sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Friday, July 29, 2011
doa selepas amik wudhuk
dulu-dulu dah pernah belajar doa ni. Tapi masa tu belajar dan ingat untuk ujian fardhu ain kat sekolah. Lepas je ujian tu terus tak ingat. Aduhai betapa lemahnya kita ni.
kenapa kita lupa?
sepatutnya kita belajar kemudian kita amal. bila amal baru jadi tabiat. bila dah jadi tabiat nanti dah takde alasan ingat dan tak ingat tu. InsyaAllah mari kita amalkan doa tersebut dan tahu makna doa yang kita ungkapkan
p/s: gambar tu diambil di surau tol air hitam, johor.
Thursday, July 21, 2011
aktiviti santai
Hari ini nak kongsi dengan korang aktiviti santai. Boleh dilakukan untuk diri sendiri dan juga kepada anak-anak kecil yang sudah pandai berfikir. Juga amat sesuai untuk korang yang tengah down atau takde semangat dengan diri sendiri. Jom kita beraktiviti...
Cuba ambil dua (2) helai kertas kosong. Tak kisahlah kertas saiz A4 kosong atau kertas yang bergaris-garis. Yang penting kertas tersebut tidak bertulis apa-apa.
Sekarang cuba tenangkan minda dan hati. Setkan masa sendiri untuk aktiviti ini. Tak kisah lah nak ambil sejam, sehari, seminggu atau ikut masa lapang sendiri.
Perkara yang perlu diisi dalam kertas tersebut adalah PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. perkataan positif dan negatif tersebut perlu di isi dalam kertas berlainan. Isilah seberapa banyak perkataan yang berkaitan yang ada dalam minda dan hati.
CONTOH PERKATAAN POSITIF
Kuat, cemerlang, gembira, senyum ...
CONTOH PERKATAAN NEGATIF
Bodoh, gila, sedih, masam ...
Bila telah selesai atau masa yang disetkan telah tamat. Perkara seterusnya adalah dengan membandingkan bilangan PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. Perkataan mana yang lebih banyak dapat dikumpul.
Jika perkataan positif lebih banyak maknanya korang adalah seorang yang mempunyai pemikiran yang positif dan jika negatif yang lebih banyak maknanya korang seorang yang berfikiran negatif.
Namun itu bukanlah suatu kesimpulan sebenar tentang diri korang. Apa yang perlu korang lakukan adalah korang perlu menukar semua PERKATAAN NEGATIF menjadi PERKATAAN POSITIF. Mungkin dalam hal ini perkataan tersebut perlu ditambah perkataan lain untuk menjadikan ia sebagai perkataan positif. Itu tidak mengapa. Matlamat utama adalah menjadikan perkataan negatif bertukar positif. (eg: bodoh -> pandai ; gila -> waras/matang )
Seterusnya korang akan dapati sekarang korang telah memiliki semua perkataan-perkataan yang positif. Cuba korang baca kembali perkataan-perkataan tersebut. Cuba hayati ia satu per satu. Cuba cari perkaitannya dengan diri korang sendiri. Kemudian..cuba baca dengan kuat dan bergaya dengan menambah seperti contoh di bawah:
Muhsync seorang yang KUAT
Muhsync seorang yang CEMERLANG
Muhsync seorang yang selalu GEMBIRA
Muhsync seorang yang SENYUM sokmo
Muhsync seorang yang PANDAI
Muhsync seorang yang WARAS & MATANG
...
Bacalah setiap hari dan setiap pagi dan setiap kali korang rasa down.
Kehidupan ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis pilihan. Pilihan yang bagaimana kita ambil. Bagaimana pilihan tersebutlah yang menentukan bagaimana diri kita. Ohh..berbelit lak ayatnya.
Kalo kita tenung dengan lebih mendalam, pilihan yang kita buat samada positif atau negatif bergantung bagaimana dalaman diri kita. Atau dalam kata lain bagaimana iman kita. Namun langit tak selalu cerah, guruh pun boleh bertukar jadi petir, air sungai yang tenang pun boleh ada buaya, ombak laut sesekali bertukar menjadi tsunami, bangunan WTC tu pun boleh dirempuh apatah kita manusia yang dijadikan Allah dengan pelbagai jenis ragam dan perangai (erk..apakah jenis pepatah ini). Walau apa pun yang berlaku, dalam keadaan tertentu perlu untuk kita me “reset” kembali pemikiran kita. Antara kaedah me “reset” adalah seperti aktiviti di atas.
Me “reset” = refresh pemikiran, reinstall balik program minda, umpama overhaul engine, membetulkan balik setting asal
Nak pinjam kata-kata pakcik T. Harv Eker
“how you do anything is how you do everything”
Pakcik T.Harv Eker ni penulis buku the millionaire mind
p/s: hari tu pegi program the millionaire mind intensive seminar kat PWTC memang mantap. Hari-hari kena ulang diorang punya Attitude of Wealth. Kalo korang nak tahu pe benda Attitude of Wealth tu leh amik kat wall fb.
Wednesday, July 20, 2011
nakhoda diri
Suatu hari tu Alleef terpaksa berpuasa. Berpuasa sunat sebab kebetulan hari tu hari isnin. Tapi betulkah puasa itu sempena mengambil keberkatan hari isnin? Sebenarnya dia berpuasa sebab dah takde duit. Duitnya telah habis sebelum cukup bulan. Disebabkan tiada duit untuk makan maka dia mengambil keputusan untuk berpuasa saja. Harinya berlalu begitu saja. Dari pagi hingga tengahari dia terlantar bagai orang sakit di wad ICU. Kononnya nak jimatkan penggunaan tenaga. Fikirannya sedang membayangkan makanan yang sedap-sedap. “alangkah bestnya kalo aku ada duit banyak. Aku boleh beli itu, ini dan makan itu, ini. Tapi...tapi kenapa aku diuji sebegini..?” fikirannya diganggu oleh suara azan tanda masuknya waktu zuhur. Baru dia tersedar yang harinya telah berlalu tanpa sebarang kerja yang produktif.
“aku solat fardhu zuhur 4 rakaat kerana Allah swt”
“allahuakbar”
“assalamualaikum warahmatullah”
Istighfar, bertahmid dan berzikir. Di atas sejadah usang tu dia mula berfikir tentang kehidupannya kembali.
“teruknya diriku. Masa banyak duit seketika dulu aku tak pernah pulak puasa sunat. Bukan terlupa tapi sebab lebih mementingkan nafsu makan. Alasan untuk makan senang saja. Nanti kalo aku tak makan orang akan kata aku kurus. Alahai lemahnya iman. Berbuat sesuatu atas dasar kata-kata orang bukan atas dasar untuk mendapat keredhaan Allah. Bukankah sepatutnya aku makan pun kerana Allah.”
Sekali lagi dia beristighfar “astaghfirullah hal azim”
“Allah bagi ujian ini kepada aku disebabkan sudah lama aku tidak berpuasa sunat. Allahuakbar besarnya kasih sayang Allah kepada hambanya. Inilah caranya Dia mengingatkan hambanya yang terlena dan terlalai dihanyut gelombang ombak cinta dunia. Patutlah aku tak dapat jadi kaya, kalo aku kaya nanti lagi aku terlalai. Ya Allah tetapkan lah aku di atas jalan Mu yang benar”
Seusai itu juga dia melangkah mempersiap diri, cuba keluar dari rumah untuk membuat sesuatu yang lebih berfaedah. Dia cuba menghayati makna puasa yang dia laksanakan hari itu. Dia tahu antara hikmah berpuasa adalah untuk mengetahui dan rasai sendiri bagaimana nasib orang yang miskin, tiada duit, tiada pendapatan, sakit dan tiada pendapatan.
Sesungguhnya,
Saat merasa lapar itu sungguh menduga iman,
Saat itu dirasakan begitu panjang,
Saat itu dirasakan dunia itu nikmat,
Saat itu dirasakan duit itu penting,
Saat itu mula mencari salah orang lain,
Saat itu perut mula menyanyi,
Saat itu otak mula ligat berfikir,
Berfikir untuk tidak lagi lapar esok hari.
Saat merasa lapar itu sungguh menduga iman,
Saat itulah merasakan diri sedang diduga iman,
Saat itulah rasa diri telah lama jauh dari Dia,
Saat itulah rasa diri ini lemah sekali,
Saat itulah rasa diri ini sedang ditegur,
Saat itulah juga otak mula ligat berfikir,
Berfikir untuk esok tidak lagi lalai dariNya
Sesungguhnya saat merasa lapar itu ada dua,
Dua yang jadi pilihan dan dilema diri,
Saat itu juga di mana iman kita,
Saat itu juga yang mana pilihan kita,
Saat itu juga pilihan adalah sebagaimana iman kita,
Saat itu juga diri menjadi sebagaimana iman kita,
Saat itu kita pun tidak tahu siapa kita,
Saat itu iman jadi timbang taranya,
Saat itu tiada lagi guru yang mengajar,
Saat itu tiada kawan untuk mempengaruhi,
Saat itu syaitan pun tidak layak menguasai,
Hanya iman yang mempertahan haluan diri,
Ditentukan oleh Nakhoda diri
Saat itu puasa adalah alasan,
Saat itu puasa suatu kepuasan,
Saat itu puasa jadi suatu kepayahan,
Saat itu puasa jadi suatu ikutan,
Saat itu puasa jadi fahaman,
saat itu puasa adalah puasa,
saat itu hanya satu,
saat itu antara lapar atau menahan diri
saat itu bersama nakhoda diri
p/s: ada orang kata dia rindu nak jejakkan kaki ke masjid al aqsa dan masjid nabawi. Persoalannya adakah masjid-masjid sekitar rumah tu sudah dijejak dan dimakmurkan sebelum dijejakkan kaki di masjid suci yang lagi jauh jaraknya.
p/s: ingatlah kita ini bukannya mempertahankan keislaman persatuan kita tapi mempertahankan agama islam itu sendiri dan yang lebih penting sejauh mana kita bertanggungjawab menjaga kesucian islam pada diri kita.
Monday, July 18, 2011
business trip
12-17julai join business trip ke miri, serawak.
tujuan ke sana adalah untuk mencari market baru, meluaskan empayar business dan mencari pengalaman baru.
perjalanan dari airport senai,johor ke kota kinabalu (transit). dari kota kinabalu ke miri. di miri buat roadshow dalam airport selama 3 hari. kemudian bertolak balik dari miri ke kota kinabalu (transit) dan terus ke senai airport.
banyak pengalaman baru ditimba dari perjalanan ini. insyaAllah akan dikongsi dalam entri akan datang.
p/s: maaf masih lagi kepenatan dan badan kurang stabil
p/s lg: bulan romadhan bakal menjelma. rasa rindunya makin menebal dan tak sabar untuk menghadapinya :D
Friday, July 8, 2011
simpan
"sape yang tak nak simpan duit. tapi kau tahulah hidup kat KL ni kan. gaji pun ciput jek. nak beli barang keperluan rumah lagi. bayar bil air, letrik, telefon, astro. sewa rumah pun mahal. pastu aku hantar duit kat mak ayah kat kampung. itu perkara yang wajib aku lakukan"
ini antara respon bila aku bertanya tentang duit simpanan kepada kawan-kawan. biasanya aku akan senyum dan terus tersenyum. kemudian aku jawab camni
"tahniah sebab ko ada bg duit kat mak ayah di kampung. itu je yang aku boleh puji tapi apa yang ko katakan tu adalah perkara biasa dan memang itulah jawapan yang aku dapat bila tanya tentang simpan duit. sekarang ni adakah ko masih nak macam tu atau ko nak berubah dan dapat simpan duit dan yang lebih penting adalah ko akan achieve financial freedom. kalo ko mahu dan setuju aku akan cuba bantu dan guide ko"
apa yang berlaku adalah kita tidak ada tabiat menyimpan duit. apa yang kita lakukan adalah dpt duit atau gaji terus fikir pasal hutang, bil, sewa dan barang keperluan. kita tidak pernah fikir tentang simpan dulu kemudian baru fikir untuk perkara2 lain. point utama kat sini adalah bila dapat duit atau gaji SIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI DULU = I PAY FOR MYSELF 1ST
berapa banyak nak simpan?
kalo ikut petua pakar at least 10% dari duit atau gaji yang kita dapat perlu disimpan. namun agak susah untuk orang yang tak biasa menyimpan untuk laksanakan perkara ni. jadi keperluan utama untuk diorang adalah belajar menyimpan terlebih dahulu.
belajar menyimpan
pertama sekali cuba create satu tabung. tak kisahlah guna botol ker, kotak, tin, buluh, atau apa-apa material sekalipun untuk dijadikan tabung. pada tabung tersebut sila tulis "financial freedom fund". matlamat yang perlu dicapai adalah menyimpan duit sehingga rm1000. apa yang perlu anda lakukan adalah menyimpan duit setiap hari. ingat SETIAP HARI. simpanlah walaupun sepuluh sen. jumlah untuk disimpan tidak perlu diutamakan. yang utama adalah anda perlu menyimpan SETIAP HARI. kemudian anda perlu catat jumlah simpanan anda setiap bulan. lagi bagus jika anda dapat pastikan jumlah simpanan duit anda semakin meningkat untuk bulan yang seterusnya. jika ia semakin meningkat maka itu merupakan suatu pencapaian untuk diri anda sendiri. ingat matlamat anda menyimpan adalah untuk mengumpul duit sehingga rm1000. bila dah cukup rm1000 anda perlu lakukan langkah seterusnya. langkah seterusnya akan sy ceritakan pada entri selepas ini.
ingat: duit yang telah anda masukkan dalam "financial freedom fund" tidak boleh digunakan. jika anda ambil atau guna duit dalam tabung tersebut bermakna anda telah mengkhianati diri anda sendiri. so boleh lupakan cita-cita untuk achieve financial freedom.
selamat beramal
Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard for their money.
Rich people see every dollar as a "seed" that can be planted to earn a hundred more dollars, which can then be re-planted to earn a thousand more dollars.
i pay for my self first
petua untuk mendapat kebebasan kewangan adalah “saya bayar untuk diri sendiri dulu”. Itulah petua yang makin kerap kita dengar hari ini namun susah untuk dilaksanakan. Bukan sebab susah sangat pun. Namun sebab kita telah terbiasa dengan keadaan settlekan bil-bil, hutang, beli belah barang keperluan dan duit yang lebih baru disimpan. Itupun kalau ada lebih. Situasi biasa berlaku adalah sebelum cukup bulan duit dah kering. Apatah lagi nak menyimpan. Baru-baru ni aku sertai seminar “millionaire mind intensive seminar” di PWTC. 3 hari suntuk berada di sana. Aktiviti dari jam 8 pagi sampai 10 malam. Dalam seminar tu pun ada menyatakan tentang prinsip “i pay for my self first”. So kalo korang rasa susah sangat nak menyimpan duit atau membayar untuk diri sendiri dulu, xusahlah bercita-cita nak jadik jutawan. Bunyi cam negative statementkan. Tapi itu lah hakikat.
Cuba kita tengok kepada suatu sudut yang lain. Konsep my self first ni pun ada dalam kita berdoa atau dalam kita memberi nasihat. Setiap kali berdoa tu berdoalah untuk diri sendiri dulu barulah berdoa untuk orang lain. Begitu juga bila memberi nasihat. Bagi nasihat untuk diri sendiri dulu baru niat untuk dikongsi kepada orang lain. So janganlah janggal sangat nak buat sesuatu untuk diri sendiri.
Susah nak disiplin?
Memanglah susah sebab tak pernah nak mula. Kalau nak naik tangga sekali pun kena pijak anak tangga satu per satu baru leh sampai atas. Kalo susah jugak, ada kaedah lain untuk disiplinkan. Salah satunya adalah membuat autodebit ke dalam akaun yang memang susah untuk dikeluarkan. Sebagai contoh simpanlah di dalam akaun unit amanah. Untuk keluarkan kena amik masa 7 hari untuk proses. So selamat lah duit kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)