Alhamdulillah...masih diberi peluang nikmat kehidupan lagi hingga saat ini. seingat aku, dalam tahun 2011 ni ada beberapa kali ditimpa sakit. saat tu rasanya mati tu dekat sangat. maklumlah mati itukan suatu yang pasti. namun kesyukuran itu bukan hanya setakat dibibir mulut. banyak juga perubahan diri yang dilakukan. itulah yang dikatakan sakit itu ujian. senang juga ujian. cuma bagaimana kita menjawab balik setiap soalan ujian tersebut.
2011
Tahun yang disambut dengan banjir di negeri Johor. banyak terlibat dengan sukarelawan membantu di pusat pemindahan banjir sri medan, batu pahat. banyak sangat pengalaman dapat di sana. jumpa orang-orang hebat. hebatnya mereka bukan sebab ada kuasa sakti tapi mereka mampu meninggalkan banyak perkara lain untuk membantu umat yang kesusahan di sini. ada yang datang dengan humble tapi sebenarnya adalah orang yang berpangkat tinggi. kami tidur sama-sama berlapikkan tikar, berbantalkan beg pakaian. tidak lupa, di sini mulanya batuk yang tak hilang sampai sekarang.
lepas banjir, bermula pula pengalaman sebagai pensyarah. erm..pensyarah part time je. kebetulan pusat pengajian diploma kekurangan pensyarah. peluang pertama untuk mengambil pengalaman mengajar. pengalaman ini aku jalinkan dengan kerja-kerja amal dengan umat. bersama pelajar-pelajar turun padang membantu dan beraktiviti di lapangan. sungguh serik, perit tetapi indah itu tetap ada.
Dalam sibuk mengajar, thesis juga telah berjaya disiapkan dan dihantar kepada panel. masa di ambil 8 bulan sebelum proses viva. ini termasuk berlaku pertukaran panel penilai luar yang terpaksa ditukar atas sebab yang tidak dapat dielakkan. dan alhamdulillah proses viva telah pun berjalan dengan jayanya. dan aku berjaya lulus dengan membuat pembetulan. pendek citer, pembetulan pun telah siap dan sekarang tengah tunggu kelulusan dari pihak fakulti untuk dijilid.
sekali lagi diberi peluang untuk jadi pensyarah part time untuk ke sekelian kalinya. kali ni bilangan student dah makin bertambah sebab melibatkan dua kelas. tidak ketinggalan pada masa sama ditawar menjadi pengajar untuk subjek makmal peringkat fakulti. bayaran tak besar tapi pengalaman yang agak besar disitu. untuk pengajaran diploma masih lagi berlangsung sampai bulan april 2012. namun yang bestnya sebab diorang takde final exam. jadi tak perlu kecoh nak sediakan soalan final macam subjek yang sebelum ni.
peristiwa baru yang best adalah dapat terbang ke MIRI. kerja giler di saat duit pun tak berapa cukup, aku boleh terbang ke Miri bersama beberapa orang kawan seperniagaan. kononnya mencari peluang baru di sana. bagi aku ini suatu pengalaman baru untuk aku berkelana ditempat orang. pasni nak pegi tempat lain pulak. selepas pulang dari Miri. aku terus pulang ke kampung halaman tercinta. dan ramadhan tahun 2011 aku dapat berpuasa sebulan penuh dikampung. pengalaman terindah dikala usia dewasa. dengan pengisian kerohanian yang aku rasakan terbaek, ditambah dengan penyucian jiwa serta pergaulan dengan masyarakat setempat menerusi program kembara ramadhan bermotor peringkat daerah.
tahun 2011 juga merupakan tahun yang produktif kerana hasil jualan aku telah meningkat sebanyak 300% dari tahun 2010. ia begitu mengujakan kerana ada penambahbaikkan walaupun target sebenar untuk tahun 2011 masih belum dapat dicapai. kesedihan dan kesusahan memang tidak dapat dielakkan. namun semua tu dianggap sebagai suatu yang positif. pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku.
segala pencapaian dalam tahun 2011 ini bukanlah suatu yang cukup baek. namun syukur masih ada peningkatan dari tahun yang sebelumnya. Perkara yang perlu difikirkan lagi selepas ini adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sebanyak 500% dari hasil 2011.
di akhir tahun 2011 ni. aku nak berkongsi lagi ayat-ayat Allah yang begitu menyentuh jiwa aku dikala membacanya:
Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah dipinggir-pinggir (dalam keraguan). Jika dia ditimpa kebajikan tenteramlah hatinya, tetapi jika ditimpa ujian (malapetaka) dia berbalik menjadi kafir. Dia telah rugi di dunia dan diakhirat. itulah kerugian yang nyata (al-hajj | 11)
Dia menyembah selain Allah, benda yang tidak mudharat kepadanya dan benda yang tak manfaat kepadanya. Demikianlah kesesatan yang nyata (al-hajj |12)
Setiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan sebagai satu ujian; kepada kami kamu akan dikembalikan (al-anbiyaa | 35)
Manusia dijadikan (bersifat) terburu nafsu (hendak cepat). nanti akan kuperlihatkan ayat-ayat (seksaanku) kepadamu, sebab itu, janganlah kamu minta disegerakan (al-anbiyaa | 37)
dan kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tidaklah dizalimi seseorang sedikitpun. jika usahanya seberat biji sawi, nescaya kami hadirkan juga. cukuplah kami yang menghitungnya (al-anbiyaa | 47)
sekian entri untuk tahun 2011. jika roh masih dikandung badan maka dapatlah blog ni diupdate lagi :D
sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Saturday, December 31, 2011
Thursday, December 29, 2011
merapu jap
alhamdulillah..syukur tak terkata. correction thesis akhirnya telah siap. sekarang ni tunggu approval dari penyelia dan panel lagi sekali sebelum mendapat kelulusan dari fakulti untuk dijilid and then aku boleh mohon untuk graduate..yeaahh
sekarang ni situasi di kampus:
pelajar diploma: sedang bercuit mid term. aku rasa diorang ngah tido lagi kot masa ni.
pelajar degree: sedang kelam kabut hantar last assignment, laporan projek, study week skg ni, bagi yg tahun akhir skang ni dah mula sesi pembentangan FYP masing-masing.
pelajar master: pelajar master buat apa ek. kalo master by course tgh exam final kot. kl yang research ngah sibuk pulun buat eksperimen sebab sekarang ni student tak ramai kat lab. mungkin ada gak yang tengah pulun buat paper jurnal atau conference dan rasanya tak kurang gak yang sibuk dok mencari bahan rujukan terbaek sebagai literature review.
pelajar phD: pelajar phD masa ni ngah kumpul semua data dari pelajar degree untuk dianalisis lagi sebagai bahan kajian. ada gak yang dok sibuk fokus kat literature dan tak kurang yang fokus kat experimental.
semenjak duamenjak ni beberapa orang lecturer bertaraf Dr dah tanya-tanya samada berminat nak sambung phD. erm..tanya saja or ada maksud lain. anyway...aku masih menunggu tawaran, peluang dan ruang yang menarik dan terbaek sebelum sambung lagi. tak nak jadik cam sambung master itu hari. hampir terkorban kat tengah jalan jugak.
teringat balik persoalan yang dilontar oleh sorang kawan ni. dia tanya "ko nak sambung master atau phD ini atas sebab kemahuan atau keperluan?"
........................................................................
lupakanlah persoalan tu kejap...rilek kan minda.
sekarang ni kan musim akhir tahun. ada mega sale, jualan hujung tahun, harga runtuh dan bagai lagi. dan tak lupa hujung tahun ni gak, makbapak akan sibuk belikan keperluan anak-anak untuk masuk sekolah. aku tengok kat berita itu hari. susah gak jadi makbapak ni. seorang anak je dah berapa ratus habis untuk beli keperluan sekolah. itu baru keperluan sekolah. belum ikut kemahuan anak2 lagi. ada gak anak yang minta nak pakai beg jenama nike ker, tak ke naya..!!!
aku cam terfikir, bersediakah aku untuk saat itu?
apa yang aku boleh buat adalah buat preparation awal iaitu bermula dari sekarang. erm...maksud aku bukannya beli baju, beg dan bagai tu semua sekarang. tapi prepare duit untuk diorang mulai dari sekarang.
andai kata aku nikah tahun 2012. tahun 2013 aku dapat anak. 7 tahun kemudian iaitu tahun 2020 anak aku masuk darjah satu.
andaikan jugak bermula sekarang ni aku simpan duit rm100 untuk bahagian bakal anak aku nanti. jadi pada tahun 2020 iaitu masa akhir tahun 2019 dan masa tu tengah sibuk buat persiapan membeli keperluan anak aku masuk sekolah dan masa tu aku dah ada duit sebanyak rm9600. oklah tu kan...xkan lah anak aku demand lebih-lebih sangat. kalo demand lebih-lebih gak, nnt aku demand balik ngan anak aku untuk dapat tempat pertama dalam sekolah..hahhaha.
rm9600 tu kira disimpan secara biasa. mungkin masuk dalam bank lah. tapi kalo duit tu dilaburkan di unit amanah berlandaskan syariah dengan purata pulangan agihan keuntungan setahun sebanyak 8%. maka duit terkumpul pada akhir tahun 2019 akan jadi sebanyak rm13,310...!!! lebih dari cukup untuk sorang anak.(tak payah nak tunggu duit dari kerajaan rm100 sorang. kalo dapat jugak, aku ajar anak aku sedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan)
jap...dok citer semua tu. calon dah ada ke belum..!!!
erk...aku nak sambung wat keje nih
:P
sekarang ni situasi di kampus:
pelajar diploma: sedang bercuit mid term. aku rasa diorang ngah tido lagi kot masa ni.
pelajar degree: sedang kelam kabut hantar last assignment, laporan projek, study week skg ni, bagi yg tahun akhir skang ni dah mula sesi pembentangan FYP masing-masing.
pelajar master: pelajar master buat apa ek. kalo master by course tgh exam final kot. kl yang research ngah sibuk pulun buat eksperimen sebab sekarang ni student tak ramai kat lab. mungkin ada gak yang tengah pulun buat paper jurnal atau conference dan rasanya tak kurang gak yang sibuk dok mencari bahan rujukan terbaek sebagai literature review.
pelajar phD: pelajar phD masa ni ngah kumpul semua data dari pelajar degree untuk dianalisis lagi sebagai bahan kajian. ada gak yang dok sibuk fokus kat literature dan tak kurang yang fokus kat experimental.
semenjak duamenjak ni beberapa orang lecturer bertaraf Dr dah tanya-tanya samada berminat nak sambung phD. erm..tanya saja or ada maksud lain. anyway...aku masih menunggu tawaran, peluang dan ruang yang menarik dan terbaek sebelum sambung lagi. tak nak jadik cam sambung master itu hari. hampir terkorban kat tengah jalan jugak.
teringat balik persoalan yang dilontar oleh sorang kawan ni. dia tanya "ko nak sambung master atau phD ini atas sebab kemahuan atau keperluan?"
........................................................................
lupakanlah persoalan tu kejap...rilek kan minda.
sekarang ni kan musim akhir tahun. ada mega sale, jualan hujung tahun, harga runtuh dan bagai lagi. dan tak lupa hujung tahun ni gak, makbapak akan sibuk belikan keperluan anak-anak untuk masuk sekolah. aku tengok kat berita itu hari. susah gak jadi makbapak ni. seorang anak je dah berapa ratus habis untuk beli keperluan sekolah. itu baru keperluan sekolah. belum ikut kemahuan anak2 lagi. ada gak anak yang minta nak pakai beg jenama nike ker, tak ke naya..!!!
aku cam terfikir, bersediakah aku untuk saat itu?
apa yang aku boleh buat adalah buat preparation awal iaitu bermula dari sekarang. erm...maksud aku bukannya beli baju, beg dan bagai tu semua sekarang. tapi prepare duit untuk diorang mulai dari sekarang.
andai kata aku nikah tahun 2012. tahun 2013 aku dapat anak. 7 tahun kemudian iaitu tahun 2020 anak aku masuk darjah satu.
andaikan jugak bermula sekarang ni aku simpan duit rm100 untuk bahagian bakal anak aku nanti. jadi pada tahun 2020 iaitu masa akhir tahun 2019 dan masa tu tengah sibuk buat persiapan membeli keperluan anak aku masuk sekolah dan masa tu aku dah ada duit sebanyak rm9600. oklah tu kan...xkan lah anak aku demand lebih-lebih sangat. kalo demand lebih-lebih gak, nnt aku demand balik ngan anak aku untuk dapat tempat pertama dalam sekolah..hahhaha.
rm9600 tu kira disimpan secara biasa. mungkin masuk dalam bank lah. tapi kalo duit tu dilaburkan di unit amanah berlandaskan syariah dengan purata pulangan agihan keuntungan setahun sebanyak 8%. maka duit terkumpul pada akhir tahun 2019 akan jadi sebanyak rm13,310...!!! lebih dari cukup untuk sorang anak.
jap...dok citer semua tu. calon dah ada ke belum..!!!
erk...aku nak sambung wat keje nih
:P
Wednesday, December 28, 2011
terkini
terkini aku sedang menyiapkan kertas kerja program motivasi transformers 2012. takde kaitan langsung dengan citer transformers malah takde juga kaitan ngan robot. cuma wallpaper transformers jek pinjam. tapi dalam program ni nanti akan ada sounds effect transformers la jugak..hehe. program ini adalah program motivasi percuma untuk umat. sedang berbincang dengan beberapa individu untuk meneliti modul dan pengisian dalam program tersebut. sape nak join..sila angkat hidung..!!
p/s: sila abaikan jam yang tetiba terselit atas gambar tu
p/s lg: sekarang ni ngah praktik jaga masa untuk tidak rugi, itu yang letak jam depan-depan
p/s: sila abaikan jam yang tetiba terselit atas gambar tu
p/s lg: sekarang ni ngah praktik jaga masa untuk tidak rugi, itu yang letak jam depan-depan
Tuesday, December 27, 2011
my WALL
sebok je dok update wall kat facebook atau nama famous amos nyer fb. untuk aku pulak, sekarang ni sibuk dok update reallife wall aku. terletak dalam jarak 6 kaki di hadapan meja kerja. sekarang ni of course la update untuk 2012 nyer target. apa yang ada kat situ:
1) peringatan dan memo terkini
2) kata-kata peransang minda dan jiwa (bukan meransang benda lain)
3) gambar kereta impian dan motor impian
4) target untuk tahun 2012
5) benefit dari dari target tersebut
6) bakal ditambah nanti - kaedah untuk mencapai target
7) jadual kerja (juga bakal ditambah)
8) tidak ketinggalan ayat-ayat zikir selepas solat
ikutkan hati nak cat balik dinding ni. tapi disebabkan rumah ni pun rumah sewa yang mungkin dah tak lama aku menetap di sini. maka dipendam je dulu segala hasrat tersebut.
masjid selat
beberapa minggu lepas berkesempatan ke melaka. tujuan adalah menyertai seminar untuk meningkatkan hasil jualan bagi tahun 2012. kebetulan hari tu adalah hari jumaat, maka sebagai kaum lelaki yang beragama islam maka wajiblah untuk bersolat jumaat walaupun boleh ruksah. disebabkan aku ni bukan orang melaka, jenuh jugak nak cari masjid, tapi segalanya dipermudahkan bila salah sorang peserta tempatan sudi menumpangkan kitorang untuk ke masjid. dan dia bawa kami ke masjid selat. best masjid ni sebab betul-betul tepi laut..erk..selat melaka lah kot.
Monday, December 26, 2011
2012: perkara yang perlu ditingkatkan
2012
Perkara yang perlu dipertingkatkan
Muhasabah
Sentiasa muhasabah untuk memastikan
peningkatan produktiviti. Disebabkan mahu melihat suatu peningkatan yang agak
besar bagi tahun 2012. Maka keperluan untuk membuat muhasabah perlu
dipertingkatkan. Terbaek adalah muhasabah harian dan mengikut keperluan yang
dirasakan perlu. Jika ada baek maka ia harus diteruskan esok hari dan jika yang
tak elok, ia harus diperbaiki dan jika perlu belajarlah dari segala kesilapan
yang telah lepas.
MASA
Memastikan penggunaan masa yang optimum.
Cuba dan harus mencuba untuk tidak memungkiri masa yang telah ditetapkan. Masa
juga akan melibatkan keperluan elemen fokus. Keperluan fokus terhadap segala
urusan yang ditetapkan dalam satu-satu masa memainkan peranan yang cukup tinggi
terutamanya bagi yang mempunyai banyak tugas dalam satu-satu masa. Secara tidak
langsung juga telah menzahirkan disiplin terhadap diri sendiri.
pemBAZIRan
cuba menggunakan sumber sebaik mungkin.
Pembaziran merupakan perkara yang mungkin kerap dilakukan sehingga ia telah
menjadi tabiat. Penggunaan sumber secara optimum dapat memastikan kita tidak
rugi. Penjimatan ini dapat dikembalikan kepada keperluan lain yang lagi penting.
*sumber: makanan, air, tenaga, wang,
elektrik
Usaha
Tambahkan usaha untuk mendapatkan hasil
yang lagi baik. Kalau sebelum ni kita sudah berusaha dan mencapai suatu hasil
yang agak memuaskan. Dan bagi kali ini kita mahukan suatu hasil yang lagi baik
maka haruslah kita cuba melipatgandakan usaha untuk mendapatkan hasil yang juga
berlipatkaliganda.
Hasil
Usaha bertambah, insyaAllah hasil pun
bertambah. Berusaha tanpa hasil adalah suatu yang sia-sia. Namun orang yang
berusaha akan mendapat hasilnya dalam pelbagai bentuk. Mungkin kita mahukan
hasil lain tapi yang kita perolehi adalah hasil yang berlainan. Tidak mengapa.
Allah lebih tahu apa yang kita perlu dari apa yang kita mahu. Maka teruskan lah
lagi usaha untuk mendapat hasil yang lain.
Tabungan
Bertambah hasil, kena tambahkan juga untuk
simpanan. Simpanan atau tabungan juga suatu faktor untuk memastikan kita
mempunyai sumber dan kedudukan yang kukuh di masa hadapan. Dalam usaha
meningkatkan hasil, jangan dilupa meningkatkan bahagian tabungan. Tabungan ini
merupakan upah untuk diri kita sendiri. Jadi mengapa tidak kita gandakan upah
untuk diri sendiri
Peluang
Rebut peluang baik yang ada. Peluang baik
yang dimaksudkan bukan sahaja dalam segala urusan harian dan perniagaan tetapi
ia juga melibatkan peluang untuk mendapat ganjaran pahala. Contohnya berebut
untuk berada di saf pertama dan dibelakang imam, berpuasa sunat isnin dan
khamis serta bersedekah wang, kepakaran dan berkongsi ilmu pengetahuan.
p/s: ini analisis untuk diri aku, korang
ada?
keSILAPan tentang bekerja sendiri
keSILAPan tentang bekerja sendiri
sape dalam dunia ni yang tak pernah buat
silap. Sampaikan kita disuruh untuk setiap hari bertaubat kepada Allah swt.
Sengaja atau tidak sengaja itu bukan isunya tapi yang lebih penting adalah apa
yang kita dapat belajar dari kesilapan tersebut dan usaha untuk tidak ulangi
lagi kesilapan yang sama.
Aku rasa bab kesilapan ni dah pernah aku
citer dalam entri sebelum ni. Sila semak sendiri. Untuk segmen kali ni aku nak
citer kesilapan atau lebih tepat salah tanggapan tentang beberapa istilah.
Istilah ni penting untuk difahami terutamanya mereka-mereka yang tak ingin memilih
option skim lama atau SBPA dan nak bekerja sendiri.
Sendiri jadi boss
Sudah tentulah kita yang akan jadi boss,
kalo tidak ia akan dinamakan sebagai makan gaji. Bila sendiri yang jadi boss,
semua akan anggap kerja lebih senang sebabnya dah takde orang nak menekan dan
menekan kehidupan kita. Kononnya dah takde lagi due date yang perlu dikejar dan
berkejar setiap masa. Dan bagi yang masih makan gaji akan cakap “best lah ko kerja
sendiri dan sendiri jadi boss..!!”. what
the heck..!!! hakikat yang perlu difahami bagini; sendiri menjadi boss
adalah lebih susah kerana kita yang perlu tetapkan segala due date, halatuju
syarikat, mendorong produktiviti pekerja atau rakan usahasama dan perlu
mengurus masa, wang dan tenaga secara optimum. Rasanya takde istilah jadi boss
boleh goyang kaki* kan.
* boleh goyang kaki, tapi goyang kaki masa
korang duduk rilek-rilek kat umah sambil melayan secawan kopi dan kepala jenuh
berfikir cara nak dapat projek dan keuntungan berlipat kali ganda.
Masa yang bebas
YA..!! memang bebas untuk menentukan
halatuju masa kita tapi kalo tak tentu halatujunya maka kita akan rugi..!!
sebab tu tak kurang jugak orang yang bekerja sendiri telah bungkus atau istilah
popularnya adalah gulung tikar. Terlalu bebas dalam mengurus masa akan
menyebabkan masa kita akan terus merayau tak tentu hala dan bercampur dengan
anasir yang tidak baek dan akhirnya tak pulang ke rumah. Opss...terlebih
sudah..! tiada istilah masa bebas, tapi kita kena mengawal masa sendiri.
Tiada kod etika berpakaian
Ada jugak ker alasan camni..!!
takpe..layan jek. Memang ler takde kod berpakaian tapi kalo kita berurusan
dengan pelanggan takkan ler nak pakai selipar jepun, baju pagoda, seluar tiga
suku. Lainlah kalo memang kerja kita tu memerlukan kita pakai yang selekeh
camtu. Kalo korang nak pakai cenggitu jugak, korang boleh bekerja je untuk
membuat kerja rumah.
Tak perlu datang office
Maklumlahkan masa makan gaji dulu kena
datang office seawal matahari terbit dan balik rumah pulak selewat matahari
terbenam. Pastu office pulak punyalah jauh, tambah ngan traffic jam lagi,
banyak tekan brek banyak juga makan minyak, sedekah duit kat pejabat tol pun
dah tak terkira. So bila dah tak perlu datang office maka banyak yang kita
dapat jimatkan. namun dimana pula office kita sendiri. Bagi yang baru akan
jadikan rumah sebagai office. Jadi walaupun kita tak perlu keluar rumah untuk
ke office kita sendiri. Kita tetap juga perlu masuk office rumah kita dan
menjalankan kerja-kerja dengan disiplin yang kita sendiri tetapkan. Tetap juga
kena masuk office yup..!!
Aku hanya dapat fikirkan 4 jek buat masa
ni. Lain kali aku sambung lagi.
Sebenarnya takde istilah kerja sendiri
adalah senang dan mudah. Ia akan senang dan mudah bila kita dah berada di satu
tahap yang lain yang mana masa tu mungkin kita dah pakai bmw 7 series yang
dibayar cash. Woohooaaa...!! Jadi kalo kita ni berada di tahap setahun jagung
atau tahap belajar merangkak janganlah berlagak macam orang yang dah berlari 17
tahun.
Tak susah dan juga tak mudah untuk hidup
senang
p/s : tetiba aku rasa
nak berpantun
senang-senang
si bujang senang,
bersenang
lenang di sungai rajang,
apa
nak dikisah hal orang bujang,
kalo
dah berkenan masuklah meminang.
p/s lg : semacam ada
sinar baru disitu...kih3
lg p/s : kerja yang
paling senang adalah buat kerja niatkan kerana Allah swt sebelum kita membuat
kerja-kerja senang yang lain
lg p/s lg : ada ramai
yang suka buat kerja shortcut untuk
hidup senang, dan akhirnya kerja shortcut
itulah yang akan short and cut segala
income dan saving yang diperolehi. Yang lagi teruk, fikiran pun jadi short dan mungkin ada yang dah terkena cut
Wednesday, December 21, 2011
SUMBANGan
Aku mempunyai satu impian. Dan memang
betul ia adalah sebuah impian. Aku selalu mengimaginasikan suatu hari nanti aku
bersama isteri dan anak-anak akan berkunjung ke rumah anak yatim. Di sana kami
akan memberi bantuan, sumbangan dan sama-sama membuat aktiviti.
Oooohhh...sungguh indah rasanya saat itu. Mungkin di saat tersebut aku dah
tergolong dalam kategori orang kaya. Namun...
Namun jauh dibenak fikiran tentang
beberapa perkara:
Bilakah masanya aku akan jadi kaya?
Seberapa kayakah aku ketika itu?
Semuanya macam terlalu jauh lagi, adakah
umurku panjang?
Sekarang ni pun aku masih belum kawen..!!
apatah lagi nak ada anak!!
Semuanya adalah perkara yang aku tidak
boleh kawal. Yang aku ada sekarang ini hanyalah sebuah imaginasi dan impian.
Bila memikirkan perkara tersebut, aku kena ubah beberapa perkara..!!
Kenapa tidak aku bermula sekarang..!!
Yaa..!!! aku kena bermula sekarang.
saje aku nak share kat sini. Aku sedang
menyiapkan proposal program motivasi percuma untuk pelajar sekolah menengah dan
ke atas. Program akan diadakan setiap hujung minggu. Penyertaan maksimum 100
orang pelajar sahaja. Motivasi berkenaan transformasi diri. Aktiviti adalah
berbentuk bengkel. Untuk pelajar beragama islam sahaja. Masa boleh diselaraskan
mengikut kehendak pihak sekolah. Pihak sekolah atau penganjur hanya perlu
menyediakan prasarana tempat dan makan minum peserta. Tiada bayaran dikenakan
disebabkan program ini adalah percuma. Sebarang sumbangan amatlah dialukan
untuk kesinambungan kebaikan bersama.
Sekarang ni aku tengah mencari 2,3 orang
partner yang boleh menyumbang sesuatu dalam program ni. Cuma kena faham yang
program adalah percuma. Jangan nak fikir pasal bayaran. Yang penting keikhlasan
untuk membantu umat. Jika mendapat bayaran sekalipun, itu adalah bonus dari
Allah swt.
p/s: nak menyumbang atau menderma tak
perlu tunggu jadik kaya. Semua tu lambat lagi, apa yang boleh kita laksanakan
adalah manfaatkan MASA SEKARANG, TENAGA dan KEPAKARAN yang ada untuk manfaat
bersama.
p/s: korang leh agak tak camne aku nyer
imaginasi aku. Terutamanya bab isteri dan anak-anak. Agak2 berapa ramai anak
yang aku bayangkan..kih3
Monday, December 19, 2011
Azam
Aku sebenarnya mempunyai 2,3 kenalan yang bernama Azam. kalo bukak phonebook memang tersenarai 2,3 nama ni. namun hari ini aku bukan nya nak citer pasal kenalan yang bernama Azam tapi berkenaan AZAM..!!
perkataan ni paling sinonim bila nak masuk tahun baru. tak kisahlah tahun baru hijriah atau tahun baru Masihi atau pun tahun baru cina juga. dan soalan yang paling popular masa tu adalah "apa azam tahun baru ni?".
confirm lah bila ada orang tanya kita kena jawab. tapi kekadang tu kita cam blur jap. "erm..apa azam tahun ni ek?" "eh...tahun lepas punya azam camne?" dan yang lagi best perkataan ni akan jadi famous utk waktu awal dan akhir tahun jek. kalo dah masuk tengah tahun, kebanyakkan memang dah lupa apa azam masing-masing.
apa maksud azam? aku takde kamus untuk buka. maka aku minta bantuan ngan pakcik google. jadi maksud azam adalah kemahuan (keinginan, cita-cita) yang sangat kuat atau tujuan yang sesungguhnya untuk sesuatu. jadi tak heranlah kalo orang tak sebut azam. diorang leh sebut cita-cita dan bagai lagi.
aku tak nak citer banyak sebab sekarang ni aku ngah praktis jaga masa. sebab aku tak nak tergolong dalam orang yang rugi so aku pendekkan entri kali ni.
tak kisahlah bila nak set azam, yang lagi penting adalah perlu ada azam. kalo takde azam gak, memang aku tak tahu nak letak korang kategori mana..!! dan aku anggap korang dah serba tahu pasal azam berazam ni semua. lagi-lagi sekarang ni dah tak lama kita nak masuk tahun baru 2012. persoalannya:
ada buat muhasabah tak untuk azam tahun lepas?
dah tercapat lum azam tahun lepas?
kalo belum, berapa peratus yang tercapai?
tahun depan azam apa pulak?
azam baru atau sambung azam lama?
aaaahhhh...semua yang kat atas tu korang biasa dengar..!! abaikan..!!
benda AZAM ni penting untuk pastikan diri kita menjadi umat yang berkualiti. tanpa AZAM umpama ada pistol tapi tak tahu nak tembak mana. lepas tu kita akan tembak sebarang je. aci asal kena. WEYYY...wake UP..!! set sasaran kita. membazir peluru je nanti.
okeyh..aku nak sambung job aku. tapi ini job untuk hasil tahun depan.
sebelum tu tolong check yang mana satu diri kita:
kerja hari ni untuk makan hari ini
kerja hari ini untuk bayar hutang semalam
kerja hari ini supaya esok masih boleh makan lagi
kerja hari ini untuk dapat hasil bulan depan
kerja hari ini untuk setahun makan
kerja hari ini untuk sesuatu yang tak akan habis untuk makan
kerja hari ini kerana Allah swt
jawapan aku:
sahaja aku bekerja hari ini kerana Allah swt.

Sunday, December 18, 2011
mimpi
adalah bagus untuk mengimpikan masa depan, tetapi jangan hanya bermimpi dan masih lagi bermimpi
>> muhsync, 2011 <<
rileks jap
melakukan kesalahan itu merupakan perkara biasa dan lumrah sebagai seorang manusia. kekadang tu kita lebih banyak belajar dari kesalahan berbanding belajar di dalam kelas. dan belajar dari kesalahan inilah antara motivasi terhebat berkurun abad seperti mana yang berlaku kepada pencipta mentol pertama yang telah melakukan ujian sehingga beribu kali dan akhirnya terciptalah sebiji mentol. setiap kali melakukan kesalahan, kena perbetulkan dan yang lagi penting jangan ulang kesalahan yang sama..!!
namun begitu jika korang pernah melakukan kesalahan dan korang tidak belajar dari setiap kesalahan tersebut maka korang adalah orang yang bodoh.
namun jika korang terus lagi melakukan kesalahan yang sama untuk kali yang kedua korang memang bodoh.
dan korang terus mengulangi kesalahan sama untuk kali ketiga, "sah korang memang bodoh."
korang buat lagi kesalahan kali keempat, "kau tahu tak kau bodoh, bodoh..!!"
dan korang ulang-ulang dan ulang lagi kesalahan tersebut, "bodoh, sebab kau bodoh dan kau tak tahu ko bodoh"
minta dijauhkan dari semua perkara di atas..!! berhibur, berlawak atau jenaka sekali pun biarlah berpada. jangan sampai termakbul apa yang keluar dari mulut. ingat setiap ucapan dan niat itu adalah doa. maka doalah yang baek-baek.
jom kita tukar ayat di atas.
setiap kali melakukan kesalahan, kena perbetulkan dan yang lagi penting jangan ulang kesalahan yang sama..!! dan setiap kejayaan kecil perlulah diteruskan lagi berulang-ulang supaya akhirnya kita dapat mengumpul banyak kejayaan dalam hidup..!! tidak mengulangi kesalahan yang sama akan mendekatkan diri kita selangkah kepada kejayaan.
namun jika korang pernah melakukan kesalahan dan korang belajar dari setiap kesalahan tersebut maka korang adalah orang yang bijak.
namun jika korang terus lagi melakukan kejayaan yang sama untuk kali yang kedua korang memang bijak.
dan korang terus mengulangi kejayaan sama untuk kali ketiga, "sah korang memang bijak."
korang buat lagi kejayaan kali keempat, "kau tahu tak kau bijak, bijak..!!"
dan korang ulang-ulang dan ulang lagi kejayaan tersebut, "bijak, sebab kau bijak dan kau tahu ko bijak"
hahahaha...enjoy readers!!

Saturday, December 17, 2011
TIPS KAYA dan BERJAYA
Hari ini aku nak kongsi petua jadik kaya.
Mesti korang teruja giler nak tahu. Maklumlah xde orang yang tak nak jadi kaya.
Aku lagi-lagi-lagi la teruja nak kongsi benda ni. Sebabnya aku pun belum jadik
kaya lagi dan dalam proses nak menuju ke arah menjadi kaya. Lagi pun petua ni
aku baru dapat. Dapat kat mana tu biarlah jadi rahsia antara aku dan Dia.
Seperti mana yang korang sedia maklum, nak
jadi kaya ni bukanlah perkara yang mudah dan senang. Yang lagi menyusahkan dan
mempayahkan lagi untuk kita jadi kaya adalah takde standard khusus untuk jadi
kaya. Contohnya camni, bilakah kita akan
dikategorikan sebagai kaya? Adakah bila kita telah ada wang sejuta ringgit?
Habistu kalo ada harta bernilai sejuta ringgit pulak camne? Amboi main
juta-juta pulak!! Sebab tu tak senang nak jadi kaya sebab takde skop yang boleh
mengkategorikan individu itu sebagai kaya.
Antara kaedah yang popular untuk jadi kaya
adalah dengan cara berniaga. Aku sekali lagi pasti yang korang sedia tahu satu
sumber hadis pepatah ni “9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan”.
Tapi berapa ramai yang betul-betul kaya dari hasil perniagaan? Dan berapa ramai
pulak yang jatuh muflis dan kita tengok tak kaya-kaya walaupun diorang ni
adalah seorang peniaga. jadi berniaga juga belum pasti dapat menjadikan kita
kaya. Pergh...susah kan nak jadi kaya..!!
Okey..!! kembali kepada tajuk. Petua ni
aku pun tak pernah cuba lagi tapi aku dah nampak hasil dari beberapa client dan
orang yang aku kenal dan aku kategorikan sebagai orang kaya. Dan lagi sekali aku
boleh kategorikan diorang ni kaya dari semua sudut (rujuk pesanan di akhir
entri). Maksudnya bukan banyak duit dan harta jek. Jadi mari kita sama-sama
praktikkan petua ni
Petua pertama dan satu-satunya petua adalah:
ELAKKAN KERUGIAN
Biasanya orang dok citer camne nak buat
bisnes, strategi tingkatkan jualan tapi aku citer sebaliknya. Bunyinyer cam
kelakar tapi benda nilah yang selalu kita lupa. Asyik fikir untung sampai
terlupa punca rugi. Bukan kita tak tahu tapi kita amik mudah. Bukan takde orang
ingatkan tapi kita tak pernah nak amalkan. Kekadang tu kita dah amalkan tapi
kita tak istiqamah (berterusan). Lagi teruk bila ia dah jadi tabiat kita
sentiasa membuat kerugian.
Istilah rugi dan untung ni sangat sinonim
ngan orang berniaga. Namun begitu, orang yang tak berniaga sebenarnya lagi
banyak mengalami kerugian berbanding orang berniaga. Jadi kalo kita sebagai
seorang peniaga kita perlu fokus untuk tingkatkan keuntungan dan kena elakkan
perkara yang merugikan perniagaan. Bagi yang tak berniaga pulak, tugas korang
adalah elakkan perkara yang merugikan..!! ada dua (2) perkara yang kita perlu
jaga untuk elak rugi.
Jaga benda ni: MASA
Kalo korang orang islam, aku sangat-sangat
pasti korang tahu ayat ni:
[Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang]
Demi masa [1] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [2] Kecuali
orang-orang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan keBENARan
dan keSABARan [3]
Surah al-‘asr
Allah yakni tuhan yang menjadikan kita
telah bagi peringatan awal-awal lagi tentang MASA yang boleh merugikan kita.
Awal tu seawal 1400 tahun dulu lagi. Surah kat atas tu korang baca, renung,
fikir dan cuba fahami sendiri. Aku cuma amik dari tafsir quran untuk memudahkan
kita semua faham. Sekarang ni cuba semak balik.
Sejauh mana kita jaga penggunaan masa kita
seharian?
Berapa kali kita tidak menepati janji bila
ada appointment dengan seseorang?
Berapa kali pulak kita datang meeting
lewat?
Kalo yang masih belajar, berapa kali kita
datang kelas lewat atau hantar assignment lewat?
Kalo yang bekerja, berapa kali korang
siapkan kerja terlebih dari due date yang sepatutnya?
Kalo bab ibadat, Bagaimana pula kita
menjaga masa kita dengan Allah?
Semua perkara dalam hidup kita sangat
berkaitan dengan masa. Kita sering amik mudah dengan setiap janjitemu yang kita
aturkan. Mungkin janjitemu itu dengan sahabat dan kaum keluarga terdekat saja.
Tapi kita kena ingat, setiap kali kita memungkiri janji, kita boleh tergolong
dalam kategori orang yang munafik.
Kita juga sering tak bersungguh dengan due
date atau tarikh akhir untuk menghantar segala tugasan, kerja dan segala
sesuatu. Biasanya disaat akhir itulah yang kita akan bersungguh dan pulun
habis-habisan untuk menyiapkan. Tetiba aku teringat ayat ni “ingat
masa lapang sebelum datangnya masa sibuk”. Dan ada lagi empat (4)
perkara lain yang perlu kita ingat dan semuanya berkaitan dengan masa. Empat
perkara tersebut sila cari sendiri.
Pepatah yang berkaitan masa:
“Masa adalah emas”
“Masa ibarat mata pedang yang tajam”
“Time is about GONE or GOLD”
“Aku hanya ada hari ini, hari semalam
telah berlalu, hari esok belum pasti”
“Kita bukan terlalu awal tapi kita telah
terlewat”
“jaga masa hubungan kita dengan Allah,
insyaAllah semua masa kita akan terjaga”
Jaga benda ni: pemBAZIRan
Pepatah yang sangat sinonim dengan benda
ni adalah “membazir itu amalan syaitan”.
Membazir itu juga boleh menyebabkan kita
rugi. Perkara yang biasa kita bazirkan adalah
1) MASA
2) TENAGA
3) WANG
4) SUMBER BEKALAN (makanan, elektrik, air,
minyak dll)
Jika kita dapat menjaga keempat-empat
perkara tersebut kita masih belum mendapat untung tapi kita telah mengelakkan
dari mengalami kerugian. Tapi kekadang tu orang yang jaga pasal membazir akan
dikategorikan sebagai kedekut pulak..!! pedulikan apa orang kata. Kata kunci
untuk elak membazir dan tak kedekut adalah tahu membezakan setiap perkara di
atas sebagai suatu KEPERLUAN, KEMAMPUAN atau KEMAHUAN.
TIPS:
Ada benda yang kita mahu, kita mampu tapi
tak perlu. [elakkan sbb ada perkara lain
yg kita lagi perlu]
Ada benda yang kita mahu dan sangat perlu
tapi kita tak mampu. [Cari masa lain atau
dptkan alternatif lain yang sesuai dgn kemampuan]
Tetiba teringat lirik lagu “pokok-MUH ft
hazama | terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu”
Okey..itu jek dua (2) benda yang kita
perlu jaga untuk jadi kaya. Tak susah pun untuk jadi kaya namun tak mudah juga
untuk jadi kaya.
Hasil tips di atas aku leh simpulkan dalam
analogi ini:
Andaikan sekarang ni kita ada sebuah
baldi. Kita nak isi air dalam baldi ni sampai penuh tapi masalahnya baldi tu
ada lubang kat bawah. Jadi camne air akan penuh kalo kita tak tutup lubang
tersebut. Dengan menutup lubang tersebut, boleh diumpamakan kita menutup punca kerugian.
Untung tu suatu yang kita tak tahu besar ke kecik, tapi dengan menutup ruang
kerugian insyaAllah untung yang kecik dapat jadi banyak juga.
Lagi tips nak kaya dunia dan akhirat:
1) Baca balik surah al-‘asr. Orang yang
tak rugi adalah orang yang beriman, beramal soleh, suka menasihati dengan benar
dan sabar
2) cuba baca surah as-saff ayat 10 dan 11.
bagi memudahkan korang aku terus bagi tafsir ayat kat sini
[Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang]
Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu PERNIAGAAN
yang akan melepaskan kamu dari seksa yang pedih [10] yakni beriman kamu kepada
Allah dan rasulnya dan berjuang pada jalan Allah dengan HARTA dan DIRImu.
Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui [11]
As-saff |10-11
Aku dah tahu, aku juga mahu jadi aku perlu
berubah sekarang. Ayuh kita buat sama-sama..!!
Jangan asingkan kehidupan dunia dengan
akhirat, jangan lupa juga buka kitab panduan yang Allah dah bagi 1400 tahun
lepas..!!
p/s: jadilah seorang yang kaya. Bukan
hanya kaya wang dan harta malah kaya dengan budi bahasa, adat sopan dan budi
pekerti. Kayakan lah diri dengan senyuman kerana senyuman itu sedekah yang
paling mudah tapi mahal nilainya.
p/s: jadilah seorang yang kaya. Jadilah
seorang yang kaya didunia dan kaya diakhirat. Jadikanlah hasil kekayaan didunia
sebagai sedekah untuk pelaburan saham akhirat. kayakan juga kehidupan kita
seharian dengan zikir pagi dan petang.
p/s: jadilah seorang yang kaya. Kerana
kaya itu merupakan nikmat yang diberikan Allah untuk kita membantu agama Allah.
Cuma jangan pula kita lupa, kaya itu juga akan jadi ujian untuk diri kita
didunia yang boleh membawa kita samada ke neraka/syurga di akhirat kelak.
Sunday, December 11, 2011
keluar dari k-Otak
keluar dari k-otak I:
kekadang kita pelik, nape dah makan macam-macam ubat tapi tetap tak sembuh. rupanya kita terlupa bukan ubat yang menyembuhkan tapi Allah yang menyembuhkan. kita terlupa untuk memohon kesembuhan dari yang sepatutnya. lagi pun sakit itukan ujian. jadi apakah jawapan kita terhadap setiap ujian tersebut?
keluar dari k-otak II:
antara motivasi untuk berjaya adalah membuat kejayaan-kejayaan kecil setiap hari. sekurang-kurangnya perlu ada 3 kejayaan yang perlu dicapai. tapi bagaimana nak berjaya kalo kita pun tak tahu apa yang perlu dijayakan (matlamat). apatah lagi nak capai 3 kejayaan. jauhnyaaaa...
keluar dari k-otak III:
Setiap hari yang menjelma merupakan hari terbaek untuk kita mencipta kejayaan. bak kata pepatah kejayaan tidak datang berGOLEK. dan selagi mana kita terus berusaha untuk berjaya insyaALLAH kita tidak akan jatuh terGOLEK
keluar dari k-otak IV:
ramai orang yang tak nak makan BAB-i sebab ia haram. tapi ramai yang tak perasaan dah makan benda yang haram lebih dari BAB-i. ramai yang terlupa bahawa makan riba tu lebih teruk kesannya. owh...mereka tak lupa tapi mereka keliru sebab nama riba telah diubah kepada nama yang lebih menarik (faedah, interest, bunga, dividen dll)
keluar dari k-Otak V:
umum tahu kiamat sudah dekat. tidak kurang juga yang cuba menunjukkan bukti kiamat sudah dekat. akhir-akhir ini pun kita sudah sedia tengok semua tanda-tanda tersebut namun kita TIDAK juga cuba untuk mempertingkatkan amalan ibadat kita seperti mana meningkatnya tanda-tanda kiamat.
keluar dari k-Otak VI:
memang ler kiamat sudah dekat tapi tak kan ler nak dok atas sejadah 24jam. takkan nak dok iktikaf atas masjid 24/7. beb..bekerja juga akan menjadi suatu ibadat jika niatnya kerana Allah swt.
keluar dari k-Otak VII:
ada orang yang menganggapinsurans (ini tak patuh syariah) takaful (ini patuh syariah) sebagai tempat perlindungan ketika dikala kesusahan. tapi kita sering lupa siapa yang perlu kita lebih dekati disaat susah mendekati, siapa yang harus kita lebih yakini sebagai pelindung di saat susah dan senang?
ada orang sms tanya: pecer skg?
aku jawab: sibuk dok menyibukkan diri, mencari benda yang tak pasti, cuba usaha untuk mendekati, selagi tak mati terus berbakti. kalo dah mati tentu tiada lagi di sini. dan cnfirm tak dapat reply msge korang lagi..!!
p/s: aku rasa macam orang asing pulak bila keluar dari k-Otak biasa ni. adakah sebab tidak biasa atau sudah terbiasa?
tidak biasa dengan cara baru atau sudah terlalu biasa dengan cara biasa
maka jadilah kita seperti orang-orang biasa
lama-lama jadi makin tidak bisa
akhirnya tinggalah sisa
sisa yang tiada jasa
kekadang kita pelik, nape dah makan macam-macam ubat tapi tetap tak sembuh. rupanya kita terlupa bukan ubat yang menyembuhkan tapi Allah yang menyembuhkan. kita terlupa untuk memohon kesembuhan dari yang sepatutnya. lagi pun sakit itukan ujian. jadi apakah jawapan kita terhadap setiap ujian tersebut?
keluar dari k-otak II:
antara motivasi untuk berjaya adalah membuat kejayaan-kejayaan kecil setiap hari. sekurang-kurangnya perlu ada 3 kejayaan yang perlu dicapai. tapi bagaimana nak berjaya kalo kita pun tak tahu apa yang perlu dijayakan (matlamat). apatah lagi nak capai 3 kejayaan. jauhnyaaaa...
keluar dari k-otak III:
Setiap hari yang menjelma merupakan hari terbaek untuk kita mencipta kejayaan. bak kata pepatah kejayaan tidak datang berGOLEK. dan selagi mana kita terus berusaha untuk berjaya insyaALLAH kita tidak akan jatuh terGOLEK
keluar dari k-otak IV:
ramai orang yang tak nak makan BAB-i sebab ia haram. tapi ramai yang tak perasaan dah makan benda yang haram lebih dari BAB-i. ramai yang terlupa bahawa makan riba tu lebih teruk kesannya. owh...mereka tak lupa tapi mereka keliru sebab nama riba telah diubah kepada nama yang lebih menarik (faedah, interest, bunga, dividen dll)
keluar dari k-Otak V:
umum tahu kiamat sudah dekat. tidak kurang juga yang cuba menunjukkan bukti kiamat sudah dekat. akhir-akhir ini pun kita sudah sedia tengok semua tanda-tanda tersebut namun kita TIDAK juga cuba untuk mempertingkatkan amalan ibadat kita seperti mana meningkatnya tanda-tanda kiamat.
keluar dari k-Otak VI:
memang ler kiamat sudah dekat tapi tak kan ler nak dok atas sejadah 24jam. takkan nak dok iktikaf atas masjid 24/7. beb..bekerja juga akan menjadi suatu ibadat jika niatnya kerana Allah swt.
keluar dari k-Otak VII:
ada orang yang menganggap
ada orang sms tanya: pecer skg?
aku jawab: sibuk dok menyibukkan diri, mencari benda yang tak pasti, cuba usaha untuk mendekati, selagi tak mati terus berbakti. kalo dah mati tentu tiada lagi di sini. dan cnfirm tak dapat reply msge korang lagi..!!
p/s: aku rasa macam orang asing pulak bila keluar dari k-Otak biasa ni. adakah sebab tidak biasa atau sudah terbiasa?
tidak biasa dengan cara baru atau sudah terlalu biasa dengan cara biasa
maka jadilah kita seperti orang-orang biasa
lama-lama jadi makin tidak bisa
akhirnya tinggalah sisa
sisa yang tiada jasa
Subscribe to:
Posts (Atom)