i k l a n

Monday, June 29, 2009

MUCEET 2009 Kuantan, Pahang



assalamualaikum wbt...

kali ini nak berkongsi berkenaan pengalaman menghadiri seminar yang telah berlangsung di MS Garden, Kuantan Pahang. seminar ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP). seminar tersebut bertajuk "Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology" (MUCEET 2009) dengan tema "Commercialization & Enterprise". saya ke sana sebagai salah seorang pembentang. program tersebut berlangsung selama empat hari. bermula dari 19-22hb jun 2009.

alhamdulillah saya dapat membentangkan berkenaan kajian yang saya lakukan pada hari pertama. mula-mula sebelum pembentangan tu rasa macam gementar juga sebab saya ni seorang yang gemuruh. lantas saya menggunakan segala macam petua untuk menghilangkan gemuruh. tarik nafas panjang-panjang, bercakap kepada diri, yakinkan diri dan segala macam kaedah. maklumlah ini merupakan kali pertama membuat pembentangan berkenaan kajian diluar pada kampus.

kenapa saya cukup gemuruh? semasa sesi pembentangan dijalankan, sesiapa sahaja peserta seminar boleh datang melihat sesi pembentangan dan berpeluang untuk menanyakan soalan berkenaan dengan tajuk pembentangan. jadi kita tidak tahu siapa sebenarnya berada dihadapan kita. samada dia merupakan seorang pakar, profesor atau orang yang memang mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang kita bentangkan. kalau anda berada ditempat saya macamana? ;)

sebenarnya tiada apa yang perlu saya bimbangkan, sebaliknya saya hanya perlu bertenang dan terus membentangkan tajuk tanpa memikirkan apa yang akan berlaku selepas sesi pembentangan. sesi pembentangan adalah selama 10 minit dan 5 minit untuk sesi Question and Answer (QnA). jadi apa yang sebenarnya telah berlaku kepada saya? tunggu selepas ini...hehhe



sesi pembentangan saya adalah sesi keempat pada jam 3.15 - 4.15pm dan saya merupakan orang keempat iaitu orang terakhir untuk sesi tersebut. sebelum saya dapat membentang terdiri dari 3 orang pembentang lain. semasa pembentang pertama mula membentang saya sudah mula rasa mengantuk. saya memanng sempat terlelap sehinggalah sampai giliran saya. saya dengan keadaan yang mengantuk tadi terus kehadapan dan membentangkan tajuk kajian saya. pembentangan berjalan lancar sebab saya hanya baca sahaja yang terdapat di dalam slide pembentangan. sekarang sampai ke sesi QnA. saya bernasib baik sebab di dalam bilik tersebut tiada orang yang berkepakaran berkenaan tajuk saya. mereka kebanyakkannya hanya mengetahuinya secara umum. wah..sungguh bernasib baik sekali. hanya terdapat 2 orang sahaja yang bertanyakan soalan. soalan yang dikemukakan untuk mengetahui detail process dan mengetahui sejauh mana kajian ini jika dibandingkan dengan luar negara. alhamdulillah jawapan yang diberikan dapat memuaskan pemberi soalan. dan yang paling best saya dapat ucapan tahniah dan pujian atas pembentangan tersebut. siapa tu? orang yang bagi ucapan tahniah tu merupakan salah seorang yang menanyakan soalan dan merupakan salah seorang pensyarah di UMP. beliau mempunyai phD dalam bidang kimia. rasa hepi jek ;p

cerita pasal seminar ni pula. seminar ni bertujuan untuk menjadi medan perkongsian idea, maklumat serta penambahbaikan bagi sesebuah kajian. jadi segala pertanyaan dan idea yang diluahkan semasa sesi pembentangan adalah amat penting untuk tambah nilai. jadi semakin banyak soalan, semakin bertambah input yang diperolehi oleh sesorang penyelidik. selain itu, pembentangan juga merupakan sebagai satu sumber untuk mengesahkan sesuatu hasil yang diperolehi bagi sesebuah kajian. sebagai contoh, jika terdapat dua orang yang melakukan kajian yang sama dan kedua-duanya membuat kajian untuk peringkat doktor falsafah. maka pengadilan akan dibuat berdasarkan siapa terlebih dahulu menghantar kertas kajian (seminar paper) untuk diterbitkan di dalam jurnal atau dibentang di dalam mana-mana seminar. jadi dapatkah anda melihat betapa pentingnya menghadiri seminar untuk seseorang penyelidik terutamanya yang melibatkan penyelidik di universiti.

pengalaman menghadiri seminar ni sungguh menarik dan MUCEET 2009 merupakan seminar kedua yang saya hadiri tetapi seminar pertama saya menjadi pembentang. kali pertama adalah International Conference of Mechanical and Manufacturing Engineering (ICME 2008) di Johor Bahru. di sana bagaimana saya merasakan betapa kerdilnya diri ini ketika berada dikalangan ilmuan yang begitu ilmunya. dari situ terasa betapa selama ini kita merasakan dengan ilmu sedia ini sudah cukup hebat, kita tidak sedar yang ada ramai lagi yang lebih hebat ilmunya dan sudah tentu Yang Maha Hebat dan Tinggi ilmunya adalah ALLAH swt. Ampunkan dosaku Ya Allah...

Wednesday, June 17, 2009

KeSiBuUuKaN....

assalamualaikum wbt...

apa khabar sahabat-sahabat semua? diharapkan semua berada dalam keadaan TERBAIK. saya pula macam mana? saya alhamdulillah sihat sejahtera dan dalam keadaan TERBAIK. sebenarnya hari ini secara tiba-tiba singgah kat blog. dah lama tak melawat. maklumlah sejak kebelakangan ini agak banyak urusan dan kerja perlu diselesaikan. kerja-kerja tu merangkumi kerja berkenaan research dan kerja kemasyarakatan.

cerita pasal research ni teringat untuk berkongsi 2,3 perkara yang saya alami. sebenarnya kebelakangan ini saya perlu membuat persiapan untuk melengkapkan seminar paper untuk beberapa seminar yang bakal dihadiri dalam tahun ni. dalam kesibukan tu, banyak pula kerja-kerja sampingan lain yang turut sama sibuk. tak sangka pula penyelia memberi kepercayaan yang tinggi. ada beberapa orang pembantu penyelidik dikehendaki merujuk perkara-perkara yang tak difahami kepada saya. jadi banyak ler orang yang datang merujuk. nak tak nak kena melayan pelbagai kerenah. kebetulan pula sekarang ini kat makmal agak sibuk untuk persiapan myvi eco challenge yang akan berlangsung hujung minggu ni. memang agak berserabut sikit sebab senang hilang fokus.

namun begitu, diantara ramai-ramai pelajar yang saya bantu, ada seorang pelajar yang agak kritikal kesnya. bukan kes apa pun, cuma tahap kecekapan dan kepantasan tu agak tidak memuaskan hati. pada mulanya saya anggap kehadiran pelajar tersebut agak mengganggu kosentrasi kerja saya. namun setelah saya berfikir panjang saya rasa saya telah melakukan kesilapan dengan menganggapnya sedemikian.

saya merasakan pelajar tersebut mempunyai masalah kecekapan dalam pemikiran dan tindakan. ini hanya anggapan saya sahaja, secara realiti saya tak tahu. cara kerjanya terlalu perlahan. tiada daya inisiatif apatah lagi kreativiti. pada mulanya saya ingat dia seorang pelajar yang pemalas dan hanya perlu disuap sahaja. jadi mula-mula tu saya banyak bersikap dingin dengan pelajar tersebut. alhamdulillah saya tersedar juga akhirnya tentang sikap yang tidak sepatutnya saya lakukan. saya mula memikirkan perkara yang perlu dilakukan untuk membantu dia. Yaa...saya perlu bantu dia. fikiran saya masih lagi memikirkan langkah yang boleh diambil. hmm...saya tak boleh bagi dia ikan, tapi saya perlu baginya pancing agar lain kali dia tahu macamana nak dapatkan ikan.

itulah langkah terbaik yang saya fikirkan patut saya lakukan. alhamdulillah akhirnya projek pelajar tersebut sudah hampir selesai. sekarang ini sudah hampir 80% sudah siap. hmm...sebenarnya saya selalu berfikir tentang orang yang kurang bernasib baik. ya..kita biasa dengar orang bawahan yang agak lembab, tak pandai berdikari, tak ada inisiatif dan sebagainya. namun kita tidak pernah berfikir kenapa mereka jadi sedemikian. dan apa yang kita patut buat untuk bantu mereka?? banyak betul masa saya untuk bantu orang dan diri saya dah dibantu belum...??? bagi saya, bantu orang seumpama bantu diri kita juga.

bagi saya orang yang bermasalah tersebut memang perlu dibantu dan dibimbing supaya mereka dapat jalan sebenar untuk kehadapan dan lebih menonjol. jadi bagaimana untuk bantu diorang? kita kena bagi peluang. bagi peluang kepada mereka untuk mencuba. kemudian kita hendaklah menilai sejauh mana hasil yang mereka berikan. kemudian cuba buat tambah baik/nilai dengan memberi panduan, pengajaran dan bimbingan. seterusnya nilai kembali hasil yang mereka dapat berikan setelah penambahbaikkan dibuat. satu lagi kesilapan, perubahan tidak dapat diperolehi dalam masa yang cepat. jadi bagi masa lagi. dan begitulah seterusnya. dengan peluang sedemikian rupa, secara tidak langsung kita dapat membangunkan modal insan yang ebih berdaya saing yang berdiri sama tinggi, berjalan sama laju.

jadi jangan biarkan mereka yang bermasalah terus dengan cara mereka. mungkin mereka tidak mendapat pendedahan seperti yang kita perolehi. jadi kitalah yang perlu memberi pendedahan kepada mereka. apa-apa pun saya memang penat. malam-malam di rumah adalah untuk berehat (tido). ;)

Friday, June 12, 2009

PANGGILAN POSITIF (+ve)

Assalamualaikum wbt…


Semoga para pembaca blog saya dalam keadaan yang terbaik untuk meneruskan perjuangan hidup sebagai hamba Allah swt. Coretan kali ini adalah berkenaan kesan positif dalam kehidupan.

Sebagai orang yang banyak terlibat dalam bidang motivasi diri, sebenarnya telah banyak artikal berkenaan perkara ini. Cuma ia diolah dalam pelbagai bentuk yang berlainan mengikut acuan yang dibuat oleh penyampainya. Walaupun sudah banyak, namun saya tetap ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang perkara ini “PANGGILAN POSITIF”.


Pangilan positif yang saya maksudkan di sini adalah berkenaan dengan cara kita fikir, niat, buat dan cakap. Kenapa fikir, niat, buat dan cakap..? Inilah yang saya istilah sebagai panggilan. Melalui pemikiran, percakapan dan perbuatan kita itu secara tidak langsung kita telah membuat panggilan. Panggilan itu bergantung kepada apa yang kita panggil samada ia dalam bentuk positif atau negatif.


Sebagai contoh, Amin merupakan seorang yang mempunyai keinginan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dia selalu memikirkan perkara-perkara yang boleh diusahakan. Pelbagai idea keluar dari pemikirannya tadi. Idea-idea tersebut di ambil oleh Amin dan dianalisis mengikut kemampuannya. Amin menganalisis ideanya tadi dengan bertanya kepada orang lain dan dia sentiasa memberitahu orang bahawa dia akan mengusahakan sesuatu yang hebat. Idea-idea yang terpilih untuk diusahakan cuba direalisasikan. Di antara perkara-perkara yang diusahakan tersebut sebilangan besar telah berjaya membuahkan hasil. Sementara yang lain masih lagi menanti untuk mengeluarkan hasil.


Mungkin anda bertanya, adakah semudah itu untuk berjaya. Jawapan saya memang tidak semudah itu untuk berjaya. Namun begitulah hakikat yang ada disebalik diri orang berjaya iaitu membuat “PANGGILAN POSITIF” di dalam hidupnya. Dari contoh Amin tadi. Amin telah membuat “PANGGILAN POSITIF” melalui 3 bentuk. Pertama melalui pemikiran yang sentiasa berfikir untuk mengusahakan sesuatu. Kedua melalui cara percakapan di mana Amin bercakap dengan orang ramai dengan nada yang optimis (sesuatu yang hebat-merujuk kepada ayat perenggan atas) dan yang ketiga adalah melalui perbuatan di mana Amin mengusahakan apa yang telah difikirkan tadi. Dan sebenarnya sebelum Amin membuat ketiga-tiga panggilan tersebut, Amin sebenarnya telah membuat “PANGGILAN POSITIF” yang paling awal iaitu memasang niat untuk menjadi usahawan berjaya.


Ia boleh diumpamakan apabila kita memanggil nama seseorang dan sudah tentu orang yang menyahut panggilan tersebut adalah orang yang namanya dipanggil. Contoh yang lebih jelas, di dalam dewan yang terdapat ramai orang. Saya berada di hadapan dan saya telah memikirkan satu nama untuk dipanggil ke hadapan bagi menyampaikan ucapan. Nama yang ada dalam fikiran saya masa itu adalah Anuar. Lalu saya panggil nama Anuar. Sudah tentu orang yang akan menyahut panggilan saya tadi adalah orang yang bernama Anuar. Seterusnya Anuar akan kehadapan dan menyampaikan ucapan.


Nah lihatlah dari contoh yang saya berikan tadi saya telah membuat “panggilan Anuar”, lalu apa yang saya dapat adalah Anuar. Bagaimana pula jika anda membuat “PANGGILAN POSITIF”, saya yakin dan percaya apa yang anda akan dapat nanti adalah sesuatu yang POSITIF.


Adakah anda sudah dapat memahami maksud yang saya cuba sampaikan di sini?. Saya berdoa agar anda dipermudahkan untuk memahami intipati yang saya sampaikan. Saya percaya jika anda memahami intipati di atas, anda mula terfikir bagaimana konsep “PANGGILAN POSITIF” ini di dalam realiti kehidupan yang sebenar. Saya akan cuba membantu anda berkongsi bagaimana menggunakan “PANGGILAN POSITIF” ini dalam kehidupan kita seharian.


Saya masih teringat pada zaman kanak-kanak saya dahulu. Saya merupakan seorang yang nakal tapi sensitif..hehehe. Pada masa itu mak selalu menegur saya supaya bercakap atau bertutur perkataan yang baik-baik. “jangan panggil orang dengan panggilan yang buruk” kata mak. Perkataan biasa yang selalu saya guna adalah perkataan “bodoh”. Mak cakap, “sebutlah bodoh banyak-banyak, nanti kau yang jadi bodoh”. Setelah beberapa kali ditegur, saya pun menukar istilah “bodoh” kepada “cerdik”. Selepas itu bila saya nak marah orang, saya akan sebut “cerdiklah ngko”, “cerdik punya orang”, “inilah masalahnya kalo dah cerdik sangat”. Itu antara perkataan-perkataan yang saya telah tukar kepada bentuk yang baik atau POSITIF. Jadi pada masa itu saya telah membuat “PANGGILAN POSITIF” di dalam hidup saya dan nah!! Panggilan “cerdik” telah datang kepada saya. Dan hari ini alhamdulillah saya sedang menamatkan pengajian saya untuk ijazah kedua saya (Sarjana Kejuruteraan Mekanikal). Doakan saya cepat menghabiskan kajian yang sedang saya jalankan sekarang ini.


Perkara sebegini perlu diajar kepada anak-anak kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebelum ajar anak-anak, ibu dan bapanya juga perlu berubah. Melihatkan realiti disekeliling hari ini, golongan remaja kebanyakkan suka menggunakan perkataan yang berunsur negatif (bodoh, sial, siot, bangsat dll). Perkataan-perkataan sebegitu sudah menjadi sebati dalam diri meraka. Bagi mereka istilah begitu baru menunjukkan mereka ini “rock”, hebat dan mengikuti perkembangan semasa. Hmm...sama-samalah kita muhasabah diri. Moga mereka mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt.


Adakah anda bersedia untuk membuat PANGGILAN POSITIF..? Jika sudah bersedia...bermula hari ini, saat dan detik ini, marilah kita sama-sama mengubah cara atau tabiat kita ke arah yang lebih POSITIF. Buatlah “PANGGILAN POSITIF” setiap hari, setiap masa semoga yang akan datang dalam kehidupan kita adalah hasil yang POSITIF.


p/s: sebut pasal istilah, teringat dengan perkataan MELAYU. Kata dasarnya adalah “layu”. Jadi melayu bermaksud semakin jatuh, layu bak daun-daun hijau yang telah kering. Inikah yang dimaksudkan dengan melayu? Semakin hari semakin layu. Beginikah yang akan terjadi kepada bangsaku? Cuba bandingkan dengan realiti sebenar terjadi pada bangsa melayu? Saya pula macamana? Jawapan nakal kawan saya, dia adalah pan-asia. Hehehe. Jawapan saya pula, saya adalah orang islam.. ;)

Thursday, June 11, 2009

Pembuka Bicara..Menutur Kata..

Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad saw. Syukur kehadrat Ilahi di atas kebesaranNya dan kekuasaanNya dapat saya memulakan kembali aktiviti yang sudah lama ditinggalkan. Suatu yang amat diminati suatu ketika dahulu, namun terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu lantaran kesibukan meneruskan aktiviti seharian yang kian mencabar. Waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk saya memulakan hobi ini tapi jika dibiarkan labih lama maka blog ini akan lebih lama terperap tanpa kata dan bicara. diharapkan dengan kehadiran saya dalam dunia blog ini dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain perkara-perkara baru untuk manfaat bersama.

kehadiran blog ini begitu bermakna bagi saya kerana ia bermula pada bulan jun. di mana bulan jun merupakan bulan yang paling saya sukai. sebabnya..? sebabnya adalah sempena bulan kelahiran saya :) sebelum ini saya sudah mempunyai sebuah blog melalui laman kenalan sosial (friendster). banyak coretan dan info berguna telah dimuat naik. sayang sekali sebab saya tak pandai untuk import semua hasil dari sana ke blog yang baru ini. namun begitu, saya telah "copy and paste" beberapa artikel berguna yang berkaitan dengan diri saya sekarang ini.

minat untuk kembali ke dunia blog ini lahir setelah membaca coretan dari web ustaz zaharuddin berkenaan bagaimana beliau menggunakan blog pada mulanya sebagai tempat untuk beliau berkongsi ilmu yang dipelajari disamping menambah kefahaman tentang apa yang telah dipelajari. apa yang lebih menarik, anak serta isteri beliau juga mempunyai blog. sedikit sebanyak telah memberi inspirasi kepada saya untuk turut sama terlibat dalam dunia siber ini.

pengisian dalam blog ini adalah pelbagai tetapi ia lebih meliputi topik bidang yang saya pelopori seperti bidang perancangan kewangan (unit amanah), motivasi, kejuruteraan (mekanikal dan automotif) serta akan diselitkan juga dengan coretan idea dan komen atau pendapat saya berkenaan isu-isu terkini.

akhir kalam...saya mengharapkan Allah swt memberi saya kekuatan serta ilham untuk terlibat dengan lebih serius dalam bidang ini. saya juga mengharapkan doa serta sokongan dari rakan-rakan sebagai motivasi untuk saya. saya akhiri kalam kali ini dengan ucapan salam buat semua. ASSALAMUALAIKUM wbt..





>>muhsync | 0177337842/0197317789<<

Monday, June 1, 2009

Kesan kelembapan EKONOMI sebenar berlarutan sehingga 2010

Oleh Kamarulzaidi Kamis kamarulzaidi@bharian.com.my

Ekonomi dunia dijangka kembali pulih menjelang 2011

KRISIS perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sudah berakhir, namun dunia kini berdepan kelembapan dalam ekonomi sebenar kesan daripada krisis itu yang dijangkakan akan berlarutan sehingga dua tahun akan datang, kata kumpulan perbankan kedua terbesar di Eropah, UBS.

Pengarah Urusan UBS Global Economic, Paul Donovan, berkata ekonomi dunia, termasuk Malaysia hanya akan kembali pulih dan mencatat pertumbuhan tinggi menjelang 2011.

"Krisis perbankan sudah berakhir berikutan aktiviti menyelamat dan suntikan modal dalam sistem perbankan seluruh dunia khususnya di AS dan United Kingdom (UK).

"Bank global kini sudah mula memberi pinjaman sesama sendiri seperti yang diinginkan. Bagaimanapun, cabaran utama kini adalah kemelesetan ekonomi yang baru bermula susulan krisis perbankan," katanya pada taklimat media mengenai ekonomi dunia global di Kuala Lumpur, semalam.

Donovan berkata, masyarakat global bakal berdepan pertumbuhan ekonomi dunia yang paling lemah dalam tempoh 25 tahun sejak 1982.

"Sebahagian besar ekonomi dunia dijangka mengalami kemelesetan tahun depan. Ekonomi Kumpulan Tujuh Negara Maju (G7) seperti AS, Eropah, United Kingdom dan Kanada dijangka mengalami pertumbuhan negatif. Hanya ekonomi Jepun saja yang diunjurkan mencatat pertumbuhan kecil sebanyak 0.1 peratus," katanya.

Berdasarkan kajian bank itu, beliau menjelaskan, ekonomi dunia bakal berdepan pertumbuhan perlahan sepanjang tempoh 18 bulan selepas krisis perbankan.

Beliau berkata, syarikat perbankan di AS dan Eropah kini sedang mengetatkan proses pemberian pinjaman secara besar-besaran berikutan pertumbuhan kredit yang tinggi sejak 2002.

"Justeru, aktiviti pengurangan kredit yang sedang dilaksanakan sekarang akan mengakibatkan persekitaran ekonomi global yang lembap, sekali gus memberikan tekanan kepada perbelanjaan pengguna dan korporat," katanya.

Bagi Malaysia, katanya, walaupun tidak berdepan masalah sistem perbankan dan jumlah hutang luarnya yang rendah, namun kelembapan eksport global menjejaskan pertumbuhannya.

"Persekitaran eksport yang lembap akan menjejaskan ekonomi Asia, termasuk Malaysia. Pelaksanaan rangsangan fiskal oleh negara di Asia tidak dapat menampung sepenuhnya kesan penurunan eksport global.

"Walaupun kami menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan adalah sifar, namun ia lebih baik berbanding sebahagian besar negara lain yang mengalami kemelesetan," katanya.

Beliau juga menjangka kadar pengangguran Malaysia akan meningkat kepada empat peratus menjelang 2010 berbanding anggaran penganalisis sekitar 3.3 hingga 3.5 peratus pada tahun ini.

Dari sudut positif, katanya, kadar inflasi negara ini akan susut mendadak ke bawah paras satu peratus tahun depan susulan penurunan harga bahan api dan komoditi makanan global.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 4 NOVEMBER 2008

so my friend...this is the right time to invest especially in unit trust. to know more detail about it, call me (017)7337842 or (019)7317789

ekonomi oh ekonomi ...

hmm...pe khabar kawan2. ari ni nak citer pasal ekonomi. bkn nak citer ngat pn juz nak share pe yg aku dpt dari sumber2 tertentu...

"Perdagangan begitu penting kepada negara kita. Jika rakan dagangan kita mengalami kemelesetan ekonomi, permintaan untuk barang kita akan menurun.
"Walaupun kita mengurangkan kebergantungan eksport ke Amerika Syarikat (AS), negara rakan dagangan kita yang lain yang berdagang dengan AS, negara Eropah dan Jepun juga akan mengalami penurunan pertumbuhan ekonomi. "Ini bermakna permintaan barangan eksport kita juga akan berkurangan,"

China masih tidak mampu menandingi AS sebagai rakan dagangan dunia kerana ia hanya menyumbang sebanyak lima peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia berbanding AS sebanyak 28 peratus.

memetik kata2 bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia Bhd) sekarang merupakan Felo Utama, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid

SUMBER: BERITA HARIAN (EKONOMI) 5 NOV 2008

lihatlah betapa besarnya kuasa ekonomi amarika...mari kita sama2 bangunkan ekonomi umat islam berasaskan konsep dan kaedah muamalat dlm islam

ALLAHUAKBAR...!!!

Cara menilai syarikat di pasaran saham

DALAM usaha membantu anda menjadi pelabur yang serius, berikut adalah beberapa soalan yang perlu dijawab sebelum anda melabur dalam mana-mana syarikat.
Apa yang dilakukan oleh syarikat berkenaan?
Lebih mendalam pemahaman anda mengenai perniagaan syarikat itu, lebih baik lagi pemantauan anda terhadap pelaburan anda.

Daripada mana datangnya keuntungan syarikat?

Baca dengan teliti penyata perakaunan syarikat bagi menentukan sumber keuntungannya. Pada masa sama, sentiasa periksa tahap hutang syarikat (iaitu adakah perniagaan syarikat itu banyak bergantung kepada pinjaman).

Apakah pelan masa depan syarikat?

Kaji pelan perniagaan syarikat dan periksa sama ada ia merancang untuk mempelbagaikan perniagaannya bagi meningkatkan nilai pemegang saham. Jika syarikat itu memutuskan untuk melaksanakan sebarang langkah korporat, anda perlu menilai sama ada langkah itu akan meningkatkan keuntungan dan memperbaiki daya saing syarikat.

Adakah syarikat menunaikan janjinya?

Sesebuah syarikat awam tersenarai perlu menyatakan pelan perniagaan dan unjuran pertumbuhannya, termasuk unjuran keuntungannya. Sekiranya syarikat tidak melaksanakan janjinya, anda boleh memastikan punca prestasi lemah syarikat itu dengan memeriksa prospektus dan laporan tahunannya.
Adakah syarikat itu diuruskan oleh mereka yang layak? Sesebuah syarikat yang diurus oleh pengurus yang mempunyai kelayakan yang betul, rekod prestasi yang baik dan berpengalaman, boleh memberikan hasil positif.
Apakah jenis risiko yang akan dihadapi oleh syarikat?

Penting untuk mengetahui risiko yang dihadapi oleh sesuatu syarikat, dan perancangan untuk mengurangkan atau menguruskannya.
Adakah saham syarikat itu terlebih atau terkurang nilai?

Saham terlebih nilai adalah apabila anda membayar lebih daripada nilai sebenar saham terbabit manakala saham terkurang nilai pula adalah sebaliknya. Pelabur bijak akan membeli saham terkurang nilai yang berpotensi memberikan pulangan yang baik dan berdaya kekal.
Adakah saham itu didagangkan secara aktif, terdapat pergerakan harga yang terlalu kerap dan luar biasa?

Saham yang didagangkan secara aktif tidak semestinya menunjukkan bahawa asas syarikat itu baik. Begitu juga membeli saham semata-mata kerana percaya bahawa harganya akan naik adalah satu tindakan yang sememangnya amat berisiko.

Selain soalan yang disenaraikan di atas, masih banyak lagi soalan yang boleh dikemukakan. Pelabur yang bertanya lebih banyak soalan pastinya boleh membuat keputusan pelaburan lebih bijak.
Di mana hendak mencari maklumat?

Anda boleh mendapat jawapan kepada soalan di atas daripada sumber berikut iaitu laporan tahunan, prospektus, halaman niaga akhbar, majalah niaga, lawan web Bursa Malaysia dan laman web syarikat yang anda berminat untuk membuat pelaburan.

Membuat penyelidikan yang perlu sudah tentu membolehkan anda mengurus dan meminimumkan risiko, di samping memastikan anda mendapat pulangan sebaik mungkin daripada pelaburan anda.
Bila hendak beli saham?

Pada bila-bila masa, asalkan anda menimbangkan semua fakta yang berkaitan dengan syarikat itu. Anda boleh mendapatkan bantuan profesional, seperti penasihat pelaburan atau remisier, apabila membuat keputusan pelaburan.

Bagaimanapun, walaupun anda memilih untuk mendapatkan bantuan profesional, keputusan untuk melabur terletak sepenuhnya di tangan anda. Justeru, amat penting bagi anda mengenali syarikat yang anda hendak membuat pelaburan.

sumber: berita harian online (ekonomi) 7 november 2008

Menolak mitos pelaburan unit amanah

assalamualaikum wbt...

hye kawan2...ari ni aku terjumpa satu artikel bagus utk kite sama2 kongsi berkenaan dgn unit amanah. so bacalah artikel di bawah ni. kalo ada yg nak tanya lagi pasal "unit amanah" leh contact aku coz aku ni salah seorg perunding unit amanah jugak. semuanya FOC "free of charge"...

ADA beberapa salah anggap yang patut diketahui oleh pelabur saham amanah, termasuk tujuh mitos biasa dalam pelaburan unit saham berkenaan.
Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pengagihan pendapatan dan pecahan unit hampir hendak diumumkan.

Tidak benar. Pecahan unit akan meningkatkan jumlah unit dalam dana terbabit. Contohnya, pelaburan anda dalam suatu dana berharga RM1 seunit dan anda melabur RM1,000 bagi 1,000 unit. Dana itu kemudian melaksanakan pecahan unit sebanyak satu unit bagi setiap satu unit yang anda miliki (pecahan unit satu-untuk-satu). Selepas itu, anda memiliki 2,000 unit. Bagaimanapun, unit tambahan itu tidak menaikkan nilai pelaburan anda kepada RM2,000. Nilainya kekal RM1,000 kerana unit tambahan itu sebenarnya mengurangkan nilai unit anda daripada RM1 kepada RM0.50 (RM1,000 dibahagi dengan 2,000 unit). Pengagihan pendapatan itu tidak akan menaikkan nilai unit anda kepada RM1.05. Justeru, melabur sebelum bayaran pengagihan pendapatan atau pecahan unit diumumkan bukanlah cara untuk mendapat keuntungan segera.

Sentiasa pilih dana yang dahulunya memberikan anda pulangan tinggi.

Tidak benar. Prestasi lalu tidak menggambarkan prestasi masa akan datang. Pelabur tidak harus melihat kepada rekod prestasi lalu untuk meramalkan prospek akan datang. Kaji strategi pelaburan dan pengagihan aset dana terbabit untuk memantapkan keputusan pelaburan anda.
Semua dana unit amanah sama. Tidak benar. Terdapat pelbagai dana dengan kategori dan matlamat pelaburan yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai ciri dan elemen risiko yang berbeza. Pelabur mesti membaca prospektus dana untuk mempelajari dana terbabit dan harus menimbangkan untuk memilih dana yang sejajar dengan keperluan pelaburan dan profil risiko mereka.
Pulangannya hanyalah berdasarkan pengagihan pendapatan.

Tidak benar. Pelabur boleh mengukur prestasi pelaburan mereka dalam unit amanah melalui pelbagai cara. Ia lazimnya meliputi pengiraan untung modal atau jumlah pengagihan pendapatan yang diterima daripada dana. Bagaimanapun, kaedah paling berkesan dalam mengukur prestasi ialah dengan memasukkan kedua-duanya sekali.
Unit amanah ialah akaun simpanan dan bebas daripada risiko. Tidak benar. Pelaburan dalam unit amanah tidak sama dengan menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Ini disebabkan pelaburan anda terdedah kepada risiko dan anda mungkin menanggung kerugian disebabkan oleh risiko terbabit.
Percaya kepada hanya satu syarikat pengurusan.

Tidak benar. Bukan semua dana daripada syarikat pengurusan yang sama memberikan prestasi atau pulangan yang sama kerana dana itu mungkin mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza dan kerana itu, mempunyai elemen risiko dan pendedahan yang berlainan. Bergantung kepada keadaan pasaran, setiap dana mempunyai prestasi berlainan walaupun syarikat pengurusan yang sama menguruskannya.
Kata-kata ejen anda semuanya benar.

Tidak benar. Sentiasa semak apa saja yang dikatakan oleh ejen anda. Jika anda tidak jelas atau merasakan bahawa apa yang dikatakannya itu terlalu sukar untuk dipercayai, kemukakan seberapa banyak soalan yang anda mahu. Pada masa sama, buat kajian dan dapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh untuk membantu anda membuat keputusan yang bermaklumat. Jangan melabur sehingga anda puas hati dengan maklumat yang diberikan kepada anda. Ingatlah bahawa anda yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas keputusan pelaburan yang anda lakukan dan bukannya ejen anda.

Artikel ini disediakan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.

sumber: berita harian online (ekonomi) 08 n0vember 2oo8

no contact aku:
0177337842 / 0197317789
m.muhsein@gmail.com

4 tazkirah utk dikongsi...

assalamualaikum wbt...

ni kat sini aku nak share ngn kawan 4 tazkirah utk kita semua. 4 tajuk tazkirah ini adalah seperti berikut;

  • Masyarakat tidak jujur punca penyakit sosial

  • Pekerja curi tulang hilang keberkatan rezeki

  • Persediaan rohani tingkat keyakinan pelajar hadapi peperiksaan

  • Cendekiawan Muslim tak peka krisis makanan dunia

so kawan2...artikel nyer ada di bawah ni. so selamat membaca n fikir2 kn lah...

Masyarakat tidak jujur punca penyakit sosial

DARIPADA Huzaifah, katanya: "Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua hadis; salah satu daripadanya sudah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis kedua.

"Hadis pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, kemudian turun al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunah Rasulullah SAW.

"Hadis kedua, mengenai pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah daripada hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul selepas mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan.

" Pada masa itu kelak hampir saja tidak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong keimanan.

"Kata Huzaifah: Pada masa silam, zaman kejujuran itu sudahku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.

" Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)." (Hadis riwayat Muslim)

Dunia hari ini sering digemparkan dengan berita mengenai pecah amanah di sana sini. Bapa merogol anak, bayi baru lahir dibuang, warga tua diragut, kanak-kanak didera dan pelbagai lagi kejadian yang menyentuh hati serta membangkitkan kemarahan banyak pihak.

Semuanya berpunca daripada hilangnya sifat amanah dari jiwa manusia. Sesungguhnya pada akhir zaman ini amat sukar mencari orang yang amanah sedangkan apa juga perkara dan tindakan diambil perlukan sifat amanah.

Seorang bapa yang khianat tidak akan menjaga anak yang menjadi amanah Allah kepadanya bahkan diperkosa anaknya sendiri atau dia berzina dengan wanita lain. Begitu juga dengan kerajaan yang dipimpin oleh penguasa yang tidak amanah sudah pasti suatu hari nanti umat akan hancur.

Fakir yang sombong juga tidak akan sudi menerima bantuan dan perhatian orang lain sedangkan ia sangat memerlukannya.

Kesudahannya hidupnya tidak akan berubah sampai bila-bila hinggakan kefakiran itu membawanya kepada kekufuran. Hakikatnya janganlah kita mengkhianati amanah sedangkan kita mengetahuinya. Balasannya di hari akhirat kelak amat dahsyat menunggu kita.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pekerja curi tulang hilang keberkatan rezeki

Oleh Khairunneezam Mohd Noor
agamabh@bharian.com.my

Kakitangan berdedikasi tak boleh ambil ringan tugas, tanggungjawab diamanah majikan

PERKATAAN amanah berasal daripada bahasa Arab yang dapat ditakrifkan sebagai setia, kepercayaan dan lurus. Namun, dalam konteks umum, amanah difahami sebagai kepercayaan yang diletakkan kepada pihak tertentu untuk memelihara atau menunaikan sesuatu perkara.

Sifat amanah dikatakan sebagai beban yang tidak terpikul dan ditolak makhluk Allah lain, namun manusia sanggup untuk memikulnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan." (Surah al-Ahzaab, ayat 72)

Sifat amanah sangat berkait rapat dengan keimanan seseorang kerana orang beriman adalah yang bersifat amanah dan menerima segala kewajipan dipertanggungjawabkan kepadanya dengan jujur.

Amanah yang dijunjung oleh manusia meliputi pertamanya, amanah kepada Allah termasuk menunaikan segala kewajipan yang dituntut kepada-Nya, melaksanakan amal ibadah dengan ikhlas dan berterusan serta menjaga keimanan supaya sentiasa subur.

Konteks kedua adalah amanah sesama manusia meliputi perkara seperti memberikan hak kepada yang berhak, menepati janji, bersikap adil dan saksama, bercakap benar, serta melakukan ihsan kepada masyarakat sekeliling.

Sifat amanah antara empat sifat yang ada pada Rasul selain siddiq (benar), tabligh (menyampaikan) dan fatonah (bijaksana). Sifat amanah Nabi Muhammad SAW adalah model nilai murni yang sempurna dan unggul, harus diterapkan serta diteladani dalam kehidupan.

Contohnya, dalam urusan pekerjaan Baginda SAW mengendalikan perniagaan dengan amanah, tanpa mengamalkan penipuan serta bertanggungjawab semasa membantu perniagaan Saidatina Khadijah Khuwailid (yang kemudian menjadi isteri Baginda).

Inilah resipi kejayaan unggul dalam kaedah bekerja yang bukan saja menunjukkan budi pekerti mulia Rasulullah SAW, bahkan berhasil memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada perniagaan Saidatina Khadijah.

Jelasnya, sifat amanah Rasulullah SAW terserlah sebagai salah satu nilai murni dalam Islam yang menjadi tunjang kejayaan dan kesempurnaan seseorang ketika bekerja. Sebagai pekerja, seseorang itu perlulah memenuhi dan mencapai matlamat ditetapkan oleh organisasi atau majikannya.

Umumnya masa, tenaga, kepakaran dan idea adalah antara elemen disumbangkan pekerja kepada organisasi. Begitupun, setiap sumbangan diberikan atau kerja yang dilaksanakan itu perlulah turut didasari nilai keperibadian murni yang digariskan Islam termasuklah amanah.

Dalam membicarakan mengenai sifat amanah ketika bekerja, tidak dapat tidak seseorang pekerja wajib memenuhi kedua-dua amanah kepada Allah dan amanah sesama manusia. Keadaan ini jelas diisyaratkan melalui firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Surah al-Anfal, ayat 27)

Sebagai hamba Allah yang beriman, walau sesibuk mana sekalipun kita bekerja, hak terhadap Allah perlu dilunaskan, apatah lagi jika membabitkan soal amal ibadah, keislaman dan keimanan. Islam memberikan keringanan dalam hal tertentu bagi umatnya bekerja untuk memajukan diri.

Jika seseorang melaksanakan tugas di luar daerah, dia dibolehkan untuk menjamak atau mengqasarkan solat fardunya. Ini keringanan istimewa diberikan kepada umat Islam supaya dapat terus tawaduk melaksanakan amanah beribadah dan melunaskan tanggungjawab pekerjaannya.

Namun, bagi segolongan daripada kita yang tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah, jika diberikan keringanan sebanyak mana pun, pasti akan sekadar 'mengambil ringan' hal ibadah kononnya terlalu fokus terhadap kerja.

Amanah sesama manusia ketika bekerja pula meliputi konsep yang luas. Jika diamati Dasar Penerapan Nilai Islam (DPNI) yang diperkenalkan kerajaan sejak 1985, amanah digariskan sebagai salah satu nilai murni daripada perspektif Islam seperti bersih, cekap, ikhlas, dedikasi dan bertanggungjawab.

Amanah dalam bekerja meliputi skop berikut:

l Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

l Mempunyai pengetahuan dan kemahiran diperlukan bagi menjalankan tugas dipertanggungjawabkan.

l Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri daripada mengatasi kepentingan tugas.

l Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.

Kita selalu dimaklumkan di media cetak dan media massa akan laporan kes pecah amanah, penyalahgunaan wang organisasi, penindasan pekerja bawahan dan sebagainya yang dilakukan oleh sebilangan pekerja atau majikan dalam pelbagai sektor pekerjaan di negara kita.

Itu tidak termasuk perbuatan tidak amanah lain seperti curi tulang dengan tidur atau keluar minum sesuka hati dalam waktu bekerja, mencuri masa dengan berborak kosong, melayari bahan tidak berkaitan dengan kerja melalui internet dan membuat kerja luar ketika sedang bekerja.

Ini adalah amalan buruk ketika bekerja yang boleh mencacatkan kesempurnaan dan keberkatan bekerja.

Cuba fikirkan, apakah adil jika kita menerima upah atau gaji, tetapi kita tidak melaksanakan kerja dengan beretika, amanah atau sebaik-baiknya? Apakah berkat dan halal wang gaji yang kita peroleh untuk digunakan bagi menyara kehidupan anak dan isteri?

Sesungguhnya, pekerja yang amanah dan meletakkan syariat Islam sebagai pegangan semasa bekerja akan sentiasa dilindungi Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Empat perkara jika kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram)."

Manakala pekerja yang tidak berhati-hati dalam menjaga amanah adalah tergolong dalam golongan orang munafik seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ada tiga tanda munafik, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati." (Muttafaqun 'Alaih).

Persediaan rohani tingkat keyakinan pelajar hadapi peperiksaan

Oleh Dr Aminudin Mansor

UNSUR kerohanian memainkan peranan penting ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Pengukuhan dalaman itu amat berkesan disisip dengan teknik dan strategi pembacaan, mengambil nota serta perbincangan dalam kumpulan.

Semua itu akan menjadi tonggak utama untuk mencapai kejayaan terutama menjelang peperiksaan. Strategi berkesan dan menggunakan kemudahan bantuan pembelajaran seperti perpustakaan turut membantu dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

Ibu bapa mesti memainkan peranan penting memberi semangat dan motivasi kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Selain persiapan fizikal dan mental, anak juga dinasihat mengukuhkan persiapan rohani termasuk sentiasa mengingati Allah dengan tidak meninggalkan sembahyang, membaca al-Quran, berpuasa dan berzikir.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyenangi hamba maka dia diuji supaya Allah mendengar permohonannya (kerendahan dirinya)." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Amalan berdoa setiap kali selepas bersembahyang adalah amalan yang baik. Justeru, digalakkan selain berusaha dengan memperbanyakkan ulang kaji, pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan bertawakal serta memohon pertolongan Allah.

Bagaimanapun, kata-kata 'usaha tangga kejayaan' harus dijadikan panduan kepada pelajar kerana tanpa mengulang kaji pelajaran, bagaimana pelajar akan dapat menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.

Ibu bapa juga mesti mendoakan kejayaan anak. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga doa yang mustajab, tanpa syak lagi; doa orang dizalimi, doa orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya." (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Sesungguhnya, Imam Al-Ghazali menjelaskan, ada tiga perkara yang apabila diberikan kepada pemuda, sesungguhnya ia sudah memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat iaitu hati yang sentiasa bersyukur, lidahnya sentiasa berzikir dan dirinya sentiasa bersabar menghadapi ujian.

Persiapan saat akhir juga tidak digalakkan dan ibu bapa seharusnya mengawasi aktiviti anak supaya tidak terlepas waktu belajar. Pada masa sama, ibu bapa perlu memberi perhatian supaya anak mempunyai waktu tidur yang cukup sebagai persiapan fizikal menghadapi peperiksaan.

Dalam menghadapi peperiksaan ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri, menanam keazaman yang kuat, berani menempuh ujian dan peperiksaan serta ikhlas dalam amal.

Semuanya itu akan membina minda dan peribadi Muslim yang unggul ke arah kejayaan. Selain itu, ada beberapa rahsia ke arah kecemerlangan antaranya yakin pertolongan Allah, berfikiran positif, bercita-cita tinggi serta bersiap sedia menghadapi segala rintangan dan halangan.

Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqofi, beliau berkata: Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Katakan kepadaku suatu kata-kata yang tak perlu lagi aku bertanya kepada sesiapa mengenainya selepas engkau. Baginda bersabda: Katakanlah, aku beriman dengan Allah, kemudian istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul)." (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Emosi anak juga perlu diberi perhatian kerana ia bakal membentuk kekuatan untuk mencapai kejayaan cemerlang. Jangan terlalu meletakkan pengharapan tinggi kepada anak hingga menimbulkan rasa tertekan di jiwa mereka.

Peperiksaan adalah cara menilai pencapaian anak dalam pelajaran. Oleh itu, persiapan menghadapi peperiksaan penting supaya mendapat kejayaan cemerlang. Namun, tujuan utama menuntut ilmu ialah bagi meraih kejayaan di dunia serta akhirat.

Di samping mencari kejayaan dunia, ilmu pengetahuan seharusnya mendekatkan pelajar kepada Allah seterusnya menyumbang kepada ummah.

Cendekiawan Muslim tak peka krisis makanan dunia

Oleh Wan Abd Hamid Wan Teh
bhagama@bharian.com.my

Banyak negara Islam yang miliki tanah subur masih bergantung dari Amerika dan sekutunya

UMAT Islam jarang memperkatakan perkara dan persoalan berkaitan keperluan makanan dunia, malah persoalan makanan dalam negara sendiri pun tidak selalu diperkatakan. Umumnya persoalan itu dianggap fardu kifayah, bukan fardu ain.

Apakah persoalan kekurangan makanan asasi dalam negara Islam tidak memberi implikasi terhadap kekuatan serta ketahanan diri sebagai umat Islam? Persoalan dianggap fardu kifayah itu seolah-olah terpinggir daripada upaya pemantapan hidup berkeluarga, kerukunan hidup masyarakat setempat dan kesejahteraan ummah di seluruh negara, malah dunia umumnya.

Bagaimana dan mengapa masyarakat Islam memandang ringan perkara itu, walhal jika diteliti makanan menjadi permasalahan besar di kalangan ummah. Krisis makanan dunia menunjukkan umat Islam banyak menghadapi masalah kebuluran atau sekurang-kurangnya keadaan tidak cukup makan, kemiskinan dan keadaan sosial tidak teratur yang berpunca daripada kemiskinan.

Tidak kurang juga, negara Islam terpaksa bergantung pada import makanan ruji khususnya negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan sekutunya. Negara Islam, walaupun mempunyai tanah subur, aktiviti pertanian hanya untuk memenuhi keperluan eksport negara maju seperti getah.

Program penanaman getah dengan pelbagai penyelidikan sudah lama menjadi agenda penting negara. Tidak dinafikan getah komoditi eksport Malaysia yang besar dan memberi pendapatan kepada negara. Walhal untuk makanan ruji rakyat sendiri, negara terpaksa bergantung pada import seperti dari Thailand. Apakah kesannya jika negara pengeksport tidak dapat membekalkan beras kepada kita?

Tradisi pengajian Islam tidak pernah luput daripada perhatian ulama walau di mana mereka berada. Namun, mengapa umat Islam tidak rasa terdidik dan bertanggungjawab untuk bergiat dalam bidang pertanian bagi keperluan makanan sendiri dan manusia umum.

Cendekiawan Muslim yang kini berada di seluruh dunia dengan pelbagai kepakaran perlu tampil meneroka teknologi untuk keperluan pemodenan sektor pertanian. Ulama dan cendekiawan Muslim sedia maklum makanan adalah isu kritikal bagi setiap bangsa di dunia. Persoalan besar timbul di sini ialah apa yang tidak kena pada umat Islam dan ulama sehingga tidak lagi mampu memberi sumbangan ilmu untuk menyelesaikan masalah manusia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan kepada semua pemerintah dunia supaya menjadikan agenda memperbanyak pengeluaran makanan untuk faedah penduduk dunia secara keseluruhan.

Amerika Syarikat yang terkenal sebagai negara maju sudah lama menjadikan produk pertaniannya sebagai eksport utama. Keseluruhan eksportnya didominasi produk pertanian hasil asas tani iaitu mencecah 60 peratus daripada keseluruhan eksportnya. Israel dengan keluasan tanah yang sempit mampu mengeksport buah-buahan ke dunia luar dengan banyak. Belanda negara di benua Eropah yang kecil dengan keluasan lebih sedikit daripada keluasan negeri Pahang juga mengeksport produk pertanian ke dunia luar termasuk Malaysia. Belanda menduduki tempat ketiga selepas Amerika dan Perancis sebagai pengeksport makanan dunia. Di Malaysia, program pembangunan pertanian dilancarkan pada era pemerintahan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan Rancangan Bumi Hijau. Rancangan itu diperkenalkan kerajaan selepas demonstrasi penduduk Daerah Baling dan Sik di Kedah pada 1974.

Ketika itu juga rancangan penanaman padi dua kali setahun diperluas oleh kerajaan kepada pesawah. Pada peringkat awal sebilangan pesawah keberatan menyertai program itu dan mendakwa program itu menzalimi tanah sawah selain tiada masa istirahat untuk tanah sawah. Ketika itu guru agama kampung berfikiran dinamis tampil memberi tunjuk ajar kepada pesawah yang salah faham terhadap konsep dan hukum guna tanah menurut perspektif Islam. Pegawai pertanian turut membantu mengendalikan sawah selaras kaedah dan matlamat program. Kemelut yang timbul daripada salah faham ketika itu berlaku kerana tradisi lama membelenggu pemikiran pesawah. Perubahan pemikiran itu dapat dilakukan dengan pembabitan guru agama bersama pegawai pertanian yang mempunyai pengetahuan sains. Jika dilihat dari sudut pandangan dinamisme pemikiran, dapat disimpulkan langkah itu bertunjangkan pendekatan hadhari iaitu membawa perubahan minda petani daripada pemikiran konvensional kepada moden.

Maka lahir masyarakat petani kampung yang dapat mengenali dan memahami peranan pembajaan yang betul untuk menyuburkan tanaman dan penggunaan racun serangga untuk memerangi musuh tanaman dalam usaha menambah hasil pertanian mereka.

Penyelidikan diteruskan dengan penemuan program lebih baik melalui projek penanaman padi lima kali dua tahun sebagai susulan penanaman padi dua kali setahun. Infrastruktur disediakan kerajaan untuk melicinkan rancangan dengan pembinaan sistem pengairan lebih berkesan dilaksanakan.

Penyelidikan secara hadhari terus dijalankan untuk mengatasi upah penanaman padi yang berterusan meningkat dan tenaga kerja yang kian berkurangan. Hasil tindakan secara hadhari, akhirnya kaedah menabur dapat diperkenalkan kepada pesawah dan tuai dibuat dengan menggunakan mesin diubah suai daripada mesin tuai gandum di luar negara.

Ini yang berlaku dalam suasana yang mencabar ketika itu untuk memenuhi perancangan pemodenan pertanian padi di negara ini. Ini bermakna ilmuwan Malaysia mampu bertindak secara hadhari dalam mencari jalan penyelesaian masalah negara.

Matlamat bagi semua tindakan itu jelas iaitu untuk memenuhi keperluan makanan negara, dengan sara diri penuh. Proses untuk mencapai tahap sara diri penuh bagi Malaysia bukan perkara yang susah, kerana keluasan tanah negara cukup untuk dijadikan sawah. Yang perlu ada ialah persiapan minda semua pihak terbabit dalam bidang pertanian.

Penulis ialah Karyawan Tamu, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

sumber: berita harian online (agama)

renung-renung, tenung-tenung

Assalamualaikum wbt…

Lama sungguh aku tidak mencoret sebarang cebisan idea dan pendapat dalam blog aku ni. Mcm susah lak nak menulis kat sini. Al maklumlah dah lama meninggalkan dunia. blog ni sendiri. Orang kata menulis ni salah satu terapi untuk melegakan stress atau permasalahan yang melanda diri dan jiwa. Fikir-fikir cam betul gak tu…but ari ni aku nak share pendapat tentang satu benda ni untuk kita sama-sama renung-renung tenung-tenung.

Dua hari lepas aku dikejutkan oleh satu SMS dari seorang kawan. Dalam sms tu dia maklumkan bahawa keluar kat bulletin utama tv3 berkenaan dengan kajian semula tayangan video alam kematian. Aku pun turut terkejut gak sebab aku rasa cam kena tempias sama pasal video tu. Sebabnya aku n kawan2 penah menggunakan video tu dalam slot motivasi yang kami jalankan anjuran NGO yang ktorg sertai.

Sebenarnya bila dapat sms tu, aku cuba renung-renung dan tenung- tenung berkenaan video tersebut. Manalah tau kot2 aku terlepas pandang ada sumthing yang tak kena kat dalam video tu ker. Dalam video tu hanya menunjukkan bagaimana orang yang sibuk bekerja tetiba meninggal dan seterusnya berada di alam kubur. Dan di situ lah mungkin dikatakan seram kerana sound effect yang agak menakutkan serta bayangan sekujur badan yang dikafankan bergerak-gerak dan menjerit serta meraung meminta tolong. Tapi kat mana yang perlu dikaji semula tu….

Pendapat aku ler…tayangan video tu patut ditunjukkan kepada anak-anak zaman sekarang ini. Bukan per sebab bila berbalik ke zaman kanak-kanak aku satu ketika dahulu, ibu selalu bercerita tentang alam selepas kematian, bagaimana seksanya roh ditarik keluar, bagaimana soal jawab dengan malaikat mungkar nakir, hari kebangkitan, penerimaan amalan, titian sirat, azab di dalam neraka serta keindahan dan kesenangan di syurga. Aku dapat rasakan dengan input sebegitu alhamdulillah aku ari ni rasanya agak terdidik jiwa dan akhlak aku ni. YaALLAH ampunkan dosa hambamu ini, jauhkan aku dari azab neraka mu yang pedih dan masukkan lah aku ke dalam syurga mu…amin.

Pendapat aku lagi…tayangan video tu merupakan satu kaedah untuk memperbaiki akhlak anak-anak zaman sekarang. Meraka bukannya bukan leh dengar cakap sgt. Ini merupakan satu method baru sesuai dengan zaman. Lagi satu…kalau diorg takut sekali pun..mereka takut kepada alam selepas mati. Mengingati mati tu kan baik dan boleh menginsafkan diri serta menambah keimanan. So xde masalah sgt sebab tayangan tu bukan benda tahyul pun. Kredit untuk pembuat video tersebut. Moga mendapat ganjaran setimpal di atas segala perbuatan serta niat nya.

So pe yang perlu dikaji sebenarnya…? Benda ni perlu dijawab oleh orang bertanggungjawab mengemukakan isu ini kat media. Bagi aku lak…yang perlu dikaji sebenarnya bukan video tersebut tapi drama dan filem seram yang makin mendapat tempat kat tv n panggung sekarang ini. Kononnya xnak kalah dari segi teknologi perfileman namun masih tertinggal dari aspek kerohanian dan moral. Pe yang aku nampak drama dan filem seram skg ni lebih banyak tahyul dari moral (aku pun layan gak).itu yang patut dikaji takut mempengaruhi minda anak-anak kita. Dah ler citer makin pelik. Hantu pun dh moden kot skg ni. Lagi satu drama dan filem seram di tonton secara terbuka oleh anak-anak. Apa yang aku risaukan adalah kesan jangka masa panjang terutamanya minda. Mengikut kajian sekarang ini ramai dikalangan kita menghidap penyakit mental spt skizofrenia Cuma ia tidak nampak secara jelas. Menurut arwah bapa saudara ku, orang yang berpenyakit mental ni adalah orang yang lemah iman. Nauzubillah..moga dikekalkan iman yang sedia ada dalam diri ku ini.

Hmm…nampak mcm aku nak back up pasal video tersebut kan. Tu laaa…pe yg aku cakap tu juz pendapat aku semata-mata dan dari ilmu yang dikurnia ALLAH kepada diriku. So pe pendapat korg? Setakat ini keputusan kat tv ramai yang meyokong video tersebut. Tp tv tersebut masih memerlukan pendapat dari org pakar berkenaan dengan [sikologi lak. Mcm2 kan…siaran kat tv dia tu xnak lak dikaji semula. Banyak yang tak kena ngan adapt kita pun wat xtau jek. Dimana adat yang dujjunjung sebelum ni? Di mana ketimuran kita? Ni belum bercakap bab di mana agama kta lagi…

Nampak sangatkan sekarang ni dunia dah tidak stabil lagi. Bagi aku n kawan2…semua ni ada kaitan ngan frekuansi. Frekuansi getaran tarikan antara satu sama lain sudah lemah. Maka sampai satu tahap getaran tersebut berhenti dan tiada lagi tarikan antara satu sama lain maka pada masa itu lah KIAMAT. Wallahuahlam

Banyak keistimewaan solat Subuh berjemaah

Halangan, godaan laksana ibadah sebelum terbit fajar uji tahap keimanan seseorang

WAKTU paling liat untuk bangun tidur ialah ketika hampir masuk waktu subuh. Jika pada masa itu hujan renyai dengan hembusan angin dingin pula, maka tambah malas hendak bangun dan semakin kuat tangan menarik selimut.

Walaupun hakikatnya kita sudah terjaga, oleh kerana telinga didendangkan syaitan bahawa tidur lebih nikmat daripada bangun, maka ada antara kita terus berlengkar macam ular sawa di tempat tidur sehingga waktu subuh berlalu.

Setiap orang pasti menempuhnya kerana waktu subuh adalah masa cukup enak melayan fikiran di tempat tidur. Justeru, hati malas dan liat untuk bangun memberi peluang syaitan berjaya menggoda.

Susahnya untuk bangun pagi bagi menunaikan solat Subuh adalah ujian melihat sejauh mana tahap keimanan kepada-Nya. Ujian seperti ini dihadapi umat manusia tanpa kecuali sejak Nabi Adam diciptakan hingga hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud: "Alif lam mim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (begitu saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 1-3)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surah al-Mulk, ayat 2) Mendirikan solat Subuh berjemaah di surau atau masjid perkara yang berat untuk dikerjakan. Ujian itu dikira berat kerana banyak godaan dan halangan sebelum berjaya melangkah kaki ke surau atau masjid.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekali pun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu subuh bermula sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Masalah itu ditegaskan sekali lagi oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang mendapatkan satu rakaat solat Subuh sebelum terbit matahari, maka dia sudah melaksanakan solat Subuh." (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah)

Sesungguhnya sesiapa yang pergi ke surau atau masjid untuk mendirikan solat Subuh berjemaah akan mendapatkan banyak keistimewaan dan pahala dibandingkan orang yang melaksanakan solat fardu selain solat Subuh berjemaah.

Antaranya ialah mendapat pahala seperti orang yang solat berjemaah iaitu 27 darjat pahala, memperoleh kebaikan yang banyak, dihapuskan amal kejahatan, dinaikkan darjat dan kedudukan, dijanjikan syurga dan malaikat mendoakannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat dua waktu yang sejuk, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Al-Bukhari daripada Abu Musa al-Asya'ri)

Keistimewaan lain yang diperoleh mereka yang mendirikan solat Subuh berjemaah ialah seakan-akan melaksanakan solat malam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang mengerjakan solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia bersolat setengah malam. Barang siapa mengerjakan solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak) maka seakan-akan dia melaksanakan solat malam selama satu malam." (Hadis riwayat Muslim)

Subuh adalah sumber segala cahaya pada hari kiamat kelak. Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat kepada mereka yang mendirikan solat Subuh dengan berjemaah di surau atau masjid.

Walaupun cahaya bagi orang beriman pada hari kiamat berbeza, Allah tidak akan mencabut cahaya itu di mana saja dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirat al-Mustaqim. Allah akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk ke dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berikanlah khabar gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat." (Hadis riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah) Dalam kegelapan bermaksud solat Isyak dan Subuh.

Waktu subuh amat singkat, oleh itu mereka yang ingin mendirikan solat Subuh harus bersedia awal sebelum masuknya waktu.

Solat tepat pada waktunya adalah ibadah yang disukai Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Amal yang paling dicintai Allah adalah mengerjakan solat (tepat) pada waktunya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

sumber : berita harian online (agama) - 19 nov 2008

Related Posts with Thumbnails