i k l a n

Friday, August 12, 2011

nota ramadhan 2.0


bulan ramadhan memang secara automatik akan dihubungkaitkan dengan bulan puasa dan bulan ibadat. biasalah puasa pula akan dikaitkan dengan lapar dan dahaga dan tidak lupa juga penat. kalau bahagian ibadat pula yang agak sinonim adalah solat sunat terawih. bagi yang rajin ditambah dengan tadarus alquran dan juga bangun malam untuk solat sunat atau istilah famous amosnya adalah qiamulail. ada satu lagi keistimewaan yang selalu diperkatakan adalah lailatulqadar. berikut beberapa notes yang aku nak kong si kong si kong si di sini :D

jadikanlah puasa kita sebagai ibadat bukan puasa sekadar adat

puasa yang semata-mata puasa tanpa diiringi dengan amalan sunat lain umpama makan nasi tanpa lauk pauk. agaknya kurang relevan untuk kita makan nasi saja tanpa lauk sedangkan lauk pauk tu telah sedia tersedia bersama nasi.

apabila kita makan dengan banyak akan membolehkan kita mengangkat beban yang berat namun belum tentu kita dapat mengangkat takbir untuk beberapa rakaat dengan sempurna. puasa pula mungkin akan menyebabkan badan tidak bermaya namun cukup gagah menyempurnakan semua solat wajib dan sunat 20 rakaat di malam hari secara berjemaah di masjid.

puasa itu melemahkan badan secara zahirnya namun menguatkan roh dalaman kita. umpama mengecas bateri yang 11 bulan dilenjang tanpa henti.

dibulan ini semua amalan akan digandakan ganjarannya oleh Allah swt. namun jangan dilupa semua kejahatan yang dilakukan dalam bulan ini berganda juga akibatnya di akhirat kelak..!!

sarapan ramadhan


pagi tadi sempat solat subuh berjemaah di masjid walaupun hujan masih turun membasahi bumi wakaf bharu dari malam hari hingga lewat subuh. seusai berjemaah, kami para jemaah sama-sama bersarapan. eh..apa kebenda bersarapan di bulan puasa ni..!!

sarapan pagi
sarapan pagi kami pagi ini disediakan oleh seorang ustaz. nama penuh aku tak ingat. tapi salah seorang imam di masjid dalam daerah Tumpat. sungguh sedap dan berselera sekali lauk pauk yang dihidangkan sehinggakan rasa mahu ditambah-tambah lagi.

actually ustaz tu bercerita tentang perkara yang patut ditekankan dalam bulan ini selain menegur salah tanggapan umum masyarakat kita terhadap bulan ramadhan. rasanya korang pun dah banyak kali dengar. cuma aku nak kongsi satu kisah yang ustaz tu kongsikan.

sebelum manusia ini dicipta, Allah terlebih dahulu mencipta NAFSU. seusai nafsu dicipta, Allah bertanya kepada nafsu. "wahai nafsu..!! siapakah aku dan siapakah engkau" kemudian jawab nafsu "engkau adalah engkau dan aku adalah aku". dengan jawapan itu, lantas Allah telah memasukkan nafsu tersebut ke dalam neraka selama 1000 tahun. setelah 1000 tahun, nafsu dihadapkan semula kepada Allah. sekali lagi Allah bertanya nafsu "wahai nafsu..!! siapakah aku dan siapakah engkau?" jawab nafsu "engkau adalah engkau dan aku adalah aku". nah sekali lagi nafsu dimasukkan kembali ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi sebelum dinaikkan untuk dihadapkan kepada Allah. namun jawapan nafsu masih sama. lantas Allah telah masukkan nafsu ke dalam neraka lapar dan dahaga. selepas keluar dari neraka lapar dan dahaga ini, nafsu dihadapkan kepada Allah. sekali lagi Allah bertanya "wahai nafsu..!!! siapakah aku dan siapakah engkau?" maka jawab nafsu "engkaulah Allah tuhanku dan aku adalah hambamu".

lihatlah betapa egonya nafsu walaupun dah dibakar dengan api neraka tetap tidak mahu tunduk kepada Allah tapi nafsu ini tunduk selepas diseksa dalam neraka lapar dan dahaga. jadi kita boleh hubungkaitkan bagaimana hikmahnya puasa ini membolehkan kita untuk mendidik nafsu bagi meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt.

p/s: dialog itu hanyalah bayangan penulis semata-mata
p/s: puasa hari ini dah masuk hari ke 12..!! sudahkah aku meningkatkan segala amalan dibulan yang digandakan segala ganjaran dari Allah

Saturday, August 6, 2011

nota ramadhan 1.0


setelah bersemangat tahap mega tinggi menunaikan solat di masjid nampaknya akhir-akhir ni semangat telah menurun kepada kilo. harap tidak menurun lagi rendah. bacaan imam yang sebelum ni rasanya nyaring dan merdu dah makin lesu atau aku yang lesu.

menurunnya semangat di masjid terjadi sebaliknya untuk semangat di rumah. dari hari pertama tido siang menjadi keutamaan telah bertukar kepada aktiviti yang pelbagai. owh itu suatu yang bagus sebabnya tido itukan tidak bermanfaat sedikitpun kecuali bila mengantuk.

untuk pengetahuan semua, sepanjang bulan ramadhan ni memang aku berpuasa di kampung halaman. orang kampung agak aku tengah bercuti walhal sebenarnya memang sengaja balik berpuasa di kampung. al maklumlah sendiri jadi bos, suka hatilah nak kerja dari mana ;D

bercuti di dalam bulan puasa aka bulan ramadhan ni adalah tidak bagus sangat kecuali dapat dipenuhi masa cuti itu dengan aktiviti meningkatkan saham akhirat. bercuti di bulan ini jika tidak kena strategi boleh menyebabkan lebih banyak tido dari beramal. [ada sorang syeikh ni cakap masa kita tido kita tidak berakal. kalo tak caya cubalah suh adik korang tanya soalan matematik level standard 1 pun korang belum tentu leh jawab masa tido-selamat mencuba]

bulan ramadhan ni jugak tidak terhingga [tahap infiniti] hikmah dan faedahnya jika kena pada caranya. bulan ini jugak islam mengajar ilmu tentang pengurusan ekonomi dan kewangan. di sinilah kita belajar antara yang perlu dan mampu. cuma perlu letakkan aqal lebih dari nafsu. indahnya islam

sebut bulan ramadhan ni jugak akan mengingatkan aku terhadap seorang sahabat yang bernama mohd romadan. mungkin beliau dilahirkan dalam bulan ini. aku juga dilahirkan pada bulan ini iaitu tanggal 26 ramadhan 1404H tapi aku diberi nama mohd muhsein :D

Wednesday, August 3, 2011

cerita ramadhan: nasi tak masak


suatu petang di kala kesibukan untuk berbuka puasa. masing-masing sibuk membantu si ibu menyediakan juadah untuk berbuka puasa. semua kuih muih diletakkan terlebih dahulu bersama lauk pauk yang akan dijamah bila azan berkemundang. dalam hati masing-masing dah tak sabar nak menelan semua jenis kuih dan lauk yang ada. sambil menelan air liur sambil hati menahan sabar menunggu waktu tiba.

"sekarang diumumkan masuklah waktu berbuka bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya" melalui corong radio.

"Allahuakbar, allahuakbar"
suara azan sudah berkemundang.

"Allahumma laka shumna wa bika amanna wa 'alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin - Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Alleef terus mengetuai bacaan doa berbuka puasa.

apa lagi..makanan pun dijamah dimulai dengan buah kurma. segala kuih muih telah disentuh. sampai masanya untuk lauk pauk pula mengambil tempat. lantas cepat-cepat si Alleef bangun mengambil nasi dari periuk.

alangkah terkejutnya alleef sebab dalam periuk tersebut terisi beras yang masih lagi berendam dengan air.

"hah..kenapa ni..!!" Alleef terkejut dengan apa yang dilihatnya tadi.

rupanya nasi belum masak lagi. mungkin ibunya terlupa nak periksa samada periuk elektrik itu telah ditekan butang untuk memasak nasi ataupun memang periuk itu ada kerosakkan.

cepat-cepat si ibu mengambil periuk nasi tersebut di alih ke dapur gas untuk mempercepatkan proses memasak nasi. nampak gayanya lewat sikitlah nak merasa lauk pauk hari itu.

kejadian itu telah berhenti dengan masing-masing mendiamkan diri. tiada siapa dipersalahkan dan tiada siapa yang mencari salah.

dalam hati si ibu
"sedihnya hari ini sebab aku tidak dapat menyediakan yang terbaik untuk anak-anak ku"

dalam hati si anak
"sesungguhnya kejadian ini menyedarkan aku yang aku tidak menolong ibuku memasak dan meyediakan makanan untuk berbuka"

Tuesday, August 2, 2011

catatan ramadhan

solat sunat terawih di masjid wakaf bharu di imamkan oleh dua orang anak muda belia yang bergilir-gilir. 10 rakaat sorang imam. sorang adalah anak tempatan dan sorang lagi jemputan dari kemboja. bila orang muda yang jadi imam ni, makmum yang lanjut usia pn bersemangat muda kembali :D

yang bestnya bila ada 2 orang imam muda yang mengimamkan solat sunat terawih adalah para jemaah dihidangkan dengan 2 jenis gaya bacaan yang berlainan untuk 20 rakaat. jadi para jemaah tidak akan mudah jemu untuk setiap malam. satu pencaturan yang mantap dari pihak masjid

bila abis azan je saf pertama sudah penuh untuk solat sunat. bila iqamah saf kedua dan seterusnya pula penuh. yang datang lewat confirm dapat saf belakang. tercabar juga orang muda sebab yang dok saf depan tu kebanyakkan yang dah beruban tapi semangat dan tenaga diorang mengalahkan orang muda.

sepanjang bulan ramadhan ni ada 2 sebab kena pergi awal ke masjid. awal tu seawal sebelum azan berkumandang. sebab pertama adalah untuk memastikan dapat solat di saf paling depan. sebab kedua adalah untuk pastikan kita dapat parking kenderaan di depan atau dekat dengan masjid. rasanya sebab kedua lebih mendapat keutamaan.
Related Posts with Thumbnails