
Keresahan hidup
Pernah suatu ketika dulu aku menghadapi saat kejatuhan dalam hidup. Perasaan bercampur baur tentang hakikat kehidupan yang harus aku lalui. Pada masa itu juga aku banyak bergelut dengan pemikiran seorang yang inginkan kebebasan dan keterikatan dengan batasan waktu. Keyakinan terhadap agama masih menebal namun masih lagi kurang bab qada' dan qadar, lagi-lagi jika ia berkaitan dengan masa depan hidup selepas ini.
Aku memang seorang yang jenis cool dalam menghadapi segala masalah, rasanya rakan-rakan ramai yang tidak tahu masalah aku jika aku tidak berkongsi dengan diorang. Yup memang cool tapi dalam kepala ni Allah sahaja yang tahu bagaimana aku begitu pening memikirkan persoalan masa depan ku. Persoalan tentang pekerjaan, pembelajaran dan jodoh..!! owh tidak dapat dirungkai dengan kata-kata.