i k l a n

Wednesday, April 25, 2012

Sepupu sepapat


Kalo nak sebut senarai sepupu memang aku surender sebab ramai sangat. Aku juz nak kongsi ceritera pasal dua orang sepupu aku nih. Dua-dua mempunyai persamaan iaitu berambut panjang. Cam aku citer dalam satu entri berkenaan rambut dulu, aku memang ada cita-cita nak berambut panjang sampai ke bahu. Kalo rambut depan tu kalo boleh hingga menutup mata. Tapi aku nak buat bukan sebab terpengaruh ngan diorang tapi itu apa yang lahir dari naluri diri. (tapi tak pernah pulak aku buat lagi rambut panjang gitu). Biasanya bila berambut panjang ni orang akan lebih fikir negatif.

Berbalik semula kepada kisah sepupu aku yang dua orang ni, kalo dilihat dari latar pendidikan masa sekolah memang diorang ni hebat sebab diorang bersekolah di sekolah bertaraf A. Sorang masuk sekolah sains dan sorang lagi sekolah menengah agama terpilih. Kalo cam aku ni tak leh nak lawan la sebab hanya sekolah kat sekolah kampung biasa jek. Tapi bila dah semakin dewasa ni lain pulak jadinya. Sorang tu dapat masuk UTP tapi belajar tak habis dan sorang lagi belajar setakat tahap diploma.

Kemudiaan apa yang berlaku, sorang tu keje freelance sebagai jurukamera dan jual barang cenderamata kat pulau. Pulau mana tu aku tak ingat. Yang sorang lagi pulak jadi penganggur terhormat. Ke hulu ke hilir ntah ke mana pun tak tahu. Tapi bukan itu perkara yang aku nak highlight.

Aku nak citer pasal keperibadian dua orang sepupu aku nih. Bila tengok kat fb, sorang ni lebih mendokong budaya bebas dan kebebasan. Sorang lagi macam bebas jugak tapi masih ada unsur ketuhanan. Semua tu aku boleh lihat dari setiap status update dan gambar yang di upload. Ye..walaupun kedua-duanya berambut panjang tapi keperibadian dalaman itu cukup berbeza. Mungkin hasil dari didikan sekolah agama yang sedikit sebanyak masih melekat dalam diri.

Jadi apa yang aku dapat rumuskan sedikit dari kisah dua sepupu aku tu adalah nilai pendidikan yang kita kejarkan hari ni sedikit sebanyak akan membentuk peribadi anak-anak bila dewasa. Jangan pernah berasa cukup dengan pembelajaran subjek agama di sekolah. Jangan pernah berasa cukup dengan buku-buku agama yang banyak kita belikan. Maka cukupkan lah mereka dengan nilai-nilai agama di rumah. Jadikanlah diri kita contoh yang diikut oleh anak. Ceritakan lah bagaimana sifat rasulullah saw yang perlu diikut sebagai panduan kita umat islam. Kalo tak tahu citer, korang beli jek buku kat kedai dan baca kat anak-anak. So korang pun dapat tau dan faham sambil memahamkan anak-anak sekali. Tapi kalo korang rasa tak leh blah buat camtu, korang bukak rancangan beragama kat tv cam motivasi pagi, tanyalah ustaz atau bersama ustaz Don atau nak senang bukak je TV Alhijrah. Banyak rancangan agama di situ. Pastu paksa anak-anak korang untuk tengok. Takpe kalo diorang tertido skali pun sebab segala input itu akan masuk dalam minda separa sedar. Dan kalo korang rajin sikit, korang bawak je gi dengar ceramah agama kat masjid. Tapi.....ceramah agama kat masjid sekarang ni banyak citer politik kepartian.

Tapi apa-apa pun janganlah pernah rasa cukup ilmu agama pada anak-anak. Sampai besar mana sekali pun anak-anak itu, tetaplah didik mereka dengan kaedah bersesuaian. Mungkin bila dah besar dan dok berjauhan, bila dia call, cubalah tanya “apa khabar iman muhsync sekarang ni?”. “Solat masih di awal waktu ker?”. Perghhh...sweetkan kalo mak kita tanya gitu

jap...apsal aku tetiba jadi penceramah keibubapaan pulak ni..!!

peserta kursus: sy ada satu soalan, berapa bilangan anak inchik muhsync?
Inchik muhsync: erhmm...anak sedara ada 13 orang, anak tekak ada satu, anak mata ada dua tapi anak sendiri belum ada sebab sy baru je lulus kursus kawen minggu lepas. Baru dapat sijil untuk kawen :D

Peraduan gores dan menang


HAHAHAHHAHAHHAHAHAHA 99x gelak sampai guling-guling

Aku mulakan entri kali ni dengan gelak panjang serta kata-kata membijakkan diri

Bak kata kawan aku “duit ini asalnya di tangan kita, tapi kita yang bagi kat orang lain”
Kata aku pulak “nothings for free dan aku tak percaya dengan PERCUMA”

Kalo ada benda percuma pun memang kita tetap kena bayar sebab takde benda percuma yang diberi dengan percuma

Ini hari aku cukup murah hati nak kongsi KISAH BENAR yang aku baru je alami. Betol beb, aku tak tipu. Ini kisah memang masih panas dan rangup lagi. Al kisahnya bermula petang semalam, sorang kawan ni dia call minta tolong temankan dia ke bandar. Kononnya dia telah menang satu peraduan dan hadiahnya sebuah kereta toyota camtulah kot. Dan kalo tak dapat kereta pun, dia tetap akan pulang dengan wang tunai RM15k. Fuuyyyooooooo..!! masyuk betol hadiahnya

Pastu aku pun teruja lah dengar lantas tanpa rasa segan dan silu bertanya peraduan apa yang ngko masuk nih?? Tetiba nada dia berubah sikit, dia cakap “macam” peraduan gores dan menang jugak lah dan perlu bayar sedikit duit untuk menyertai peraduan tersebut. Aiikkkk...aku dah mula syak something..!! dan kat situ mulalah aku membangkang dan aku terus cakap dengan tegas dan sekali lagi tanpa segan silu “AKU TIDAK PERCAYA”. Tapi mamat ni tetap jugak memujuk aku untuk menemaninya esok. Dia cakap, xpe kalo aku tak percaya. Tugas aku hanya menemaninya. Dia cakap lagi..kalo memang betol benda tu tak betol esok, ko gelaklah kat aku. Aku ni jenis lembut hati gak, okeylah pendek kata aku pun bersetuju untuk temankan dia ke bandar untuk ambil hadiah.

Dan tiba di waktu yang dijanjikan, kedatangan kami disambut mesra dan penuh terhormat sekali oleh dua orang remaja lelaki dari bangsa yang kononnya pandai berniaga (bukan sebangsa dengan aku). Tempatnya disebelah atas blok rumah kedai. Tiba je kat atas bangunan tu, aku dah mula fikir lagi negatif. erk...teruk sangat kot tempatnya. Macam rumah pelacuran yang aku tengok kat tv tu pun ada gak rupanya. Sebab kat situ banyak bilik kecik-kecik. Dan kami di bawa ke dalam sebuah bilik kecik tersebut. memang hampeh, dengan kerusi plastik murah, meja buruk dll. Kemudian datang lah si boss yang berpakaian kasual dan bercakap lebih formal untuk menerangkan syarat penyertaan.

Aku dari awal lagi dah set dalam minda aku untuk menolak apa-apa yang berlaku dalam bilik tersebut. aku tak akan bersetuju apa-apa. Aku memang blok diri aku dari menerima apa-apa. Sampaikan budak cina dua orang tu pun dah takut nak bercakap dengan aku. So aku kat situ umpama tunggul yang mamang tak terlibat langsung. Tapi yang bestnya setiap helaian duit yang nak dibayar kat diorang perlu dicatat semua no siri kat satu borang. Disebabkan terlalu banyak helaian duit kawan aku nih. Dia minta tolong untuk aku sama-sama isikan borang dan no siri duit. Aku dengan tetiba jadi bodoh matematik pulak masa tu. Aku tak kira jumlah sebenar duit yang mamat tu bawa. Sedangkan aku yang tulis jumlah helaian duit RM50 = 28 keping dan RM100 = 60 keping. Korang yang bijak matematik sila congak jumlah sebenar duit yang member aku tu akan bayar kat mereka..!! aku memula tu ingatkan member aku tu bayar seribu jek tapi rupanya berganda-ganda. Perghhhh (ini kalo melabur under aku pun masyuk beb)

Okey..aku pendekkan citer sebab aku letih nak taip dan menyusun ayat. Aku penat gelak lebih-lebih ni. Member aku tu pun mulalah buka kad gores yang dia dapat. Dan hadiah yang dia dapat adalah sebijik dapur elektrik nano yang diorang cakap berharga RM15K. What the heck dapur letrik camtu sampai RM15K. Seingat aku, harga promosi paksa yang aku kena dulu pun baru bernilai RM2k. Aku dah mula tarik muka. Kawan aku dah bersuara dengan nada kesal. Dia cakap yang dia tak guna pun dapur letrik camtu. Dia hanya guna dapur gas jek. So si mamat penipu tu pun cakaplah yang dapur tu dia boleh jual jika tak nak. Dan mereka boleh jualkan. Tapi syaratnya adalah kena bawak balik dapur tu dulu kemudian tunggu 15 hari dan mereka akan bayar RM15K tunai. Siap cakap selepas 15 hari tu dia akan bayar duit tu di bank untuk pastikan duit tu adalah tulen. Member aku ni dah mula mempersoalkan harga sebenar produk tersebut. jenama memang tak pernah dengar apatah lagi dilihat. Dan keadaan menjadi bertambah gawat bila mana berlakunya pertikaman lidah. Tapi sebenarnya scene nih aku tak leh nak citer dengan benar sebab aku dah keluar. Kebetulan ada meeting. So citer pertengkaran ni kawan aku citer balik selepas aku selesai meeting. Yang paling best, kawan aku ni telah diugut akan disaman di mahkamah. So kawan aku agak kaku sekejap. Pastu dia cakap dia akan bayar duit tu, tapi dia nak tahu siapa penganjur sebenar? Apa nama syarikat? Tapi biasalah bilamana emosi menguasai diri, cina tu dah tak leh jawab dengan waras lagi selain kata yang syarikatnya ada di KL. Kalo takat cakap kat KL, aku pun bleh cakap syarikat aku kat america syarikat kat jalan wall street. Hahahhaha...aku nak gelak lagi nih. Bilamana dah dapat jawapan macamtu, member aku terus cabut. Tapi sebelum tu dia cuba ugut dengan kekerasan jugak dengan membawa sorang member diorang yang bertubuh besar. Tapi alhamdulillah kawan aku ni dapat balik dengan selamat.

Soooooooooooooooooooooooo...pengajarannya korang buatlah sendiri. Kawan aku tu tak leh nak salah kan aku kalo aku gelak besar pun sebab dia sendiri yang cakap kelmarin. Tapi aku takde lah gelak depan dia, gua tahan beb demi tak nak melukakan hati kawan. Dan gua tak citer kat orang pun kisah lu. Aku citer kat blog ni untuk pengajaran dan teladan orang ramai. Aku tak tulis nama lu beb...hehehehe.

Hidup ni tidak lari daripada diuji. Samada kita diuji dengan dugaan hidup atau diuji dengan kenikmatan hidup. Kedua-duanya adalah ujian. Jadi samada kita mendapat dugaan atau kenikmatan maka ingatlah akan Allah banyak-banyak supaya kita tidak leka hingga terjerumus dalam lembah hina di sisi Allah.

Aku tak salahkan kawan aku tu pun. Maklumlah kekadang manusia akan jadi buta kebenaran bilamana dibayangi oleh wang dan cinta. Kalo wang kita mula akan jadi tamak, kalo cinta kita mula jadi buta cinta. So tak heranlah orang boleh tertipu dengan wang dan cinta. Sebab wang dan cinta telah menguasai melebihi kebenaran.

Sebelum menamatkan entri ini, gua nak share sekali lagi kata-kata hikmah di atas

 “duit ini asalnya di tangan kita, tapi kita yang bagi kat orang lain”
 “nothings for free dan aku tak percaya dengan PERCUMA”

Kalo ada benda percuma pun memang kita tetap kena bayar sebab takde benda percuma yang diberi dengan percuma

p/s: masuk peraduan camtu aku rasa cam main tikam nombor pun ada. So main tikam nombor tu macam berjudi lah jugak. Kalo berjudi tu maksudnya...haram ke riba ek? Sape tau tolong jawab...

Monday, April 23, 2012

langit Allah

alam yang indah adalah alam selepas turunnya rahmat Allah yakni selepas hujan


mengimarahkan masjid


Alhamdulillah (syukur pada mu Ya Allah) atas kesempatan dan kekuatan yang Allah kurniakan dapat aku menghadiri satu majlis rehlah dakwah bersama tetamu kehormat habib umar ben hafidz di masjid UTHM. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad saw serta keluarganya, majlis yang ringkas begitu mengujakan. disebalik keterujaan itu terselit suatu ketenangan yang cukup indah. 

aku begitu teruja masjid baru uthm itu dipenuhi oleh makhluk yang bernama manusia disetiap sudut. dari tingkat bawah sampai atas. ramainya makhluk itu berganda-ganda melebihi makhluk yang hadir pd waktu solat jumaat. jangkaan kehadiran oleh pihak penganjur adalah seramai 10 ribu umat manusia yang beragama islam tanpa mengenal bangsa dan fahaman politik kepartian. itu baru makhluk manusia. aku tidak tahu tentang kehadiran makhluk yang diberi nama malaikat. al maklumlah malaikat yang hadir dimajlis halaqah ilmu akan membuat halaqah ilmu itu berturutan sampailah kelangit. jadi tidak hairanlah dibalik keterujaan aku dengan penuhnya masjid dengan makhluk manusia wujudnya ketenangan yang cukup indah. 

antara pesanan habib umar:
sentiasa mengimarahkan masjid, setiap langkah kita masjid akan diganjari pahala. akan ada malaikat yang mengenal orang yang selalu ke masjid. jika dia sakit dan tak dapat ke masjid. malaikat tersebut akan datang menziarahi. dan jika dia mati, malaikat tersebut akan menziarahi jenazahnya dan sama-sama menghantar janazahnya  ke perkuburan. 

balik dari majlis
sempat berebut amik nasi beryani. tapi masa sedang keluar dari parking kereta, kereta aku tersekat dek banyaknya pula makhluk kenderaan yang pelbagai no platnya. ada yang plat singapura. wahhh...orang singapura pun sanggup datang ke sini untuk mengambil peluang bertemu dengan orang alim yang dalam batang tubuhnya mengalir darah keturunan rasulullah saw. alangkah ruginya orang kita yang duduk dekat area sini tak datang. insyaAllah lain masa kita sama-sama rebut peluang yang ada. itupun kalo roh masih lagi dalam tubuh. 

pesanan dari penaja:
sesungguhnya yang menghidupkan masjid itu adalah majlis ilmu.
majlis ilmu yang menyatakan kebenaran itu begitu manis. seperti manisnya gula yang dihurungi oleh semut-semut. 

jadi tak heranlah jika kita tengok majlis ilmu bersama ustaz azhar idrus memang penuh makhluk dalam masjid. aku pernah sekali hadir ceramah ustaz azhar ni. kebetulan balik kg dan dia dtg berceramah di masjid di kampung. memang luar biasa penuh dengan makhluk yang tak pernah nampak batang hidungnya selama ini

Komen dari pelajar


Alhamdulillah minggu lepas (masa entri ini ditulis) pelajar telah mula mendapat markah masing-masing. Mungkin akan ada yang terkejut atau ada yang tak sangka atau ada juga yang tak puas hati dengan markah masing-masing. Namun itulah yang diperolehi sewajar dengan usaha yang diberikan.

Menyoroti kembali proses mengajar yang lepas, banyak komen dari pelajar yang tidak berpuas hati dengan cara pengajaran aku. Didapati hampir 60% pelajar yang agak tidak berpuas hati dan selebihnya berupa komen yang agak natural dan ada yang positif dengan style pengajaran yang aku lakukan.

Rata-rata komen yang tak berpuas hati disebabkan cara pengajaran yang agak terbuka dan tiada betul serta salah. Ada yang yang dengan begitu tulus menulis hanya datang kuliah untuk tanda kedatangan sahaja. Ada yang membandingkan dengan kursus lain. Ada juga sebahagian yang tidak berpuas hati dengan pengajaran dalam lab dan sebahagian lagi pengajaran kuliah.

Bagi komen yang agak natural dan positif pula, lebih kepada mengucapkan selamat maju jaya, suruh cepat berumahtangga dan mengucapkan terima kasih atas ilmu yang diajarkan. Ada yang begitu positif dengan cara pengajaran yang agak terbuka ini, ada yang memahami yang mereka diajar untuk belajar berdikari bukan dengan cara disuap lagi.

Berbagai-bagai komen yang diperolehi. Aku terimanya dengan tulus. Aku ada prinsip tersendiri dengan gaya dan cara pengajaran sebegitu. Tugas aku adalah mendidik mereka menjadi insan yang dapat berdiri atas kaki sendiri bila berada di alam kerjaya sebenar. Aku mengajar mereka menghadapi realiti sebenar di luar sana. Aku mengajar mereka bukan untuk lulus atau hanya untuk mendapat “A” dalam kursus tersebut.

Rumusan yang aku perolehi adalah SIKAP. Sikap inilah yang membawa kepada AKIBAT. Inilah yang berlaku kepada pelajar tersebut. bagaimana pernyataan sikapnya terhadap sesuatu itu telah diterjemahkan melalui hasil keputusan untuk kursus tersebut. Alhamdulillah aku dapat mengingati hampir semua pelajar dalam kursus tersebut terutama yang agak nakal, bijak, membijakkan diri, suka bertanya dll.

Aku mengajar untuk dua seksyen. Dari komen yang diperolehi didapati pelajar dalam satu seksyen ni agak positif dalam komen tersebut dan bila diamati keputusan keseluruhan yang diperolehi oleh pelajar seksyen tersebut lebih cemerlang berbanding seksyen yang lagi satu. Cemerlang itu dari segi jumlah pelajar yang mendapat “A” dan markah yang terendah direkodkan.

Jadi kita boleh lihat bagaimana pernyataan SIKAP kita terhadap sesuatu akan diterjemahkan kepada AKIBAT yang akan kita perolehi. Ia selaras dengan hukum tarikan (law of attraction). Bagaimana kita fikir, kita cakap dan kita buat akan menghasilkan keputusan yang selaras dengan fikiran, percakapan dan perbuatan kita itu juga. Dalam Al-quran Allah menyatakan “Allah bersama sangkaan hamba-hambanya..” jadi ayuh kita tukar prasangka yang ada dalam diri kita, tukar cara fikir, cara cakap dan cara kita bertindak.

Semoga apa yang kita FIKIR, CAKAP dan BERTINDAK adalah selaras dengan syariat ALLAH swt
buat para anak didik ku, sesungguhnya aku meredhai segala ilmu yang telah kucurahkan. 
semoga ALLAH merahmati kalian

Thursday, April 19, 2012

pause

wamakaru, wamakarallah, wallahukhairulmakirin
kita merancang, Allah juga merancang, Allah lah perancang terbaek

sedang mengubah beberapa perubahan perancangan sebelum ini,
tengah cari tune baru :D

Thursday, April 5, 2012

tazkirah

baru ku tahu

ramai yang hisap rokok tak baca basmallah
nak beromen pn tak baca basmallah
nak mencuri juga tak baca basmallah
nak amik duit rasuah pun tak baca basmallah
yang minum arak terus lupa nak baca basmallah

agak-agaknya kalo diorang ni ingat nak baca basmallah,
adakah diorang ni akan teruskan hajat untuk merokok, beromen, mencuri, amik rasuah, minum arak dll.

ingat juga,
mati itu tidak bersyaratkan tua dan sakit
mati itu suatu yang benar dan semua orang membenarkannya

ingat juga,
walau apa pun yang kita lakukan,
kita hendaklah kembali kepada Allah.

kembali kepada Allah ada 2;
1) kembali ke jalan Allah
2) kembali kepada Allah (mati)

apa yang dirisaukan adalah kita kembali kepada Allah (mati) tanpa sempat kita kembali kepada jalan Allah.
nauzubillah

lakukanlah segala perkara bermula saat ini dengan berniat kerana Allah dan kita baca basmallah. Moga Allah redha dengan segala pekerjaan kita dan mendapat rahmat dariNya. insyaAllah

basmallah = bismillahirahmanirahim = dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Wednesday, April 4, 2012

berniaga

rata-rata semua tahu kaum mana yang monopoli perniagaan.
dan tak kurang ramainya yang mengiktiraf kaum ini tentang kepandaian mereka berniaga.
tapi betol ker diorang pandai berniaga? atau ada satu strategi yang dinamakan sebagai MONOPOLI.

aahh..itu semua tak penting. tapi aku memang tak puas hati. sebabnya aku cari kedai jilid thesis semuanya dikuasai oleh kaum ini. dan yang lagi memanaskan perasaan tak puas hati aku adalah bilamana diorang ni takde adab dengan costumer. (ini dah jadi sesi luahan ketidakpuasan hati)

tapi aku takdelah nak kaitkan ngan perkauman pun. sebab ada juga peniaga dari kaum ni yang tersangat friendly dengan aku. cuma bilamana terjadi kes gitu memang agak panas skit la. and then aku istighfar banyak-banyak sebabnya aku baru sedar yang syaitan telah menguasai diri aku. kemudiaan syaitan pun pergi lari jauh-jauh (ohhh...dah mula mengarut).

anyway...orang islam yang beriman lagi bagus cara berniaga. boleh cuba contohi abdul rahman bin auf. sahabat nabi yang sangat pandai berniaga dan KAYA.

sebenarnya aku tengah mencari karya-karya tentang sahabat-sahabat nabi yang kaya. nak ikut jejak langkah mereka. insyaAllah

sesapa yang ada cadangan leh usulkan kat aku tanpa rasa segan dan silu
(silu ni apa..?)

pasal kawen lg

baru aku tahu...
kenapa begitu banyak prosedur untuk berkahwin perlu dilalui. 

jawapannya adalah:
supaya kita rasa betapa susahnya nak kawen. dan kita akan memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil tindakan untuk berpisah or bercerai. 

tapi...
bukan ker yang mudah itu lebih diutamakan atau ia sekadar alasan semata-mata bagi mengabui karenah birokrasi yang berganda.

yang mudah telah disusah payahkan
yang susah akan dibelenggu
yang payah akan berhenti disitu

islam itu indah dan mudah

tawaran phd lg

dulu penah tolak satu tawaran sebab tak memuaskan. kali datang lagi dengan tawaran yang sebijik macam aku nak...tapi masalahnya tajuk belum tengok lagi...kali ni istikharah lebih fokus lagi lah. doakan aku yang terbaek kekawan sekalian

Tuesday, April 3, 2012

hantu menghantui

ada 2 perkara yang menghantui pemikiran aku ketika ini. pertama berkenaan dengan tawaran sambung belajar ke peringkat PhD dan conference paper.

sebelum ni aku dah citer pasal satu tawaran geran penyelidikan, dan sebentar tadi datang lagi satu tawaran geran penyelidikan yang lain pulak. adoiii...dugaan betollah. nak sambung ke tak nak sambung ni. nak rehat dulu ker nak sambung terus..!! nak buat kat sini jugak atau kat tempat lain pulak..!!

citer pasal conference pulak, memang lah aku dah selesai master. tapi aku ada hutang satu paper dengan sv. sepatutnya aku perlu siapkan 4 paper sepanjang sambung master itu hari. tapi yang berjaya aku laksanakan hanyalah 3 paper saja. nasiblah dah ada hantar untuk conference yang bertaraf international jugak. dan sekarang ni aku terpaksa gagahkan diri untuk siapkan satu lagi paper. ini peluang terbaek aku. ICME 2012. yang bagusnya ICME 2012 ni adalah seperti berikut:


All accepted papers of ICME-2012 will be published in the Applied Mechanics and Materials Journal (ISSN: 1660-9336).
Applied Mechanics and Materials (ISSN: 1660-9336) is Indexed by Elsevier: SCOPUS www.scopus.com and Ei Compendex (CPX) www.ei.org, Cambridge Scientific Abstracts (CSA) www.csa.com, Chemical Abstracts (CA) www.cas.org, Google and Google Scholar google.com, ISI (ISTP, CPCI, Web of Science) www.isinet.com, Institution of Electrical Engineers (IEE)www.iee.org

so kira berbaloilah kalo paper aku terpilih untuk conference ni :D 


akan ku ambil peluang keemasan ini..!!
doakan aku jugak :D
Related Posts with Thumbnails