i k l a n

Friday, June 29, 2012

doa dikala kesempitan hidup

sebenarnya takde idea apa-apa nak tulis hari ni

tapi aku cuba tulis juga

disebabkan takde idea sangat, jadi aku kongsi kisah yang aku dengar kat radio ikim.

kisahnya berlaku dalam tempoh aku sakit itu hari. satu hari tu aku kena ke klinik dada batu pahat. pendek citer...lepas rawatan aku terus balik ke kampus sebab nak kena hantar laporan kat pusat kesihatan universiti pulak. dalam perjalanan tu lah aku dengar satu ceramah dari sorang ustazah dalam slot usrati. nice giler sebab macam kena jek situasi tu dengan aku yang masih lagi lemah dek penangan kuman yang menyerang.

actually aku dengar dah separuh jalan slot tu. masa tu ustazah tu citer pasal nabi Yunus yang ditelan ikan akibat lari dari kaumnya yang tak mahu ikut ajakannya untuk menyembah Allah. sebagai balasan, nabi Yunus dihukum untuk berada di dalam perut ikan sehingga hari kiamat. tapi nabi Yunus tidak henti-henti membaca doa ni

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim

dan hasil dari doa tersebut hukuman untuk nabi Yunus dipendekan kepada 7 hari saja. bayangkan lah keadaan dalam perut ikan yang begitu sempit dan dalam keadaan yang tak senang, resah dan gelisah itu nabi Yunus berdoa kepada Allah. dan Allah mengabulkannya.

apa yang dapat kita ambil dari kisah ini, kita juga digalakkan untuk mengamalkan doa tersebut disaat berada dalam kesempitan, resah dan gelisah. kalo nabi Yunus berdoa dikala kesempitan dalam perut ikan, kita juga boleh berdoa dengan doa itu dikala berada dalam keadaan kesempitan hidup.

ada tips dari bloggers lain yang mengatakan bahawa doa ini elok dibaca dikala dalam kesusahan tak kira apa pun. ada jugak yang amalkan doa ni masa dalam kesesakan lalulintas dan bermasalah untuk melintas, tetiba jalan boleh jadi cam lengang giler. tak kisahlah masalah apa pun, masalah hutang, kewangan, komunikasi dan macam2 masalah boleh diamalkan doa ni. tapi nanti xdelah korang doa terus jatuh duit dari langit tapi mungkin ada je jalan penyelesaiannya. senang kot doa ni. ada yang baca doa ni masa sujud terakhir dalam solat sunat hajat.

bagaimana nak amal? amalkan lah mengikut kemampuan masing-masing. boleh dijadikan zikir dan dibaca banyak-banyak. yang paling penting berserah diri sepenuhnya kepada Allah dan yakinlah yang Allah akan membantu kita. insyaAllah.

Thursday, June 28, 2012

reaksi mereka

reaksi mereka-mereka bila tahu aku sakit

reaksi Dr n nurse:
awak ada keturunan yang kena penyakit ni ker? atau ada tak sedara mara, kawan-kawan or orang sekeliling awak yang kena camni?

reaksi abg nor (kawan):
kau ni banyak fikir sangat ni. ni kira dah makan dalam. so ko kena pastikan ko sentiasa tenang. jangan banyak fikir sangat

reaksi sidek (kawan):
orang yang sakit ni fikiran tak tenang dan berserabut. enta buat tak kisah jek pasal sakit tu. buat cam biasa, hepi-hepi n suka-suka

reaksi saleh (kawan):
enta lemah tu tandanya enta bakal jadi kuat lepas ni

reaksi kawan-kawan lain:
[1] shafakallah, moga diberi kesembuhan segera oleh Allah
[2] ini ujian ni. ko kena banyak bersabar
[3] engkau adalah antara orang yang terpilih
[4] tuhan sedang berbicara dengan mu
[5] terkejut dengar ko sakit...nak cuba perubatan jawa?
[6] erk...risau pulak dengar ko sakit
[7] ....... (tak terkata apa-apa)

yeah...reaksi korang tentunya akan memberi kesan kepada orang yang sakit. so hati-hati dalam memberi reaksi. berilah reaksi yang paling positif dan jangan lupa masukkan unsur empati moga orang yang sakit akan rasa bersama dan tidak keseorangan.

actually aku sangat bertuah sebab mempunyai rakan-rakan yang jenis energy giver. alhamdulillah aku dapat recover dalam masa beberapa hari saja. anyway...kepada yang risau. tak perlulah risau. sebab risau tu tak dapat membantu apa-apa. apa yang lebih penting adalah angkat tangan dan berdoa kepada Allah supaya dapat membantu proses penyembuhan orang yang sakit. insyaAllah

wallahualam

Wednesday, June 27, 2012

ucapan hari lahir

ramai giler yang wish besday kat fb.

dulu2 aku tutup fb masa hari besday. tapi kali aku dah xtau dah mana function untuk tutup sementara fb tu. dah xde kot. so kali ni memang kena terima lah ucapan dari semua orang (macam tak ikhlas je terima). bukan tak sudi tapi bagi aku takde apa pun dengan besday aku. hanyalah ucapan dan doa dari rakan-rakan.

tapi kali ni lain, disebabkan aku terpaksa terima ucapan tu semua. aku pun baca, like n komen balik ucapan dan doa tersebut. waaaaahhh...mmg ada kelainan. pertamanya ucapan-ucapan tu membuatkan aku tersenyum dan doa-doa yang dititipkan oleh rakan-rakan menyebabkan aku rasa lebih sihat dari hari-hari yang lepas.

apa pun aku ucapkan JAZAKALLAH KHAYRAN KATHIRA kepada semua yang telah memberi ucapan selamat dan mendoakan sesuatu buat diri ku :D

Tuesday, June 26, 2012

baki umur yang kurang

owh hari ini besday aku

rupanya inilah kenangan bulan jun untuk tahun ini.
cukup hebat rasa pengalamannya.

alhamdulillah, sehingga saat menaip tulisan ni. badan dah bertambah sihat. tunggu untuk dapat pengesahan Dr je samada kuman yang ada dalam badan tu betul-betul hilang atau masih lagi wujud. aku confirmlah selalu berdoa agar kuman-kuman tu cepat mati dan keluar dari badan aku nih.

masa saat pertama kali kena sakit ni, memang lah cukup perit. bayangkan lah dengan takde selera nak makan, badan pulak lemah, kepala rasa nak pitam, darah pulak banyak yang keluar dari badan, terpaksa bangun untuk ke klinik, pada masa sama sempat lagi hantar urusan kerja kat pejabat. beberapa hari dalam keadaan begitu memang menyeksakan. memang ikutkan hati dah tak nak sakit lagi dah.

tapi sakit ni sebenarnya merupakan suatu nikmat. pertamanya bila sakit kita dapat rehat. nak tak nak memang kena rehatkan badan jugak walaupun masa tu kerja yang due dah bertimbun. lagi-lagi kalo dapat MC dari Dr pulak. memang heaven. tapi untuk aku sendiri, rehat or tido untuk 2,3 hari pertama memang boleh. tapi selanjutnya memang dah tak reti nak tido lama. kalo tido jugak akan menyebabkan sakit kepala. nak tak nak kena jugak menggunakan otak untuk berfikir. so dalam tempoh tu dah mula buat kerja apa yang patut walaupun masih lagi dalam cuti.


dalam keadaan yang tak bermaya dan lemah tu, aku tak reti untuk baring je. masa tu lah aku gunakan untuk beristighfar dan berzikir banyak-banyak. maklumlah, masa sakit ni badan memang lemah. berdiri solat pun dah tak tegap, kepala pun tak dapat fokus sangat pada bacaan. maka cara yang lain untuk ganti balik amalan solat tu adalah dengan cara aku beristighfar banyak-banyak. mohon diampunkan dosa ku. lagi pun sakit tu kan penghapus dosa. maka mintalah dengan Allah moga diampunkan segala dosa yang telah lalu. lagipun banyak dosa yang dibuat secara sengaja atau tak sengaja.


kekadang tu terfikir jugak, kenapalah aku tak sakit sampai kena tahan kat wad. barulah best sikit sebab dapat betol-betol rest dan baring je kejenyer. dah tu makanan pun ada orang hantar sampai depan mata (walaupun rasanya mungkin tak berapa sedap).tapi itulah, Allah menguji hambanya setimpal dengan kemampuan hambanya untuk terima. 


bila dah sihat ni, aku rasa cam takut pulak. masa sakit aritu, mulut ni tak lekang dari istighfar dan berzikir. sekarang ni asyik leka je. dah mula rasa diri ni jauh balik dengan Allah. sesungguhnya begitulah cara Allah sayang hambanya. diberikan sakit untuk hambanya dekat dan kembali kepadanya. tapi hambanya ini sering terleka dan mudah lupa.


Ya Allah ampunkan daku, atas segala dosaku, kesilapanku, keegoanku, ketidaksempurnaanku, ketidakupayaanku dalam menghadapi ujian kesenangan dunia yang sementara ini. terimalah taubatku ya allah. moga baki umur ku yang masih ada akan penuh dengan keberkatan. amin ya rab





Monday, June 25, 2012

rutin baru

sejak disahkan penyakit aku, aku ada rutin hidup yang baru

pertamanya aku bangun tido antara jam 4 atau 5 pagi. kalo cuba tido lagi confirm takdapat

kedua, lepas dengar motivasi pagi dari ustaz ebit liew kat radio ikim, aku akan ke kampus. bukan pegi keje tapi pegi dok depan pusat kesihatan universiti. tunggu tepat jam 8 pagi aku pun masuk n pegi bahagian farmasi. kat situ jugak aku kena makan 3 setengah biji ubat yang besar n satu biji ubat kecik. owh yaa...aku kena bawa air botol sendiri.

ketiga, aku akan pegi bersarapan

kemudian, aku akan blur apa benda nak buat. kalo dah tak tahu nak buat apa. aku balik rumah jek. banyak lagi buku yang belum dihabiskan. tapi kalo baca buku, biasanya 2,3 muka surat n then aku akan tukar posisi dari duduk ke baring dan mata aku macam jadi sepet dan aku macam hilang entah ke mana n ...

bangun balik untuk makan tengahari, kemudian sambung lagi membaca dan pertukaran posisi berlaku lagi sekali dan bangun lagi untuk makan petang merangkap makan malam.

lepas solat isyak, aku pun mula tido. tapi tak dapat tido terus (mungkin sebab siang dah tido banyak), jadi aku pun berpusing-pusing sebelum aku hilang entah ke mana lagi sekali

p/s: kesan ubat yang aku makan menyebabkan pemikiran aku tak berapa bagus. erm..maksud aku, aku dah jadi cam pelupa (nauzubillah). ada sekali tu aku ingat dah buat benda tu, tapi sebenarnya aku tak buat pun. aku rasa cam aku telah berhalusinasi pegi buat benda tu..aduhh...parah tul laa

Thursday, June 21, 2012

dapat cuti

dapat cuti 2 minggu

adoiii

boring sungguh...2 hari je dok rumah, masuk hari ketiga yaitu hari nilah. aku dah masuk office balik. buat keje apa yang patut. termasuk kerja update blog ni.

kalo dapat cuti pastu leh balik kampung memang heaven lah. tapi tak dapat. sebab setiap hari kena pegi amik ubat kat klinik. ubat kena makan kat klinik. pastu nurse yang bagi ubat tu kena sign kat buku rawatan. so dok sini (dok kat rumah) memang nothing la. nak tengok tv mmg takde feel langsung.

apa-apa pun, akan aku hadapi dengan tabah hati (ayat berbunga siot)

Sunday, June 17, 2012

balik kampung kejap

baru lepas sibuk-sibuk siapkan RPP sambil bersakit-sakit dan berulang-ulang ke klinik. tetiba dapat call dari mak suruh balik. kebetulan pusat rawatan islam al hidayah ada datang ke kelantan hujung minggu nih. aku mmg tertarik gak nak pergi sebab rawatan diorang berasaskan al quran.

tapi pada masa sama aku risau gak sebab nak kena naik bas dan perjalanan yang lama. maklumlah dalam bas nnt pasti akan kesejukan. lagi satu aku ni kan batuk, nanti akan mengganggu penumpang lain pulak. tapi nak tak nak, aku tak ada pilihan. so pendek citer, aku nekad je pegi beli tiket balik. walaupun balik utk dua hari satu malam. satu perjalanan yang agak memenatkan. tapi aku tak punya banyak pilihan sebab hari isnin nanti aku ada appointment ngan Dr. kuliah pun dah mula jugak.

alhamdulillah sampai kat kota bharu, akak datang amik. dapat merasa makan nasi kerabu dengan daging bakar. walaupun rasa tekak tidak begitu baik tapi nasi bungkus pagi tu berjaya dihabiskan. aku dapat tido sekejap sebelum bersiap ke pusat rawatan tersebut. sebenarnya akak dah tolong amikkan nombor giliran kat sana. jadi aku tak perlu menunggu lama.

aku dapat buat rawatan terus dengan ustaz luqman. ashraf muslim pun ada jugak tengah merawat pesakit lain. so aku citerlah sakit aku. dia pun scan, alhamdulillah aku takde sebarang gangguan iblis, jin, sihir mahupun saka. so aku bebas kat situ. aku boleh fokus kat rawatan penyakit saja. sebelum balik, ustaz ada bagi ayat al quran untuk diamalkan waktu siang dan malam. and then bulan 7 nanti dia suruh aku datang lagi. nampak gayanya setiap bulan aku kena balik kg lah...

best..best...best...


Friday, June 15, 2012

kena suntik

kisah pagi semalam ingatkan dah habis, rupanya petang tu klinik call suh g klinik untuk amik darah untuk wat test. 1st time rasa kena amik darah. ye lah sebelum ni mana pernah aku wat benda membabitkan darah apatah lagi menderma darah (bmi xcukup). tak sakit pun. lagi sakit kalo tercucuk duri. 

pagi ni pulak lepas hantar sample kahak, terus ke klinik dada kat batu pahat. sekejap je kat sana. kena suntik sikit kat tangan and then boleh balik. rasa macam tak percaya urusan tu sekejap sangat. siap tanya lagi kat nurse, dah boleh balik ke ni? hhahaha

pastu pegi balik pusat kesihatan universiti, report apa yang berlaku. jumpa Dr jap. nanti hari isnin baru pegi balik ke klinik untuk diorang tengok reading hasil suntikan hari ini. huh...macam-macam...

petang ni aku nak balik kampung jap...ada urusan keluarga. chow chin chow (walaupun badan masih lemah sebab masih takde selera nak makan banyak-banyak)

p/s: terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan, adik beradik, sedara mara yang sudi mendoakan dan memberi kata-kata semangat dan peransang untuk aku sentiasa positif dalam menghadapi dugaan ini. 

jazakallah khayran kathira

Thursday, June 14, 2012

kondisi terkini

minggu sebelum ni tetiba cermin kereta pecah masa tengah drive. alhamdulillah semua selamat cuma cermin kena tukar baru lah

sehari lepas jam 5 pagi tetiba batuk kuat dan bila pegi sinki untuk keluarkan kahak, ada benda yang tak sepatutnya ada. pegi pusat kesihatan universiti, terus kena buat xray dan kena hantar sampel kahak selama 2 hari untuk dianalisis. hasil xray pulak terpaksa dihantar ke hospital pantai sebab pakarnya ada kat situ. mungkin esok dapat keputusan. 

kondisi badan sekarang sangat lemah sebab takde selera nak makan. confimlah makin kurus..huhuhu

kawan-kawan minta doakan aku yep:

ya allah, moga muhsync cepat sihat, sembuh dan dihindari dari penyakit berbahaya. amin ya rab

thank atas doa kalian :D

Wednesday, June 6, 2012

fokus plz

terlalu fokus kepada sesuatu masalah sehingga kita lupa pada perkara-perkara yang lebih menggembirakan

kita ambil contoh begini,
ada sehelai kain putih dan kita letakkan satu titik cat hitam.
sekarang bila ditanya apa yang kita lihat, kebanyakkan kita akan menjawab cat hitam.
erk...cat hitam itu sikit jek, tapi pemikiran hanya fokus kepada titik hitam semata.
sedangkan pada masa yang sama kita mempunyai kain putih yang besar dari titik tersebut.

kita ambil contoh yang lain pula,
cuba tarik nafas panjang-panjang dan hembus,
kemudian pandang atas ke seluruh bahagian siling,
sekarang kira pula berapa biji mentol yang ada,
dan sekarang baca blog ni balik,
sudah pasti korang sudah kira berapa biji mentol,
tapi soalan yang ditanya adalah berapa keping siling yang ada?
sudah tentu kita tidak dapat menjawab walaupun kita pernah lihat keseluruhan siling tersebut,
apakah maknanya?
maknanya kita tidak dapat menjawab persoalan tersebut kerana kita hanya fokus kepada mentol sahaja.
kita akan dapat apa yang kita fokuskan sahaja.

contoh yang mudah tentang hal ini adalah apa yang berlaku kepada pelajar di dalam kelas atau bilik kuliah,
mereka melalui seluruh saat pembelajaran dan pengajaran tetapi apa yang mereka akan ingat dan perolehi adalah apa yang mereka fokus. jadi untuk mudah faham, pelajar perlu fokus dalam kelas..!!

contoh selanjutnya berkenaan kehidupan,
nikmat kehidupan ini akan kita rasai bila adanya sakit,
namun tak semua dapat menghayati saat sakit tersebut dengan kembali kepada Allah swt,
apa yang dimaksudkan adalah bila kita sakit,
fikiran kita banyak difokuskan kepada sakit yang dirasai,
sedangkan kita lupa tempoh kita sakit itu sedikit sangat jika dibandingkan dengan saat kita sihat,
apakah harus kita fokuskan diri kita pada kesakitan yang sekejap itu?
ataupun haruskah kita fokus kepada kesyukuran nikmat kesihatan yang kita perolehi selama ini?
pejam mata, renung diri...di mana kita?

ada satu cerita,
seorang pengembara yang menghidapi suatu jenis penyakit,
penyakit tersebut tidaklah menyebabkan dia terlantar,
dan penyakit tersebut hanyalah penyakit yang membuatkan dia tidak senang duduk saja,
namun begitu penyakitnya itu tidak sembuh-sembuh bertahun lamanya,
puas sudah dia berubat semasa dalam pengembaraanya,
namun tiba di satu kampung, dia berjumpa dengan seorang yang alim,
meminta untuk diubatkan penyakitnya itu,

orang alim tersebut tanya: apa permasalahanmu wahai anak?
pengembara: aku ini sakit didada bertahun lamanya
orang alim: apa permasalahanmu wahai anak?
pengembara: aku ini sakit di dada
orang alim: apa permasalahanmu wahai anak?
pengembara: aku ini sakit di dada
orang alim: apa permasalahanmu wahai anak?
pengembara: erkk....aku ini....
orang alim: nah...itulah permasalahan mu, kamu fokuskan jiwa dan ragamu kepada sakit mu semata. bermula detik ini, kamu harus mengatakan kamu sihat walafiat, kamu ini sihat dan kuat, kamu ini sudah sembuh. dan kamu harus ulang ayat-ayat ini setiap hari dan di saat kamu merasakan dirimu sakit.
pengembara: apakah dengan mengulang-ulang akan jadi sihat?
orang alim: tidak, kamu tidak akan sihat dengan hanya mengulang ayat itu saja, kamu harus fokuskan mindamu, jiwamu dan ragamu bahawa kamu sudah sihat.

si pengembara pun mulalah mengulang-ulang ayat tadi, aku sudah sihat, aku sihat walafiat, aku sihat dan kuat. ayat itu diulang-ulang hinggalah dia tertido. bangun keesokkan paginya, terus terngiang di dalam mindanya dia sudah sihat. lantas hari itu dia pun menjalankan kerjanya seperti orang lain yang sihat. cara jalannya sudah tidak bongkok lagi malah sudah tegap. walaupun sesekali dia berasa sakit, lantas dia mengulang aku sudah sihat, aku sudah sihat, aku sudah sihat walafiat. dan lama kelamaan dia terus lupa akan kesakitannya kerana dia telah setkan dalam mindanya yang dia sudah sihat...wallahualam

Tuesday, June 5, 2012

dah bulan jun

waaahhh...dah bulan jun ek.

byk benda yang ada kaitan ngan aku dalam bulan jun ni. terlalu byk memori suka dan duka. apa pulak memori jun aku tahun ini

;)

Permasalahan,Persoalan dan jawapan


Suatu hari tu aku ada dengar satu rancangan soal jawab berkenaan hal ehwal agama. So ramailah yang call bertanya ustaz yang jadi panel tentang pelbagai kesulitan dalam hal beragama. Tetiba ada sorang pemanggil perempuan yang call. Dia cakap dia sudah bosan dan penat dengan segala jawapan dan alasan yang diberikan. Apa yang dimaksudkan perempuan tadi, tentang permasalahan yang beliau hadapi dan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh golongan ustaz yang beliau jumpa. Dia cakap asyik-asyik jawapannya SABAR. Selama mana dia harus bersabar lagi dengan masalah yang dia hadapi itu. Permasalahan yang dia hadapi adalah berkaitan dengan rumahtangga dan pengamalan agama suami yang merupakan sorang saudara baru tapi selalu mengelak untuk mengamalkan ajaran islam.

Pada mulanya aku macam tergamam jugak dengan cara perempuan ni cakap. Tapi aku sedar yang perempuan ni sebenarnya tengah diuji. Aku cuba lihat bagaimana ustaz yang jadi panel itu memberi jawapan yang penuh hikmah.

Ustaz tersebut memulakan jawapan dengan meminta perempuan tersebut untuk berlapang dada terlebih dahulu. Ini merupakan ujian dari Allah swt. Dan jawapan yang terbaek yang boleh diberikan oleh saya (ustaz tersebut) sebagai seorang manusia adalah BERSABAR. Sesungguhnya seorang manusia itu mempunyai had limit tertentu. Sesungguhnya seorang ustaz itu pun terhad dengan ilmunya. Sesungguhnya saya juga memahami puan ingin sekali suatu jawapan yang dapat menyelesaikan masalah puan. Tapi sehingga ke saat ini puan masih lagi mendapat jawapan yang sama yakni BERSABAR. Jadi maksudnya puan perlu beralih kepada kaedah lain yakni dengan mengadu pula kepada Allah swt. Mintalah kepada Allah jawapan kepada masalah puan. Bacalah alquran dan terjemahannya sebab kemungkinan puan akan beroleh jawapannya dari sana. Tapi ada syarat yang puan perlu lakukan yakni perlulah berserah diri sepenuhnya kepada Allah swt. Dan akan redha dengan ketentuanNya. Hanya itulah sekadar respon lemah yang dapat saya berikan terhadap permasalahan puan. Wasalam.

Aku sebenarnya teringat kata kawan aku bila dengar respon ustaz tersebut, kata kawan aku, adalah susah untuk kita meminta dari manusia. Adalah lebih mudah meminta kepada Allah sebab Allah Maha Memberi. 

Monday, June 4, 2012

dia sungguh kaya jiwa


INI HASIL KERJA COPY PASTE GUA
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
 
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my

dia datang

pelajar diploma intake baru dah mula daftar. minggu haluan siswa utk diorang juga dah mula. tak lama lagi kena mula mengajar lagi...sesungguhnya aku mengajar kerana Allah swt. Ya Allah permudahkan untuk aku menimba ilmu Mu dan permudahkan juga untuk aku menyebarkan ilmu Mu. amin

Sakit


Biasanya bila orang sms tanya khabar memang aku akan jawab “alhamdulillah terbaek” walaupun masa tu tengah demam or sakit.

Bagi aku sakit ni adalah kafarah dosa. Apa harus untuk aku hebahkan yang aku tengah sakit. Bukankah ia sama maksud dengan aku menghebahkan kat orang yang aku tengah dikafarah dosa. Lagipun selagi aku boleh bangun berdiri untuk melaksanakan kewajipan as muslim dan dapat pergi bekerja, maka aku harus syukur yang aku belum lagi sakit. Bagi aku, sakit adalah bilamana aku sudah tidak mampu bangun berdiri.

Alhamdulillah pertukaran ubat itu hari memang agak menyeksakan. Beberapa kali tumbang tak dapat pergi kerja. Kesan mengantuk sangat kuat. Tapi selang 2,3 hari kesan mengantuk dah makin pudar walaupun baru lepas makan ubat. Tapi aku terpaksa melupakan/menghindari 2 perkara bagi memastikan kesihatan sekarang ini dapat maintain. Pertama aku dah tak boleh minum minuman sejuk (berais). Kalo aku minum jugak, aku akan hadapi keadaan badan yang sangat lemah, rasa macam nak demam dan sakit di dada. Keadaan tersebut memang aku tak dapat nak gambarkan. Kepala rasa tension yang amat. Perkara yang lagi satu tu aku tak leh citer kat sini sebab ia privasi banyak. So tak sesuai nak citer. Hahhaha. Soooo sorryyyyyy

Anyway...merintihlah banyak-banyak pada Allah di saat sakit. Mohonlah penyembuhan dariNya sebab ubat hanya asbab untuk kita sembuh. Yang menyembuhkan adalah Allah swt juga. Allah bagi sakit sebab Allah sayangkan kita agar kita tidak lupa akan Allah. Berbanding jika Allah tak bagi sakit seperti yang berlaku kepada firaun yang tak pernah sakit. Antara perkara yang digalakkan ketika sakit adalah beristighfar yakni memohon keampunan banyak-banyak dari Allah swt. Jika berada dalam keadaan sakit yang teramat sangat, maka ingatlah akan Allah dan berserahlah diri pada Allah sepenuhnya.

Agen takaful


Aku ada pengalaman 4 tahun dalam bidang sale (ayat macam riak siot)

Aku nak citer pasal ada sorang mamat ni sibuk-sibuk dok sms aku pasal nak suruh beli polisi takaful dari dia. Kononnya polisi syarikat dia lagi bagus dari polisi yang aku dah amik sekarang ni. Yang aku tak leh blah dia suruh aku tunjukkan polisi yang aku dah amik. Pastu nanti dia nak bandingkan dengan polisi syarikat dia pulak. Bagi aku, ini suatu yang tak wajar. Kenapa ko nak banding-bandingkan dengan produk orang pulak. Tak boleh ke ko tunjukkan kehebatan dan kebagusan produk ko tu jek tanpa perlu dibandingkan. Yang berhak bandingkan adalah aku sebagai costumer. Lagi pun aku ni bukannya costumer yang bodoh sangat sampai perlukan ko untuk tolong bandingkan. Huh...marah nampak...hehe.

Fuhhh..rilek jap. Tarik nafas panjang-panjang-panjang...

Aku tahu masing-masing nak cari makan, tapi boleh tak ko jaga etika dan kesaksamaan untuk orang lain jugak cari makan. Jangan pikir nak kacau periuk nasi orang jek. Biar orang lain tebarai asal perut ko kenyang sampai boroi. (eh...marah lagi)

Inilah cerita yang berlaku dikeliling kita, bukan aku nak banned orang yang buat sale sebab aku pun keje buat sale jugak. Cuma perlu dijaga bab etika supaya kita semua dapat sama-sama berjaya. Maaf cakaplah, ramai yang dapat sale yang banyak tapi costumer yang beli produk dengan terpaksa. Adakah mungkin business kita dapat bertahan lama?

Citer pasal ni memang tak habis, belum aku citer pasal penjual emas yang jual emas macam buat sale MLM. Mungkin background dia sebelum ni MLM kot. Skg ni jual emas pulak. Adoii...tolonglah masuk kursus buat sale dan dilatih oleh orang yang terlatih dan diiktiraf antarabangsa. Sekarang ni orang dah tak jual takaful cara gitu lagi dah. Orang jual polisi takaful guna cara baru. eh...apa cara baru tuh? Haaa...kalo nak tahu kena r masuk kursus ngan aku dulu.

p/s: aku tak jual takaful pun..tapi aku boleh ajar cara buat sale cara baru. nak tahu sila contact aku
p/s: biasa tak, dapat panggilan atau sms dari kawan lama tetiba cakap suh masuk MLM or suh beli produk dia...tension kan
p/s: dok cari cara rasulullah saw berniaga dulu bagaimana.
Related Posts with Thumbnails