sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Sunday, February 27, 2011
puasa TV
NIAT PUASA TV:
Sesungguhnya aku berpuasa TV 24/7 dengan menjauhi perkara-perkara yang dilarang kerana Allah swt
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG:
1. melihat rancangan-rancangan tv berbentuk hiburan semata-mata tanpa ada motif untuk kebaikan
2. melihat berita-berita yang berbentuk menyebelahi sebelah pihak dan menonjolkan keburukan pihak lagi satu
3. melihat rancangan tv yang kononnya berilmiah tetapi pada masa yang sama menonjolkan bentuk tubuh badan pengacara wanita yang kononnya berimej islamik
4. melihat iklan-iklan pelangsingan badan yang diselitkan dicelah-celah rancangan ilmiah
5. melihat cerita kartun yang kononnya untuk anak-anak tapi telah diselitkan dengan watak-watak kartun yang berpakaian tidak sopan dan bakal mempengaruhi minda dan jiwa anak-anak
6. melihat drama bertema kemasyarakatan yang kononnya untuk tujuan pengajaran namun hakikat sebenar jauh tersesat mengheret masyarakat untuk turut membuat perkara yang sama
7. melihat rancangan yang memaparkan kejatuhan akhlak artis-artis iaitu suatu golongan yang majoritinya berbangsa melayu dan pada kad pengenalannya beragama islam itu kononnya bekerja mencari rezeki yang halal, mahu mempamerkan bakat seni masing-masing dan memberi hiburan berkesan kepada penonton sedangkan pada masa yang sama kita yang menonton ini tidak pernah menegur tentang kesilapan mereka itu malah boleh dikatakan kita telah terbabit sama menyokong mereka secara tidak langsung.
PERKARA-PERKARA YANG DIHARUSKAN:
Melihat rancangan ilmiah seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Usrah, Al-Kuliyyah, Forum Perdana Ehwal Islam, Halaqah, Al-quran dan Adik-adik, Akademi Al-Quran (eh semuanya kat tv9 jek..tv alhijrah tak dapat channel lg)
**tengok rancangan yang disebut di atas dah cukup bagus tapi pada masa terselit juga iklan-iklan yang mempamerkan bentuk tubuh model-model iklan (apa nak buat, model tu mahu bekerja untuk cari rezeki yang halal)
HIKMAH PUASA TV:
1. Tiada kerugian sedikit pun untuk setiap orang malah memberi manfaat kerana jiwa dan pemikiran kita tidak dipengaruhi langsung oleh dakyah hasutan syaitan
2. Memenuhi syariat untuk kita mendengar perkara yang betul dan benar sahaja, melihat perkara yang baik-baik dan menundukkan pandangan bila terpandang perkara yang mungkar
3. Info tentang dunia tidak akan tertinggal sebabnya kita mempunyai alternatif lain seperti surat khabar dan internet (kita boleh memilih melihat apa yang kita nak sahaja dan kita boleh menolak apa yang kita tak nak)
4. TV merupakan suatu alat hipnosis yang paling hebat dan merupakan suatu alat propaganda bagi suatu pihak berkepentingan, dengan membuat keputusan untuk membuat pilihan sendiri kita dapat menghindarkan diri dari terjerumus dalam dakyah propaganda pihak tertentu dan yang paling mustahak jiwa dan pimikiran kita tidak akan lagi “dipukau”
5. Dapat menjaga iman dan islam untuk diri dan keturunan sebab iman dan islam itu merupakan anugerah atau hadiah yang cukup berharga dari Allah buat diri yang bergelar hamba Allah
6. Menjimatkan bil elektrik
7. Memberi masa yang lebih untuk kita melaksanakan perkara yang lebih bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan di akhirat
8. Tak payah nak gaduh lagi untuk berebut channel kegemaran masing-masing :P
PLAN OF ACTION
Mesti korang yang selalu berdampingan dengan tv merasakan ia suatu perkara yang mustahil. Suatu ketika aku pun begitu juga, tapi setakat hari ini (hari aku menulis) telah 2 minggu aku berpuasa tv. Alhamdulillah rasanya aku tidak ketinggalan apa-apa informasi malah merasakan diri lebih tenang dan bebas. Aku hanya melihat perkara-perkara yang harus sahaja (seperti yang disebutkan di atas). Bila kita meninggalkan sesuatu tabiat maka kita harus menggantikan dengan habit yang lain bagi mengelakkan kita terbuat kembali habit yang lama itu. Bagi aku, lebih banyak menghabiskan masa yang ada itu dengan membaca buku-buku yang cukup banyak tersusun di rak buku yang rasanya ada 2,3 buah yang belum sempat ku habiskan bacaan.
Bagi yang ada anak pula, janganlah dijadikan sebagai alasan untuk meninggalkan anak bersama dengan tv. Adakah kita mahu jiwa dan pemikiran anak kita rosak dan jauh dari akidah islam? Bila jiwa dan pemikiran rosak maka akan mengakibatkan lahiriah dan juga perlakuan anak itu turut rosak. Walaupun kartun itu kononnya untuk kanak-kanak, tapi lihatlah kembali siapa yang membuat kartun-kartun tersebut? Adakah ia dari budaya, adat dan agama kita? Sudah tentu majoritinya ia bersumber dari luar negara yang langsung tidak sama dari segi budaya, adat dan agama kita. Jadi tidak hairanlah kalo ada anak gadis belasan tahun masih lagi berpakaian seperti barbie..!!! ingatlah juga, anak-anak itu seperti kain putih. Kalo kita mencoraknya dengan imej-imej kartun di tv maka kesudahannya juga akan begitu. Maka sudahkah kita bersedia untuk menanggungnya di akhirat kelak?? Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita diamanahkan.
Bagi yang masih single mingle dan muda remaja seperti aku, inilah masanya untuk kita mula mencorak nasab keturunan kita. Ia bukanlah terlalu awal untuk kita mula memikirkannya malah agak terlewat untuk yang masih belum memikirkan tentang keturunan masing-masing. Mengambil iktibar dari kisah kejayaan sultan muhammad al-fateh (dialah sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera). Kisah usaha kejayaan beliau bukannya bermula dari saat kelahiran tapi bermula dari zaman datuknya lagi kemudian diteruskan oleh ayahandanya dan beliaulah hasil terbaik yang dapat melaksanakan misi yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah saw 800 tahun (kalo tidak silap) sebelum kejayaan sebenar sultan muhammad al-fateh menawan kota konstantinopel.
p/s: bebaskan kehidupan dari segala kokongan. seSape yang cakap semua perkara di atas ni tak betul / tak dapat nak tinggal tv maka itu sudah cukup untuk membuktikan diri orang tersebut telah terkena hipnosis tv (pukau) yang mana frontel lobe dalam kepalanya telah rosak secara tidak sedar :P
nak dijadikan cerita..huh
Inilah punya cerita, nak dijadikan suatu kisah alkisah maka tersebutlah suatu hari di hujung minggu di hari ahad. Aku dengan bersemangatnya bangun pagi-pagi, bersenam dan sempat jog satu pusingan kat taman. Disebabkan ini adalah hari cuti aku pun merancanglah aktiviti yang sesuai untuk aku laksanakan dihari tersebut supaya kehidupan ku di hari tersebut tidak tersasar. Dipendekkan citer, waktu tu aku masih lagi dalam tempoh menyiapkan thesis master. Jadi aku telah merancang untuk menyiapkan thesis tersebut kemudian mencetak thesis tersebut sebanyak tiga salinan. Proses membetulkan thesis berjalan lancar since itu merupakan pembetulan terakhir sebelum dihantar kepada examiner. Dan tibalah masanya untuk mencetak hasil thesis aku ni. Disebabkan thesis aku ni setebal 156 muka surat maka aku mencetaknya secara sedikit-sedikit. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku kesilapan teknikal pada helaian yang dicetak dan kebetulan cartridge color printer aku tu pun dah kurang. Jadi adalah langkah terbaek buat begitu. Cartridge hitam pula baru je ditukar minggu lepas. Anythings happen aku dah prepare cartridge color yang baru sebijik. Namun segala telahan aku dan perancangan aku nampaknya tidak terjadi. Yang terjadi adalah sebaliknya. Sebenarnya yang habis adalah ink hitam..apakah..!!! mana nak cari kedai komputer yang buka di hari ahad. Aku pun dengan berharap ada suatu yang baik untuk aku cuba juga keluar ke pekan berhampiran. Mana tau kalau-kalau ada kedai yang bukak. Sampai je aku kat kedai yang dimaksudkan memang sah ada kedai yang bukak. Aku dah boleh tersenyum. Aku bagitau la si pekedai tu spec cartridge yang aku nak. dari jauh dah nampak no siri yang aku nak. TAPI...!! tetiba pekedai tu cakap dah abis dan tiada stock. Rupanya stock yang aku nampak tu adalah untuk cartridge color. Cesss...color watpe. Kat rumah aku pun ada..hhehe. aku terus mencari lagi kedai lain yang mungkin ada jual tapi hasilnya memang itulah satu-satunya kedai komputer yang buka pada hari ahad. Aku pergi kat pasaraya wellward dengan itulah satu-satunya harapan aku yang terakhir. Sesampainya aku kat atas tu, rupanya ada dua orang budak sekolah tengah cari ink printer juga tapi lain jenis. Tapi cartridge yang aku nak tu tetap juga tak ada. So dengan keadaan yang redha dan inilah suratan ilahi maka aku pun pulang semula ke rumah...sekian
Saturday, February 26, 2011
Wasiat
Opss..agak gerun topik ini hari.
Aku selalu berlawak dengan kawan-kawan tentang wasiat.
“kalo ko dah mati nanti, ko nak wasiatkan apa kat aku..”
“pe kata kalo ko wasiatkan motor ko atau kete ko ker..”
“disebabkan ko takde pe2, pe kata kalo ko wasiatkan pendrive untuk aku..hehe”
Itulah perkara yang selalu aku joke ngan kawan-kawan bila sesorang kawan buat-buat gaya sakit. Benda ni tak terkecuali terkena kat aku kembali. Sometimes aku terfikir, betol jugak kan. Kalo aku mati apa benda yang aku leh wasiatkan selain motor comel, henfon motorola, laptop lenovo, hardisk samsung, cermin mata, beg sandang yang best, jam tangan aries gold atau apa lagi yer barang yang lebih berharga dalam hidup aku?
Serasa aku, aku tak punya begitu banyak barang berharga dalam hidup. Bagi aku apa yang berharga sekali adalah aku ada Allah dan rasulullah saw. Selain itu aku ada cik (panggilan mak aku) dan ayah serta kak, abe, kaktie, kakje, na, ipar-ipar ku, anak-anak sedara aku, sedara mara ku, sahabat-sahabatku serta sedara-sedara seakidah dengan ku. Perghh..panjangnyer
Kembali kepada topik perbincangan tentang wasiat, sebenarnya kalo boleh aku nak wasiatkan segala ilmu, buah fikiran, idea-idea, kemahiran dan perkara-perkara baek yang ada pada diriku ini kepada semua orang. Tapi mungkinkah ia menjadi suatu yang boleh aku lakukan? Susahkan...
Merasakan saat kematian itu terlalu dekat dengan ku, aku tidak boleh berlengah lagi untuk tidak melakukan kebaikan melainkan perlu dan wajib untuk aku melaksanakan perkara-perkara yang baik ini untuk aku tinggalkan sebagai tanda kenangan aku di dunia ini.
Ya Allah sejahterakanlah kehidupan ku di dunia ini dan di akhirat sana..amin ya rab
Tuesday, February 22, 2011
POLITiKecil
“Aku memang tak suka politik”
Tapi ada orang cakap kat aku
“ko tak boleh cakap macamtu sebabnya nabi pun berpolitik jugak”
Aku jawab balik
“ok aku ubah sikit kenyataan aku, aku tak suka politik kepartian zaman ini..!!”
Itulah pandangan aku bila orang tanya pasal politik. Aku tak kisah orang nak cakap aku ni macamana sekalipun. Yang aku tahu politik kepartian yang berlangsung di negara ini sudah di tahap kritikal sehinggakan susah benar nak cari yang mana permata dan kaca.
Suatu malam aku terpaksa ke kampus sebab ada kuliah ganti untuk student aku. Aku ternampak suatu pemandangan yang agak menarik iaitu poster hitam putih bergantungan di sana sini. Di bawah cahaya lampu susur gajah tu menambahkan keserian poster-poster tersebut walaupun ia hanya sekeping kertas putih sahaja (pilihan raya kampus sedang berlangsung). Tiba-tiba terdetik beberapa perkara dalam kepala aku:
“Pilihan raya kampus (PRK) dipenuhi dengan poster hitam dan putih. Pilihan raya umum/kecil (PRU) dipenuhi dengan poster yang lebih berwarna-warni. Itulah bezanya politik orang yang lebih berusia dengan orang yang lebih muda. Tapi politik orang muda ini lebih senang sebabnya mereka hanya perlu memilih antara hitam dan putih sahaja.”
“Rata-rata poster ataupun banting manifesto mahasiswa bertanding adalah berlatarkan warna putih. Warna putih itu sendiri simbolik kepada kesucian. Begitulah politik orang muda yang masih lagi suci Cuma tercoret sedikit titik-titik hitam menggambarkan bagaimana empunya diri.”
Cuba bayangkan jika politik orang muda ini dicampuri dengan politik orang berusia. Agak-agaknya bagaimana rupa corak poster dan banner mereka yang bertanding?
Sebelum tu aku sempat berchatting dengan salah seorang calon yang bertanding. Dia ada tanya pelajar postgrade pergi mengundi atau tak. Kemudian dia terus berkempen untuk aku mengundinya esok. Pengalaman aku yang lepas, pelajar postgrade memang tak mengundi. Tahun ni pulak tak ada sebarang notis untuk kami pergi mengundi. Tapi itu bukan persoalannya. Persoalan yang bermain dalam kepala aku adalah;
•calon yang bertanding tidak tahu sasaran dia yang sebenar
•sepatutnya sebagai bakal wakil kepemimpinan pelajar seharusnya ambil tahu tentang pelajar postgrade ini layak atau tidak untuk mengundi mereka. Jika mereka tidak tahu, masa inilah untuk mereka ambil tahu
so inilah politik orang muda yang seharusnya tidak dicampuri urusannya oleh orang-orang yang lebih berusia
p/s: kertas-kertas A4 telah abis di pasaran sekitar kampus. Khabar angin mengatakan tidak kurang 5 rim digunakan oleh setiap calon (bukan leh caya pun). Sudahkah disiapkan segala assignment, tutorial, project, lab report dll ??

BATUK oh BATUK
“Batuk..batuk..batuk”
“Aku pergi ke mana-mana mesti ada orang batuk. Ni musim penyakit batuk ke apa?”
“Hurm..sedarlah diri tu sikit. Awak tu pun batuk jugak”
“Oppss..lupa lak. Patutla aku begitu peka dengan orang yang batuk. Rupanya sama frekuensi..hehe”
Disebabkan batuk yang teruk dan tak baik-baik lagi maka aku pun bertindak menziarahi Farmasi Sharifah Nur (kawan aku kata ada kaitan ngan sharifah nur tv9..ntah ler) yang terletak tak jauh dari taman perumahan aku ni. Aku ni memang malas sikit nak makan ubat. Mesti korang ingat aku takut makan ubat kan. Itu semua suatu sangkaan yang silap. Aku tak takut pun makan ubat Cuma aku tak nak ubat tu merosakkan sistem pemikiran aku disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang ada. Tapi...
Tapi bila dh rasa kritikal camni mau gak cari ubat. Takpe..makan sikit jek..hihi
Dipendekkan cerita..aku pun makan ubat tu. Terus rasa panas dalam dada ni. Tapi sebelum tu aku tak lupa untuk bertawakal kepada Allah sebab Allah yang menyembuhkan aku bukan ubat itu. Dari segi rasa no komen la (tapi ada ditulis kat situ Sarsaparilla flavour-agaknya itu flavour ubat batuk so rasanya macam korang makan ubat batuk la :P). Sambil tu aku belek-belek la kotak ubat tu. Sekali aku tengok ada ditulis supaya ambil ubat ni selepas makan. Alamak..!!! aku belum makan lagi ni.baru jek nak pergi makan..hehe. takpelah..aku pun layan jelah
Dipendekkan lagi cerita..aku makan kt kedai. Sesampai je kat rumah. Kepala aku ni rasa semacam jek. Rasa berat sangat n terus badan rasa seram sejuk. Adoii..ni kesan ubat ke pe? Malam ni ada kelas lak. Camne la nak gi sana. Aku pun terus terbayangkan aku menunggang moto dalam keadaan khayal..kih3. oh tak patut..!! aku pun ambil keputusan untuk baring sekejap walaupun masa tu dah nak maghrib (orang tua kata tak elok tido waktu tu). Tp aku tak tido pun, sekadar baring dan pejamkan mata kemudian terlelap sekejap..oppss!!.
Yang aku musykil adalah kenapa ubat batuk tu ada kesan mengantuk? Masa aku beramah mesra ngan gadis farmasi yang hidung mancung cun melecun tu cakap ubat tu tak ada kesan mengantuk. Dan aku pun kononnya tergoda dengan kata-kata manis pujangga gadis tu terus ambil ubat tu tanpa rasa sedikit ragu dan cagu tentang kesan mengantuk.
Malamnya memang aku menunggang moto 99cc aku tu dengan kelajuan yang tidak dapat dipastikan sebabnya meter rosak. Yang aku pasti segala kereta, lori dan bas aku dapat pintas. Dan yang lagi best aku rasa layannnn...perghh..seronok sungguh bawa moto malam-malam walaupun agak berbahaya lagi-lagi dalam keadaan otak aku layannnn..(kan dh cakap kesan kimia ubat ni leh jejaskan pemikiran)
p/s: jagalah kesihatan tubuh badan supaya tak perlu susah-susah untuk makan bahan kimia yang tak bahaya pada mulanya tapi bila dah makan banyak-banyak akan merosakkan sistem yang canggih manggih Allah installkan dalam tubuh kita ini
-ditulis dalam keadaan otak layannnnnzzzz-

Friday, February 18, 2011
takde keje cari keje
dalam seminggu dua ni aku sengaja mencari kerja tambahan untuk memastikan aku tak borim dok kat rumah dan juga bagi memastikan otak aku sentiasa berfikir. nak dijadikan cerita, pada awalnya aku tolong technician kat makmal aku ni buat blog untuk business nasi beryani dia. so dalam tu aku ada edit2 gambar skit bagi memeriahkan blog tu. pada masa sama gak aku tolong la promo blog brader tu kat facebook n YM. korang boleh klik di sini untuk tengok hasilnya.
pastu tetiba lak akak aku tengok dan suruh aku wat header untuk blog dia. aku pun seronok sebab dapat lagi kerja baru. lagi pun kerja ni aku wat masa aku rasa borim dan dah takde kerja lain lagi nak buat. biasanya aku buat sebelum aku tido..so kat bawah ni adalah antara beberapa design yang aku buat dan kalo nak tahu yang akak aku pilih boleh klik di sini

Thursday, February 17, 2011
dalam susah ada senang (Kisah hidupku)
Tak tahulah nak cerita bagaimana..satu hari sedang aku bersiap-siap nak balik ke kampung halaman tetiba dapat call dari kawan.
"Sein ko kat mana? sila datang segera ke pejabat Hj.Masnin di bangunan Pusat Pengajian Diploma".
Lantas aku menjawab "Okey".
Terus je aku keluar rumah dan menaiki motor comelku itu merentasi kesibukan jalan raya pekan Parit Raja. Setibanya aku di bilik Hj.Masnin, di dalam tu ada sekali Suzairin dan Mahmod yang telah menelefon aku sebentar tadi. Baru jek duduk di kerusi, Hj Masnin bersuara
"Ko boleh mengajar kursus mekanik pepejal tak?"
"ermm.."
aku bernada kurang pasti tapi terus dipotong oleh Suzairin
"boleh jek"
sambil Suzairin memberi isyarat supaya aku untuk bersetuju sahaja. Aku pun macam dipukau menganggukkan kepala dan bersetuju.
itulah sedikit sebanyak bagaimana kisah aku boleh menjadi pensyarah sambilan. sebenarnya beberapa hari sebelum itu aku telah beristikharah tentang bagaimana dan di mana harus aku teruskan hidupku ini dan jawapan yang ku perolehi adalah "HIJRAH". Pergh..blur jap. nak hijrah ke mana? hijrah balik ke kampung halaman atau hijrah ke tempat lain atau hijrah yang dimaksudkan adalah aku perlu menetap luar dari kampung aku. sebabnya sebelum ini aku ada plan untuk balik ke kampung dan mencari pekerjaan di sana. Alhamdulillah dalam masa beberapa jam sahaja sebelum aku bertolak balik ke kampung aku telah diberi suatu alasan lain untuk tidak pulang ke kampung lagi.
Dipendekkan cerita, aku pun membatalkan hajatku untuk balik kampung dan terus membuat perancangan lain tentang kehidupan ku di sini. Bunyi title "pensyarah sambilan" itu mungkin agak klise tapi cukup mencabar sebabnya kursus yang diberikan kat aku adalah kursus yang agak baru dan mencabar juga. Kursus mekanik pepejal telah diberikan kepada orang lain manakala aku kena mengajar kursus aircond design and vehicle air conditioning. student aku adalah pelajar tahun akhir diploma kejuruteraan mekanikal.
kehidupan aku kemudiannya tidak semudah seperti yang disangka, aku telah mendapat kembali masalah yang cuba aku larikan diri sebelum ini iaitu berkenaan dengan thesis master. Disebabkan kuliah dijalankan di dalam bilik kuliah di makmal automotif menyebabkan aku selalu terserempak dengan penyelia master aku. bayangkan lah setiap kali jumpa dia akan tanya pasal thesis. Tekanan makin memuncak bila pada masa sama aku perlu menyediakan modul pengajaran untuk 2 kursus tersebut beserta dengan bahan-bahan untuk lecture. Aku bernasib baek kerana adanya Mahmod bersama menjadi pensyarah untuk kursus tersebut. Dia banyak backup aku bilamana aku bertungkus lumus menyiapkan thesis master tersebut.
Diam tak diam sampailah dihujung bulan Januari 2011, iaitu 3 minggu selepas aku dilantik dan pada masa inilah aku kena menghantar borang untuk claim bayaran sebagai pensyarah (bayarannya taklah semewah pensyarah tetap). Sekali lagi aku ditimpa masalah bilamana tarikh sepatutnya bayaran dibuat tetapi aku tak dapat duitnya. Pelik..!! claim dah hantar awal tapi duitnya tak masuk. aku semak kembali dengan pihak berkenaan dan mendapati ada masalah yang dilakukan samada sengaja atau tidak sengaja. borang claim aku tidak dihantar oleh pihak tertentu. Masa tu ada gak rasa nak marah, geram dll. tapi masa tu aku cuba juga bersabar dan cuba memaafkan individu tersebut. Sebenarnya dalam planning aku, bila duit claim masuk aku akan blk kampung untuk menjengah orang tua ku sambil berjumpa dengan kawan-kawan termasuk downline business dan dihujung minggunya boleh menghadiri bengkel gerak kerja NGO. Tapi semua tu terpaksalah aku lupakan dek duit claim tak dapat.
Jadi aku pun meneruskan lah rutin harian ku di sini dan tiba-tiba aku terserempak dengan penyelia master aku. Dia bertanya adakah aku berani dan yakin untuk masuk viva. so aku dengan confident jawab "sy berani..!! asalkan sy dapat masuk viva dah cukup bagus". seterusnya penyelia aku tu pun secara lisannya telah memberi green light untuk aku masuk viva secepat mungkin. Esoknya aku terus bersemuka dengan penyelia aku tu untuk sama-sama membuat correction pada thesis aku. ada la dekat 2 jam aku bersamanya. alhamdulillah dah tak banyak yang kena repair. Esoknya pula aku dapat berita yang tiket untuk aku bengkel gerak kerja NGO akan di sponsor. Alhamdulillah dapat gak aku balik kampung.
secara kesimpulannya kisah aku kongsikan di sini adalah ingin memaparkan tentang bagaimana setiap yang susah itu akan ada kesenangan.
pada awalnya aku berniat untuk tidak menghabiskan master aku yang telah menjengah tahun ketiga (had limit untuk pelajar fulltime) dek beberapa masalah yang muncul tetapi hikmah yang datang itu tidak disangka-sangka dan ia datang di saat-saat akhir.
bermula dengan kisah tak jadi balik kampung sebab dpt tawaran jadi pensyarah sambilan, kemudian terpaksa siapkan thesis sebab asyik bertembung dengan sv dan akhir sekali claim tak dapat dan tak dapat balik kampung tetapi dapat berita yang begitu lama aku tunggu iaitu thesis ku bakal di"viva" kan.
semuanya itu aku sambut dengan ucapan "ALHAMDULILLAH"
Substratekan hal agama dan dunia
Semalaman aku berfikir tentang apa yang aku nak tulis dalam next entri. Aku kena melatih diri untuk sentiasa menulis sebabnya aku nak otak aku sentiasa kreatif berfikir dan membuahkan hasil-hasil yang memberansangkan dalam mengkritik, menyumbang dan menjadi suatu yang bermanfaat buat semua yang membaca. Satu kelemahan yang ketara adalah dari segi penggunaan bahasa yang kreatif dalam menerangkan sesuatu perkara. Maklumlah orang bahagian kejuruteraan yang dilatih menggunakan dan menyampaikan fakta dengan tepat tanpa perlu menggunakan bahasa kiasan. Aku sebenarnya cukup tertarik sekali dengan gaya bahasa melayu indonesia yang cukup indah dan mulus terutamanya bila aku melihat video atau movie yang melibatkan perjuangan bangsa mereka dan pemuitis-pemuitis yang cuba menyampaikan sesuatu maksud secara tersirat. Serius aku jatuh cinta dengan bahasa mereka namun tidaklah bermaksud aku tidak mencintai bahasa melayu malaysia ini sendiri. Seringkali aku terfikir bagaimana aku ingin menjadikan bahasa melayu malaysia ini pun cukup indah dilontarkan sehingga dapat menempel di hati insan yang mendengarnya. Adakah mungkin bahasa melayu indonesia itu intonasinya lebih lembut berbanding bahasa kita yang agak tegas dengan ejaan dan sebutannya. Contoh yang aku ingat perkataan “berbeZa” dan mereka menyebut “berbeDa”. Bunyinya agak lembut berbanding sebutan bahasa kita. Namun yang aku tidak hairan semua itu sebab kita ini satu rumpun satu ketika dahulu yang cuma sekarang ini dibedakan oleh garisan sempadan yang tak pernah nampak dek mata kasar yang melihatnya.
Tinggalkan dahulu soal bahasa yang semakin hari semakin rosak dek pencemaran pemakainya dan salah faham penggunaan bahasa sebagai medium mengejar arus kemodenan. Bahasa itukan salah satu cara medium komunikasi sahaja. Yang penting adalah bagaimana setiap orang dapat memahami apa yang ingin disampaikan. Jangan korang tak tahu, matematik (angka) juga merupakan suatu bahasa untuk orang-orang kejuruteraan selain dari lukisan-lukisan ringkas yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara.
Kembali kepada tajuk aku hari ini yang ingin sekali mengkritik bagaimana orang-orang kita hari ini mudah tertipu dengan fatamorgana dunia. Fatamorgana suatu ilusi yang sebenarnya tak wujud tapi nampak macam wujud (pelikkan..?). Tapi itulah dunia. Kita sering dipersembahkan dengan keindahan kehidupan di dunia ini sehinggakan kita sering terlupa tujuan kehidupan kita di dunia ini. Perkara ini telah diparahkan lagi dengan datangnya suatu idealogi hal dunia dan akhirat itu berbeda dan tak boleh disatukan. Sedangkan bagi ISLAM itu sendiri merangkupi seluruh hal-hal kehidupan dunia yang natijahnya untuk tujuan akhirat semata-mata. Usahlah kita eksklusifkan kehidupan dunia ini semata-mata. Seharusnya kita substrate kan kehidupan itu dengan hal-hal agama. Jika ini berjaya kita cantumkan maka damailah hidup kita ini tanpa perlu mengejar dunia lagi.
Rata-rata kehidupan hari ini begitu menghimpit dan menekan sekali. Setiap orang berlumba-lumba untuk menjadi kaya. Pendapatan seorang suami sudah tidak mencukupi lagi dan perlu bantuan si isteri untuk turut sama menyumbang tenaga bekerja di luar bagi tujuan kehidupan. Keadaan yang lagi kritikal hari ini bilamana walaupun suami dan isteri bekerja tapi masih belum mencukupi dan perlu membuat kerja tambahan lain (side income) pada masa yang sama. Kenapa ia berlaku? Kita boleh bertanya hal ini kepada kawan-kawan kita yang diluar sana.
Pandangan aku dalam hal ini berkaitan dengan bagaimana sesorang itu melihat tujuan kehidupan mereka di dunia ini. Kebanyakkan kalangan kita hari ini (temasuk aku) melihat kepada pencapaian dunia semata-mata. Antaranya yang selalu bermain di minda adalah bagaimana orang lain melihat kita, ingin mencapai seperti orang lain capai, nakkan pencapaian yang lagi hebat dari orang lain dan secara keseluruhannya kita membuat sesuatu itu kerana kita nak orang lihat kita. Kenapa kita tidak melihat dari sudut pandangan kita sendiri sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang khalifah di atas muka bumi yang penuh dengan tanggungjawab dan yang paling penting dan wajib kita pertimbangkan adalah bagaimanakah pandangan di sisi Allah swt. Pendapatan yang tinggi, jawatan dan juga kekayaan itukan suatu anugerah dari Allah swt. Tapi nanti ada pula yang salah sangka, “kalau begitu kita berusaha biasa-biasa sudahlah, nasib kita ditentukan oleh Allah, kita Cuma perlu tunggu sahaja” kata orang yang salah sangka. Tidak begitu tuan, Allah menyuruh kita berusaha dan hasilnya Allah akan berikan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mengubahnya. Maksud mengubah disitu adalah usaha. Bagi mendapat suatu keberhasilan perlulah kita berusaha. Kalau ikut istilah kejuruteraan sesuatu itu akan berubah jika ada kerja dikenakan atau dilakukan.
penulisan ini belum abis..tp dek kerana kekangan masa dan urusan lain terpaksa post yg ini terlebih dahulu.
p/s: kalau dibandingkan bumi ngan matahari maka bumi ini mungkin sekecil bola. kalolah bumi sudah sekecil bola bagaimana pula saiz kita sebagai manusia yang hidup di dalam bumi. apakah mungkin sebesar semut? jadi apakah kita masih nak berlagak sombong hidup di atas bumi Allah yang Maha Besar ini
Monday, February 14, 2011
sinki unik dan pembersihan hati
hari ini nak kongsi gambar sinki yang unik..nikmati...
dicedok dari http://www.esempoi.com/design/9-rekabentuk-sinki-yang-kreatif/
beberapa hari lepas aku telah bertungkus lumus membersihkan sinki dalam bilik air kat rumah sewa. disebabkan kesibukan aku sejak kebelakangan ini memang aku dh tak bersihkan sinki tu selama 2 minggu. jadi satu hari tu aku berkesempatan untuk bersihkan balik sinki tu setelah tengok adanya bintik-bintik hitam yang telah menodai kesucian dan keputihan sinki tersebut. punyalah susah aku nak tanggalkan kesan kotoran tersebut. itu baru 2 minggu tak bersihkan. kalolah sebulan..? setahun..?
sambil-sambil dok gosok sinki tu aku terfikir satu perkara tentang pembersihan hati. mengambil iktibar dari sinki tu, aku lihat sinki pun kita nak kena basuh setiap minggu atau setiap hari agar ia sentiasa putih dan bersih. apatah lagi hati kita ini. aku terfikir kalolah hati kita ni tak selalu dibersihkan tentu ia pun akan menjadi hitam dan amat susah nak dibersihkan lagi. camne nak bersihkan hati? cubalah korang amik buku dan baca or cubalah tanya pakcik google. antara yang aku boleh kongsi adalah sentiasa memaafkan orang, sentiasa bertaubat, sentiasa berzikir dan lain-lain lagi.
selain itu, kalo kita lihat proses pembersihan itu hendaklah sentiasa dilakukan. atau paling tidak dilakukan secara berkala. begitulah juga dengan proses pembersihan hati. terbaek adalah setiap masa membersihkan hati ini tidak kira masa, tempat, ruang ataupun waktu.
p/s:
mengambil iktibar satu lawak masa mendengar ceramah beberapa hari lepas:
"malulah dengan syaitan sikit..mereka tak pernah pencen dari menghasut manusia melakukan kejahatan tapi manusia pula asyik nak pencen saja dari melakukan kebaikan. sedangkan ganjaran yang kita dapat adalah syurga dan syaitan pula adalah neraka"
renung, tenung dan bertindaklah sekarang..!!

Subscribe to:
Posts (Atom)