i k l a n

Tuesday, November 29, 2011

HUJAN


Tajuk entry hari ini bukanlah berkenaan dengan kumpulan band indie terkenal “Hujan” dan juga tidak ada kena mengena dengan hero korea dalam citer ninja asassin “Rain”. Hari ini aku nak citer tentang suatu ciptaan Allah swt yang Maha Hebat.

Hujan. Musim sekarang ni memang benda nilah  yang jadi topik utama berita-berita di muka TV. Tidak kiralah di TV kerajaan atau swasta (eh bukan ke semua TV adalah media kerajaan). Benda ni walaupun namanya sama dengan kumpulan band dan pelakon hebat korea namun kehebatannya adalah lebih terserlah dari kedua-duanya. Manakan tidak hebat, kedatangannya sahaja boleh menghuruharakan manusia. Malah tidak terkecuali hurahara adalah makhluk Allah yang lain terutamanya yang bernama kambing.

Hujan. Secara faktanya hujan merupakan himpunan titisan air. Titisan air yang bergabung turun dari gerombolan awan nano jatuh ke bumi. Gabungan titisan air ini yang turun secara santai dan bersahaja dipanggil gerimis mengundang. Bagi gabungan titisan air yang turun secara terjunan bebas dan gelojoh dipanggil hujan lebat. Manakala bagi yang turun secara terjunan bebas, gelojoh dan secara berkumpulan dipanggil hujan batu. Titisan air ni juga boleh terpengaruh dengan gejala negatif bila bersama bahan-bahan enap cemar yang berkeliaran bebas di udara dan bersatu menjadi hujan asid. Ia juga boleh menjadi kumpulan yang ganas bila bergabung dengan angin dan dikenali sebagai ribut. Keganasan ini akan lebih digeruni jika diiringi irama guruh dan kilauan cahaya putih yang dikenali sebagai kilat.

Hujan. Ia merupakan suatu yang menyusahkan manusia malah digelar sebagai bencana alam pada ketika berlakunya banjir. Kejahatannya akan lebih terserlah bilamana ada manusia yang mati lemas, ada yang kena berpindah ke tempat lain, kilang terpaksa tutup, banyak mesin dan alatan rosak, adanya tanah runtuh dan tanaman yang baru nak berhasil juga musnah. Disebalik kejahatan itu, ada juga gurauan berupa kenakalan hujan itu sendiri yang mana menghalang manusia dari menjalankan urusan harian. Ada yang tidak dapat ke pejabat, anak kecil tak dapat ke sekolah, petani tidak dapat bercucuk tanam, kontraktor tak dapat nak membancuh simen, buruh binaan terpaksa berteduh di dalam kontena, perlumbaan F1 menghadapi banyak perlanggaran, pemain bola terpaksa menggelecek lopak-lopak air, penjaga gol tak dapat nak selamatkan bola yang menerjah gawang, penjual air ditepi jalan terus tutup kedai, orang islam tak dapat nak solat jumaat di masjid dan lain-lain-lain yang bersifat menghalang.

Hujan. Ia sebenarnya dijadikan punca masalah kepada pembawa masalah. Punca masalah bukanlah dari sifat hujan itu sendiri tapi dari sifat manusia yang suka membawa masalah. Masalah-masalah yang berlaku asalnya tiada kaitan langsung dengan hujan malah kedatangan hujan tidak lain tidak bukan sekadar melengkapi suatu kitar alam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Cuma pembawa masalah ini telah mereka cipta suatu alasan dengan menyalahkan hujan sebagai punca. Maklumlah hujan tidak pandai untuk mereka alasan lain lagi tapi hanya pandai patuh dan taat kepada perintah Tuannya sahaja. Kekadang tu kesiannya juga dengan hujan yang difitnah sedemikian rupa.

Hujan. Kedatangannya sebagaimana ketetapan perintah Allah swt. Kedatangannya bukanlah berasal menjadi punca masalah tapi merupakan sebagai suatu tanda turunnya rahmat Allah swt ke atas muka bumi Allah. Berapa banyak titisan air yang turun begitulah juga dengan rahmat Allah yang tidak terkira banyaknya turun bersama. Manfaatnya bukan sahaja kepada manusia yang suka menyalahkan hujan tapi kepada semua makhluk Allah yang lain yang digelar tumbuhan dan haiwan. Turunnya hujan ini merupakan suatu hikmah yang besar kepada manusia yang sentiasa memikirkan tentang kejadian alam sebagai tanda kebesaran Allah swt.

Hujan. Turunnya ia bersama rahmat dari Allah swt. Antara saat ketika mustajab doa adalah ketika turunnya hujan. Maka apakah doa yang sering kita titipkan ketika turunnya hujan? Adakah masalah yang kita selalu tuturkan dek kedangkalan iman kita atau mungkin kita menadah tangan tanda kesyukuran atas turunnya rahmat Allah sambil memohon keampunan dan diperkayakan dengan rezeki yang halal.

Hujan. Penuh hikmahnya hinggakan ia menjadi bahan ujian untuk hamba Allah yang beriman. Sejauh mana mereka dapat hadapi saat susah dek hujan dan sejauh mana mereka dapat bersyukur dek rahmat selepas hujan.

“Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan sebenarnya. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat (tanda) bagi orang-orang yang beriman”
Al-Ankabut | 44

p/s: tetiba teringat lagu bangau oh bangau
p/s: KEPADA YANG MASIH BUJANG SHJ. Bila hujan turun dengan lebat mari kita pakat-pakat berdoa dipertemukan dengan jodoh masing-masing :D lagi pun yang dah ada jodohnya tu taulah apa yang boleh dibuat time hujan-hujan ni..!! :P

PERISTIWA


Salam kesejahteraan, kesihatan, keselamatan, kegembiraan, keceriaan dan ketenangan buat semua. Hari ini dalam sejarah. Setiap hari kita akan membuat sejarah samada sejarah baru, sejarah yang sama atau mengulang kembali sejarah lama-lama. Namun masa yang telah ditinggalkan itu tetap tidak boleh dijejaki lagi apatah lagi mahu kembali ke zaman silam yang umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Beb..kalo bulan dah jatuh ke riba maknanya dah kiamat..!!

masa yang ada sekarang ini haruslah kita jalani dan hayati sepenuhnya agar secangkir kenangan yang berbaki itu akan menjadi detik waktu yang paling best dalam hidup di muka bumi Allah swt.

Aku nak kongsi peristiwa yang berlaku dalam seminggu dua nih. Pertamanya aku nak ucap tahniah buat sahabat seusrah, sekampus, sekolej, sesyarikat kerana telah pun mendapat cahaya mata kedua sebagai penyambung warisan keturunan keluarga orang yang beriman. Walaupun aku tengok anak pertama mereka masih lagi belum boleh bercakap namun mereka begitu produktif menambah bilangan umat Muhammad SAW. Alhamdulillah...Rezeki dari Allah.

Diumur sebaya aku ni tak pelik sangat kalo dikaitkan dengan perkahwinan. Yang mungkin jadi pelik sikit adalah bagi yang masih belum kawen. Namun aku ada sorang junior ni (of course umur tersangat muda dari aku) yang agak rapat jugaklah. Yang bestnya dulu bila tengok dinding mukabuku dia mesti penuh dengan doa-doa. Macam-macam doalah yang ada. Mungkin rintihan dia mengadu kepada Yang Maha Esa. Apa yang terjadi ngam-ngam lepas habis belajar, budak ni telah pun bertemu jodoh. Ramai dikalangan kami yang terkejut. Tetiba jek hantar sms jemputan kawen. Wah..dia dah bertemu dengan jodohnya. Dan pagi tadi antara jam 2 pagi dapat sms dari budak ni sekali lagi. Ucapan perpisahan sebab dia bakal bertolak ke Mesir mengikut suaminya yang belajar di sana. Walaupun berada jauh di sana tapi mukabuku tetap ada untuk kita saling berhubung dan bertahu khabar masing-masing.

Kehidupan yang kita lalui ini ada pasangannya. Kalo kita ada kawan, kita juga akan ada musuhnya. Begitulah juga dengan aku. Dalam tempoh ini juga bekas musuhku (satu ketika dululah) dan kawanku sekampung, sesekolah dan sebaya telah pun selamat melangsungkan majlis pernikahan masing-masing. Moga korang bahagia dengan pasangan masing-masing hingga ke syurga. Jangan lupa untuk tambahkan lagi umat islam yang beriman di atas muka bumi Allah ini. InsyaAllah dipermudahkan rezekiNya ke arah itu.

Sebelum menempuh saat kebahagiaan dalam hidup, banyak juga rintangan yang perlu dirempuhi. Begitulah nasib seorang junior yang banyak juga kisah hidupnya diluahkan kepada ku. Maklumlah aku ni kan bekas Dr Love yang penah gagal dalam cinta..!! kih kih kih. Apa pun nasihat yang banyak aku bagi kat dia adalah “bersabarlah banyak-banyak”. Atas berkat kesabarannya itu akhirnya dia telah bertemu dengan bakal jodohnya juga. Sementara menunggu masa dan saat yang sesuai sebelum menjadi isteri kepada seorang yang dipanggil suami, maka ikatan pertunangan didahulukan. Bukanlah sebagai lesen untuk menjadi halal tapi sekadar panduan menuju ke arah ikatan yang sah.

Itu cerita yang dah beranak, berkahwin, baru berkahwin dan bertunang. Yang belum kawen ni pun ada jugak peristiwanya. Ia berlaku kepada rakan serumah, sekampus, sekolej tapi bukan sebilik (hahahaha). Dia ni tengah giat mencari jodohnya. Alhamdulillah berkat doanya di kota suci Mekah semasa mengerjakan umrah sebelum ini, dia telah pun ada calon yang diperkenalkan keluarga. maka kegembiraan tak terkata hanya dapat diluahkan dengan senaman tanpa henti 24/7 dirumah. Dia tengah berusaha untuk menguruskan badannya dengan cara minum tea herba orang kampung dan bersenam. Kat rumah ni dah bertambah lagi alat-alat senaman. Ada juga aku mintak pinjam alat senaman dia. Boleh pulak dia cakap kat aku “ko nak bersenam watpe..!! ko kan dah slim tahap perempuan tengok pun leh jeles”. Aku pun membalas pukulan tersebut “beb...aku bersenam bukan sebab nak kuruskan badan tapi untuk jaga kesihatan supaya badan aku sentiasa dalam kondisi terbaek” (ceh..jawapan aku yang skema). Tetiba dia sambut pukulan balas aku “erm..aku bersenam ni pun untuk kesihatan aku jugak sebab nak turunkan berat badan aku”. Walaupun dia tidak membalas pukulan aku tadi, tapi aku dengan sengaja membuat pukulan lain sekali lagi yang betul-betul tepat pada bulu dadanya “kalo nak sihat tak perlulah sedut asap

Kalo dah ajalnya, tak hisap rokok pun boleh meninggal juga. Semua ini sudah tersurat dan kita tiada daya untuk menolak ketentuannya. Begitu juga yang berlaku kepada ayah seorang junior ni yang telah beralih dari dunia sementara kepada alam kubur sebelum menjelma hari kebangkitan. Takziah diucapkan.

Semua peristiwa ni aku titipkan sebagai kenangan persahabatan. Aku doakan moga watak-watak yang aku lakarkan di atas sentiasa di dalam redha Allah.

PENGHARGAAN BUAT WATAK-WATAK:
Sdr. Faizul Amin dan isteri (rashidah) dan si comel Mireya An-Nuha dan baby boy yang baru kenal dunia
Sdri. Nurashikin dan suaminya yang rasanya dah bersama-sama kat Mesir sekarang ni
Riduan aka Don dan isteri (Mazila) serta Rose Raihana dan suami (Shafiq) yang baru bergelar pasangan suami isteri
Sdri. Siti Nur Syahirah yang baru bergelar tunangan orang dan baru dapat tawaran kursus jururawat (lambat lah pulak kawennya nanti)
Sdr. Aimullah yang bakal membuat kejutan untuk bakal jodohnya
Sdri. Nurul Huda dan keluarga semoga tabah dan redha dengan pemergiannya

Wednesday, November 23, 2011

orang kata, orang kita

post kat wall fb pagi ni

"harapkan pagar, pagar makan padi"
tapi ada member aku kata, padi dah tenggelam dalam banjir. bukan padi saja yang musnah tapi pagar pun turut musnah. so apa lagi yang boleh diharapkan?

pastu aku keluar dari gua pertapaan menuju ke destinasi perhambaan pulak. pergi mencari hasil padi yang masih belum dimusnahkan. port biasa kedai si eddy parit rasipan. kat situ boleh pulak si eddy berkhutbah pasal pengertian kaya raya. tapi aku nak quote satu ayat best yang dia sebut

"apa-apa pun pokok pangkalnya adalah hati"
kalo pokok, pangkalnya kat bawah tapi manusia ni pulak pangkalnya dihati yakni ditengah-tengah. kalo tengah ni orang kata sebagai pusat kawalan. tapi kalo pusat kawalan tak leh nak kawal jugak camne? agak-agak dia letak pusat kawalan kat bawah jugak tak?

bila dah kenyang senang lenang dan bersih dengan basuhan si eddy maka aku pun berangkat balik ke workstation kembali. tapi kali ni dah tak masuk gua, masuk dalam pit stop pulak. kat pit stop ni boleh wat keje tenang senang lenang sebab takde orang nak ganggu sangat. maklumlah pit stop mana boleh ada orang sebarangan nak masuk. kali ni aku bukak fb dulu, kononnya cam nak cari mood keje lah. tapi hampeh sebab aku dah merayau ntah ke mana. segala hasil dakwah si eddy aku rasa dah jatuh kat tengah jalan. maklumlah aku kan naik motor laju. tak sempat nak melekat betul-betul lagi dah kena tiup ngan angin masa aku cucuk lori kontena tadi. masa aku merayau-rayau tu boleh pulak aku ternampak satu status kawan ni. dia tulis kat situ

"saya minta maaf kalau ada buat salah dan silap terhadap rakan-rakan"
bagi akulah kan, kalau salah silap ngan rakan-rakan merangkap kawan-kawan merangkumi sahabat ni takde masalah sangat untuk dimaafkan. tapi yang lagi penting adalah penyesalan kita terhadap segala kesalahan yang telah dibuat. dalam erti kata lain ialah bertaubat untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi dengan rakan-rakan kita tu selepas ini. minta maaf tu pulak adalah tidak bermakna jika sekadar untuk memuaskan hati, naluri dan perasaan rakan-rakan sahaja jika tidak disertakan dengan penyesalan yang sungguh-sungguh di dalam diri. hurm..sy juga nak minta maaf di sini :D

maklumlah bila dah makan kenyang perut, hati senang lenang dan tenang ni tibalah masanya untuk aku ke bilik servis. nak buang segala bahan buangan yang tak terpakai dan telah ditapis secara semulajadi dan disemak berkali-kali oleh enzim-enzim yang bertauliah. dalam perjalanan tu aku terserempak pulak dengan sorang mamat ni. macam biasalah i give him a smile and i got back the smile. tetiba aku baru teringat yang mamat ni sebenarnya sorang yang mantap tapi satu benda yang pelik sikit adalah dia tak suka orang motivasi. dia pernah cakap lah dia tak heran pun dengan segala pakar motivasi yang famous amos (eh sapa ada biskut yang sedap tu sila bagi sikit) di malaysia ni. tetiba aku teringat pulak ngan status kawan aku merangkap business partner yang berkongsi status menarik di wall fb beliau

ada orang cakap mengapa perlu motivasi sedangkan kita tahu motivasi tak akan kekal lama. nanti kena pergi lagi sesi motivasi. beliau membalas balik dengan jawapan yang boleh diumpakan dengan satu tamparan atas dahi.  habistu mengapa perlu kita mandi sedangkan kita tahu mandi pun tak akan kekal lama. aku pun menambah lagi kat sini. habistu buat apa kita makan sedangkan kenyangnya pun sekejap jugak. dah la kenyang sekejap pastu kena buang lagi yang lebih-lebih. (ohh...rasanya aku dah mengarut).

tetiba pulak dah masuk waktu solat zuhur. aku pun bergegaslah ke surau. owh..nampaknya tak ramai sangat orang yang hadir ke surau sebabnya waktu tersebut betul-betul tepat dengan waktu makan tengahari. seusai solat, aku pun balik semula ke pengkalan dan menulis entry ini

kalo ada appointment dengan client atau costumer atau orang-orang penting, mesti kita akan hadir awal. awal tu seawal beberapa minit lebih awal dari jam yang dijanjikan. tapi appointment dengan Allah yang memang telah lama tetap waktunya itu jarang untuk kita hadir awal iaitu seawal beberapa minit sebelum masuknya waktu. 

eh...tetiba aku rasa macam makan cili padi pulak..!! nape ek (sambil menggaru kepala yang tak gatal dan telah menggugurkan 2,3 helai rambut)

Monday, November 21, 2011

miss something

i miss something?
owh... i miss my smile

u also miss something..!!
u miss to smile back

here's nothing to smile..!!
please dont smile for nothing but please smile for something
something like Allah blessing

something to think back..
dont think back..!!
juz smile and u'll get back the smile

if i miss to smile again?
smile is something u'll miss




Saturday, November 19, 2011

tiada lagi indah


Tak tahulah nak kata bagaimana lagi. Sudahlah keindahan alam banyak yang telah tercabul keindahannya. Sekarang ini kata-kata juga telah hilang keindahannya. Patutlah tiada lagi indahnya budi pekerti dan adab sopan. Ini tidak lain berpunca dari betapa hilangnya keindahan dalam pemikiran.

Tetiba bercerita pasal keindahan. Semua ini terjadi dek tak tahan dengan segelintir rakan-rakan yang bermulut lepas, suka melabel dan yang tak tahan bila nama seseorang disamatarafkan dengan haiwan. Bukanlah bermaksud menyokong individu tersebut tapi sebagai seorang muslim yang nak syurga Allah maka apakah hak kita untuk menyamatarafkan sesorang dengan haiwan? Bila pulak kita nak minta maaf dengan mereka yang kita cemuh itu? Cukup ke setakat kita bertaubat kepada Allah tanpa dapat meminta maaf kepada empunya badan? Istighfar banyak-banyak

Jika kita melabel orang itu sekalipun tiada sebarang faedah secara langsung kepada diri kita selain dari kepuasan nafsu semata-mata. Kalo benda tu tak betol maka kita akan memperoleh satu dosa. Tapi jika kita cuba tidak melibatkan diri maka sekurang-kurangnya kita telah dapat menyelamatkan diri dari mengumpul satu point dosa. Masuk syurga tu belum tentu lagi tapi kita tidak menambah dosa lain. Beb..hidup kita bukan di dunia sahaja tapi satu kehidupan yang lagi panjang perlu ditempuh selepas kematian.

Cuba semak balik apakah vision kita. atas dunia ni ramai yang dok bercerita visi dan misi. Tapi ramai tak perasan yang visi mereka baru setakat misi sahaja. Itu yang ramai lost sebab takde langsung visi sebenar sebagai hamba Allah swt. Jom kita setkan semula visi dan misi kehidupan kita.



Dari Abu Abdullah Al-Nu’man bin Basyir RA katanya:
Aku dengar Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahuinya oleh kebanyakkan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatanya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) maka di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
::Hadith 40 (terjemahan dan syarahnya)::


Disebalik hilangnya keindahan terselit juga indah dibalik segala kekotoran kata, adab dan pemikiran

Thursday, November 17, 2011

ketandusan idea

selamat sejahtera ke atas kamu semua yang datang berkunjung di sini.

semenjak dua menjak ni aku macam ketandusan idea untuk menulis. mungkin kah ia disebabkan oleh ketidaksiapan dalam kerja-kerja membaiki thesis. ataupun mungkinkah ia akibat dari virus ketidakrangsangan otak yang makin menjadi-jadi. tapi aku peduli apa. yang penting aku cuba jugak menulis sesuatu dan cuba menyampaikan perkara-perkara yang baek untuk semua orang.

dalam era ketandusan idea menulis entry ni maka perkara yang aku boleh buat adalah menjadikan setiap entry umpama diary. benda ni dah lama berlaku. kalo korang perasan pn beberapa entry lepas aku banyak tulis diary harian. jadi untuk kali ini aku telah mengambil langkah drastik yang sama.

desawarsa ini juga aku sibuk dengan tugasku sebagai pengajar makmal. disebalik mengajar tidak ketinggalan tugas untuk memeriksa segala laporan hasil bedah siasat student-student tentang mesin, peralatan dan juga radas makmal. untuk makluman korang, aku ada 35 orang student untuk part 1 semester ni. so sepanjang part 1 ni diorang akan menjalankan 5 ujikaji. diakhir part 1 aku ada sebanyak 175 jenis laporan. semua laporan ni perlu diperiksa untuk diberikan markah. berdasarkan fakta kes-kes lepas, ada kalangan pengajar yang mengumpulkan semua laporan tersebut maka bilangan laporan yang perlu diperiksa akan menjadi berganda lagi samada berganda kuasa dua atau kuasa tiga bergantung kepada berapa banyak group yang dikawalselia oleh setiap pengajar. jadi bila dah bertimbun-timbun, kaedah pemeriksaan laporan ada yang menggunakan kaedah timbang kati (timbang berat). kaedah yang aku rasakan cukup kejam..huhuhu. bagi aku pulak yang terlalu baek hati dengan student ni aku bagi markah berdasarkan tajuk yang ada dalam skop penilaian. maknanya aku akan belek setiap muka dan biasanya yang aku baca adalah bahagian kesimpulan. disitulah aku tolak markah atau aku bagi markah full.

baiki thesis apa citer? masih lagi dalam proses..muhsync ko tau tak yang dah lewat ni. dah nak hampir sebulan. opsss...ye ek nak hampir sebulan dari tarikh viva aritu...huhuhu..aku tak perasan. nanti pasni ko sibuk pulak nak wat preparation mengajar kursus diploma. adoiii...nape aku macam baru perasaan ek. lalaiiiiiiiiiii..this weekend kena siap jugak. next week dah kena hantar kat penyelia aku.

semalam yakni merangkap hari rabu 16hb november. tetiba aku kena jadik pegawai pengiring untuk mengiringi student buat lawatan ke sebuah kilang sawit di kulai. dengan ketiadaan perasaaan aku pun pergilah ke sana. anyway nothing special yang boleh aku citer. cuma yang aku boleh tengok gelagat student zaman sekarang yang tak teruk pun tapi seakan tiada sikap tanggungjawab atau cuba bertanggungjawab. kalo boleh semuanya diletakkan atas bahu orang yang memang bertanggungjawab dalam hal tersebut. erk....macam pening lak ayat aku ni. senang citer camni. mentang-mentanglah sesuatu perkara yang terjadi tu bukanlah tanggungjawab dia maka dia cuba lepaskan kepada orang sepatutnya sedangkan pada hemah pemikiran aku yang sentiasa berfikir ni perkara tersebut boleh diselesaikan sendiri tanpa perlu ko bersusah payah menyusahkan dan mempayahkan orang lain.

fb aku dah malas nak update sangat. tak tahu lah nape. aku dah taknak update perkara remeh temeh n nak bagi satu dunia tahu. contohnya ketika aku sakit perut maka aku pun tulis kat situ "perutku sakit ini hari". maka satu dunia pun tahulah yang aku sedang sakit perut. menurut orang yang bukanlah pakar tapi tahap kematangan yang lebih dari aku. status sebegitu menjelikkan, suatu yang menggelikan hati, sometimes ia suatu yang nonsense, tiada faedah, tidak matang, menampakkan kekosongan fikiran, tiada idealism yang bagus, boleh juga dikategorikan sebagai orang yang mempunyai kecelaruan emosi dan yang lebih teruk ada yang mempunyai unsur riak, takabbur, kesombongan, kedangkalan serta membuat dosa secara tidak langsung. ohh..kalo macamtu tak payah ada fb lah..!! erm..itu jalan yang terbaek. tapi kenapa tidak gunakan fb ni sebagai keadah berdakwah. alimlah pulak..!!! nope maksud aku menyampaikan sesuatu info yang baek-baek..ok yang ni boleh terima sikit. boleh ditambah juga sebagai tempat perbincangan tentang sesuatu isu. ohh..yang ni memang terbaek..!!


okeyhhh...sekian laporan terkini saya, bersiaran langsung dari bilik penyelidikan makmal automotif.

gambar ni diambil ketika sedang naik moto nak balik rumah, masa ni baru je lepas hujan. cantik sungguh alam ciptaan Allah. begitu indahnya alam ini setelah dibersihkanNya dengan air hujan yang menurunkan beribu rahmat..maka katakanlah ALHAMDULILLAH (segala pujian untukmu Allah)

Tuesday, November 15, 2011

pilihan untuk bahagia

kita punyai pilihan tapi kita sudah tiada pilihan.

kita perlu rasa sangat bahagia sebab kita telah diberi kebebasan. dalam erti kata lain adalah merdeka. bukan seksualiti merdeka dan bukan juga kebebasan dari penjajah tapi kebebasan dan kemerdekaan oleh Allah swt. jika nak dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain seperti pokok ke mereka terpaksa patuh kepada sunnatullah untuk tetap berdiri di situ berhujan panas. betapa Allah itu Maha pengasih dan penyayang kepada kita telah memberi kebebasan itu. namun apakah pilihan yang kita pilih? adakah pilihan itu akan membawa kita ke syurga Allah?

sebagai umat islam yang beriman, dalam banyak-banyak pilihan yang ada dalam kehidupan dunia ini kita sudah tiada pilihan selain dari memilih jalan Allah swt. dalam memilih jalan Allah swt pula terdapat banyak pula kenderaan yang boleh dinaiki untuk menuju kepada keredhaan Allah swt pula. bagaimana bentuk dan jenis kenderaan kita itu samada yang jenis laju, perlahan ataupun perlu berjalan kaki sekalipun itu bukanlah persoalannya. yang lebih utama adalah hati kita dalam menuju keredhaan Allah.

maklumlah antara kita ni ada yang dapat pendedahan ilmu agama dari kecil lagi, ada yang dapat masa kat sekolah saja, ada pula yang dapat hidayah bila dah tua dan ada yang dah nak mati baru betul-betul insaf. ada yang boleh baca quran laju, ada yang pelan-pelan, ada yang merangkak dan ada yang masih mengeja. ada macam-macam ragam. jadi di mana sekalipun level kita, jika kita memilih untuk berada di jalan Allah swt dan matlamat kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt maka insyaAllah kita akan tersangat bahagia di akhirat kelak

marilah menuju jalan yang bahagia :D

Monday, November 14, 2011

kisah di pagi hari

rasa bahagia, gembira, senyum dan tenang

Ya,
kita patut merasa sangat bahagia dan sangat gembira dengan kehidupan hari ini,
senyumlah,
dan
rasailah ketenangan dalam kehidupan ini

bermula seawal membuka mata di pagi hari yang menandakan kita masih lagi boleh melihat walaupun di dalam kelam. masa tu deria rasa juga dapat menangkap kedinginan cuaca pagi yang suhunya mencecah 25 darjah. tangan masih gagah menarik kembali selimut menutupi sekujur tubuh. nafas di tarik panjang dan dihembus perlahan-lahan diikuti kuapan kecil. rasa mengantuk masih lagi menghantui. namun minda terfikir akan tanggungjawab yang masih belum didirikan. ikut hati mahu lagi disambung tidur kembali. dicelah itu terselit suara kecil tanggungjawab itu wajib dilaksanakan. antara suara hati besar dan hati kecil. diri telah berbelah bahagi. minda pula mengingatkan akan segala urusan dunia yang harus dilaksanakan. diturutkan juga hati kecil dengan sokongan dari minda tadi. bangunlah kita dengan malas-malas melangkah untuk mengambil wuduk. baru sedar yang kaki masih lagi gagah melangkah...

mengambil wuduk dalam kedinginan pagi cukup mencabar. namun aura ketenangan datang bertandang dalam diri. tangan mengangkat takbir, mulut membaca surah, tunduk rukuk dan sujud memenuhi rukun dan disudahi dengan salam yang tak bersambut di dunia nyata.

Ya Allah...Alhamdulillah syukur atas kebesaranMu dan kasih sayangMu dipagi hari ini, telah banyak nikmat yang engkau kurniakan kepada hamba Mu yang sentiasa alpa.

"orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati"
al-ra'd : 28

Friday, November 11, 2011

nikmat vs masalah

senyumlah

senyumlah di hari yang indah ini. syukurlah dengan nikmat kehidupan yang masih bersisa. di hari yang diberi peluang untuk kita menarik nafas oksigen, jantung yang masih lagi berdegup kencang tanpa penat, darah masih lagi mengalir ke seluruh tubuh, segala organ masih lagi bekerja dengan setia, akal masih lagi wujud, minda masih lagi menguasai, hati masih lagi boleh terasa, mulut masih lagi boleh mengunyah walau tanpa makanan, perut masih lagi berbunyi dek angin yang memenuhi, mata yang masih lagi boleh melihat zahir, telinga juga tidak henti mendengar alunan muzik alam...

terlalu banyak untuk menghitung segala nikmat, hikmah, rezki dan kasih sayangNya

hidup ini terlalu sedikit masalah, kekangan, cabaran dan ujian jika nak dibandingkan dengan segala nikmat, hikmah, rezki dan kasih sayang yang diberikan oleh Allah swt dari seawal-awal kejadian kita hinggalah saat akhir kehidupan kita di dunia sementara ini. dan teramatlah besar, hebat dan unggul nikmat yang bakal diperolehi di akhirat kelak bagi mereka yang beriman dengan sebenar-benarnya

Thursday, November 10, 2011

seks tunggang terbalik

kecoh satu bekas tanah melayu dek isu seksualiti merdeka. sebelum ni dok kecoh pasal negara tak pernah dijajah. sekarang ni isu seks pulak yang dimerdekakan dan dikelolakan oleh geng LGBT.

L : Lesbian
G : Gay
B : Biseksual
T : Transexsual

lagi teruk kes ini telah melibatkan komen dari ahli politik kepartian. malas nak ambil port sangat pasal isu orang politik. cuma pelik ngan geng2 LGBT nih. geng2 diorang ni dari kaum mana? bangsa apa? agama ada ke tak? tak pernah baca sejarah ketamadunan?

satu hari tu aku pergi makan dengan beberapa rakan. dalam tu ada sekali rakan berbangsa cina. masa tu kami dok borak pasal isu kawen. tetiba si tony keluar isu pasal kawen sejenis. dia cakap satu hari tu dia terbaca surat khabar cina pasal pengumuman perkahwinan sama jantina. dia hampir pengsan katanya. "ini tarak bagus. ini macam budak-budak tengok boleh rosak fikiran. mana boleh perkara ini macam publish untuk orang awam"

giler lah diorang ni. dah lah wat perkara diluar kebiasaan norma kemanusiaan pastu nak babitkan manusia-manusia lain jugak. kalo lu orang nak wat hubungan sejenis dan berjenis-jenis sekalipun tak usahlah membabitkan orang lain yang tak terlibat. lu buat senyap-senyap sudahlah. tak usahlah nak umumkan atau nak tegakkan perkumpulan. [ini bukan ayat yang membenarkan perbuatan tersebut]

kekadang tu aku rasa naik malu pulak dengan ayam, itik, kucing, dan semua jenis haiwan. kenapa diorang yang tak berseluar, yang tak pernah ada bilik untuk berasmara, dan takde sape peduli tentang asmaradana diorang ni tak buat sesama gender. nape lah semua diorang yang bernama haiwan ni melempiaskan hawa nafsu kat gender yang berlainan. nape haiwan-haiwan ini tak memilih gender yang sama?

nape diorang rasa perlu sangat nak umumkan perkahwinan sesama diorang? nape perlu sangat perkumpulan diorang ini diiktiraf? apa kebaikan yang diperolehi dari pengiktirafan semua tu? nak kata leh hasilkan umat tak jugak, nak tambah bilangan rakyat untuk capai 70 billion umpama tunggu kiamat, apa yang diorang leh bagi atau sumbangkan? yang aku tahu diorang akan tambahkan dosa manusia lain, tambahkan kekeliruan manusia sejagat yang mempertahankan hak demokrasi, hak asasi manusia dan hak manusia dalam agama.

dah ler isu kemungkaran dan kemaksiatan berlainan gender semakin meningkat, ditambah pulak ngan geng sama gender pulak.. tetiba rasa nak nyanyi lagu "1 malaysia"

p/s: bila yang mudah dipersusahkan, yang bagus diperlekehkan, yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan, yang melihat umpama buta, yang mendengar umpama pekak, yang merasa itu terus menderita, yang miskin terus miskin, yang kaya semakin kaya, yang bekerja terus diperah keringatnya, yang senyum ada maksud, yang masam memang sombong, yang bersedekah nak menunjuk-nunjuk, yang alim berlagak bagus, yang menulis terus dengan tulisannya, yang membaca terus dengan bacaannya, yang bertindak tiada siapa yang sanggup

Saturday, November 5, 2011

nota perjalanan

semua tulisan ni disalin semula dari status pendek di phone semasa dalam perjalanan pulang ke kampung sempena menyambut raya aidiladha. alkisahnya bermula bila aku sampai di stesen keretapi kluang seawal jam 7 malam. keretapi dijadualkan tiba jam 9.21malam. serius lama aku dok kat situ sambil memerhatikan gelagat orang ramai di stesen tersebut. disebabkan boring yang keterlaluan, tetiba aku teringat untuk tulis situasi yang aku alami dan ia bermula dengan...

ada sorang budak pempuan ni dia dok kat kerusi panjang. pastu datang lagi 2,3 orang budak pempuan lain dok tepi dia. budak-budak yang baru duduk tu dok borak sesama diorang je lah. yang budak pempuan tu pulak leh dok diam je kat tengah2. kalo aku lah kan..borak jelah ngan diorang. leh wat hilang boring. sebenarnya masa tulis ni aku tengah borim giler.xtau dah nak watpe. sebelah aku orang india dok borak laki bini. aku lak dok borak ngan keypad :D

naik keretapi nanti plan awal aku nak sambung repair thesis. tapi cam bahaya lak dok buka laptop dalam train. maklumlah masa aku nak ke tandas ke sape pulak yang nak tolong jaga. so tukar plan. masa ngah borim tunggu train ni aku rasa cam penat dan letih. plan aku bertukar menjadi tido sepanjang perjalanan. ok kte tengok nanti leh tido ke tidak

perkara yang paling risau sekali bila naik kenderaan awam untuk perjalanan jauh adalah "adoiii sakit perut". kalo dalam train takpelah sebab ada tandas tapi tak selesa beb buang dalam tu. haru..!! jalan terbaek adalah makan awal dan buang awal. memilih makanan yang tak pedas dan makan sekadar kenyang. alhamdulillah takat ni tak pernah lagi kena kejadian yang tak diingini tersebut

masa ni lah terfikir nak kena tukar phone yang ada 3G. walaupun dok setempat tapi pemikiran aku dapat merayau ke seluruh pelosok dunia. at least aku leh update status terkini kat dinding muka buku. kl screen besar sikit leh terus update blog. tapi itu kalo ada. skg ni aku taip jelah segala perkara yang ada dalam pemikiran dan nanti dah sampai umah aku taip jela balik

keadaan borim agak sedikit release bila ada train destinasi lain singgah. leh tengok gelagat orang ramai yang turun dan naik train. sistem ktmb yang jelas tradisional dan yang paling gumbira kat area stesen adalah kanak2. tak taulah nape budak2 ni suka sangat ngan keretapi selain betapa panjangnya stesen tersebut iaitu sepanjang keretapi yang panjang

unsur tradisional ktmb nampak jelas pada train, stesen, malah sistem juga. sistem pembelian tiket adalah berkomputer tapi selalu "hang". aku nak beli tiket terpaksa beratur 2 kali. eh nampaknya aku juga berunsur tradisional sebab masih beli tiket dengan cara lama yakni beratur di kaunter. actually bukan aku saja nak beratur tapi sebab duit dalam akaun tak cukup untuk beli tiket online (alasan terhebat abad ini)

dok kat stesen keretapi kluang ni memang menggamit kenangan. huh kenangan lama datang bertandang. peewwwiittt..xpelah. kenangan itu kan suatu yang indah. kalo takde kenangan tu nanti takde benda lak untuk dikenangkan. so thank to Allah for Allah blessing

kat sini leh tengok gelagat budak couple, pasangan suami isteri, budak2 bujang, anak2 dara yang dressing tak hengat, ada yang selekeh nak mampus, rockers, blues, kat sini gak ada pelbagai bangsa (cina, melayu, india). walaupun sekarang ni bersepah kereta dijalan raya namun tiket bas, train dan kapal terbang tetap habis terutama d musim raya

beg suatu yang pasti. kalo tak besar mesti kecik. so leh tengok ada yang jenis beg hiking, ada yang cam jemaah haji, ada yang galas, beg tangan, bimbit, dan tak kurang gak beg plastik. yang bawa besar gedabak tu cam dah tak nak balik sini semula.yang bawa sikit tu may b nak g dekat jek. itu semua telahan aku jek

opsss..! aku sangat tak suka bau benda ni. bau tu cukup menyakitkan hidung dan menyebabkan aku batuk. ia suatu bau yang busuk..!! katakan tak nak kepada perokok. oit ini tempat awam..bertamadun la sikit

Ya Allah..!! train penuh ngan manusia. nak naik pn dah xbleh sebab orang dah penuh sampai ke pintu.nak buka pintu pn tak dapat. nak jalan ke seat aku pn susah giler. nasib ler aku ni slim leh nyelit2. diorang ni takde tiket. so main aci naik n asal sampai destinasi. harap perjalanan aku selamat dunia akhirat malam ni

panas...keadaan dalam train ni panas giler. aircond tak yah citer. tingkap dah dibuka sikit. tapi tetap tak dapat rasa udara. keadaan bertambah kritikal bila badan manusia juga keluarkan haba. tetiba teringat tentang panasnya api neraka. beb ni baru panas tak rasa aircond, udara tak mengalir dan haba sesama manusia. itu pn dah tak tahan. ya allah jadi kan aku hamba mu yang engkau redhai. amin

mula2 berdiri semua muka masih lagi ceria. pempuan semuanya putih berseri lagi. dah separuh perjalanan muka masing2 mula monyok. kaki dah tak tahan berdiri. punggung mula singgah tepi seat orang. armrest tak terkecuali jadi mangsa. lantai pn dah jadi cam tempat berkelah. yang tak leh blah dalam sesak camni pn  masih ramai yang tak reti nak dok diam. dok ke hulu hilir. dihujung perjalanan yang putih dan mula menggelap, yang berseri dah kepenatan, menguap pun dah jadi panjang. tudung dah senget benget.

aku sampai ke rumah dengan sekuntum senyuman. segala peristiwa berjaya direkodkan. yang lagi best dapat makan nasi kerabu + daging bakar. nyummyyy...sedap oii..

Thursday, November 3, 2011

solat, sembahyang, rukun islam ke dua

Malaysia dinyatakan sebagai sebuah negara islam. pada masa sama ia tergolong dalam kesatuan negara islam. majoriti penduduk negara ini adalah berbangsa melayu yang dikategorikan sebagai bangsa yang beragama islam. sesiapa yang lahir berbangsa melayu, automatik akan beragama islam. secara tidak langsung majoriti penduduk adalah beragama islam. bagi menjelaskan betapa islamnya sesorang itu maka dicatatkan juga agama islam pada kad pengenalan diri masing-masing. selain itu ketua negera juga beragama islam.

bagi mengesahkan lagi betapa ramainya orang islam di negara ini dapat dilihat rumah ibadat atau dikenali sebagai masjid merujuk kepada simbol islam ada dimerata-rata tempat diseluruh kawasan orang ramai. tidak cukup dengan masjid, maka dimudahkan lagi dengan adanya surau-surau, musolla, balaisah dan yang paling kecil ruang untuk solat. kalau sesiapa yang pernah menaiki keretapi akan didapati ada satu ruang kecil khusus untuk orang islam solat. begitulah betapa kuatnya pengaruh islam di negara ini. 

tempat ibadat seperti masjid, surau, musolla dan balaisah diperbanyakkan diseluruh kawasan orang ramai bagi memudahkan semua orang yang beragama islam untuk menunaikan rukun islam kedua iaitu solat lima waktu sehari. solat lima waktu sehari ini merupakan suatu amalan yang menjadi tanggungjawab dan dikategorikan sebagai wajib serta diumpamakan seperti tiang untuk agama. dalam erti kata yang lain, jika tidak solat maka seumpama mereka meruntuhkan tiang agama islam. 

solat ini pula terbahagi kepada lima waktu yang khusus iaitu waktu maghrib, isyak, subuh, zuhur dan asar. ia merangkumi dari waktu siang hingga ke malam. namun begitu dalam menunaikan solat tidak dinyatakan tempat yang khusus untuk dilaksanakan samada perlu dilaksanakan di masjid sahaja atau di lain-lain tempat. perkara pokok yang menjadi keutamaan adalah mendirikan solat mengikut waktu yang ditetapkan. namun untuk kaum lelaki adalah lebih afdhal menunaikan solat secara berjemaah di tempat-tempat seperti masjid dan surau.

jika dilihat dari segi segala prasarana, kemudahan dan kedaulatan islam di negara ini sepatutnya ia tidak akan menjadi suatu masalah untuk umat islam di negara ini menunaikan solat. namun permasalahan umat ini yang tidak solat telah menjadi suatu kebiasaan. apa alasan mereka untuk tidak solat? alasan kemudahan tempat bersolat sudah tidak boleh dijadikan jawapan. 

secara umumnya solat merupakan amalan atau aktiviti yang paling susah untuk dilaksanakan. walaupun pada masa tersebut merupakan waktu yang lapang. jika dilihat dari segi fizikal aktiviti solat ini hanya terdiri dari aktiviti berdiri, duduk dan tunduk (rukuk dan sujud). kemudian ia diiringi dengan bacaan tertentu dalam setiap gerakan. tapi tetap susah dan payah untuk dilaksanakan.

setiap waktu solat pula terdiri dari bilangan rakaat yang berlainan. waktu maghrib bilangan rakaat adalah tiga, isyak sebanyak empat rakaat, subuh sebanyak dua rakaat, zuhur dan asar sebanyak empat rakaat untuk kedua-dua waktu. antara kelima-lima waktu, solat subuh mempunyai bilangan rakaat yang paling sedikit iaitu dua rakaat. namun begitu solat subuh merupakan solat yang paling banyak ditinggalkan. antara alasan yang paling popular adalah lewat bangun dan terlepas waktu subuh, terlalu mengantok, jam tak bunyi, takde orang kejut dan tak ingat doa qunut.

alasan lain untuk mereka yang tidak solat untuk waktu lain adalah seperti sibuk bekerja, meeting habis lewat, pakaian kotor, masjid atau surau terlalu jauh, boss tak bagi solat, terlupa, keadaan tak mengizinkan dan lain-lain. tapi itukan alasan. ada perkara yang lebih utama dari segala alasan tersebut iaitu ada yang tak pandai untuk solat, ada yang tak pernah solat, ada yang tak ingat/tak tahu bacaan dalam solat, ada yang ambil ringan tentang tanggungjawab menunaikan solat. sebenarnya inilah punca atas segala macam alasan yang dicipta.

jika dilihat situasi umat islam diluar dari negara ini, mereka begitu sukar menunaikan solat dek kekangan kemudahan tempat beribadat, isu islamofobia dan kebebasan untuk menjalankan aktiviti agama. dari situasi ini dapat disimpulkan bahawa umat islam di malaysia terlebih bertuah dalam erti menunaikan tanggungjawab dalam beragama. namun mungkin disebabkan terlalu mudah untuk solat di negara ini maka ia juga menjadi terlalu mudah untuk ditinggalkan. menjadi tabiat manusia untuk menghargai perkara yang susah untuk diperolehi. ramai yang tidak perasan disebalik mudahnya menjadi islam sebenarnya susahnya untuk menjaga iman. 

p/s: 
marilah mendirikan solat, marilah menuju kejayaan

Tuesday, November 1, 2011

musim konvo

serius dalam sebulan ni di semua IPT sebok dengan majlis konvokesyen penuntut yang berjaya menghabiskan segala cabaran dan ujian. tidak terkecuali universiti yang aku belajar. tapi aku telah ditakdirkan untuk konvo tahun depan iaitu majlis konvo kali ketiga di dalam hidup. pertama dulu masa tadika, pastu masa amik ijazah dan sekarang tengah tunggu untuk konvo master lak. konvo ke empat perlu ker? tengok le dulu peluang dan ruang selepas ni. owh..masa matrik takde pulak majlis konvo. biasanya budak-budak yang konvo akan letak gambar konvo diorang di fb dan blog. mengambil aura konvo sekarang ni. aku pun nak letak gak gambar konvo aku yang pertama..ni kali pertama didedahkan kt umum ni :D
cute mute tak budak ni :P

aku terpikir pasal konvo kat akhirat nanti. agak2 aku dapat scroll amalan tu kat tangan kanan ke kiri, masa tu dapat pengijazahan dari Allah dan mengadap Allah. tapi kalo amalan tak cukup boleh ke nak tengok Allah? agak-agaknya dapat 1st class syurga tak? 
Related Posts with Thumbnails