagi lepas tu kena kutuk laa ngan kitorang (oppss..bulan puasa pun mengutuk orang).
Wednesday, August 11, 2010
Tuesday, August 10, 2010
kenapa jadi begitu...??!!!
Bila kita sedang bekerja, teringat kembali kenangan waktu belajar dan terasa ingin kembali ke zaman tersebut. Sebaliknya pula berlaku di zaman belajar dulu, rasa ingin cepat-cepat abis belajar dan tak sabar-sabar nak kerja.
Kenapa jadi begitu…??
Kisah-kisah begini memang selalu kita lalui. Tapi perasan tak kita biasanya ingin ke zaman-zaman tersebut sebab perkara-perkara yang indah dan menyeronokkan. Betul tak?? Cuba kita ingat kembali kenangan-kenangan pahit dan menyakitkan. Nak lagi tak kita kembali ke zaman tersebut. Sudah tentu jawapan aku “TIDAK..!!” . Jawapan korang lak…
Monday, August 9, 2010
BerTINDAK sekarang
Lama sudah tidak memunculkan diri di alam maya. Bukanlah suatu persembunyian dan bukan juga untuk mengelak dari sesiapa dan tidak juga berniat untuk menyembunyikan masalah tapi disebabkan oleh keutamaan yang harus diutamakan. Keutamaan sekarang ini adalah menyiapkan draf tesis master. Bagi mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang melalaikan seperti mengadap facebook 24/7 dan bersembang dengan kawan-kawan dalam yahoo messenger juga 24/7. Namun semua tu adalah sementara jua.
Subscribe to:
Posts (Atom)