Sungguh luar biasa sekali kesan membuat
daya tarikan positif. Bermula dengan dalam hati yang inginkan sesuatu yang
positif, beralih kepada pemikiran yang positif, kemudian bergerak ke arah suatu
tindakan yang positif dan hasilnya tentu sekali cukup positif.
Cuba baca balik entry awal pagi semalam
tentang breakfast special. Natijah dari membuat tarikan positif dari awal pagi
menyebabkan aku menerima beberapa beberapa kesan positif antaranya aku mendapat
beberapa sms kata-kata nasihat, mutiara kata serta perkongsian yang bersifat
positif dan membina semangat dari beberapa orang sahabat secara berturutan.
Suratan atau kebetulan atau ia merupakan suatu tarikan..!!
Berbalik kepada tajuk hari ini yang
bunyinya agak strict dan lebih skema kot. Atau boleh dikatakan tajuk hari ni
sebagai sebuah tajuk yang serius. Sepanjang kedewasaan menghadapi kehidupan ni
banyak juga aku melalui kursus motivasi secara langsung atau tidak langsung.
Maklumlah dalam bidang perniagaan ni kita amat perlukan motivasi yang kuat
untuk mencapai matlamat yang tak pernah cukup. Apa taknya sebab kita punya
matlamat perlulah tinggi. Bak kata pepatah “bercita-citalah untuk mengapai
bintang di langit”. Buat masa sekarang ini memang tak logik lagilah untuk kita
menggapai bintang. Dapat tengok gambar bintang pun dah cukup baek. Tapi itulah
kata-kata falsafah yang mahu kita sentiasa mempunyai cita-cita yang tinggi
sehinggalah kita dapat mencapai apa yang tertinggi untuk waktu tersebut.
Menjalani kehidupan dalam bidang
perniagaan yang tidak boleh lari dari sales dan marketing adalah suatu
pengalaman yang cukup berharga. Di sinilah aku dapat belajar banyak perkara
tentang kehidupan dunia yang banyak fatamorgana. Banyak manipulasi dapat
dilakukan walaupun hanya sekadar menukar sudut perspektif kita sekadar 1
darjah. Ini termasuklah dengan menukar gaya dan cara berfikir.
Bagi sesetengah orang dalam bidang sales
ni menggunakan manipulasi minda untuk mencapai matlamat masing-masing. Antara
yang biasa wujud adalah meletakkan target dalam jangkamasa tertentu untuk
dicapai. Bagi yang luar biasa sikit, mereka mendapatkan dulu matlamat tersebut
secara berhutang kemudian mengejar dengan menyelesaikan hutang itu kembali. Semuanya
dibuat atas dasar dan faktor kehidupan.
Sebagai contoh yang jelas adalah kereta. Bagi
orang biasa akan meletakkan matlamat mendapatkan kereta idaman dalam tempoh
tertentu kemudian diorang akan mula bekerja ke arah matlamat tersebut. Ia
melibatkan jangka masa kerja secara berperingkat dan beransur untuk mendapatkan
kereta tersebut. Bagi yang luar biasa adalah mereka membeli dulu kereta idaman
tersebut secara hutang. Jadi diorang telah berhutang dengan pihak bank dan
perlu membayar hutang tersebut untuk memastikan kereta tersebut sepenuhnya
milik mereka. Jadi motivasi mereka bekerja adalah untuk membayar hutang
tersebut dan mereka tidak boleh malas. Jika mereka malas atau menunda pekerjaan
maka kemungkinan diorang tak dapat membuat bayaran hutang secara baek dan
akibat yang lagi teruk yang perlu ditanggung adalah kereta tersebut terpaksa ditarik
semula oleh pihak bank.
Di sini kita boleh lihat bagaimana mereka
memanipulasi cara dan gaya berfikir dan meletakkan suatu pushing factor untuk
memastikan mereka bekerja dengan lebih bersemangat dan meletakkan diri dalam
tekanan yang positif untuk berusaha. Namun begitu tidak semua orang boleh
bekerja dengan keadaan tekanan yang tinggi. Bagi yang tak dapat bekerja dalam
tekanan yang tinggi akan memilih benefit factor sebagai motivasi untuk mereka
bekerja.
Berdasarkan pengalaman aku bergaul dengan orang
ramai memang aku pernah berjumpa dengan kedua-dua golongan ini. Ada yang memang
suka akan pushing factor dan ada yang tidak boleh menerima pushing factor.
Actually aku antara orang yang tak boleh menerima pushing factor. Aku lebih
senang bekerja dalam keadaan tenang, gembira dan secara sukahati. Bagi aku
pushing factor ni boleh memudaratkan matlamat kehidupan aku (ini pendapat aku
jek). Ia mungkin betul dan mungkin salah. Terpulang kepada individu tersebut.
Jadi aku lebih banyak menggunakan benefit factor.
Namun hasil untuk benefit factor ni kesannya adalah tidak memberansangkan.
Sebab utamanya adalah ia bukanlah suatu tekanan untuk dicapai secara serius.
Pushing factor pula boleh membuatkan aku collapse. Jadi aku menggunakan
kedua-dua factor. Pushing dan benefit factor. Contohnya membeli kereta secara
hutang dan wajib membayar hutang tersebut setiap bulan. Jadi aku kena buat sale
yang besar setiap bulan bagi memastikan aku dapat menggunakan kereta secara
berterusan dan memilikinya. Gabungan benefit factor adalah dengan adanya kereta
maka aku akan dapat membuat sale dengan lebih laju, jangkauan yang lebih luas
dan aku akan lebih bergaya.!! Nah..aku telah dapat memanipulasi minda aku
sendiri. Jadi aku dapat membeli sebijik kereta untuk manfaat perniagaan aku dan
pada masa sama aku ada sedikit tekanan untuk memastikan aku membuat sale yang
besar setiap bulan bagi membolehkan aku membayar hutang kereta tersebut.
Jadi aku dapat bekerja dengan gumbira.
Korang bagaimana? Apakah factor untuk korang mencapai matlamat masing-masing?
contoh membeli kereta takde kaitan langsung dengan diri penulis juga pembaca
-----------------------------------------------
14:58 05102011
Rumah sewa
Kesan dari minum kopi, adrenalin aku
bergerak kencang, jantung berdegup laju, pernafasan bagaikan orang yang baru
lepas berlari, tangan menggeletar, otak berfikir laju dan terlalu banyak
perkara muncul.
Tak cool okeyh..!! perlu cari air limau
cepat untuk memudarkan kesan cafein