i k l a n

Thursday, September 29, 2011

viva voice


.: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk :.
:: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ::

sebab tu setiap apa yang berlaku kita kena redha dan terima akan ia dengan sepenuh hati dan berserahlah ia atas segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. biasakanlah lidah untuk mengucap syukur atas segala nikmat yang infiniti (tak terhingga).

nasihat untuk diri sendiri

hikmah yang berlaku adalah masa dapat tawaran jadi teaching assistant untuk makmal mekanikal yang tetiba dikurang jumlah jam mengajar dari 24 jam seminggu kepada 6 jam seminggu atas alasan masih berstatus student. alhamdulillah dapat terima dengan redha. natijahnya adalah minggu ini dapat tarikh viva voice. kecut perut oii mendengarnya. yep..tak dinafikan tarikh itulah yang aku nantikan selama tujuh (7) bulan lalu sejak menghantar draft thesis. berita itu adalah berita gumbira dan juga mendebarkan. semuanya aku terima dengan lafaz syukur tak terhingga kepada Allah swt "Alhamdulillah" 

kecoh satu kampus citer pasal aku nak viva. popular sangat ker sampai kecoh satu kampus. ntah..aku pun tak pasti. mungkin sebab dah lama sangat kat sini dari belajar ijazah pertama sampai ke ijazah kedua pulak ni. memang ramai la yang kenal kot. penyebaran pasal maklumat viva aku yang pertama telah dipost di fb group UTHMas (UTHM alumni student Secretariat) bermula pagi semalam. rupanya semua staff telah mendapat makluman tersebut dan beberapa minit kemudian pelajar post graduate pulak dapat di email masing2. fuyyooo..actually bukan nama aku sorang tapi ada 4 lagi student lain yang bakal di"viva"kan dalam bulan oktober ni. bunyi bakal di"viva"kan tu cam bunyi bakal kena sembelih jek..erk..ngeri..!!!

jadi sekarang ni aku dah kena mula buka semula thesis dan segala macam paper yang berkaitan untuk aku review kembali. sebab yang lagi penting adalah untuk memastikan segala info masih lagi di dalam peti simpanan otak aku nih. 

hikmahnya kat sini aku ada masa yang banyak untuk buat review sebabnya aku hanya ada kelas hari isnin dan selasa pagi sahaja. hari-hari lain aku gunakan untuk bertapa di gua yang bernama library. business?? business tak perlu risau. sale untuk bulan depan dah setel. pagi semalam pun dah masuk rm3500. sekali lagi aku ucapkan lafaz "Alhamdulillah"

Student                   : Mohd Muhsein bin Taib
Programme           : Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (MDM)
Date                         : XX October 2011
Time                        : XX.XX (open session)
Venue                      : Studio Pendidikan, UTHM
Supervisor              : Dr. Ahmad Jais bin Alimin
External Examiner : Dr. Noreffendy bin Tamaldin
Internal Examiner  : Dr. Hamidon bin Salleh
Chairman                : -will be announced later -
Title                          : Experimental Investigation on the Feasibility and Durability of Novel Diesel Pariculate Filter

Tuesday, September 20, 2011

cikgu haji manaf


.: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk :.
:: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ::

hari ni hajat nak bangun seawal jam 5 pagi tapi..tapi..tapi..aku telah tutup alarm henpon dan tersedar semula jam 6 pagi. Alhamdulillah dapat bangun walaupun agak terlewat. wehh..awal-awal ni nak g mana? actually hari ni cikgu haji manaf nak datang. dia datang bawak ayie. dia cakap kat phone malam tadi nak datang pukul 8 pagi. aku pun mengalu-alukan kedatangan mereka. "silakan datang haji. demi kedatangan haji saya sanggup untuk pergi keje lewat". fuyyyoooo..!! terkezzuut cikgu haji manaf mendengarnyer.

seusai solat subuh, berzikir lebih kurang, aku pun bukalah pintu dan tingkap. supaya nanti diorang nampak keterbukaan kami menerima kedatangan mereka ke rumah. tepat je jam 8 pagi aku tunggu depan pintu. tapi tak muncul-muncul lak. last sekali aku pegi layan boys over flower jap (layan drama korea jap walaupun dah berpuluh kali aku dok ulang tengok).

hampir kul 9 jugak baru cikgu haji manaf ni sampai. kemudian diikuti oleh ayie. ayie masuk jek ke dalam rumah terus masuk dapur (buat cam rumah sendiri lak), panjat bumbung dan potong batang paip. habis bersepah rumah aku. pastu dok keluar masuk rumah. dah ler masuk rumah tadi tak bagi salam. dengan air yang tersembur keluar. pastu filter sinki siap dia buang. oiii..ko ni nape ayie..!!

malas nak melayan kerenah ayie, aku melayan cikgu haji manaf. dah tua dah orang tua ni. umur dah 70 lebih. tulang belakang dia ada 3 batang besi. harga masukkan besi tu RM18k. tapi sebab cikgu ni pesara kerajaan + dia ada menantu orang besar hospital tu maka kos dah jadik rm8k jek. (kalo tambah wayar, letak ECU, pasang RAM, programming sikit leh jadik robocop). sebab tu dia dah tak leh wat keje berat. nak duduk pun punyalah susah. cikgu haji manaf ni dulunyer sorang cikgu. sekarang dah pencen lah. dia penah jadi cikgu kat area segamat, kluang dan batu pahat. dalam dok pencen pun cikgu haji manaf ni aktif orangnyer. kat mana ada persatuan kat situ adalah dia (dia yang bagitau aku). dia juga pernah jadi imam. fuyyooo..mantap cikgu haji manaf ni. kemantapan cikgu haji manaf ni terselah lagi bilamana ada orang berebut jawatan imam surau tu dengan nya. kebetulan cikgu haji manaf ni pun dah tak berapa sihat dan kebetulan masa tu dia wat operation di perut maka susahlah dia nak jadi imam. so kes tu dia let go cam tu. ada la 2,3 kes berlaku tapi dia xnak amik kisah sangat.

dari citer pasal background, cikgu haji manaf tetiba sebut nama mat sabu. marah betul cikgu haji manaf dengan mat sabu. pastu dicerita kisah zaman komunis. kejahatan komunis. tak lupa juga dia menceritakan tentang seorang cikgu agama yang jadi ketua komunis dan ditangkap ditangan seorang ketua kampung menggunakan racun kecubung. (watak yang dia cerita tu sebenarnya mat indera tapi dia saje tak sebut ataupun memang dia tak ingat nama tu). tetiba dia masuk lak satu bab yang aku malas nak dengar dan layan. sebabnya aku dah dengar citer tu berkali-kali...!!! (plzzzzz cikgu haji manaf jangan diulang lagi cerita itu. ia sungguh sadiss..sadis utk sy mendengar nyer..gumam aku dalam hati). asyik-asyik citer yang sama saja dia ulang setiap kali kitorang bertemu. lagi-lagi bila bercerita tentang orang muda, bagaimana pengalaman dia dengan kisah mendidik anak bangsa. bukan aku tak nak dengar tapi sebab dah berkali-kali dengar so cam muak, nak muntah, loyar perut....uuwwwweeekkk..

memang siot kalo aku katakan yang aku wat satu tindakan lain. iaitu aku memikirkan suatu yang seronok macam berfikir tentang makanan (erk...ni xdelah mengeliurkan sangat untuk aku), fikir tentang kenangan lama, tak pun ingat balik aksi johnny english..hahaha..lawak-lawak..so aku dapat hilangkan rasa muak mendengar kisah cikgu haji manaf yang berulang kali berkongsi cerita yang sama.

hampir dua jam aku melayan cikgu haji manaf dan ayie. si aimullah pula membuta dalam bilik. siot jek mamat tu. ngam-ngam cikgu haji manaf keluar rumah baru dibuka pintu bilik..!! damn..!!

nama watak:
cikgu haji manaf sebagai tuan rumah 


ayie sebagai tukang paip (baiki paip kat sinki dan tangki air)

aimullah sebagai budak besar merangkap housemate yang berbadan besar serta berbulu (maaf aim mengutuk ko kat sini..kih3)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------->>>>>>>>>>>>

kenapa aku tegaskan kat sini nama cikgu haji manaf..!! sebabnya malam tadi masa dia buat call dia memperkenalkan dirinya sebagai cikgu haji manaf. aku mulanya terdiam jap. sape cikgu haji manaf..?? tapi bila dengar suara orang tua terus teringat tuan rumah.

cikgu haji manaf: 
biasanya aku panggil orang haji manaf or cikgu manaf jek. tak pernah pulak aku panggil orang cikgu haji manaf. so ingat..!! dia mempunyai dua pangkal nama tambahan di situ. CIKGU dan HAJI. sumtimes memang ada orang yang akan terkilan bila tertinggal pangkat depan namanya. tapi bila memperkenalkan diri rasanya tak perlulah meletakkan pangkat yang penuh sebegitu. 

ps: Di sana nanti kita semua sama. tak ada lagi panggilan encik, cik, tuan, puan, dato', datin, datuk seri, datin seri, tan sri, tun, prof, haji, sarjan, kapten, bhai, bibik. kalo nama muhsync tu tetap dipanggil muhsync jugak..!!

Monday, September 19, 2011

monday bluess


.: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk :.
:: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ::



hari ini dalam sejarah aku bangun pagi-pagi bersiap pergi keje. aku ada keje ker? soalan yang aku sendiri tak ada jawapan. tak apa yang penting SEMANGAT..!! keluar rumah pastu melepak kat library. kat situ leh dapat wifi free plus ngan aircond. best untuk lepak lama-lama. sekarang ni dah tak ramai orang yang kenal aku. maklumlah super duper triple senior. lagi pun sekarang dah tak aktif ngan aktiviti dalam kampus. tapi best gak..mmg xde orang kisah la pasal aku..wooaahhoooo..!!

hari tu aku dapat jadual mengajar lab. sekali tengok lumayan seyyhh sebab dapat mengajar 24 jam per week. tapi sekali dapat call yang aku hanya dapat 6 jam jek per week sebab status aku masih lagi student. gila banyak tu mengurang. agak-agak la kalo student pun. aku bukannya ada kelas nak kena attend. aku hanya dok tunggu nak viva je ni. citer pasal viva ni pun satu hal gak. sejak aku balik ke sini, aku cuba menghubungi pegawai yang terlibat menguruskan viva. sekali akak tu cuti bersalin daa n replace orang lain. pastu aku cuba lak contact orang baru tu tapi sampai ke hari ini aku tak dapat bercakap. alasannya yang aku dapat adalah dia attend seminar, dia ada kursus, dia pergi jamuan makan (ada ker..!!) dan hari ini dia bercuti. damn..!!

takpe..aku ok jek. aku masih lagi tersenyum sambil tangan menyiapkan lagi CV utk dihantar ke company yang memerlukan engineer. aku masih ingat lagi kata-kata kawan aku "keje ngan kakitangan kerajaan memang macamni". lagi pun rezeki bukan diorang yang bagi..!!

sambil dok layan status update fb, tetiba kawan lama lak muncul. lama jugak aku tak dengar citer budak ni. setiap kali chat kata nak jumpa tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. tapi hari ini insyaAllah akan berjumpa jugak ngan mamat ni. tapi itu bukan isunyer. isu yang best adalah dia nak MERISIK aku..!!! oiii...pe kes ni. sungguh-sungguh pulak tu. siap bagitau yang dia betul-betul serius untuk merisik aku untuk adik nyer. mak dia asyik-asyik dok tanya pasal aku. ini dah kali ketiga kes yang sama berulang. banyak betul aku ni dok menawan hati mak orang. nasiblah bukan mak orang yang nak kawen ngan aku. 

serba salah jugak ni..camnilah beb. aku masih belum mendapat sebarang petunjuk (macam main teka teki lak). so aku pun tak terfikir pasal kawen sangat pun. kekadang tu ada la jugak time angin masuk badan dari arah utara ke selatan walaupun aku pakai baju cam nak g kutub selatan. ko suruh je lah adik ko tu wat istikharah. aku ni pun selalu gak istikharah (kekadang miss gak). tapi petunjuk yg aku dapat bukan pasal kawen tp pasal benda-benda lain tentang kehidupan aku. tak yah lah nak bagi no phone ke apa. sebab aku tak nak letakkan sebarang harapan walaupun sebesar zarah yang bersaiz nano meter. 

lagi citer..
tetiba aritu kawan lama jugak chat kat fb n minta bantuan untuk edit slip gaji. aku ni bab meng'edit' memang bolehlah diharap. walaupun xdelah teror tahap super gaban mahupun ultraman. pendekkan citer aku pun editlah slip gaji tu dengan jayanya. siap dapat pujian lagi dari kawan aku tu. gaji tu perlu dinaikkan sebanyak rm1300. banyak tu bhai..!!! tapi kan selepas tu aku rasa bersalah sangat-sangat. aku dah terlibat dalam kes penipuan ni. astaghfirullahhalazim...terus aku istighfar banyak-banyak. rasa bersalah lak sebab aku gunakan kepandaian aku tu untuk menipu. yelah...kira menipulah tu. dan dikira sebagai mengambil hak orang lain yang sememangnya bukan hak milik kita. tak leh tido malam beb. walaupun aku tak amik upah pun untuk settlekan benda tu. last aku buka email, hantar kata-kata nasihat. dan minta supaya dia memikirkan semula keputusan menggunakan slip gaji tipu tu. lagi pun dia ni sahabat baek aku jugak satu ketika dulu. sahabat yang baek bukan setakat menyokong tapi menegur apa yang salah. aku tak nak kawan aku masuk neraka. dan aku tak nak sebab kemahiran aku jugak kawan aku masuk neraka bersama aku. insaaffffffff (solat taubat cepat-cepat)

perjalanan hidup masih panjang. kalo hayat didunia ni mungkin dah tak lama tapi kehidupan selepas itu tiada pengakhirannya. aku tak kisah gaji aku kecik dan sedikit asalkan ianya dari sumber yang halal. yang aku cari hanya redha Allah. 

nikmat di dunia ini sedikit cuma. umpama air yang melekat dari celupan tangan di dalam tasik luas. seksa di dunia jua begitu. seksa diakhirat tiada definasi lagi..!!

Wednesday, September 14, 2011

Perjalanan jauh


.: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk :.
:: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ::

>>Hari ini aku tidak lagi berada di kampung..(huk..huk..huk..sad mood..)

Perjalanan dari kota bharu ke batu pahat mengambil masa lebih kurang 12 jam. Sakit pinggang seyyhh. Badan pun agak penat sebenarnya. Tapi demi sebuah perjuangan yang belum lagi selesai dan juga demi mencari rezeki untuk menyuap nasi di mulut sendiri terpaksa jua ku langkah kan kaki ini meninggalkan segala kesenangan yang ada di kampung.

Perjalanan aku menggunakan kemudahan awam yakni sebuah bas transnasional. Tak tahulah kenapa bas laluan aku ni memang agak usang berbanding bas-bas express laluan lain. Tapi kita kena belajar konsep bersyukur. Yang lagi aku syukur sebabnya dengan menaiki bas ini, aku dapat turun terus di depan taman perumahan. Jadi tak perlulah aku ambil kenderaan awam lain lagi. Alhamdulillah hari ini aku sampai agak awal iaitu lebih kurang jam 6.30pagi.

>>Cerita dalam perjalanan
Naik di kota bharu jam 7 malam. Waktu tu masih belum masuk waktu maghrib. Dah sah-sah lah aku akan menggunakan kelebihan sebagai orang yang bermusafir. Aku perlu jamak ta’khir sebabnya bas berhenti rehat agak lama sikit di suatu kawasan rehat bas lebih kurang jam 2 pagi. Di situ aku dapat tengoklah penumpang yang turun untuk solat dan makan. Alhamdulillah driver bas yang kami naik tu pun solat jugak. Cuma yang harunyer ada satu keluarga ni (mak, ayah, abg besar, kakak besar, adik-adik kecik) semuanya pergi makan. Yup pergi makan saja. Diorang ni naik bas sama-sama dengan aku di Kota Bharu. Anggapan baek aku diorang ni solat atas bas kot (walaupun ada keraguan untuk aku di situ)

Perjalanan bas tu alhamdulillah agak selamat walaupun kekadang terasa bas terhoyong hayang sebab dipandu terlalu laju. Aku antara tido, terlelap, terjaga, mamai, mengigau sepanjang perjalanan tu. Akhirnya tibalah waktu 6 pagi. Dah hampir sampai ke destinasi aku. Bas berhenti disebuah masjid dipertengahan jalan untuk SOLAT SUBUH. Penumpang dah tak ramai sebab sebahagiannya telah turun dipertengahan perjalanan. Tapi yang sedihnya yang turun solat hanya 4 orang (aku, dua orang anak muda dan driver bas). Sebenarnya ramai jugak kaum lelaki atas bas tu. Uzurkah diorang ni. Aku andaikan kaum hawa yang tinggal tu semuanya dalam keadaan uzur syarie. Untuk kaum lelaki yang tak pergi solat subuh tu, kalo diorang tertido ataupun tak sedar bas berhenti untuk solat boleh lah diterima lagi TAPI diorang siap bangun dan turun bas untuk menghisap ROKOK di tepi masjid..!!!

Sudah tiada perasaan malu lagi..!! alasan apa lagi untuk diorang tak pergi solat sedangkan waktu itu sudah ada kemudahan untuk diorang bersolat. Dengan Allah diorang tak malu dengan manusia pun tak malu juga. Apa yang pasti yang tak turun solat ni bukan student uthm. Anak muda yang turun solat bersama aku tu student uthm. Agak-agak apa kesimpulan korang. Lagi satu berkenaan driver bas pun susah juga nak jumpa driver yang menjaga solatnyer. Ada sesetengahnya berhenti solat sebab ada penumpang yang minta untuk berhenti solat. Alhamdulillah driver bas aku malam tadi yang jenis jaga solat. Thank pakcik driver sebab bawa aku sampai ke destinasi dengan selamat (selamat dunia dan akhirat). Aku doakan moga pakcik driver tadi diperkayakan dengan rezeki yang halal dan dipermudahkan mendapat rezeki yang halal, anak-anak serta keturunan yang soleh dan solehah, moga pakcik driver mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Amin

>>Perjalanan kita selepas ini masih lagi panjang
1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia
Bersusah-susah di dunia, bersenang lenang di akhirat sana

Tuesday, September 13, 2011

keje bila takde keje

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

wooaahhooo aku masih kat kampung :P

tapi hari ini merupakan hari last la. hari last untuk aku makan nasi dagang dan nasi kerabu. hari last untuk minum air manis-manis (maklumlah ore kelate ni suka minum n make benda yang manis). hari last untuk aku merasa kesejukan malam dan pagi hari. hari last untuk merasa kedamaian kehidupan. hari last untuk manjakan diri (setiap pagi ada orang tolong kejut, makan minum semua tersedia, mesin basuh pun fully auto, internet pun aji main dalam bilik je, xperlu fikir pasal bil, xperlu fikir nak keluar cari makan, xperlu fikir pasal nak cari pasal). hari ini aku kena packing balik semua barang keperluan untuk dibawa pulang. adoii..malasnyer..!! maklumlah petang nanti aku dah mula nak mendayung sampan (erk..ingat zaman dulu kala ker nak dayung sampan).

sebelum aku nak mula packing barang ni. aku nak pack blog ni jap. maklumlah mungkin lepas ni susah nak dapat online lagi. kalo-kalo dapat port wifi free pun mungkin tak dapat nak update blog pun sebab sibuk dengan urusan dunia yang lain. lagi pun aku tak nak tinggalkan blog aku dengan post busuk (inspirasi jamban). itulah ngada sangat nak wat post yang wenggggg. nak muntah dol bila aku sendiri yang baca..haha

okey..kali ini aku nak share antara keje yang korang leh buat bila takde keje. maklumlah sejak akhir-akhir ni aku tengok status kat fb banyak yang boring, ngantok dan tak kurang jugak yang merapu, melalak dan dan dan dan dan .. (sambung sendiri)

firstly korang leh try buat yang ni...


Try this, u'll discover something awesome:

1. Go to translate.google.com

2. Set translate from 'English' to 'Malay'
3. Type 'beatles'
4. Laugh


yang ni aku copy dari wall fb dorami chan. bagi credit skit.


selain itu korang leh cuba google nama korang sendiri. mula-mula cubalah google nama penuh anda. dan cuba buka link-link yang berkaitan dengan nama korang. mana tahu korang ni famous amos jugak orang nyer yang jadik bualan orang lain. kalo korang blogger lak. korang leh search korang nyer nick name, nama blog korang ker atau nama pena. mana tau ada orang bagi credit bila diorang menkopi and paste artikel atau gambar dari blog korang. 


masa tu korang leh la nak kembang semangkuk ke dua mangkuk atau tiga mangkuk. terpulang kepada tahap pengembangan masing-masing. selamat mencuba..!!


kat bawah ni hasil aku google nama penuh:



yang ni pulak bila aku google nick name aka nama pena lah:


memang aktiviti agak simple dan ringkas tp akan ambil masa yang lama sebab kena belek satu per satu link yang ada kaitan. 

okey..aku nak pegi packing barang. ada sape nak tolong. sila angkat hidung tinggi-tinggi..!!

Sunday, September 11, 2011

inspirasi jamban

uuweeekk...jijik betul tajuk post kali ini.

alaaa..tak yah korang jijik sangat. lagi pun kat situlah kita masuk setiap hari. paling tidak pun seminggu sekali. itu pun dah tahap gaban. normal life sekali sehari lah. yang berkali-kali-kali-kali sehari tu pulak untuk yang abnormal. lagi-lagi dimusim rumah terbuka dan sambutan aidilfitri yang tak pernah habis (raya aidilfitri tu kan sehari jek)

bercerita tentang inspirasi ni takde kena mengena sangat ngan nama blog ni. cuma nak bercerita tentang tempat mendapat inspirasi atau idea atau ilham atau atau atau...ok tu je. bila diajukan soalan seperti ini

bagaimana anda mendapat inspirasi?

apa jawapan korang? sudah tentu ada pelbagai jawapan yang diterima. ada yang jawab dari...

rasulullah (yang ni paling agung)
al-quran (perghh...sejuk perut mak mengandung)
ibubapa (alhamdulillah)
pemimpin dunia (bakal pemimpin negara)
sejarahwan (bukan kaki ampu)
buku motivasi (mesti nerd)
kawan (u r my friend)
blogger (inspirasimuhsync ker..?)
kisah dan pengalaman (ce citer)
alam semesta (subhanaAllah)
dan lain-lain lagi...(apa lagi ye..)

kekadang tu bukan satu je sumber inspirasi kita. ia mungkin gabungan dari yang disebutkan di atas. tapi berdasarkan pengalaman aku. ada satu cara mendapatkan inspirasi yang agak unik dan ramai orang tahu tentang ini iaitu mendapat inspirasi dalam JAMBAN. uuweeeekkk..!! okey...sopan sikit dalam tandas. tak kisahlah tandas besar ke kecik.

setakat ni aku dah pernah jumpa beberapa orang yang mendapat inspirasi dari tempat berkenaan. salah seorang yang aku jumpa semasa kursus intensif sebagai unit trust consultant. masa tu kami bersaing dikalangan peserta untuk mendapatkan sale yang tertinggi. nak dijadikan cerita, sale mamat ni biasa-biasa saja. disebabkan persaingan tersebut maka mamat ni pun masuklah tandas. pikir punya pikir maka dapatlah idea bagaimana dia dapat tingkatkan sale. dan memang itulah yang terjadi. akhirnya mamat ni menjadi the higher personal sale untuk kursus tersebut dan tentulah mengalahkan aku.. oh no..!!! dalam ucapan dan perkongsian malam pengumuman tersebut. dia berkongsi berkenaan inspirasi jamban tersebut..!!

sekali lagi uuwweeekk..!!

dah takde tempat lain lagi ke nak dapat inspirasi. beb..!! sebenarnya aku sendiri banyak mendapat inspirasi dalam tandas ni. kali ini aku sebut tandas ye :D bila masuk dalam tandas je macam-macam inspirasi aku dapat. kekadang tu bersemangat giler dok dalam tandas tapi bila keluar je tandas semua tu hilang. biasanya inspirasi yang aku perolehi terdiri dari pelbagai perkara seperti untuk perniagaan, motivasi, kreativiti, apa lagi ye. ok cukup..!!

sekali lagi..dah takde tempat lain ker? kenapa tandas? aku pun pelik kenapa la tandas menjadi tempat yang mudah untuk mendapat inspirasi. aku pun tak pernah kaji. ada sesapa yang ada jawapan?? sila share ok. jangan kemuk atau kedek atau kedekut sangat..hehe

adakah faktor persekitaran tandas yang sejuk dan dingin menjadi faktornya. jika ia berkaitan dengan teori sains, udara panas akan mengalir ke arah tempat yang lebih sejuk. atau dalam kata lain dari suhu tinggi ke suhu yang rendah. dengan itu ia menyebabkan suhu badan kita menyamai dengan suhu persekitaran. jadi masa itu badan kita dalam keadaan yang lebih relaks. tapi apa logiknya dengan inspirasi?

ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masa tu kita fokus tentang satu perkara sahaja iaitu untuk membuang sisa toksik. proses pembuangan itu tidak membabitkan kawalan otak sedar. ia adalah fenomena luar kawal yang terjadi dari tindakbalas refleks tubuh badan. jadi masa itu otak sedar kita tengah relaks maka dari situlah kita mendapat lebih banyak inspirasi. hurm...mungkin jugak..

dari segi fakta...tandas merupakan tempat yang mungkin akan jadi paling bersih atau paling kotor (sumber aku pun tak ingat). ia akan jadi tempat paling bersih jika orangnya adalah pembersih. maklumlah tandaskan ada banyak bakteria. maka untuk seorang yang pembersih memang elergi sikit dengar nama bakteria ni. jadi dia akan berusaha 120% untuk membersihkan tandas. bagi yang jenis tak kisah sangat maka tempat tu akan jadi tempat yang paling paling paling kotor. somtimes kekotoran itu tak nampak dek mata yang melihatnya. samada ia kotoq dengan bakteria yang of course bersaiz mikro dan satu lagi kekotoran yang nampak dengan hidung..!! what? hidung..!!! yelah..kekotoran bau. kekotoran bau ni takde lagi alat yang boleh sukat. penafsiran adalah berdasarkan kemampuan hidung masing-masing. (betapa lemahnya manusia).

ok cukup..!! kembali kepada tajuk



sejauh mana ia berhasil?
berdasarkan pengalaman kawan-kawan ada yang berhasil dan ada yang tidak. of courselah..!! berhasil atau tidak tu bergantung kepada individu itu sendiri yang buat atau tidak. kalau yang buat sungguh-sungguh confirm berhasil. tak kiralah inspirasi jamban sekali pun. lagi sekali uuwweeekkk..!!!

antara korang percaya atau tidak post kali ini adalah inspirasi dari JAMBAN..!!!

UUUUUWWEEEEEEEKKKKKKKK

memang berhasil

:P

ps: kalo jamban macam ni memang berHASIL

alam kampus

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

dikampus sekarang ni dok sibuk dengan Minggu Haluan Siswa (MHS). Aku masih kat kampung lagi...woaahhhoooooo..

esok mahasiswa/i kanan pulak akan memulakan sesi kuliah untuk semester yang baru. Sepatutnya untuk semester ni aku kena mengajar makmal. subjek termo I dan II. tapi aku tak dapat apa-apa confirmation lagi. itu yang sedap dok berehat kat kampung halaman ni. itu cerita aku zaman sekarang. hari ni aku nak share tentang alam kampus yang pernah aku lalui suatu ketika dulu. rasanya macam baru semalam melepasi saat itu..miss that moment..!!

masa di alam kampus dulu aku ni seorang aktivis pelajar. bukan pro mahasiswa (pro-M) dan bukan juga pro aspirasi (pro-A). gelaran aktivis pelajar tu diberikan oleh salah seorang pensyarah yang merupakan bekas pelajar di situ yang agak rapat dengan kami serta mengikuti pelbagai aktiviti bersama kami. sebelum gelaran tersebut aku di cop sebagai MPP. come on lah..!! "penamaan calon pun saya tak pernah hadir, macamana saya nak jadi MPP" balas aku bila orang tanya aku ni bekas MPP atau MPP pada masa tu. see..!! MPP dengan yang bukan MPP pun orang boleh tertukar.

pembabitan aktif aku dikampus bermula seawal tahun 1 iaitu sebagai exco dalam jawatankuasa kolej kediaman. disitulah pergaulan aku dengan senior-senior yang telah mengubah persepsi aku sedikit sebanyak. dari situlah juga aku menimba pengalaman yang bermacam ragam. disebabkan aku malas nak cerita detail tentang kisah sejarah aku ni, maka ringkaskan beberapa kejadian yang aku terlibat secara langsung:

pernah suatu ketika kami barisan jawatankuasa tertinggi kepimpinan kolej pada masa tu seramai 15 orang telah memboikot pengetua sebagai bantahan keras dan perang psikologi yang telah dimulakan oleh pengetua itu sendiri. maklumlah pengetua kami pada masa tersebut merupakan orang yang pakar dalam bidang psikologi. memang pada mulanya psikologi yang dia lakukan tidak dapat dikesan tapi terlalu banyak psikologi dilakukan maka kami dah mula meluat dan tidak lagi termakan dengan psikologi yang dilakukan selepas itu. kesan dari peristiwa itu, pengetua telah mengumumkan yang beliau umpama janeral (betul ke ejaan ni) tentera yang ketiadaan panglima dan askar. mana taknya sebab semua felo asrama yang lain turut berpaling tadah dan bersama dengan pihak kami. kesan yang lagi besar adalah semester berikutnya jawatankuasa kolej terdiri dari adik-adik baru yang tak berpengalaman dan menyebabkan masalah pulak kepada pejabat asrama. ish..ish..ish...

dari menjadi jawatankuasa kolej aku beralih kepada jawatankuasa kelab. aku memilih satu kelab yang paling mantap pada masa tu. tapi rupanya zaman aku tu adalah zaman kejatuhan semua kelab-kelab di kampus. ini disebabkan ketiadaan kredibiliti kepemimpinan dari jawatankuasa tertinggi kelab-kelab tersebut. itu dah satu hal yang perlu aku setelkan sedangkan pada masa tu jawatan aku hanyalah bendahari kelab sahaja. aku pernah bergaduh dengan penasihat kelab merangkap salah seorang pegawai di pejabat hal ehwal pelajar. dalam kejadian itu aku kena sound. sound yang dikeluarkan menyebabkan semua orang dalam office tersebut termasuk yang berada di luar dapat mendengar apa yang berlaku. hasilnya aku tak bertegur sapa hampir 2 tahun dengan pegawai tersebut sebelum kami dapat bekerjasama kembali desawarsa ini. dan selepas kejadian itu penasihat kelab telah ditukar kepada pegawai baru. aku terlibat secara langsung telah melobi pegawai baru tersebut walaupun pada masa tu hanyalah ura-ura sahaja pertukaran penasihat. hasilnya penasihat kelab yang baru lebih mengenali aku dari pengerusi kelab. dan kami umpama kawan baek dari dulu sampai sekarang.

disebabkan keadaan kelab masih belum pulih sepenuhnya sedangkan tempoh aku sebagai jawatankuasa kelab telah tamat dan aku pula tidak masuk bertanding untuk tahun seterusnya kerana aku telah berada di tahun-tahun akhir, aku terpaksa campur tangan juga dalam urusan pengurusan kelab atas permintaan pengerusi pada masa tersebut merangkap kawan baik aku. tapi langkah yang aku ambil telah disalahanggap sekumpulan pihak lain yang menganggap aku ni sebagai abang besar yang membuat segala keputusan sedangkan aku hanyalah sebagai penasihat tidak rasmi untuk kelab dan pengerusi. come on lah..!! aku tak gila kuasa sebegitu sekali. aku hanya sekadar berkongsi buah fikiran dan segala keputusan dibuat oleh jawatankuasa tertinggi kelab. mungkin ada yang jeles kot..!!

ketidakterlibatan aku dengan kelab telah membawa aku ke satu dimensi yang baru yang lebih luas. aku lebih banyak terlibat sebagai salah seorang pembuat modul aktiviti untuk beberapa program anjuran universiti dan kelab. aku pernah dilantik sebagai pengarah karnival kerjaya peringkat universiti. aku terlibat sebagai pembantu khas kepada pengurus pasukan lumba kereta universiti. tidak lupa juga disebabkan kemahiran berkomunikasi aku yang sedikit ini, aku berjaya membawa projek tahun akhir aku ke pertandingan peringkat kebangsaan sedangkan projek aku tidaklah sempurna sangat. disebabkan projek ini juga menyebabkan aku terlepas peluang untuk terlibat dengan projek khas universiti ke aceh kerana tarikh berlangsung yang sama.

itu antara sebahagian kehidupan aku di alam kampus..!! kerana itulah juga file sijil aku penuh dan ada sijil yang tidak dapat dimasukkan memberi ruang kepada sijil yang lebih tinggi creditnya. bagaimana aku boleh jadi begitu dinamik sekali ketika dikampus. ini semua bermula dengan pemBACAan. aku suka membaca buku. antara buku yang aku baca adalah berkenaan motivasi, kepemimpinan, perjuangan, pembentukan pemikiran, karisma dan lain-lain. aku juga bertuah pada masa di awal tahun 1 lagi aku bergaul dengan kalangan senior. dan ada seorang senior ni suka mengajak aku berbincang dan kadangkala berdebat. biasanya senior aku ni cuba mengutarakan sesuatu perkara hasil pembacaannya lantas meminta buah fikiran aku tentang pembacaannya. kemudian kami debatkan kembali antara buah fikiran aku dan dia serta tulisan buku tersebut. kami cuba membawa sesuatu perkara yang dibincangkan ke alam realiti bukan hanya atas kertas sahaja. semua itu berlaku antara aku dan senior tersebut dalam bilik sahaja. kami akan kongsikan hasil pembacaan buku masing-masing.

sungguh waktu itu sesuatu yang ideal itu suatu yang praktikal. seboleh mungkin nak direalisasikan sedangkan hakikatnya itu hanya sebuah idealism dan praktik nya harus disesuaikan dengan realiti semasa ketika itu. tapi itulah zaman belajar. menganggap diri sudah serba tahu. pantang dicabar dan suka mencabar. kesempurnaan menjadi matlamat. kekurangan memang mengundang bencana. tua atau muda semua disanggah. kekadang terhilang adab dan sopan budaya ketimuran.

bagaimana pula aktiviti aku yang lain di alam kampus? pergaulan aku yang pelbagai dengan pelbagai jenis gander, budaya dan kaum serta agama. kekadang isu hati turut mengundang mengisi. tidak terlepas dengan beberapa gosip, salah anggap atas kebaikan dan turut pernah bercinta...wowwwww. aku bercinta pun masa tu di tahun akhir pengajian. masa tu betul-betul ditahun akhir dan semester akhir. tapi jodoh tiada dan si dia telah berkahwin dengan orang lain.

bagaimana dengan pengalaman belajar?
aku tak nak kongsi di sini sebab aku pernah kongsikan di entry lain sebelum ini. sila klik link ini

masih ingat lagi...aku selalu bertanya kepada junior-junior yang baru masuk kampus. apa tujuan kamu masuk U? jawapan biasa adalah untuk BELAJAR. dan apa yang terjadi kamu akan datang ke sini untuk belajar semata-mata. pagi ke petang kuliah, tutorial, makmal, assignment dan projek. adakah itu sahaja yang ada di sebuah kampus. ini adalah gedung ilmu yang terbesar. ambillah peluang untuk menuntut pelbagai ilmu di sini. tukarlah niat dari datang untuk belajar kepada MENUNTUT ILMU. menuntut ilmu itu pelbagai caranya. melalui kelas dan diluar kelas. kita ke sini untuk jadi manusia yang berakal super tinggi. bukan manusia pak turut sahaja.

intelligent..!!

"dalam kehidupan ini, bijak belajar sahaja tidak cukup yang lebih kita perlukan adalah bijak untuk hidup. jika kita hanya bijak belajar sahaja maka jadilah kita seperti ramai graduan yang masih lagi menganggur menunggu pekerjaan mencari mereka. jika dilihat ramai mereka yang tidak masuk kampus dapat hidup lebih senang dari mereka yang graduan..!!!" nasihatku kepada salah seorang junior yang meluahkan masalah kecelaruan emosi

itu zaman kemuncak kegemilangan dalam hidupku..aku juga pernah jatuh. citer bab jatuh ni lain kali lah. cukup kat sini je.

ps: fahami istilah "masuk U" = masuk ke dalam diri sendiri = memahami diri sendiri

Saturday, September 10, 2011

SabtuDay

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


aku masih lagi berada di kampung halaman. bila nak balik johor? ntah..takde tarikh yang spesifik lagi. yang pasti next week wajib pergi sana. ada appoinment dengan client, ada orang jemput majlis walimatulurus dan ada cheque yang perlu diclearkan. tapi kan...

apa aku nak buat kat sana. haha. rasa macam asing giler beb. aku rasa bilik aku kat sana dah berhabuk. ni dah lebih sebulan aku tinggalkan. bilik yang aku duduk kat sini pun dah berkali-kali aku bersihkan. rindu juga nak ke sana dan sangat sayang untuk tinggalkan kampung.

artikel sebelum ni pasal sejarah tu pun memang pemanas badan untuk mengaktifkan semula neuron-neuron yang ada dalam kepala ni (ada neuron ke dalam kepala)..!! insyaAllah pasni akan update sekerap mungkin. itupun kalo aku suka lepak kat mana-mana port yang ada wifi free. kat rumah sana aku tak pasang internet connection malah broadband pun sudah lama aku tak pakai. semuanya atas sebab ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan yang diberi. alah..lagi pun sekarang ni banyak tempat yang tawarkan wifi percuma. kat restoran, McD, dan kedai mamak (tapi aku cam trauma jek kat kedai mamak ni sejak tengok video serangan di kedai mamak sekitar shah alam kat you tube)

citer pasal perkhidmatan ni. sekarang ni pun tengah kecoh juga pasal tax perkhidmatan enam peratus (6%). apsal tetiba syarikat telekomunikasi nak kenakan tax perkhidmatan pulak? adakah kerana permintaan yang terlalu tinggi atau sebab nak lipat gandakan lagi keuntungan hujung tahun ni? kalau nak diikutkan sebelum ni pun dah berapa banyak diorang ni makan duit kita. cuba korang buat call dan TERmasuk voice mail tentu kena charge kan. itu sekali TERmasuk voice mail. kalo TERmasuk berkali-kali berapa charge yang diambil dari pengguna tanpa pengguna tersebut mendapat sebarang faedah sebesar zarah pun.

isu ini telah memberi kesan kepada rakyat golongan sederhana dan pelajar. tapi kesannya tak besar sangat. lagi pun pelajar dinegaraku tercinta ni bukan paham sangat isu. kalo pelajar sekolah kat bandar nun tu mak ayah dah support pakai line. duit pun tahu mintak dengan mak ayah saja. kalo yang peringkat pengajian tinggi duit ptptn ada untuk support. so isu ni tak kecoh sangat lah. mana budak-budak reti nak kecoh. sebab tu mereka boleh laksanakan plan ni dengan jayanya. tapi diorang lupa negara sekarang ni ngah demam pilihanraya. tetiba golongan muda dari pihak pembangkang dan parti pemerintah menghantar bantahan. silap besar beb..!!

apa lagi..PM kita yang tercinta pun membuat kenyataan
"keputusan itu yang diambil sendiri syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak POPULAR selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna"
(sumber: berita harian online)

thank PM atas keprihatinan mu mendengar rintihan masyarakat marhaen ini. cuma kenyataan POPULAR dan TAK POPULAR tu yang tak leh blah. ada ke kira popular atau tak. patutnya moto yang YAB PM keluarkan diambil kira terlebih dahulu "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". kenyataan terbuka aku pulak..meh kita tengok keputusan mana yang popular nanti (PRU13).

tapi..aku tak salahkan PM, Kerajaan mahupun pembangkang. perubahan itu akan sentiasa berlaku. nak atau tak nak kenyataan sekarang ni memang harga akan naik. inflasi pada mata wang yang kita gunakan sekarang ni memang tak boleh nak elak. lainlah kalo kita guna wang dinar dan dirham..!!

jangan dok asyik nak menyalahkan orang, dok complain itu ini sahaja. beb...cuba tengok orang yang jenis kuat complain. ada diorang maju?? anggaplah segala kelemahan ummat ketika ni sebagai kelemahan kita. bila ada kelemahan maka haruslah untuk kita baikinya. baikilah untuk diri sendiri dulu, insyaAllah ia akan berjangkit kepada yang lain juga.

kawan-kawan
inilah masanya untuk kita berhemah, berhikmah dan muhasabah. buangkan yang nak tapi lebih fikirkan kepada yang PERLU

ps: harini aku nak kemas rumah, bilik, meja kerja, file dalam lappy dan kemas otak

Friday, September 9, 2011

$ejarah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

<Penanya> apa pendapat anda tentang sejarah [dibaca dengan nada seorang pembaca berita cam tv3]?

<inche muhSync> erm..camne saya nak jawab? saya ni tak berapa minat sejarah. masa belajar dulu pun dapat credit jek untuk subjek sejarah. tapi kalo nak jugak pendapat, bagi saya sejarah itu sebuah subjek yang kena menghafal, ingat tarikh, siapa terlibat, kat mana berlaku. itu semua susah untuk saya ingat menyebabkan saya tak suka subjek tersebut. tapi orang kata sejarah tu penting untuk kita tahu supaya tidak lakukan perkara yang sama. cuma pendapat ni berselisih dengan pandangan orang-orang ghairah menuju kejayaan. bagi diorang jangan pandang belakang (cam tajuk filem jek ni) lagi tapi teruslah menuju ke depan. ada yang kata "we create future from future not the past". itu semua menyebabkan saya pun tak ambil pusing sangat pasal sejarah. [sambil memberikan senyuman sumbing]

 sekian. itulah pendapat dari anak muda yang telah ditemuramah oleh kami.

esoknya keluarlah tajuk berita kat media massa umum yang biasanya pakcik, makcik kat kampung selalu beli, dengar dan tengok HARI-HARI.

"Anak muda tak tahu sejarah"

Okey dah..!!! cukup..!!
aku tak tau la nape kebelakangan ini aku hangin sikit ngan politik semasa. ada dua (2) perkara yang aku hangin:

(1) info dan berita di media massa yang telah dimonopoli oleh sebelah pihak
(2) citer pasal sejarah yang menyebabkan aku terpaksa membaca balik citer, artikel dan buku sejarah..!!

sebelum tu korang jangan turut hangin lagi. untuk makluman semua, sebelum ni aku memang tak suka bercakap pasal politik dan sejarah. tapi untuk kali ini izinkan aku share apa yang terbuku dalam hati aku ni.

aku masih ingat lagi suatu ketika dulu, cik (panggilan untuk my mom) pernah berpesan. kalau nak dengar ceramah politik kena pergi dengar dua-dua pihak. lepastu baru pegang pendapat yang mana satu nak di bawa. masa pesanan tu disampaikan aku ni masih lagi budak hingusan yang masih tak tahu erti dan penangan politik tu bagaimana. aku masih ingat juga masa tu tengah hangat dengan kempen pilihanraya. Padang di depan rumahku tak terkecuali dari menjadi tempat medan ceramah. dan yang lebih terkesan masa tu adalah tahun reformasi..!!

proses pembesaran aku berlaku (erk...pembesaran aku mungkin tak berlaku sangat tapi tumbesaran). dalam proses itu aku tak pernah hadir mana-mana ceramah politik. pergaulan aku berjumpa dengan pelbagai orang yang berlainan pendapat politiknya. dan aku juga pernah menjadi pengundi serta memilih calon DUN dan Parlimen.

tapikan...akhir-akhir ni aku rasa macam ada suatu yang tak kena. aku tengok berita-berita yang keluar dari media cetak dan elektronik ni semacam menyembunyikan fakta dan menyebelahi pihak berkepentingan. aku sebagai pendengar, pembaca dan penonton terasa telah dicabuli hak untuk mengetahui info dan fakta sebenar. dari itu aku mula menggerakkan langkah mencari media alternatif supaya ruang pemikiran aku ni tidak disekat dan diKAWAL oleh satu dakyah sahaja. atau lebih tepat aku lebih suka mencari suatu perspektif yang lain dari yang ditonjolkan. dan NAH...!!! memang sah. banyak benda yang tak ditonjolkan dalam media-media umum tersebut. dan aku baru tahu patutlah selama ini mereka sibuk dok mencerca blogger rupanya dan sibuk mencandu pemikiran masyarakat yang celik IT ini.

bagi aku senang saja konsepnya..

"kalau korang dah sibuk tunjuk benda yang sebelah pihak memang la orang seperti aku ni akan cari sumber rujukan lain. kami tak bodoh untuk mendengar berita dari sebelah pihak saja. apa yang kami cari adalah info yang benar tidak dinodai mahupun berkepentingan. kalaulah orang seperti kami ni sokong pembangkang sekali pun, memang suatu yang munasabah jugaklah sebabnya pembangkan sudah tiada sumber lain untuk menyampaikan berita tentang sesuatu isu melainkan sumber alternatif ini sajalah"

dan inilah yang terjadi kepada cerita tentang sejarah..!!! kecoh habis satu malaya ni. orang dok sibuk buat amal nak habis ramadhan tapi diorang dok sibuk kecoh pasal citer sejarah. aku mula-mula baca berita tu kat media umum biasa jek dan cam biasalah aku memang tak amik port sangat. tapi gua memang hangin bila isu ini berlanjutan sampai bulan syawal. Oiiii..apa yang teruk sangat sampai benda camtu pun tak boleh handle.

dipendekkan cerita aku cubalah cari maklumat sikit pasal isu tu. siapa yang tukang cerita, siapa yang bagi statement, siapa yang mengulas. GILERR..!! semua haru biru..!! yang paling best pernyataan mat sabu atau rakaman mat sabu cakap pasal isu tu tak pernah pulak aku tengok kat tv.

rest jap...gua bukan penyokong mat sabu. yang aku tau dulu dia ni suka menyumpah orang gak.

tapi bila isu ni dah jadi tahap gaban memang aku pun hangin. bagaimana apa yang dikatakan oleh mat sabu boleh diulas berlainan version kat media umum. punyalah hebat penangan mat sabu kali ini. aku terpaksa bersengkang mata membelek ulasan-ulasan dari sejarahwan. dan kerana mat sabu jugaklah anak muda kita terpaksa menyelak kembali sejarah lama dibulan kemerdekaan ini. kalo korang ingat bulan kemerdekaan kita sebelum ni cuma dok sibuk ngan kibar bendera dan pembarisan. dan yang paling best adalah CUTI.

come on lah..!!

ulasan yang dibuat oleh orang yang makan gaji dengan ...... akan menyatakan bahawa mat indera adalah komunis

ulasan oleh buku pengukir nama johor terbitan yayasan warisan johor keluaran 2004 menyenaraikan bibliografi mat indera sebagai salah seorang pengukir nama johor.

ulasan dari orang yang tidak berkepentingan sangat menyatakan sejarah itu perlu dibincangkan lagi

ulasan aku...mat indera bukan komunis. kalaulah mat indera masih hidup hari ini jika ditanya confirm dia akan cakap dia bukan komunis. dia merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan. dia orang yang baik-baik {al-fatihah}

beb...kesian kat kaum keluarga serta keturunan mat indera. dikecam dan dituduh sebegitu rupa. dia hanya bekerjasama dengan komunis untuk mendapatkan bekalan senjata dan ruang untuk menentang penjajah british (sumber yang perlu dibincangkan lagi)
.
alah...macam korang tak boleh buat perbandingan. demi untuk suatu matlamat DaP pun boleh kerjasama ngan PaS (kalo tengok sejarah diorang bagai anjing dengan kucing) + KeAdilan.

kalo tengok lebih lama sikit bagaimana melayu (UmNo), cina (McA) dan india (MiC) - 3 jenis bangsa pun boleh boleh bersatu jugak. pastu siap main ugut-ugut keluar perikatan..ooppss..!!

aku bukan nak berpolitik malah tak menyokong mana-mana parti pun. aku non-partisan beb. dulu aku pun tak pernah tahu nama mat indera. tak ingat aku belajar tak dalam buku sejarah dulu.

cuma


yang lagi haru, telah lama allahyarham meninggal dan dalam tempoh itu dia dijemuh sebagai pengkhianat negara. dia dah mati ditali gantung dan ditanam jauh dalam tanah dan tak pernah bangun untuk menuntut keadilan dan kebenaran untuk dirinya. tapi kenapa isu ini akhirnya timbul juga jika tidak ia merupakan suatu yang BENAR..!!



Wednesday, September 7, 2011

lepas raya

eh...dah lama betul tak post apa-apa cerita terbaru. punyalah malas nak update. bukannya sibuk sangat pun. sepatutnya ada 2 new entry sebelum raya itu hari tp itupun tak dapat nak dipostkan. kita tunggu ramadhan tahun depan jelah ye. itupun kalau masih lagi dipanjangkan umur. sekarang ni pun masih lagi kat kampung halaman..woahooo..!!

orang kampung pun dah pelik. budak ni tak keje ke atau dah keje area kelate..? aku senyum jek. dok terfikir gak ni bila nak balik johor semula. kawan-kawan di sana pun tengah tunggu sebab ada agenda besar menanti.

disebabkan dah lama tak menulis dan entry ini merupakan yang pertama setelah berehat panjang maka aku pun tak nak lah berceloteh panjang lebar. cukuplah untuk aku menyampaikan salam selamat kembali kepada fitrah, selamat berpuasa enam (6), selamat mempraktikkan segala amalan-amalan baik dan mulia yang dipelajari dari madhrasah ramadhan dan ucapan selamat itu merupakan suatu doa untuk diri sendiri dan juga buat pembaca serta pengunjung blog ini.

wassalam :D
Related Posts with Thumbnails