i k l a n

Tuesday, September 28, 2010

Pentingnya taraf pendidikan bagi seorang ibu


SATU kajian terbaru menunjukkan bahawa peningkatan tahap pendidikan di kalangan wanita seluruh dunia dapat membantu menyelamatkan berjuta-juta nyawa kanak-kanak setahun.

Purata, sepanjang tahun antara 1970 dan 2009, pendidikan di kalangan wanita yang berumur 25 tahun dan ke atas adalah lebih dua kali ganda.

Malah angka tersebut meningkat menjadi tiga kali ganda bagi wanita yang tinggal di negara-negara miskin.

Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun menurun daripada 16 juta ke 7.8 juta setahun.

Menurut para penyelidik, jumlah tersebut sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 51 peratus dan ia secara tidak langsung sumbangan daripada peningkatan tahap pendidikan di kalangan wanita yang mana mereka mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melahirkan anak.

Menurut Dr. Emmanuela Gakidou dari Institute for Health Metrics and Evaluation, University of Washington, Seattle, biarpun dengan meningkatnya tahap pendidikan di kalangan wanita hari ini, pada tahun 2009 dianggarkan tidak kurang daripada 4.2 juta kanak-kanak meninggal dunia.

Laporan kajian tersebut telah disiarkan dalam edisi khas baru-baru ini di The Lancet.

''Kami tahu, untuk membendung penyakit, pengetahuan seperti mendapatkan suntikan imunisasi, cara-cara pencegahan serta menghadiri kelas-kelas kebersihan diri sangat penting untuk meningkatkan kesihatan diri secara menyeluruh,'' ujarnya.

Menurut laporan Dr. Gakidou lagi, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa dengan memberi tumpuan kepada pendidikan, ia dapat meningkatkan kesan kesihatan dalam diri masing-masing.

Satu analisis data yang diperoleh dari beratus-ratus negara menunjukkan secara global, tahap pendidikan bagi mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas telah meningkat dari 4.7 tahun hingga 8.3 tahun untuk lelaki sementara antara 3.5 tahun hingga 7.1 tahun untuk wanita.

Bagi wanita, umur yang sesuai untuk melahirkan anak adalah antara 15 hingga 44 tahun manakala tahun pendidikan turut meningkat dari 2.2 tahun hingga 7.2 tahun, kepada mereka yang tinggal di negara membangun.

copyright: utusan malaysia online

Hari ini

Hari ini aku telah umumkan hari cuti untuk aku. Sebabnya semalam aku seharian dok kat makmal sains bahan membuat analisis terhadap bahan-bahan kajian. Jadi upahnya adalah hari ini bercuti. Tetiba pagi dapat call dari leader Public Mutual aka best friend yang nak jumpa sebab ada hal yang nak dibincangkan. Aku pun pergilah jumpa dia. Masa jumpa tu alhamdulillah banyak betul input baru dan juga inspirasi yang dapat. Masa tu rasa sangat-sangat bersemangat. Maklumlah sudah dekat seminggu semangat ku hilang ntah ke mana. Jadi aku dah tak sabar nak realisasikan impian kami. Esok akan ada meeting, dan sebarang keputusan esok juga merupakan penentu untuk tindakan seterusnya selepas ini. Mesti korang pikir, pe benda laa yang kami nak buat?? Aku tak leh citer sekarang sebabnya aku nak benda tu terhasil barulah aku leh bagitau semua. Anyway aku akan sentiasa update citer-citer pasal projek kami ni. so secara tak langsung korang pun akan tahu jugak. so itu saje yang aku nak bualkan hari ini. bye =)

Thursday, September 23, 2010

Cinta dan Benci


Allah jumpakan kita dengan orang yang salah untuk kita belajar sesuatu darinya

Kenapa kita bertemu kalau untuk berpisah
Bukankah kita dipertemu untuk bersama

Susah senang kita bersama (kata-kata di masa senang)
Kau ni menyusahkan aku jek..pergi kau dari hidup aku..!! dush..!!(kata-kata di waktu susah)

Kata orang Jodoh pertemuan di tangan tuhan
Tapi bukankah kita yang perlu usahakan

Bertemu dan berpisah itu resam kehidupan
kita tak akan berpisah kalau kita tak bertemu

Sangka ku panas sampai ke petang
Rupanya hujan dan ribut petir di tengahari
Petang nanti mentari kan muncul kembali

Apa guna ada mata kalau tidak menangis
Apa guna menangis kalau tidak pada yang diingati
Apa guna ingat kalau yang diingat hanya menyakitkan hati
Dari dok sakit hati ada yang terus membenci
tak kurang juga yang bawa sampai mati

Bercinta untuk disayangi
disayangi untuk dikasihi
dikasihi untuk sampai mati
tapi hajat tidak dapat dipenuhi
kerana kasih tidak sehati
ada jiwa yang lebih sebati
sanggup merosakkan apa yang telah dipatri
demi diri
sanggup meniti ranjau berduri
tiada lagi memberi erti
melainkan kasih pada Ilahi

Pelik dengan cakap orang. Nak diri disayangi tapi sejauh manakah diri itu menyayangi orang lain. Bak Hukum keabadian tenaga, what u give u'll get back. Tolonglah sama-sama kita check diri sendiri. Jangan menyalahkan orang kalau kita yang tak boleh mengasihi. Tapi bila ego yang menguasai diri (maklumlah diri jadi rebutan) sudah tidak buat pertimbangan lagi. Aduhai semua, fikirlah tentang hati dan perasaan orang lain juga.

p/s: takut untuk menyentuh hati dan perasaan orang, risau tertinggal parut duka yang tak hilang-hilang

Wednesday, September 22, 2010

Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALLY .........kepada sesape yang membaca atau terbaca entri ini, kerana anda telah mendapat nasihat yang begitu bererti…

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

p/s: entri ni aku copy n paste jek. lupa ntah amik kat mana. terjumpa dalam file lama

Mati Syahid


Semalam 21hb sept 2010 sempat menghadiri satu forum keamanan untuk gaza. Forum yang membariskan Dr Jamnur dan pengerusi aqsa syarif malaysia cukup menyentuh hati para hadirin. Perkongsian dari Dr Jamnur itu paling-paling menyentuh hati. Sepanjang 30 minit beliau menyampaikan perkongsian tu beberapa kali aku rasa nak menitiskan permata-permata berharga yang dah lama aku simpan. Perkara yang paling menarik hati aku adalah tentang MATI SYAHID. Bagaimana beliau dapat mencium bau kasturi yang sangat harum selepas pesakit yang beliau cuba rawat telah meninggal dunia. Janji Allah orang yang mati syahid adalah hidup disisi Allah. Ia telah dibuktikan oleh suatu kejadian di mana orang yang mati syahid dan telah dikebumi selama 30 tahun lalu tapi darahnya masih lagi mengalir segar dari tubuh. Subhanallah...masa tu rasa teringin sangat untuk aku syahid di jalan Allah. Persoalannya layakkah aku untuk syahid di jalanNya..? dengan keadaan diri dan amalan hidup sebegini..ohh..

Monday, September 20, 2010

KedekuT

“Tangkai jering..!! “
“Kalau jering boleh makan, kalau tangkai nak watpe..”
“Ok gak tu sebab jadi tangkai bukan jadi bangkai..”

“tahi hidung masin..!!”
“erk...ko pernah rasa ke tahi hidung tu rasa masin”
“kah..kah..kah..”

“Uweeeekk...kedekut macam kuda..!!”
“oit pehal lak kedekut macam kuda..?”
“Yelah..kalau kuda berlari bunyinya kedekut..kedekut..kedekut. kalau ko tak caya cuba dengar masa kuda berlari”
“huh...gilo apo..!!”

“ko ni kedekut macam biskut laa..”
“pe kaitan lak biskut ngan kedekut..?”
“bunyinya hampir sama...hahahaha”
“huh...tak leh blah”

“haji bakhil betol..!!”
“opss..belum pegi haji dah dapat title haji”

Isnin pertama


Hari ni merupakan hari isnin pertama bekerja selepas bercuti panjang sempena menyambut hari raya idulfitri 1431H. Dah memang confirm ramai yang liat nak bangun ke pejabat atau melaksanakan kerja masing-masing. Maklumlah ada yang dekat seminggu asyik bangun lewat jek. Kat rumah aku pagi ni pun leh tengok betapa liatnya sorang-sorang nak bangun. Aku lak..?? Aku masa cuti raya hari tu memang lepas subuh dah tak tido balik sebab ada je keje nak kena buat. Habit tu dah terikut aku sampai aku balik Johor. Tapi kan ada juga rakan-rakan kita yang tiada istilah hari isnin untuk bekerja. Bagi mereka setiap hari adalah sama. Ada yang pagi-pagi duduk kat beranda rumah melihat gelagat jiran-jiran keluar bekerja. Alangkah bahagianya hidup begitu kan. Bila aku pun nak jadi cam orang-orang tu gak..??

[m]uhsync mengucapkan selamat kembali bekerja

p/s: skg aku kat office ni, entri ni dihantar untuk melatih otak berfikir setelah lama tak menulis

Sunday, September 19, 2010

Tabung Idea


Balik beraya hari tu sempat berborak dengan sanak sedara terutama adik beradik yang jarang bertemu muka. Jadi satu petang tu sempat berborak dengan abang. Abang seorang engineer dalam bidang elektrikal dan memang sudah berpengalaman dalam pelbagai bidang pekerjaan yang melibatkan kejuruteraan. Aku membuka topic berkenaan dengan idea untuk membangunkan satu produk baru. Banyak jugalah komen dan pendapat yang membina diberi untuk aku. Kira masa tu aku dapat semangat yang lebih sebab dapat sokongan secara tidak langsung. Pada masa sama abang aku ni turut sama menyumbang idea. Dia cakap dia pun banyak juga idea nak dilaksanakan tetapi dek kerana kekangan masa yang selalu menghalangnya untuk melaksanakan idea-idea tersebut, jadi idea tu tinggal idea jek. Ada idea yang dia dah lupa pun. Secara ringkasnya hari tu aku dan abang telah mengakhiri perbincangan kami dengan idea baru yang telah diberi oleh abang. Aku perlu melakukan research tentang produk yang bakal dibangunkan tersebut. Kiranya sekarang ni aku ada dua idea produk yang bakal dibangunkan, Cuma perlukan research yang lebih mendalam sebelum kami pergi mendapatkan fund dari mana-mana badan yang dapat membantu. Cerita pasal fund ni pun satu isu gak. Takpe kita lupakan dulu cerita pasal fund tu.

Masa zaman belajar peringkat ijazah sarjana muda dulu aku pernah juga berbincang berkenaan isu lambakan idea dengan kawan-kawan seangkatan. Ada ramai dikalangan kawan-kawan yang mempunyai idea yang hebat-hebat Cuma tidak dapat dilaksanakan atau ia memang sekadar idea. Isu lambakan idea ni memang tidak berkesudahan jika dibincangkan. Susah jugakan. Ada orang yang langsung takde idea dan ada yang terlalu banyak idea sehinggakan tidak mampu melaksanakan idea-idea tersebut. Dulu ada seorang kawan ni pernah cakap, ada satu website dari luar negara yang mengumpul idea-idea. Ia seumpama bank idea yang disumbang oleh orang ramai. Semua idea diletakkan, tidak kiralah idea itu realistik atau terlalu futuristik semuanya dimasukkan dalam senarai idea tersebut. Sayangnya aku tak tahu mana letaknya link ke web tersebut. Kawan-kawan yang tahu sila tolong..plz =)

Di sini aku nak propose satu idea yang mana boleh dilaksanakan oleh korang semua iaitu mengwujudkan tabung idea. Aku percaya korang semua tentu pernah mempunyai idea. Kekadang idea tu datang sekejap je dalam kepala. Jadi apa yang perlu korang lakukan adalah MENCATAT. Catatkan idea yang ada di mana-mana. Kemudian transfer idea tersebut ke Tabung Idea. Tabung idea ni terpulang kat koranglah camne nak dibentuk. Mungkin korang boleh adakan sebuah buku khas untuk mencatat semua idea yang terkumpul. Kalau yang berkomputer boleh wujudkan file atau folder khas untuk tabung idea. Jadi jika korang nak cari idea-idea baru, korang hanya perlu buka kembali tabung idea tu. Tak perlulah korang terfikir-fikir too hard untuk dapatkan sesuatu idea baru sebab biasanya idea yang terlintas dikepala korang tu sudah tentu idea tu begitu suite dengan diri korang. Selain itu, korang juga boleh mengabungkan idea-idea tertentu untuk mengwujudkan idea baru. Bukankah ia dapat membantu korang semua dengan mudah...!! =)

Bercakap pasal tabung ni...tabung duit raya pecer??

Tuesday, September 7, 2010

solat terawih

solat terawih merupakan ibadat sunat yang hanya ada di bulan ramadhan. rasanya ramai orang tak nak melepaskan peluang untuk berterawih. masa aku kat johor hari tu solat terawih 8 rakaat jek. sebabnya xde feel sgt (boleh pulak solat ikut feel ek..). bila dah balik kampung ni aku solat 23 termasuk witir sebabnya ada feel yg best. hehe. ada bezanya antara dua tempat tersebut. masa kat johor aku solat kat surau area taman tu je. so imam pun xdelah masyuk sangat bacaannya. satu lagi akunyer komen dia nyer bacaan laju sangat sampai aku xdapat nak tangkap ayat yang dibaca walaupun yang dibaca hanyalah ayat lazim sahaja. kat kampung ni lak aku solat kat masjid kawasan aku ni. kat sini ada imam jemputan. mungkin seorang yang hafiz. bacaannya tak laju dan cukup tertil. rasa best, tenang dan damai jek. solat pun dapat hayati bacaannya dengan baik. walaupun xbacaannya tak laju, kalau nak wat 8 rakaat pukul 9.15 dah siap. kalo kat johor ari tu wat 8 rakaat yang laju bacaannya pun abis kul 9.30. so pengajaranya tak yah laa baca laju-laju. sebab kita nak wat ibadah, bukan nak kejar waktu. walaupun ia hanya solat sunat, alang-alang nak buat tu buatlah secara terbaek. moga kita mendapat manfaatnya tersendiri..

bulan ramadhan dah nak habis...sedey nyerr..
[m]uhsync sebak...

Monday, September 6, 2010

butang baju


Dulu masa bulan ramadhan aku pernah jadi penjual butang baju. butang baju untuk perempuan dan juga lelaki. tapi bukan aku nyer kedai tapi kedai sepupu. aku tolong jaga jek. takda apa yang best pun jadi penjual butang baju ni hanya nak kongsi-kongsi citer je.

butang baju ni takde lah mahal sangat pun. harga bawah rm2. paling murah rm1. walaupun murah ramai gak yang mintak diskaun. rasanya sepupu aku tak letak pun board diskaun 50% kat situ. tapi sebab memang dah tabiat orang membeli mintak diskaun. kalau beli banyak boleh la aku bagi diskaun sikit. ada yang beli satu pun minta diskaun gak. tak ke pening aku nak jawab. so aku jawab..kena tanya tokey...

butang baju ni memang laa banyak jenis. ada macam-macam kolor, corak dan design. kalau yang pelanggan perempuan xde masalah sangat sebab dia tgk aku ni lelaki. so dia tak kan tanya banyak sebab aku pun bukan tau sangat diorang nyer eksesori. kalau pelanggan lelaki yang bermasalah sikit. diorang ni banyak tanya. kekadang diorang cakap warna baju diorang, jadi aku perlu cari warna butang yang sesuai untuk dipadankan dengan baju tersebut. tapi ada gak yang saje nak uji aku. bila aku bagi suggestion diorang kutuk pulak.

butang baju melayu untuk lelaki agak bermasalah sikit. kebanyakkan yang datang beli akan cari yang paling murah, cantik dan menarik. diorang cakap risau hilang. aku cakap camne tak hilang kalau basuh baju tak nak simpan butang tu. itulah masalah lelaki, butang baju melayu tu selalu jek hilang. so setiap kali nak raya, setiap kali itulah akan pergi kedai cari butang baju yang baru. kalo kat rumah aku, memang mak aku belikan extra set untuk sesiapa yang tetiba jek xde butang baju dipagi raya.

butang baju melayu ni ada yang mahal dan ada yang paling murah. paling murah tu cam yang dijual tepi jalan..tepi kaki lima (cam yang aku pernah jual). bagi yang dah berduit dan berfesyen akan cari yang mahal sikit. yang mahal sikit ni memang design gempak sikit lah. biasanya harga rm10 dan ke atas. tapi ada gak yang lagi mahal sebab guna mutiara. yang ni aku tak pernah pakai lagi laa.

butang baju melayu ni kecil jek tapi peranan yang dimaikan cukup besar. tanpanya baju melayu raya yang baru itu tak kan berseri. yang lagi penting, tanpanya juga akan menyebabkan bulu dada orang boleh nampak...oppss..!!

[m]uh[s]ync mengucapkan selamat nak menyambut raya. jangan lupa cari butang baju melayu
Related Posts with Thumbnails