i k l a n

Monday, July 30, 2012

nikmati dan miliki

setiap perkara dalam hidup kita ini hanya boleh DINIKMATI bukan DIMILIKI hatta diri kita sendiri, anak-anak, isteri, harta benda dan seluruh isi alam. Segalanya dimiliki oleh Allah swt. Tapi harta kita boleh tukar dari dinikmati kepada memiliki dengan cara diinfakkan atau disedekahkan dijalan Allah swt.

Justeru, aku dan kawan-kawan sekitar daerah Batu Pahat akan menganjurkan Program Ihya' Ramadhan 1433H. Antara pengisiannya adalah Kursus penghayatan solat, berbuka puasa dan penyampaian barang keperluan pada 4 dan 5 ogos 2012. Program ini akan melibatkan 40 orang anak yatim lelaki yang berumur lingkungan 13-17 tahun yang diambil dari kampung sekitar Batu Pahat.

kami membuka peluang ini juga kepada rakan-rakan yang turut ingin sama berkongsi menambah saham akhirat dan mengembirakan hati insan-insan terpilih ini. Sesiapa yang berminat boleh menyumbang dalam bentuk berikut:

1) sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dapur (beras, minyak masak, tepung, gula dll)
2) sumbangan untuk majlis berbuka puasa dan sahur (wang tunai, kurma, kuih muih dll)
3) sumbangan quran tafsir yang akan diberikan kepada setiap orang peserta (anggaran harga quran tafsir RM40 sebuah)
4) sumbangan wang tunai juga boleh dibuat melalui akaun berikut:

Bank Islam
nama: Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Batu Pahat
no. akaun: 01032010049150

CIMB Bank
Nama: Sekretariat khidmat masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat
no. akaun: 01120000426100

Jika ada sebarang persoalan dan pertanyaan boleh hubungi Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Batu Pahat Sdr. Muhsein (017-7561770), Sdr. Azam (0194228177) atau Sdr. Salehudin (0197718648)

atau boleh juga email kepada m.muhsein@gmail.com

Friday, July 27, 2012

jengok jap

aku ni jengok blog kejap je. seyes aku tak sempat nak tulis blog lagi dah skg ni. nnt aku citer dalam next entry

Wednesday, July 18, 2012

mula berucap

entri kali ni aku tak nak citer panjang. aku nak share sedikit info tentang bagaimana nak meningkatkan komunikasi terutamanya bila nak berceramah, bagi motivasi dan senang citer bila nak bercakap yang melibatkan mulut. info ni aku kongsikan kepada student aku yang belajar berkenaan dengan komunikasi berkesan. kebetulan semua student aku adalah pelajar melayu islam, jadi penerangan aku lagi mudah. kali ini aku hanya nak kongsi doa permulaan untuk memulakan sesuatu ucapan. doa memulakan ucapan ni sangat penting untuk membantu kita yakin bila bercakap sebab dalam doa tersebut kita meminta bantuan allah dalam memastikan apa yang kita bicarakan adalah suatu yang benar.


َحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ 
Kami panjatkan segala puji padaNya dan kami meminta pertolonganNya. Seraya memohon ampun dan meminta perlindunganNya dari segala keburukan jiwaku dan dari kejelekan amaliahku. Barangsiapa yang telah Allah tunjukkan jalan baginya, maka tiada yang bisa menyesatkannya.Dan barangsiapa yang telah Allah sesatkan jalannya, maka tiada yang bisa memberinya petunjuk.Ya Allah limpahkanlah salawat dan salam bagi Muhammad saw berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka memahami perkataanku


Subhanakala 'ilmalana illa ma'allamtana,innaka 'alimul hakeem
Maksudnya
Maha Suci engkau (Allah), Kami tidak mempunyai ilmu pengetahuan melainkan apa yang telah engkau (Allah) ajarkan, Sesunguhnya engkau (Allah) Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana

kemudiannya bolehlah kita sambung ucapan dengan intipati sebenar ceramah. moga dipermudahkan urusan kita semua.

wallahua'alam

peluang conference index in scopus

dunia research arini, kalo setakat masuk conference dah takde nilai sangat dah. kalo masuk pun yang ada nilai impact factor. dalam banyak-banyak impact factor tu pulak orang lebih menilai yang ISI punya. kalo setakat scopus pun dah ada universiti yang membakul sampahkannya.

kalo nak ikutkan trend terkini dalam dunia research memang boleh jadi giler. hidup ni sentiasa mengejar sesuatu yang sentiasa berlari meninggalkan kita. last nanti, kita dapat n then kita pulak meninggalkannya (termasuklah kalo ketika itu kita meninggal dunia). boleh diumpamakan macam main bola jugaklah, punya lah diorang berlari ke sana sini untuk dapatkan bola, sekali dah dapat terus disepaknya ke tempat lain pulak. fuhhh...penatkan. itulah yang digambarkan dengan dunia. semua perkara yang kita kejarkan di dunia ni akan kita tinggalkan juga kecuali 3 perkara yakni ilmu yang bermanfaat, sedekah dan doa anak yg soleh. (kalo salah tolong betulkan)

sebenarnya aku dah pernah tulis entri pasal conference yang aku berminat untuk sertai tapi sudah ditakdirkan yang aku tetiba jatuh sakit ketika itu, maka tak dapatlah aku nak sertai sebabnya tarikh submission full paper telah pun tamat. tetiba aku dikhabarkan tarikh submission fullpaper telah dilanjutkan lagi hingga ke bulan ogos. waaaahhh...ini peluang baek untuk mencuba. walaupun aku dah dengar ada 2,3 paper kawan aku yang buat PhD kena reject. tapi bagi aku jangan kalah sebelum berperang. never try never know..!!

so kawan-kawan research yang lain yang berkaitan dengan bidang ni leh la join sekali yep 




ni lagi satu yang aku nak share, ini takde kaitan dengan aku pun. cuma tolong promote untuk pihak universiti aku.


p/s: aku dah cakap, sakit tu allah nak suruh aku rehat sebab dah sihat nanti aku kena kerja lagi kuat dari sebelum sakit. memang serius banyak kerja aku sekarang ni...ya allah permudahkan segala urusanku dan janganlah dipayahkan. amin

Tuesday, July 17, 2012

in a relationship

in a relationship?
adakah ini status aku terkini?
ini berita terhangat dipasaran..!!

dalam hati ini sebenarnya telah terbit rasa rindu yang teramat sangat. tak sabar rasanya nak bersua dengannya. inilah padahnya kalo dah bercinta. hanya video ini yang dapat menjelaskan betapa rindunya aku kepadanya


RINDU RAMADHAN

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan (2x)

Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran (2x)

Monday, July 16, 2012

apa patut aku buat?

keputusan adalah sesuatu yang susah untuk diputuskan apatah lagi keputusan bukanlah seutas tali yang mudah untuk diputuskan tapi keputusan perlu diputuskan juga (erk...apa ayat aku nih..!!)

ada sekali tu member aku sms. dia tanya patut ke tak patut dia pegi ke satu business talk kat luar negeri. lagi pun dia dah tak berapa aktif lagi dah dalam business. kira macam buat part time jelah business tu. aku mulanya pening jugak nak jawab sms member tu. apa yang patut aku jawab?

sebelum tu biar aku terangkan situasi member aku tu. apa yang terjadi sebenarnya member aku ni tengah cuba buat keputusan samada nak pergi atau tidak business talk tersebut. kebetulan ada member lain yang ajak dia pergi. untuk pergi ke sana confirmlah melibatkan kos yang tak kurang banyaknya. berbaloi atau tidak untuk dia hadir. kalo hadir ke business talk mungkin dia boleh dapat kenalan baru untuk memperluaskan jaringan businessnya. tapi setakat jaringan meluas yang tanpa sale adalah sesuatu yang sia-sia juga. itulah yang dia pening. jadi dipendekkan cerita dia sms aku untuk bantu dia kongsi pendapat bagi memutuskan yang terbaek. apa yang patut aku jawab?

jawapan aku:
aku pun tak tahu ko patut pegi ke tak ke sana. situasi diri aku dengan diri ko berbeza. mungkin aku boleh cuba memahami keadaan diri ko tapi tetap tidak menyamai kondisi sebenar diri ko sendiri. jadi bagi membantu ko buat keputusan yang terbaek, aku cadangkan untuk ko tanya Yang Maha Terbaek dengan cara SOLAT SUNAT ISTIKHARAH. mintalah bantuan dari Yang Maha Berkuasa. sekurang-kurangnya dia boleh bagi panduan dalam hati ko untuk membuat keputusan. aku harap cadangan aku ni dapat membantu ko yep :D

itulah lebih kurang situasi yang aku lalui bersama member-member. aku tak kisah nak tanya soalan apa pun. dan aku seboleh mungkin bagi jawapan yang terbaek. merujuk pengalaman aku di atas tadi, bagi aku itulah jawapan yang terbaek untuk aku berikan. sebab aku memang tak tahu patut ke tak patut dia pergi. dan aku YAKIN dan PASTI, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. jadi kenapa tidak kita bertanya Dia.

situasi hari ini yang selalu menyengat kita untuk sentiasa membuat keputusan pantas. lantas mana mungkin kita sempat nak beristikharah dulu. sudah pasti istikharah itu juga butuhkan waktunya (aik...keluar indon lak).   jadi apa yang terbaek adalah kita hendaklah sentiasa melakukan solat sunat istikharah ini setiap hari. ada sorang member aku ni ingat istikharah hanya untuk orang yang nak kawen saja. dia terkejut bangat bila aku suruh dia buat istikharah bila nak buat keputusan yang tak melibatkan persoalan kawen dan jodoh. apa nak buat, dah memang tradisi orang kita yang hanya sebut istikharah ni bila bercakap pasal jodoh. tapi bukan penjodoh bilangan pulak. 

suatu hari yang lain pulak, aku dalam perjalanan menuju ke bandar. sambil drive dengar radio ikim. tapi masa tu slot tentang promosi kursus jahitan langsir (bukan langsuir ok..!!). apa yang menariknya, empunya kursus tersebut promosikan bahawa kursus yang diadakan adalah yang paling mahal, dan bla bla bla... beb, kalo mahal confirm orang dah tak berminat punya tapi sebaliknya berlaku. apa rahsianya??? rahsianya ada diakhir slot tersebut. yang mana empunya kursus tersebut menasihatkan untuk sesiapa yang ragu-ragu dengan kursusnya silalah solat sunat istikharah terlebih dahulu. walaweiiii...solute + tabik spring lagi. confident giler orang yang buat kursus tu. yang lagi ajaibnya, kursus jahitan langsirnya dibuat tanpa mesin jahit. gila tak? jawapannya memang tak giler sebab dia dah buat.

okey..aku dah malas nak melalut dan mengarut sangat, buat kurang pahala jek nanti.

apa yang aku dapat rumuskan (macam ayat buat report amali lah pulak) adalah kita perlu menyatukan kehidupan kita dengan amalan agama. islam telah menyediakan panduan lengkap (pakej lengkap tanpa caj terselindung) untuk umatnya menjalani kehidupan seharian. sangat rugi jika kita tidak menggunakannya. dan tersangat rugi jika kita tahu tapi tak melaksanakannya.

bak kata maher zain, islam bukan agama tapi way of life (panduan hidup)

kata aku
kalo nak tahu korang patut terus membaca blog aku atau tak patut, solat sunat istikharah la dulu weh..!!

Thursday, July 12, 2012

lebih berharga dari emas

pasukan yang dapat emas kat olimpik akan dapat seketul emas 2 kg bersamaan dengan rm2juta

akhir-akhir ni ramai orang dok giler beli emas. tak dinafikan emas ni suatu komoditi yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. dan emas ni juga menjadi lambang kekayaan dan kemewahan. namun ada komoditi yang lebih berharga dari emas.

aku nak share satu kisah yang aku baca kat satu blog ni. tapi aku tak ingat blog mana. dan aku tak ingat detail berkenaan kisah tersebut. kisah itu berlaku di zaman saidina umar menjadi khalifah. suatu hari saidina umar duduk dalam sebuah rumah bersama dengan beberapa sahabat yang lain. sambil duduk tu saidina umat bertanya "apakah pengharapan kamu bila melihat rumah ini?'

jawab seorang sahabat "aku mengharapkan rumah ini akan penuh dengan ketulan emas, nanti aku akan jualkannya dan gunakan untuk berjihad di jalan Allah".

sekali lagi umat bertanya soalan yang sama "apakah pengharapan kamu bila melihat rumah ini?"


jawab seorang sahabat lagi "aku mengharapkan rumah ini penuh dengan intan dan permata. nanti aku akan jual dan gunakan untuk berjihad di jalan Allah"


buat ke sekelian kalinya, saidina umar bertanya lagi soalan yang sama "apakah pengharapan kamu bila melihat rumah ini?"


kali ini sahabat-sahabatnya menjawab "apa lagi pengharapan yang kami ada dan apa pula pengharapan kamu wahai umar?"


lantas saidina umar menjawab "aku mengharapkan rumah ini akan penuh dengan PEMUDA-PEMUDA yang CINTAKAN ALLAH DAN RASULNYA melebihi cintanya kepada seluruh isi alam semesta dan sanggup berjihad di jalan ALLAH swt"

dari jawapan itu kita dapat lihat bahawa ada perkara yang lebih berharga dari emas, intan dan permata yakni adanya pemuda pemudi yang cintakan allah dan rasulnya. sebab pemuda pemudi yang cintakan allah dan rasulnya adalah orang-orang yang akan membawa kekayaan yang melebihi emas dan permata. orang cintakan allah dan rasulnya akan bekerja sehabis baek kerana allah. dan di situ wujudnya unsur keberkatan. dan dari situlah juga akan dipermudahkan rezeki dan diperkayakan rezekinya dengan perkara yang halal.

akhir kalam

kalo korang adalah pemuda/i maka menjadi tanggungjawab korang untuk menjadi pemuda/i yang cintakan allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada dunia

kalo korang sebagai orang dewasa (dah berusia lanjut kot) dan mempunyai anak, maka menjadi tanggungjawab untuk korang mendidik anak menjadi pemuda/i yang cintakan allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada dunia


kalo korang ni macam aku yakni seorang pemuda yang dewasa tapi masih belum ada anak, adalah menjadi tanggungjawab untuk aku menjadi pemuda yang cintakan allah dan rasulnya melebihi cintanya aku terhadap dunia dan adalah menjadi tanggungjawab untuk aku mengajak pemuda/i lain untuk sama-sama menjadi pemuda/i yang cintakan allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada dunia (perghh...sesak nafas sebab baca dengan satu nafas..!!)

nak kaya, mari kita berjaya, perlu ada usaha, antara usaha adalah dengan menegakkan agama allah swt di muka bumi ini

wallahu'alam

rutin hari rabu

diorang sungguh gembira dengan kehadiran kami (ye ker..!!!)

fuhh..lama sungguh tak datang ke pusat komuniti bekas penagih ni. borak-borak ngan diorang rupanya dah 4 minggu tak ada pengisian. aku ingatkan ada sahabat lain gantikan aku. rupanya memang takde. jadi bila aku sampai je sana diorang cam terkejut. pastu macam-macamlah celoteh diorang ni. ada yang kata "eh bukan ke program lepas isyak". terus jek aku sound "bila masa pulak program dengan ABIM buat lepas isyak". memang diorang ni pandai pusing fakta. pastu kebetulan aku nampak notis kat whiteboard situ tulis mula jam 6 petang "eh..ni notis tulis mula jam 6 petang" sambil aku tunjuk kat brother tu. terus dia senyum-senyum malu dan menghilangkan diri ke dalam bilik. hakikatnya program mula dengan solat maghrib berjemaah.

namun tak semua penghuni situ yang jenis nak larikan diri. mungkin sebab dah lama takde pengisian dan rasa liat sikit nak mula balik rutin tersebut. ada kalangan yang lain menyambut dengan begitu mesra sekali dan bertanya khabar akibat lama tak datang jengok diorang. ada yang perasan pipi aku dah mula cembung (dulu cengkung - eh betul ker ayat aku nih). itulah akibat selera makan aku yang mendadak sejak akhir-akhir ni (eh...ini dah salah topik). yang paling aku terharu bila ada kalangan diorang yang bekerja pulang awal semata-mata sebab tahu kitorang nak datang. dan lagi-lagi terharu bilamana ada kalangan bekas penghuni (maksudnya dia dah tak perlu duduk di rumah komuniti tu lagi) sanggup datang situ untuk beraktiviti bersama kami. lepas aktiviti selesai yakni seusai solat isyak berjemaah, dia pun akan pulang ke rumahnya semula. respek n suspek.

walaupun aktiviti kami lakukan ni hanya sekadar mengajak mereka solat berjemaah, berzikir dan belajar iqra' dan muqaddam. namun ia sedikit sebanyak memberi satu kelainan kepada diorang yang duduk di rumah tersebut. maklumlah duduk dirumah tersebut dengan rutin yang sama cukup membosankan. diorang pun seronok belajar iqra' semula. ada yang dah berusia, mengaku tak reti mengeja. tapi bila belajar balik diorang rasa seronok. tak malu nak belajar balik sebab belajar dikalangan orang yang dewasa. lepas tu kalo ada sebut salah, maka sama-sama kena gelak ngan kawan-kawan lain. memang nampak tak serius tapi begitulah keadaannya. diorang pun tak tertekan. lagi pun memang diorang suka bergurau dikalangan diorang sendiri. dan itulah juga masa untuk diorang rapat sesama mereka.

bila tengok balik kalendar, tinggal satu minggu lagi untuk menuju ke bulan penuh rahmat dan berkat yakni ramadhan al mubarak. dan ini bermakna ada lagi peluang 1 kali untuk aku berjumpa diorang. kemudian akan bercuti sebulan sempena ramadhan ni. aku tak tahulah lepas raya nanti, nak mula balik mungkin agak liat sekali lagi untuk diorang ni. kekadang kelakar tengok diorang ni walaupun dah tua tapi perangai memang macam budak-budak. gelak jelah. situasi itulah juga yang membuat hormon endorfin dan beberapa hormon gembira yang lain meningkat. so aku rasa lebih bahagia dengan hidup ini.

sujud syukurku kepada Allah yang menghadiahkan aku kebahagiaan :D

wallahu'alam

Friday, July 6, 2012

hadis pilihan

dari Abu Hurairah RA, sabda rasulullah saw:

tiap-tiap anggota daripada manusia adalah sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit matahari. engkau berlaku adil antara dua orang yang berbalah adalah sedekah, menolong seseorang untuk menaiki binatangnya (kenderaan) atau mengangkat barang-barangnya adalah sedekah dan pada tiap-tiap langkah yang engkau buang bahaya dari jalan juga menjadi sedekah 

riwayat Bukhari dan Muslim

[mudah sangat nak bersedekah]

Makan mana?


Kehidupan orang bujang memang susah bab makan

Semalam aku ada chat ngan sorang kawan ni. Masing-masing sama-sama buat master tapi berlainan fakulti. So dia citer lah life dia dok di fakulti tu tentang kegembiraan bersama sekumpulan pelajar post grad yang lain. Mereka diletakkan dalam bilik yang berdekatan dan sentiasa berbincang dan tolong menolong antara satu sama lain. Sampaikan waktu makan pun diorang akan ajak ramai-ramai makan bersama.

So aku yang mendengar ni pun melahirkan rasa jeles yang serius. Yelah..aku ni dok sorang-sorang kat bilik research tu. Takde ahli group, takde pun student research lain yang berdekatan, takde jugak sesape yang boleh aku buat kawan bincang pasal research aku. Dah tu confirmlah makan pun sorang-sorang.

Bab makan sorang-sorang ni memang lah satu mimpi ngeri untuk sesetengah orang. Lagi-lagi perempuan. Tapi aku pernah jugak jumpa lelaki yang mengaku memang tak leh blah makan sorang-sorang. Dan dia akan merasa cam kagum giler kalo tengok ada orang makan sorang-sorang tanpa seorang pun teman.

Aku pun pada awalnya agak janggal jugak bila kena makan sorang-sorang ni. Tapi aku nak ajak sape? Nak tak nak kena makan jugak. Kalo tak, ada jugak aku kebulur sorang diri..huh..!! tapi lama-lama rasa janggal tu hilang. Makan sorang-sorang tu dah jadi rutin. Tak heranlah kalo orang tak nak teman. Lagi selesa makan sorang. Tak perlu tunggu orang bersiap. Nak makan mana pun sendiri decide. Dah habis makan terus blah, bukan dok borak dulu or terpaksa tunggu kawan habis makan or terpaksa makan cepat-cepat sebab kawan-kawan lain semua dah habis makan. Semua tu aku tak perlu hadapi. Merdeka gitu..!!

Bagi yang makan beramai-ramai ni pulak akan pening nak decide mana nak makan. Nanti cakap “ikut ko lah nak makan mana” pastu yang ni balas balik “aku ikut ko je nak makan mana”. Pastu sampai sudah tak makan..!! sebelum tu tengok bilangan dulu cukup korum ke tak. Kalo tak cukup tak leh nak gerak, nanti ada yang merajuk pulak. Banyak pulak hati nak kena jaga. Dah sampai kedai, pening nak kena belanja or orang nak belanja or nak bayar sendiri-sendiri nih. bayar sendiri-sendiri nanti tak best pulak sebab tadi naik kete dia. Nak belanja semua tak cukup duit pulak. Nak belanja sorang nanti yang lain pulak jeles. Last sekali makan hati sendiri. Hehe

Anyway...dua-dua ada pro dan kontra. Asalkan kita ni bijak memilih dan sesuaikan diri mengikut keadaan. Jangan sampai kita ni jadi pak turut jek. Ikut jek orang buat cam lembu kena tarik. Kita ni dilahirkan bebas dan merdeka. Jangan jadikan diri kita ni hamba secara indirect.

Makan mana ter?

Mulut ter

Tetiba aku teringat satu pesan nih. Tapi aku tak ingat lak sape orang yang bagi pesanan tu. Itu tak penting. Yang penting pesanan yang diberi:

Kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup [makanlah kerana Allah swt]

Makanlah makanan yang berkhasiat banyak-banyak, walaupun berkhasiat tapi janganlah makan terlalu banyak hingga badan tak larat nak tanggung [makanlah makanan berkhasiat sekadarnya]

Makan tu makan jugak, jangan sampai mati sebab makan

p/s: lepas sakit ari tu aku rasa aku makan banyak giler. Aku rasa cam badan aku dah gemok kot. Tapi aku timbang tetap jugak 45kg. Adeh..maintain dari zaman sekolah menegah dulu lagi. (perghhh...berat badan 45kg..!! bior betoii..!!) fakta okey..!!

Thursday, July 5, 2012

Pembaris kekayaan


Semua orang nak kaya

Aku pun nak kaya jugak

Aku sebenarnya malas nak tulis entri pasal kaya raya bagai ni. Sometimes perkataan kaya itu telah membuatkan sesetengah orang jelik dan tak mahu baca entri aku nih. Sebab tu aku tukar tajuk entri jadi pembaris. Kenapa aku guna tajuk pembaris tu nanti aku citer kat bawah.

Aku rasa sebelum ni pun aku pernah tulis beberapa entri pasal kekayaan. Tapi kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang pemahaman istilah kaya yang sebenar. Kebiasaannya memang tidak boleh tidak bila kita cakap orang tu kaya kita akan ukur kekayaan tu dengan cara melihat betapa besar rumah yang dia duduk, kereta ada berapa bijik, kereta jenama apa dia pakai, pakai baju yang jenama branded john master, bonia, durban (eh...ni jenama common sangat la..!!).

Tengok...itulah cara kita mengukur kekayaan orang tertentu. Sebabtu aku guna tajuk kali ini pembaris. Pembaris tu kan alat untuk mengukur. Tapi kali ini aku nak share ngan korang tentang cara lain untuk mengukur kekayaan seseorang.

Baru-baru ni aku naik kete dan kebetulan dengar satu perkongsian dari somebody dalam radio. Aku pun tak tahu sapa yang cakap masa tu. Dia share tentang bagaimana nak tengok orang tu betul-betul kaya atau buat-buat kaya. Dia cakap orang boleh menipu mata orang dengan memakai pakaian berjenama, boleh juga buat loan untuk beli kereta mewah tapi orang tak boleh menipu dengan apa yang di makan. Bagi orang yang buat-buat kaya ni biasanya dia lebih rela mengikat perut untuk memastikan matlamatnya berjaya. Berbanding orang betul-betul kaya, makannya adalah berkualiti, berkhasiat dan tidak kemuk (kedekut). Tapi aku tak sempat dengar habis huraian lanjut sebab ada urusan yang perlu diselesaikan.

Pada masa yang lain pula, aku sempat tengok satu rancangan di tv. Kebetulan berbicara tentang kewangan. Pakar tu cakap kita sepatutnya melihat orangnya yang kaya bukan kereta, baju or rumahnya yang kaya. Korang faham tak? Maksud pakar tu, kita jangan melihat kereta orang tu yang kaya tapi kita lihat tuan punya kereta yang kaya. Tapi bagaimana nak tengok orang tu kaya tanpa melihat kereta or pakaian orang tu?

Cara lain melihat kekayaan sebenar selain dari cara makannya, kita boleh lihat dari segi gaya hidupnya. Orang kaya tidak semestinya mengamalkan gaya hidup mewah tapi gaya hidupnya lebih segar, sihat dan yang lebih penting berkualiti. Selain itu, orang kaya ni adalah orang yang suka memberi. Memberi ni dalam banyak aspek tidak semestinya bersedekah semata-mata. Sebab dia kaya jugak lah dia boleh memberi sebanyak-banyaknya. Biasanya juga orang yang betul-betul kaya ni akan membeli sesuatu barang atau perkara dengan kaedah bayaran secara CASH / TUNAI.

Pengalaman aku sendiri bila salah sorang housemate aku yang gajinya berganda-ganda dari aku, keretanya confirm lebih besar dari aku dan jawatannya engineer tapi tiap-tiap hujung bulan terpaksa makan meggi..!! betol weh. Ini citer benar dan aku tak tipu dibulan syaaban ni. Sometimes bila kitorg nak keluar makan santai-santai dia tak nak ikut. Terpaksa kitorang pujuk untuk belanja dia makan. Tapi kalo korang nak gunakan pembaris kekayaan biasa memang nampak aku lagi miskin lah dari mamat tu. Tapi...

Teringat balik kisah zaman nabi saw. ramai mempunyai persoalan nabi saw kaya atau tak? Bila aku baca sirah tentang nabi saw, aku dapati bahawa nabi saw ni sebenarnya kaya. Cuma cara hidup nabi saw mengamalkan cara hidup yang sangat sederhana. Antara perkara yang menyebabkan aku cakap nabi saw kaya adalah melalui kisah peperangan. Nabi keluar berperang mempunyai pedang dan baju besi. Pada zaman tersebut, orang yang miskin nak pergi berperang pun tak dapat sebab tak dapat nak sediakan pedang dan baju besi. Ada satu kisah tu, seorang penduduk madinah yang nak sangat pergi berperang mempertahankan madinah hanya menggunakan sehelai kain baju yang dipinjam dari isterinya dan menggunakan pelepah tamar sebagai pedangnya. Itulah bezanya orang kaya dan orang miskin pada zaman rasulullah.  

Begitulah juga yang berlaku terhadap sahabat-sahabat nabi seperti abu bakar as siddiq, uthman bin affan, abdul rahman bin auf dan beberapa orang lagi yang dikenali sebagai orang yang kaya. Kehidupan mereka adalah sederhana tetapi mereka sebenarnya sangat kaya. Mengikut satu kisah bagaimana abdul rahman bin auf ni bila tutup kedai, beliau membawa uncang yang terisi duit dinar dan dirham telah pergi menemui peniaga-peniaga yahudi dan membayarkan hutang-hutang orang islam. Subhanallah begitu kaya kekayaan sahabat nabi. Sehinggakan mereka-mereka ni semua sanggup menyerahkan segala harta bila ada seruan jihad (perang) ketika itu. iman pun kaya giler...

Jadi...kita nak kaya yang bagaimana?

Betul-betul kaya atau buat-buat kaya

Tak perlu ukur dengan pembaris sejauh mana kekayaan (kejayaan) kita. Tapi marilah kita mentauhidkan agama allah insyaAllah kekayaan (kejayaan) akan datang kepada kita. amin

Wallahua’lam

Wednesday, July 4, 2012

dah cuba baru tahu

belum cuba belum tahu (never try, never know)

bab ni lah yang paling kritikal untuk aku. dan kebanyakkan aku tengok orang kita ada masalah benda ni. TAKUT UNTUK MENCUBA

biasanya kita akan dengar alasan pertama adalah tak mahu buat atau terlibat dengan sesuatu sebab dia tak tahu apa-apa, tak pernah belajar, tak pernah diajar dan takde pengalaman tentang benda tu. jika alasan ini yang digunakan maka kita memang tak akan tahu langsung perkara tersebut sampai bila-bila. persoalannya adakah Thomas Alva Edison akan dapat mencipta mentol lampu elektrik menggunakan alasan ini?

menyeroti pengalaman hidup aku, aku memang ada sedikit fobia bila disuruh melakukan perkara yang tak pernah dibuat. sebagai contoh mudah. aku tak pernah ke cameron highland. untuk pertama kali ke cameron highland sendirian merupakan perkara yang paling susah dan agak menggerunkan. aku pun tak tahulah nape leh ada masalah fobia sebegitu. mungkin kalo aku ditemani sekalipun ia tetap sesuatu yang menggerunkan jugak. biasanya aku lawan balik sehinggalah aku dapat mengalahkan fobia tersebut.

namun begitu pernah jugak aku membuat perkara yang tak pernah aku pelajari, tak pernah di ajar dan tak pernah ada pengalaman pun. yakni aku disuruh mengajar satu kursus yang aku sendiri tak pernah belajar sebelum ni, apatah lagi ada orang yang nak ajar aku dan aku memang tak ada pengalaman dalam bidang tersebut. tapi dengan selamber nyer aku buka buku sendiri dan cuba merujuk kepada 2,3 orang yang pakar untuk memastikan aku dapat mengajar dengan jayanya. dan kursus telah selesai aku ajar pada sesi-sesi yang lepas.

kekadang aku terfikir kenapa aku asyik terkena perkara yang aku tak berapa minat dan perkara yang mungkin aku tak berapa tahu sangat. sebagai contoh semasa memohon pengajian untuk ijazah, aku seboleh mungkin memohon untuk ijazah dalam bidang elektrikal tetapi aku dapat bidang mekanikal yang mana ketika itu aku memang tak tahu langsung apa itu bidang mekanikal (fakta okey..!!). namun setelah melanjutkan pengajian timbul pula minat dalam bidang ini. begitu juga berlaku bila aku sambung belajar di peringkat master. daripada bidang mekanikal pembuatan dan pengeluaran, aku beralih ke bidang baru iaitu pencemaran automotif. kedua-duanya adalah benda baru untuk aku. dan selepas ini untuk sambung PhD, aku kemungkinan akan pergi ke bidang yang lagi baru untuk aku iaitu mendalami enjin kenderaan. mimpi ngeri untuk aku yang kurang pengalaman dalam bab enjin. (beb...kalo ko salah setting enjin, kereta tak leh jalan..!!)

namun begitu, aku terfikir yang inilah sesuatu yang unik yang Allah kurniakan kepada kita. buat apa kita belajar kalo benda tu kita dah tahu. kita sepatutnya belajar benda yang kita masih belum tahu. bila kita belajar perkara yang masih belum tahu maka kita akan belajar dengan membuat banyak kesilapan. kesilapan itulah pengajaran terbaek untuk kita. tapi ramai dikalangan kita ni TAKUT UNTUK GAGAL / MEMBUAT KESILAPAN.

suatu fakta yang perlu kita tahu, tahap keberanian mencuba akan semakin menurun dengan peningkatan umur. maksudnya semakin umur kita meningkat, semakin kurang tahap keberanian kita untuk mencuba sesuatu yang baru. sebabnya bila kita dah semakin berumur, kita telah mempunyai banyak pengalaman menyebabkan semakin banyak faktor yang kita akan pertimbangkan sebelum mencuba sesuatu yang baru. berbanding dengan seorang kanak-kanak, mereka mencuba sesuatu tanpa berfikir panjang dan mendalam. jadi apa yang ada dalam mindanya gambaran sesuatu perkara dan mencubanya..!! kita bagaimana?

dah cuba baru tahu

wallahua'lam

Tuesday, July 3, 2012

rezeki, ilmu dan keje

rezeki kita Allah yang tentukan dan telah ditentukan sebelum kita lahir ke dunia lagi

namun semuanya boleh berubah dengan doa

pagi ni ada appointment ngan Dr kat bandar batu pahat. tapi aku keluar rumah seawal 7.25 pagi. sebab aku target untuk dengar slot motivasi pagi bersama ustaz ebit liew kat dalam kereta. dan lagi satu sebab utama adalah nak sampai rumah sahabat aku jam 8 pagi untuk satu urusan. dalam perjalanan tu aku sempat dengar lah DJ radio ni berceloteh tajuk perbincangan pagi tentang graduan boleh memohon jawatan yang bertaraf spm. dipendekkan citer ramai lah yang menelefon memberi pendapat. ada yang setuju dan ada yang tak setuju. biasanya yang tak setuju ni geng yang bertaraf spm dan memang dia keje bahagian yang melibatkan jawatan bertaraf spm. katanya kalo graduan yang amik job tu nanti dia akan berlagak sebab diorang ada degree walaupun baru masuk keje. bagi yang ada ijazah pulak amat menyokong dasar baru tu sebab ia membantu graduan ni dari dok menganggur saja.

bagi aku pulak, bagus jugak peluang pekerjaan ni dibuka untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelayakan. barulah orang kita ni akan berebut-berebut untuk sambung belajar. kalo tak sekarang ni budak-budak yang habis spm tu kekadang dah tak nak sambung belajar sebabnya dah layak untuk kerja. jadi bila peluang ini dibuka, maka tempat diorang confirm akan diisi oleh calon yang ada kelayakan diploma atau ijazah. dan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan masyarakat kita untuk tampil lebih berilmu bukan sekadar belajar untuk dapat keje. at least bila kita dah ditahap negara maju (kononnya menjelang 2020) nnt, kerani yang dok kat kaunter tu ada ijazah beb. baru ada kelass gitu.

bagi geng-geng aku sekarang ni, diorang dok tengah pening samada nak keje or nak sambung phd. diorang dok risau jugak, nnt dah sambung phd tapi takde keje jugak. tapi bagi aku benda ni senang je. selagi kita berpegang pada prinsip "rezeki itu allah yang tentukan", maka kita tak perlulah risau. yang penting kita fokuskan kepada usaha untuk sambung phd sampai habis. bila dah habis nanti kita tengoklah rezeki allah nak bagi camne...wallahualam

Monday, July 2, 2012

Kedai makan


Sejak akhir-akhir ni aku suka pegi makan kat kedai arab

Di kampus aku ni ada satu kedai arab. Namanya tak silap hadralmawt uthm. Jual makanan arab. Tapi yang bestnya makanan n minuman kat situ murah dari harga standard kat luar. Contoh cam nasi arab hanya berharga rm5. Minuman jus buah hanya rm1. Kalo roti arab pulak rm1 sekeping. Lauk pencicah lak leh pilih nak rm3 or rm5. Aku biasa suka makan roti ngan chicken aqdah. Best siot. Makan pagi kenyang sampai ke petang. Dan yang lebih penting diorang memang asal dari negara arab.

roti arab n chicken aqdah (besar giler rotinyer)

Apa yang membuatkan aku nak tulis entri pasal kedai tu adalah pasal survival kedai tersebut. kawasan tersebut mempunyai 2 lagi kedai lain. Satu kedai mamak dan lagi satu kedai orang melayu. Antara 3 kedai ni, kedai arab ni lah yang paling maju aku tengok. Dibuka setiap hari sampai ke malam. Sedangkan kedai lain tutup seawal jam 4 petang. Lagi-lagi waktu sekarang ni pelajar ijazah dah cuti. Bilangan pelajar diploma pulak sikit. So kedai yang dua lagi tu kekadang terus tak buka.

sekarang ni aku tiap hari kena ke kampus (pusat kesihatan universiti) untuk makan ubat termasuklah hari hujung minggu (sabtu n ahad). Untuk memastikan keberkesanan ubat tersebut, aku kena makan sebelum aku sarapan (perut kosong). Jadi lepas makan ubat (hujung minggu) aku terus cari kedai untuk sarapan dan harapan aku hanya tinggal kedai arab ni lah. Tu yang aku terjebak ngan roti arab n chicken aqdah. Memang tu jelah kedai yang buka dalam kampus. Ada lagi kedai yang buka tapi kat dalam kolej kediaman la pulak.

Aku solute giler sebab diorang bleh survive di negara orang. Kalo hari minggu biasa, aku boleh tengok berpuluh ekor ayam dipanggang dan tak berhenti sampai ke petang. Pelajar-pelajar foreigner yang ramai lepak kat kedai ni. Maklumlah pelajar foreigner kat sini ramai dari negara timur tengah. Namun begitu sambutan dari staf n pelajar tempatan tak kurang gak hebatnya. Aku rasa mungkin kerana kelainan menu yang ditawarkan dan harga yang sangat berpatutan. Maklumlah aku pun dah boring kot makan makanan tempatan yang sama. Sesekali elok gak gilir-gilir ngan menu arab pulak.

Kisah survival kedai ni mengingatkan aku dengan kisah di awal penghijrahan umat islam ke madinah. Bagaimana ketika itu masyarakat yahudi menguasai perniagaan di sana. Tapi dengan kebijaksanaan sahabat nabi saw seperti abdul rahman bin auf telah berjaya membuka perniagaan di kawasan perniagaan kaum yahudi itu. Sudahlah dapat membuka perniagaan di situ, perniagaannya pula sangat mendapat sambutan yang hebat. Dan suatu ketika kaum yahudi telah memonopoli semua telaga air di madinah dan tidak mahu menjual air kepada penduduk islam. Atas kebijaksanaan abdul rahman bin auf ni jugaklah dia berjaya membeli satu dari telaga tersebut dengan harga yang mahal. Dan memberi secara percuma kepada semua penduduk islam ketika itu. Dipendekkan kisah akhirnya semua telaga yang lain juga dapat dikuasai semula oleh orang islam.

Apa nilai yang ada pada perniagaan orang islam? Perniagaan orang islam ni begitu jujur sekali. Tidak menindas dan tidak mengamalkan RIBA berbanding perniagaan orang yahudi ketika itu yang banyak menindas dan mengamalkan riba. Disebabkan itu jugaklah perniagaan orang islam mendapat sambutan sehingga peniaga yahudi sangat tidak selesa dengan mereka. Bagaimana dengan perniagaan orang kita sekarang ini? Adakah ia mengambil nilai-nilai yang sepatutnya sebagai peniaga islam?

Kawasan aku ni kebanyakkan penduduk asal adalah dari keturunan jawa. Sepanjang 8 tahun duduk kat sini banyak kisah-kisah magis ilmu hitam yang aku dengar. Banyak kedai kena tutup dek penangan benda tu. Yelah sepanjang aku dok sini, aku dapat tengok banyak kedai yang bukak sekejap tak sampai setahun n then tutup n lepas tu kedai lain pulak bukak pastu tutup balik dan bergilir-gilir. Ada kedai besar yang maju giler n tetiba tutup n terus bungkus. Kebanyakkan kedai yang kena adalah kedai makan, restoren dan kedai runcit / kedai jual barang segar. Tak kurang jugak cakap-cakap kedai yang terlalu maju tu ada magis ilmu hitam jugak untuk menarik pelanggan. Aku pun tak tahu betol atau tidak. Hanya Allah yang lebih mengetahui hal ni.

Tapi yang aku tahu, kedai arab ni dah berapa tahun beroperasi tak tutup-tutup lagi n makin maju pulak tu. Dah ler jual dengan harga yang sangat berpatutan. Tapi yang dalam kampus jelah. Kedai arab Yang kat luar kampus tu dah tutup jugak aku dengar...wallahualam
Related Posts with Thumbnails