i k l a n

Tuesday, January 11, 2011

belajar di universiti


Baru-baru ni aku telah ditanya oleh seorang mahasiswa universiti tentang cara dan kaedah belajar di universiti. Secara tidak langsung ia telah membawa aku mengenang kembali zaman belajar suatu ketika dulu. Memang tidak dinafikan kenapa persoalan tersebut boleh muncul adalah kerana kita jarang menemui buku tentang kaedah belajar di university atau sebarang buku khusus untuk motivasi belajar di universiti. Kebiasaannya yang ada banyak di pasaran adalah buku berkenaan motivasi pelajar untuk pelajar sekolah. Kenapa ia berlaku? Adakah mahasiswa sudah tidak perlukan sumber buku-buku ini atau mahasiswa ni sudah terlalu bijak dan pandai?

Mengimbas kembali zaman belajar masa peringkat ijazah sarjana muda dulu, mengambil ijazah dalam bidang kejuruteraan ini cukup mencabar apatah lagi jika tiada dorongan dan bantuan untuk memahami sesuatu kursus serta tidak disertai dengan disiplin. Faktor kawan-kawan serta kaedah belajar itu yang menjadi taruhan jika factor kepandaian kurang dimiliki.

Sejarah pembelajaran di institusi pengajian tinggi bermula di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Di sini aku terkena kejutan budaya yang teruk sehinggakan pointer akhir aku selama setahun belajar di situ hanya cukup-cukup makan sahaja. Dengan tekad untuk tidak mengulang lagi perkara yang sama, di tahun satu di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) sekarang dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) aku memulakan pelbagai strategi bagi memastikan setiap semester aku akan dapat pointer 3 and above.

Langkah pertama: review sebelum masuk kuliah
Aku akan sedaya mungkin untuk membuat review tajuk-tajuk yang akan aku belajar dalam kuliah nanti. Tajuk-tajuk tersebut adalah berdasarkan proforma kursus yang telah diberi oleh pensyarah di awal semester. Cara membuat review adalah bergantung pada masa. Jika aku ada banyak masa, aku akan cuba memahami tajuk-tajuk tersebut terlebih dahulu dan kalau ada perkara yang tidak faham aku tinggalkan dulu sebab nanti akan belajar balik dalam kuliah atau boleh tanya pensyarah masa kuliah nanti. Jika masa yang ada adalah terhad, maka aku akan melihat secara sepintas lalu tajuk-tajuk, formula atau istilah yang tak biasa digunakan. Melalui kaedah ini secara tidak langsung ia membantu aku untuk mudah faham apa yang diajar semasa kuliah. Tumpuan dalam kuliah juga dapat difokuskan kepada perkara-perkara yang tidak difahami sahaja.

Langkah kedua: Tumpuan di dalam bilik kuliah
Tumpuan dalam bilik kuliah juga merupakan antara factor untuk kita memahami sesuatu tajuk. Jika kita tidak melakukan langkah pertama iaitu membuat review maka kita akan menghadapi masalah tumpuan dalam bilik kuliah. Ini kerana pada masa tersebut kita akan dapati terlalu banyak perkara yang kita tidak fahami dan perlu dipelari. Berbanding jika kita telah membuat review sekurang-kurangnya kita telah faham serba sedikit serta telah mempunyai gambaran tentang tajuk tersebut. Otak kita hanya perlu bekerja atau memberi focus yang lebih pada perkara-perkara yang tidak difahami sahaja. Secara tidak langsung ia telah membantu otak kita memberi tumpuan yang lebih kepada perkara tersebut. Bila tumpuan dapat diberikan dalam bilik kuliah ia akan membantu kita untuk faham dan ia akan membantu untuk kita membuat assignment, tutorial serta bila menghadapi kuiz, ujian atau peperiksaan.

Langkah ketiga: revision selepas kuliah
Aku akan cuba sedaya mungkin untuk membuat revision kembali apa yang telah aku pelajari secepat mungkin. Biasanya aku akan membuat revision selepas kuliah tersebut. Tapi jika tidak sempat, aku akan pastikan aku akan membuat revision juga dalam hari tersebut supaya aku tidak lupa terlalu banyak perkara berkenaan apa yang telah aku pelajari dalam bilik kuliah. Bagaimana membuat revision..? biasanya aku akan membuat nota ringkas tentang tajuk-tajuk yang aku pelajari. Dari nota ringkas inilah aku dapat mengetahui sejauh mana kefahaman aku dalam satu-satu tajuk tersebut. Contohnya jika ada melibatkan takrifan istilah atau formula atau rumus, aku akan cuba faham istilah tersebut terlebih dahulu (bukan sekadar hafal) kemudiannya aku akan menulis kembali istilah tersebut dalam bentuk dan gaya pemahaman aku sendiri. Bagi subjek yang melibatkan pengiraan, aku akan cuba membuat semula contoh-contoh yang telah diberi dalam kuliah.

Pengurusan Masa dan pemakanan
Masalah pengurusan masa merupakan perkara yang kerap dihadapi oleh mahasiswa. Maklumlah satu semester ada yang ambil sehingga 18 jam kredit dan ada yang ambil lebih. Kemudian, pensyarah pula banyak memberi assignment, ada projek kumpulan lagi, persediaan untuk kuiz dan ujian pun perlu juga. Bagi aku pula, jika kita dapat menggunakan masa secara optimum insyaAllah kita tidak akan hadapi masalah tersebut. Bagaimana pula penggunaan masa secara optimum..? aku mengaplikasi penggunaan masa secara optimum ini pada hari-hari kuliah (kebiasaannya hari isnin – jumaat).

Aku akan memastikan setiap masa dan ruang yang ada aku gunakan sebaik mungkin. Contohnya waktu pertukaran pensyarah, waktu menunggu ketibaan pensyarah atau jika pensyarah menghabiskan kelas awal atau jika tiba-tiba kelas tersebut dibatalkan, aku akan gunakan waktu-waktu ini untuk membuat review dan revision. Jika ada jarak waktu yang panjang antara setiap kuliah, biasanya aku tidak balik ke bilik. Aku akan duduk di library atau kat mana-mana pondok dan kekadang tu duduk di masjid sambil membuat review dan revision. Tapi bukan setakat review dan revision saja malah assignment dan lain-lain tugasan turut sama mengisi ruang waktu tersebut.

Rutin harian pula, aku biasanya akan cuba untuk tidak tidur di siang hari. Bagi aku waktu tidur adalah waktu malam. Kalau tidur pun waktu tengahari iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Tapi kalau nak tidur banyak, waktu cuti semester nanti tidurlah nak tidur selama mana pun..hehe. waktu tidur aku adalah bermula jam 12tengah malam dan akan bangun tidak lewat dari pukul 6 pagi. 6 jam tidur adalah lebih mencukupi bagi orang dewasa. Dan aku cuba pastikan tidurku tu adalah tidur yang berkualiti...zzZZzzZZz. jadi kalau kita dah dapat tidur yang berkualiti insyaAllah kita tidak akan hadapi masalah mengantuk dalam kuliah lagi.

Namun begitu faktor mengantok di dalam kuliah bukan disebabkan masalah tidur sahaja tapi ia melibatkan kepada faktor pemakanan. Mengantuk disebabkan oleh otak tidak mendapat bekalan yang cukup, badan menggunakan tenaga yang lebih untuk memproses makanan akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Seboleh mungkin jangan meninggalkan sarapan pagi. Boleh baca tentang sarapan pagi kat SINI. Perkara yang paling utama adalah minum air putih atau kosong sebanyak mungkin. Badan kan mengandungi 70% air atau cecair. Jangan lupa juga untuk memakan buah bagi menambah serat dalam badan.

sampai sini dah malas nak sambung..hehe

p/s: jangan lupa juga kepada empunya segala-segalanya didunia ini :D

Wednesday, January 5, 2011

Story of an eraser and pencil

Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....


sumber: forwarded email. thank to my friends shavohaqie fwd this very beautiful story :D

p/s: yang pegang pencil tu jangan lah tulis yang salah jek. tp xpe, belajar dari kesalahan. bak kata kawan aku "masa diusia muda ni kalo wat salah org akan paham sebabnya ko masih muda tapi bila ko dah tua dan masih wat salah macam orang muda memang nak kena sepak laa"

Sunday, December 12, 2010

Graf IMAN

pagi tadi aku tengok rancangan motivasi pagi. tajuk ceramah pasal "menambah keimanan". pe yang aku dapat kongsikan dari rancangan tersebut adalah graf iman nabi sentiasa menaik dari hari ke hari. graf iman malaikat adalah maintain je (tak naik dan tak turun). graf para sahabat nabi lak ada turun dan naik tapi bahagian naik adalah lebih tinggi dari bahagian turun. persoalannya bagaimana pula graf iman KITA..??

kalo korang belajar ekonomi atau amik tau pasal ekonomi grafnya adalah seperti di bawah

kalo kita umpamakan iman kita ni macam ekonomi. jadi iman bagaimana yang kita nak laburkan. iman macam nabi, malaikat atau para sahabat nabi? iman macam nabi dah sah-sah tak dapat sebab kita bukan nabi. sama juga iman macam malaikat pun tak dapat sebabnya kita bukan malaikat. sekarang ni yang tinggal adalah iman macam para sahabat nabi iaitu bahagian naik adalah lebih tinggi dari bahagian yang jatuh.

seperti mana kita nak ekonomi negara atau dunia bagus, seperti itulah juga sepatutnya kita latih, asuh dan didik iman kita ni supaya sentiasa naik lebih tinggi apabila jatuh. sebab tu lah aku guna perbandingan dengan graf ekonomi yang bermaksud analisis. seperti ekonomi yang sentiasa dianalisis bagaimana pula kita analisis iman kita?

pendapat aku bagaimana nak analisis iman adalah dengan cara muhasabah diri. seboleh mungkin adalah setiap hari. apa yang aku dapat kongsi seperti mana dikongsi oleh ahli motivasi dan ustaz, bermuhasabahlah di malam hari sebelum tido. cuba check perkara baek, buruk, dosa dan tahap kesyukuran kita pada hari tersebut. kemudian sudahkanlah sesi analisis (muhasabah) itu dengan solat taubat sebelum tido. senang je kan..

p/s: semua bola yang jatuh ke tanah akan melantun naik semula. bezanya antara semua bola itu adalah setinggi mana ia akan melantun naik semula :D

Friday, December 10, 2010

aKu diRisik ..erk


tajuk yang agak geli untuk pagi ni. mana tak nyer, aku ni lelaki bukannyer perempuan. pe kes lak lelaki yang kena risik. tak masuk akal neh. meh dengar citer sebenar..

al-kisah sebenar berlaku setelah 2,3 ari aku lapor diri di kampung halaman. alhamdulillah duduk di kampung ni agak tenang ditambah lagi dengan keadaan air turun dari langit tidak henti-henti 2,3 ari. aktiviti aku d rumah adalah mengadap buah ati tersayang (lenovo s10-3). lagi-lagi bila kat umah ni ada internet connection tanpa sebarang gangguan. so keje aku memang online le.

pada suatu malam, tetiba aku dapat panggilan dari seorang kawan lama. aku pn dengan selamba bergayut lah ngan kawan aku ni selama mungkin. lagi pun dia yang call aku. alaa dia wat call tu pun free jek sebabnya dia keje ngan telekom malaysia. mantop seyhh kawan aku nih. bertambah mantap bila dia ni pun ngah sambung master secara part time gak. dia ni kawan baek aku masa belajar dulu. dia ni rakan aku masa aku aktif dalam persatuan di universiti dlu. kami sama-sama berjuang untuk menaikkan kelab yang dah nak karam itu...

dipendekkan citer, tetiba dia tanya aku pasal kisah lama. terus aku kaku tak terkata apa2. dia tanya aku pasal aku ngan si dia yang dah tinggalkan aku laa. tapi dia memang dah tau pun. maklumlah kawan rapat kan. lepas tu dia tanya lagi dah ada pengganti ker? aku ingatkan soklan bese2 jek dari seorang kawan. rupanya dia nak MERISIK aku untuk adik dia. wah..hahahaha. lagi sekali aku terkedu tak terkata apa-apa. apakah..!! aku tak tahu nak describe camne keadaan aku ketika itu. adeh.. sungguh-sungguh lak dia nak aku kawan ngan adik dia ni. dia suh aku kawan dulu ngan adik dia (seorang doktor Mata hospital kerajaan) setahun or beberapa lama utk saling kenal. pastu kalo ok terus laa masuk minang. hurmm...

isunyer sekarang ni bukannya aku ni memilih pun tapi ... aku tak sudi lagi nak share ngan korang reasonnya..hehe :P
isu ni aku KIV dulu sebabnya aku ngah fokus giler-giler kat kerjaya aku sebagai UTC. dikesempatan ini kalo ada sesapa nak tahu pasal unit trust, bagaimana unit trust leh bantu masa depan korang, atau korang ada masalah ngan unit trust sebelum ni leh laa contact aku. InsyaAllah aku akan cuba bantu sedaya mungkin berdasarkan pengetahuan dan pengalaman aku sebagai UTC. okeyhh..sekian untuk kali ini

ini ada pesanan dari pakcik Napolean Hill
‎"If you can't do great things, do small things in a great way. Don't wait for great opportunities. Seize common, everyday ones and make them great."

Tuesday, December 7, 2010

tahun baru hijriah 1432



tahun hijriah telah masuk ke tahun yang berikutnya. tahun yang lepas telah berlalu pergi. yang akan dihadapi adalah hari-hari berikutnya yang bakal kunjung tiba. itupun kalo nyawa masih melekat di badan.

tika ini aku sedang bercuti di kampung halaman. keadaan kat sini hujan tak henti-henti. mendung jek langit. air tangki rumah sejuk macam air batu. anak-anak buah aku mandi guna air panas.

citer pasal tahun baru hijrah ni sebenarnya banyak benda yang aku belajar. bukanlah citer-citer penghijrahan nabi muhammad saw semata-mata tapi citer bagaimana tahun hijrah ini wujud dan diwujudkan. aku juga baru perasan bahawa bacaan doa akhir dan awal tahun itu pun tak pernah dilakukan zaman nabi. namun ia adalah perkara yang tak salah sebab kita berdoa untuk kebaikan. selain itu, aku tahu pengiraan tahun atau bulan hijrah ni berasaskan pergerakan bulan. itulah antara hikmah pergerakan bulan mengelilingi bumi. begitu juga dengan kalendar masehi yang mengikut pergerakan bumi mengelilingi matahari. kedua2 pengiraan itu disebut dalam alquran. kedua-duanya sama penting namun bagi orang islam lebih banyak merujuk kepada bulan hijrah. apa lagi yang aku tahu adalah apa yang kita lakukan hari ini hendaklah berasaskan ilmu bukan ikut-ikut sahaja. bagi yang masih lagi muda tu xpelah nak ikut-ikut. tapi yang dah agak macho cam aku ni kena la amik tahu asbab sesuatu perkara itu dilakukan.

bila masuk bulan baru atau tahun baru ini memang tak leh elak dari soklan pe azam baru. persoalan pe azam baru tu bukanlah satu perkara yang patut diutamakan tapi yang perlu diutamakan adalah MUHASABAH. Muhasabah inilah yang akan menentukan kembali apakah langkah yang perlu diambil untuk hari-hari yang berikutnya. bagaimana dengan azam sebelum ini? bagaimana pencapaian kita sebelum ini? perlu ke azam baru jika yang sebelum ini belum masih sempurna? Muhasabah ni dalam bahasa moden keMelaYuan dipanggil analisis. jadi sudahkah kita membuat analisis. orang-orang kejuruteraan atau ekonomi memang sangat suka ngan analisis. so buatlah analisis. kalo bleh pasni jangan tanya lagi apa azam baru tapi tanya juga bagaimana azam yang sebelum ini.

AKU
tahun ni masih lagi meneruskan azam yang sebelum-sebelum ni. banyak yang masih lum tercapai dan dicapai. banyak perkara yang perlu dibaiki dan harus diperbaharui. tahun ini aku perlu gandakan usaha dan hasil. tahun lepas dah boleh membuahkan hasil tapi masih belum capai target. tahun ni aku kena ubah strategi, style, pemikiran dan mungkin juga penampilan. aku kena bertambah yakin dengan diri aku sendiri tanpa perlu dibayangi oleh bayang sendiri atau bayang orang lain. aku perlu tahu apa yang aku nak. aku perlu tahu apa yang tak perlu untuk aku. the most important thing, aku harap aku dapat istiqamah dengan semangat ini. lebih berani bertindak.

k dah cukup aku kali ini.
harga minyak n gula naik so kena tambah pendapatan sbbnya pasni dengan pastinya harga barangan akan meningkat gak.

nak pinjam kata-kata somebody ‎"Don't let your fears stand in the way of your dreams!"
kata aku lak.."fears..!! plz get out from my way..huh..!!!"

Monday, December 6, 2010

menyibok di blog org

pagi td boring-boring aku g jejalan kat blog sorang kawan aku nih. tetiba tertarik ngan entri dia. korang baca laa sendiri kat sini
bukan pe pon. sebabkan aku tertarik ngan entri tu, aku TERbagi komen panjang lebar lak kat situ. eh dah jadik cam satu entri baru lak. nak tgk komen aku..? nah baca di bawah:

masyaAllah hebat betol entri kali ini.

bab riba’ ni satu isu yang skg ni gila2 diperkatakan dan diperdebatkan. sampai satu tahap tu pinjaman islamik kat bank islam pun dilabel sebagai “riba’ backdoor”. aku pun xsure sangat dalam isu yang lebih mendalam ni. itu bagi yang amik tau pasal isu riba’. ramai gak org yg terpelajar dan kononnya jawatan tinggi tu mmg tak amik tau langsung pasal isu riba’. mereka lebih titik beratkan isu makanan halal dan haram tapi isu makan riba’ atau nama glamor riba’ ni sebagai faedah, bunga dan dividen ini langsung tidak diambil peduli. walhal dosanya 36kali lagi teruk dari berzina. nauzubillah

isu minyak naik, gula naik, gas naik..
aku tertarik ngan komen PM Dr Ashraf Wajdi salah sorg tokoh muda dalam bidang kewangan islam dan merupakan calon UMNO yang kalah d kampung aku. aku quote jelah pe yang ditulis kat wall fb beliau:

“Ada sebab mengapa rakyat marah terhadap kenaikan harga minyak. Seperti yg saya telah sarankan beberapa kali dalam temuramah2 di telivisyen dan akhbar, daripada menubuhkan makmal rasionalisasi subsidi, lebih baik wujudkan makmal mengkaji secara komprehensif STRATEGI MENGURANGKAN BEBAN KOS SARA HIDUP RAKYAT. Kerajaan mesti lebih prihatin terhadap denyut nadi rakyat jika ingin terus relevan….”

komen aku…pekejadahnya nak rasionalisasi subsidi untuk rakyat miskin tapi patutnya fokus bagaimana nak naikkan pendapatan rakyat tanpa menaikkan kos sara hidup.

perjuangan kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat dengan mencanang “rakyat berpendapatan tinggi” langsung tak leh pakai sebabnya masa rakyat dh berpendapatan tinggi tu nanti taraf hidup pun cukup tinggi gak. so nothing happen. sama jek cam sekarang..yg kaya makin kaya, yang miskin terus miskin dan semakin miskin..

sori melepaskan geram kat blog ko lak..hihi

sekian itu jek komen aku yang tak tahu malu kat blog org. xpernah lagi wat perangai cenggini. first time ni..

p/s: ‎"The great end of life is not knowledge but action." - by Thomas Henry

Saturday, November 20, 2010

kisah pagi raya aidilAdha 1431H

terjaga dari tidur seawal jam 5.30pagi. sesedar dari tidur terus terdengar azan subuh. tanpa berlengah aku bangun lantas ke bilik air. perkara pertama yang aku buat adalah tengok cermin dan 1, 2, 3 and heeeee (smile). kemudian aku membersihkan gigi dengan satu alat yang dinamakan berus gigi dan menggunakan sejenis bahan kimia putih yang orang kebanyakkan panggil ubat gigi. aku tengok jenama ubat tu colgate. kemudian aku membersihkan dosa-dosa kecil yang ada pada muka, tangan, telinga dan juga kaki dengan menggunakan air paip yang disapu pada bahagian tersebut. kemudian aku terus ke ruang tamu dengan menggunakan sehelai kain bercorak masjid dan beriqamah dalam hati terus ke niatkan "aku solat subuh 2 rakaat kerana Allah taala", mengangkat takbir dan meneruskan aktiviti kewajipan aku pada pagi tersebut hingga selesai. sambil-sambil berzikir selepas solat aku terdengar dari kejauhan laungan takbir raya. sungguh syahdu sekali. haa...pagi ni pagi raya..!!

aku pun dengan ghairahnya mengambil baju melayu untuk diseterika. malang tak berbau, seterika tersebut berada ditahap kepanasan maksimum lantas telah menyebabkan bahagian lengan baju melayu ku itu berlubang. Adeiii..nk pakai baju pe ni. ini lah satu-satunya baju melayu sepasang yang aku bawa ke sini. tanpa berlengah aku mengambil baju melayu lain yang tiada seluar melayunya. terus aku seterika menggunakan seterika yang lain agar pisang tidak berbuah dua kali.

seusai baju melayu maroon itu aku gosok, aku terfikir lak bagaimana nak padankan baju melayu aku ni. samada aku nk pakai kain pelikat atau seluar slack biasa sahaja. inikan hari raya, jadi kena laa pakai cantik-cantik. lagi pun kain songket untuk dijadikan samping sudah di gosok. so aku memutuskan untuk memakai baju melayu maroon dengan seluar slack hitam dihiasi dengan songket hitam bersulam benang emas dan berkopiah kelabu. member aku cakap ini style org johor skg. aku pun layan je lah.


sementara menunggu nak mandi tetiba aku begitu teruja nak jogging. ntah apa angin aku nak jogging pagi tu setelah beberapa tahun tidak jogging..!! aku pun terus pakai kasut dan berlari sekeliling taman perumahan aku sewa tu. wahh...memang best. aku dapat rasa satu yang menakjubkan. badan rasa cergas dan dah tak pikir nak tidur lagi selepas subuh. hehehe.

dipendekkan cerita aku dan bebudak rumah ke masjid uthm untuk solat sunat aidiladha 2 rakaat kerana allah taala. opss niat laa pulak..!! khutbah aidiladha pagi tu lain sekali. tidak lagi bercerita berkenaan kisah penyembelihan nabi ibrahim dan ismail tetapi lebih kepada teguran dan juga nasihat terhadap umat islam tentang amalan2 sunat yang patut dilakukan oleh umat islam yang tidak menunaikan haji di mekah yakni seperti berpuasa dan tidak mencukur bulu dalam tempoh 1-10 zulhijjah. teguran juga di atas kealpaan kita menyambut aidiladha secara hambar dan tidak seperti sambutan aidilfitri. yang sepatutnya sambutan aidiladha inilah yang patut kita meriahkan dan raikan bersungguh-sungguh.

selepas solat, ada disediakan sedikit jamuan oleh pihak masjid namun maklumlah ramai student-student yang tak balik dan sekarang ini ditambah lagi dengan student dari luar negara yang bertambah ramai maka makanan yang disediakan tidak mencukupi untuk semua. maka terpaksa aku ngan kekawan rumah aku balik sambil mencari kedai-kedai makan yang buka pada pagi tersebut. reski cukup baek pagi itu kerana ada satu kedai mamak buka. aku ngan kekawan aku ni pun melepaklah dikedai tersebut. maklumlah itu satu2 nya kedai yang bukak pagi tu, maka ramailah manusia2 bujang seperti aku ni datang bertandang sambil melepaskan keluhan dek lama menunggu makanan tiba. tapi yang aku tak leh blah bilamana ada juga family yang datang makan kat situ. oit..korang tak masak ke pagi raya ni..????? adoiilaaa...macam langsung takde erti beraya. macam menyambut raya cina/deepavali lak. aku pening dan aku tak tahu apa yang diorang fikir tentang pengertian raya aidiladha ni. aku ni pun sbb kat rumah aku peti ais dah rosak. kalo tak ada jek aku masak sendiri untuk raya pagi tu. fuhhhhh...

balik jek dari kedai tu terus aku landing di atas toto...tido jap
(cerita berhenti di sini)

p/s:
aku masih berfikir camne aku nak jadikan sambutan raya ni meriah gak

aku nak kongsi apa benda yang aku kongsi kat fb aku:

‎"The real secret of success is enthusiasm. Yes, more than enthusiasm, I say excitement. I like to see men get excited. When they get excited they make a success of their lives." - by Walter P. Chrysler

enthusiasm = ghairah
kita perlu ghairah dalam melakukan sesuatu bukan ghairah untuk nafsu ;)

Tuesday, November 16, 2010

salam AidilAdha 1431H



salam aidiladha wat semua pengunjung inspirasimuhsync.
tahun ni aku beraya diperantauan (johor)
sedey gak tak balik sebab confirm kat kampung aku legi meriah
tapi sebab ada beberapa kekangan, terpaksa aku hadapi jua

p/s:
cuba hayati ayat ni

kaya ditempat orang;watan
miskin ditempat sendiri;dagang


(aku jumpa ayat ni kat sebuah masjid kampung yang ditulis dalam tulisan jawi)
Related Posts with Thumbnails